Kempen Skala Kecil Tampak Prk Mahkota Suram


freemalaysiatoday.com
FMT Reporters16 Sep 2024, 03:04 PM

Kempen skala kecil bersama komuniti setempat lebih bermakna kerana beri ruang pengundi lebih kenal calon.
Perang bendera dan poster pada PRK Mahkota masih ‘suam-suam kuku’. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Perang bendera dan poster PRK Mahkota masih lagi suram walaupun waktu berkempen sudah memasuki hari ketiga.

Tinjauan beberapa lokasi sekitar DUN Mahkota mendapati, perang bendera parti bertanding masih suam-suam kuku, walaupun terdapat bendera dinaikkan di beberapa lokasi terutamanya di pusat daerah mengundi (PDM).

Walaupun kelihatan kurang meriah jika dibandingkan dengan beberapa PRK sebelum ini, penduduk di sekitar DUN Mahkota berkata mereka lebih selesa dengan pendekatan kempen skala kecil, berbanding kempen secara besar-besaran.

Pesara kerajaan Mohd Ali Mansor, 62 berkata kempen skala kecil bersama komuniti setempat lebih bermakna buat penduduk berbanding ceramah mega kerana ia memberi ruang kepada pengundi untuk lebih mengenali calon.

Lebih baik berkempen secara kecil tetapi padat pengisiannya. Kalau dilaksanakan ceramah mega sekalipun, kosnya tinggi dan ada masanya yang hadir lebih ramai penyokong luar. Kami tidak berpeluang menyuarakan isi hati terus kepada calon, jadi lebih mesra begini (skala kecil), katanya kepada Bernama ketika ditemui di Pasar Tani Kampung Melayu, di Kluang.

Turut bersetuju ialah penjawat awam, Alif Abdul Aziz, 34, yang berpandangan kempen berskala kecil lebih aman dan kurang menganggu kehidupan seharian penduduk seperti kesesakan trafik atau bunyi bising, mengambil kira kempen juga berlangsung pada hari bekerja.

Tambahan pula sekarang sudah banyak platform media sosial. Pengundi boleh mengikuti akaun calon jika mahu mengikuti perkembangan kempen di mana-mana dalam situasi lebih selesa, katanya.

Peniaga Tiam Hock, 43, bagaimanapun berbeza pandangan kerana berharap perang bendera atau poster lebih meriah bagi menimbulkan suasana pilihan raya dan berharap situasi itu berubah apabila masuk minggu kedua berkempen.

Ada masanya parti yang bertanding akan menonjolkan kreativiti semasa berkempen dan ini menarik untuk diperhatikan. Ketiadaan bendera, poster menyebabkan suasana PRK ini tidak begitu dirasakan, sedangkan ia hanya berlangsung untuk tempoh dua minggu, katanya.

Setakat ini, dua calon bertanding dari Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah, 40, dan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar, 61, dilihat memilih pendekatan bertemu pengundi secara bersemuka sama ada berkunjung dari rumah ke rumah atau hadir ke kawasan tumpuan.

PN sebagai contoh turut menggunakan platform ceramah pada sebelah malam, namun ia juga berlangsung dalam skala kecil iaitu ceramah kelompok, selain kedua-dua calon juga memanfaatkan media sosial bagi menambat hati pengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Mahkota diadakan pada 28 Sept, manakala 24 Sept adalah hari undi awal.

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya, Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas semasa menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/09/kempen-skala-kecil-tampak-prk-mahkota.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Mahkota Bn Umpama Siar Siar Di Taman

Prk Mahkota Bn Umpama Siar Siar Di Taman

papar berkaitan - pada 9/9/2024 - jumlah : 126 hits
Zahid Hamidi nampaknya cuba memberi gambaran bahawa Barisan Nasional tidak akan mendapat laluan mudah untuk mempertahankan kerusi DUN Mahkota lantas menagih kerjasama erat semua parti dalam kerajaan perpaduan menggerakkan kempen bagi memena...
Prk Mahkota Annuar Lancar Perang Psikologi Terhadap Bn Tak Perkecil Bersatu

Prk Mahkota Annuar Lancar Perang Psikologi Terhadap Bn Tak Perkecil Bersatu

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 255 hits
freemalaysiatoday com 10 Sep 2024 08 00 AMPenganalisis berkata Annuar Musa sedar BN jauh di hadapan berdasarkan gabungan undinya dan PH berbanding 7 614 undi diperoleh PN pada PRN Johor 2022 BN mengumumkan Ketua Pemuda Umno Kluang Syed Huss...
Gelanggang Prk Mahkota Dibuka Esok

Gelanggang Prk Mahkota Dibuka Esok

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 150 hits
Gelanggang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Mahkota akan dibuka secara rasmi esok dengan bermulanya proses penamaan calon bagi PRK itu di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di Kluang Setiap bakal calon diberi tempoh sejam bermula 9 hingga 1...
Prk Mahkota Laungan Hussien Bergema

Prk Mahkota Laungan Hussien Bergema

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 232 hits
bharian com myOleh September 14 2024 9 39amPenyokong BN mengiringi Syed Hussien ke pusat penamaan calon NSTP ALIAS ABD RANIKLUANG Laungan Hussien Hussien Hussien bergema ketika penyokong Barisan Nasional mengiringi Syed Hussien Syed Abdulla...
Prk Mahkota

Prk Mahkota

papar berkaitan - pada 9/9/2024 - jumlah : 112 hits
Che IbrahimAnuar Musa dah mengaku kalah putus harap tapi Taki masih bersemangat dan masih menaruh harap
Bn Dijangka Menang Besar Prk Mahkota Annuar Musa

Bn Dijangka Menang Besar Prk Mahkota Annuar Musa

papar berkaitan - pada 9/9/2024 - jumlah : 116 hits
bharian com myOleh September 8 2024 3 55pmTan Sri Annuar Musa Foto BERNAMAKUALA LUMPUR Calon Barisan Nasional dijangka menang besar pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Mahkota mengulangi kejayaan diperoleh di Nenggiri bulan lalu P...
Umno Pilih Calon Boleh Menang Untuk Prk Mahkota

Umno Pilih Calon Boleh Menang Untuk Prk Mahkota

papar berkaitan - pada 4/9/2024 - jumlah : 197 hits
malaysiakini comNaib Presiden Umno Wan Rosdy Wan Ismail menegaskan bahawa calon yang akan mewakili parti itu pada pilihan raya kecil Mahkota adalah calon yang boleh menang Selain itu katanya calon berkenaan juga seorang yang boleh diterima ...
Syed Hussein Calon Bn Prk Mahkota

Syed Hussein Calon Bn Prk Mahkota

papar berkaitan - pada 8/9/2024 - jumlah : 104 hits
Ketua Pemuda Umno Kluang Syed Hussein Syed Abdullah menjadi pilihan BN untuk bertanding mewakilinya pada PRK Mahkota 28 Sept nanti KLUANG Ketua Pemuda Umno Kluang Syed Hussien Syed Abdullah dipilih sebagai calon Barisan Nasional bagi PRK Ma...
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia