Prk Dun Chini Pas Tidak Perlu Nasihat Ph




Saya merujuk kepada kenyataan TMB Kelantan , Nik Amar yang sekarang ini sedang hangat diasak oleh rakyat Kelantan atas kegagalan kerajaan negeri Kelantan mengatasi masalah air, di mana beliau telah menasihati PH khususnya Keadilan agar tidak bertanding di PRK Dun Chini pada 04 Julai nanti.

Baru-baru ini SPR telah mengumumkan Kerusi Dun Chini kosong dan perlu diadakan PRK berikutan kematian penyandangnya Almarhum YB Abu Bakar pada 07 Mei baru-baru ini. Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Abu Bakar yang memperoleh 10,027 undi, menang dengan majoriti 4,622 undi menewaskan calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim yang memperoleh 5,405 undi, dan calon PKR Mohamad Razali Ithnain yang mendapat 1,065 undi.  Kerusi itu mempunyai 20,990 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 20,972 pengundi biasa dan 18 pengundi awal polis.

PRK kali ini turut menyaksikan sekali lagi Pas tidak bertanding sama seperti di dalam beberapa PRK sebelum ini dan hanya sanggup 'berjihad'  menjadi tukang pacak bendera 'dacing baghdad' saja sekiranya berlaku pertandingan di Chini.  Pas merasakan jika tiada pertandingan, maka Pas tidak perlu bersusah payah "berjihad".  Oleh itu, Pas mahu agar PH tidak perlu bertanding di Chini.

Pas membawa dalil bahawa Chini kubu kuat Umno/Bn sejak dahulu, meskipun Keadilan pernah menang sekali di situ pada tahun 1999 dengan majoriti terlalu tipis.  Atas hujah tersebut dan adanya PKP sekarang ini, Pas merasakan peluang PH untuk menang di situ memang tiada.  Itu yang dinyatakan oleh Nik Amar.  Manakala, Pesuruhjaya Pas Pahang, YB Us Rosli Abdul Jabar pula tanpa rasa segan silu menyatakan Pas akan turun menggerakkan jentera untuk membantu memenangkan Umno/Bn.  Mungkin Malaikat di langit akan bertakbir sekali lagi apabila mendengar parti yang kononnya membawa dasar Islam ini akan membantu parti Zahid Hamidi dan Penasihatnya Najib yang terkenal di seluruh dunia sebagai 'bapa kleptokrasi".



Tidak pelik sekiranya Pas sanggup tidak bertanding di Kerusi tradisinya di situ kerana Pas kini berada di "dua alam", iaitu bersama Muafakat Nasional (MN) dan Pakatan Nasional (PN).  Jantina "dua alam" ini dikenali sebagai "khunsa".  Kebanyakan binatang yang hidup di dua alam haram dimakan.  Kita pun tahu, di akhir zaman akan ramai golongan ulamak yang suka mengampu pemerintah dan mempertahankan pelaku rasuah atau penyelewengan demi kedudukan dan perut masing-masing.


Keadilan akan memutuskan samada kami perlu bertanding atau tidak di dalam masa terdekat ini.  Secara peribadi, saya merasakan Keadilan wajar bertanding di Chini untuk memberikan alternatif kepada para pengundi di Chini yang tidak mahu menyokong parti yang dikenali sebagai kleptokrasi itu dan parti yang mengkhianati mandat rakyat di Persekutuan.  Paling tidak, biar mereka tahu bahawa tidak semua masyarakat felda Chini boleh terima parti yang membelakangkan mandat rakyat.  Keadilan hanya perlu menyasarkan undi yang meningkat dari PRU14 yang lalu.


Khabarnya, calon Umno yang diwar-warkan akan bertanding di Chini adalah adik Najib.  Saya harap biarlah menjadi kenyataan.  Namun, khabar dari akar umbi di Chini pula majoriti menolak beliau kerana mereka mahukan anak tempatan di kalangan warga felda di Chini untuk mewakili mereka.  Kini katanya lebih dari 5 orang sedang berebut untuk menjadi calon di Kerusi yang mereka yakin boleh menang mudah itu.

Keadilan tidak perlu ambil peduli tentang perebutan di kalangan mereka.  Keadilan wajar mengetengahkan calon berkaliber dan berpengaruh dari kalangan anak tempatan untuk memberikan saingan kepada calon Umno/Bn.  PKP sememangnya satu masalah besar buat jentera Keadilan nanti.  PKP tidak memberi masalah besar kepada Umno/Bn kerana mereka ada jentera kerajaan seperti saluran media milik mereka yang pastinya akan mereka gunakan untuk berkempen.

Sekiranya Keadilan mempunyai tokoh dari anak tempatan di Chini, maka wajiblah Keadilan bertanding.  Sekiranya tiada tokoh yang bersesuaian, Keadilan harus membuka ruang kepada rakan-rakan di dalam PH untuk bertanding di situ.  Apa yang wajib kita lakukan adalah "jangan izinkan Umno/Bn menang percuma".

WFAUZDIN NS




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/prk-dun-chini-pas-tidak-perlu-nasihat-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Dun Chini Pas Guna Alasan Covid 19 Biar Calon Pn Menang Tanpa Bertanding

Prk Dun Chini Pas Guna Alasan Covid 19 Biar Calon Pn Menang Tanpa Bertanding

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 503 hits
PRK DUN Chini Pas guna alasan Covid 19 biar calon PN menang tanpa bertandingAhli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Dr Mohd Zuhdi Marsuki menyarankan semua parti politik dan individu yang berminat untuk menjadi calon dalam Pilihan Raya Kecil Dewa...
Anak Najib Datuk Nizar Calon Sesuai Tanding Prk Dun Chini

Anak Najib Datuk Nizar Calon Sesuai Tanding Prk Dun Chini

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 657 hits
Anak kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak iaitu Datuk Mohd Nizar dilaporkan antara nama calon yang paling sesuai untuk bertanding di Pilhan Raya Kecil DUN N 23 Chini pada 4 Julai ini Desas desus itu diperkuatkan lagi kerana b...
Prk Dun Chini Keadilan Wajar Bertanding

Prk Dun Chini Keadilan Wajar Bertanding

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 417 hits
SPR menetapkan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri N 23 Chini Pahang pada 4 Julai 2020 Tarikh penamaan calon ditetapkan pada 20 Jun manakala tarikh mengundi awal pada 30 Jun PRK Dun Chini terpaksa diadakan berikut Adun Chini YB Datuk S...
Ph Umum Keputusan Bertanding Prk Dun Chini Dalam Masa Terdekat

Ph Umum Keputusan Bertanding Prk Dun Chini Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 498 hits
May 16 2020 1 28 PMFuziah Salleh menggesa SPR mengemukakan SOP berkempen yang jelas berikutan petugas PRK berdepan risiko jangkitan Covid 19 PETALING JAYA Pakatan Harapan akan memuktamadkan keputusan sama ada akan mencabar kerusi DUN PRK Ch...
Barisan Nasional Akan Meletakkan Calon Di Prk Dun Chini

Barisan Nasional Akan Meletakkan Calon Di Prk Dun Chini

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 451 hits
KUALA LUMPUR Barisan Nasional akan meletakkan calon bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Chini pada Pilihan Raya Kecil yang akan diadakan nanti Setiausaha Agung Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat ...
Prk Dun Chini Spr Akan Adakan Mesyuarat Khas Jumaat Ini

Prk Dun Chini Spr Akan Adakan Mesyuarat Khas Jumaat Ini

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 501 hits
KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat khas pada Jumaat ini berkaitan urusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini Pahang Setiausaha SPR Datuk Mohamed Elias Abu Bakar berkata mesyuarat itu akan dipengerusik...
Prk Dun Chini Pada 4 Julai 2020

Prk Dun Chini Pada 4 Julai 2020

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 544 hits
PRK DUN Chini Pada 4 Julai 2020 Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Azhar Azizan Harun mengumumkan bahawa pilihan raya kecil bagi dewan undangan negeri Chini akan berlangsung pada 4 Julai Tarikh penamaan calon ditetapkan pada 20 Jun sementar...
Pas Tak Bertanding Prk Chini

Pas Tak Bertanding Prk Chini

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 518 hits
May 26 2020 9 53 PMTanpa PAS peluang calon BN yang akan mewakili Perikatan Nasional lebih besar untuk mengekalkan kerusi DUN Chini PETALING JAYA PAS tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini pada 4 Julai ini ...
Ph Tetap Bertanding Walaupun Kalah Teruk Prk Dun Chini

Ph Tetap Bertanding Walaupun Kalah Teruk Prk Dun Chini

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 608 hits
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad bercakap pada sidang media berkenaan isu KLFA dan pembangunan semula Kampung Bharu di Pusat Khidmat Shah Alam Selangor foto AFIQ RAZALISHAH ALAM Pakatan Harapan perlu meletakkan calonnya dalam Pili...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Japan Part Iii Tempat Solat Beli Beras

Himpunan 50 Zikir Harian Sahih Amalan Rasulullah

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik Dan Implikasi Terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pengguna

Kepentingan Bidang Arkeogenetik Dalam Kajian Penempatan Orang Asli Di Semenanjung Malaysia