Prk Ch Tahniah Bn Dan Pas Rakyat Lepas Geram Kepada Pembohong


SAYA tidak terlalu teruja dengan kemenangan Barisan Nasional (BN) di Cameron Highlands.

Bagi saya ini hanya permulaan kepada perjuangan untuk memberi kesedaran kepada rakyat dan mematangkan mereka dalam membuat keputusan yang penting serta besar.

Kerana kesilapan membuat keputusan pada pilihan raya umum yang lalu kita dapat lihat bagaimana pemimpin Pakatan Harapan (PH) menjadikan negara ini huru-hara. Gelagat mereka ibarat Si kudung mendapat cincin, Monyet mendapat bunga, Cacing naik ke mata dan Kaduk naik junjung menyebabkan rakyat resah.

Tidak pernah seingat saya rakyat negara ini seresah ini sejak memasuki era moden.

Segala-galanya tidak menentu dengan dasar kerajaan sering berubah. 

Keputusan dibuat kerana dendam, bukan kerana kepentingan rakyat.

Itu belum lagi janji-janji yang tidak ditunai, sebaliknya kepemimpinan PH berubah 360 darjah menjadikan rakyat sebagai musuh.

Ekonomi negara terjejas, ratusan ribu mahasiswa menganggur dan golongan bawahan makin tertekan.

Akhirnya rakyat tidak lagi dapat menahan rasa marah dan ia ditunjukkan melalui undi.

Jika pilihan raya kecil sebelum ini PH menang kerana kerusi kawasan bandar. Bagaimanapun mereka baru diuji di kawasan luar bandar dan ternyata mereka gagal.

Harga sawit merudum, dibebani pula dengan bantuan sara hidup yang tidak diperolehi atau lambat sampai, bantuan sedia ada dikurangkan jumlahnya, ketika harga barangan melonjak naik. 

Memang di hati penduduk luar bandar tidak ada tempat bagi kerajaan yang gagal menjaga kebajikan mereka. Malah mereka dipersalahkan, kerana seolah-olah sengaja memilih untuk hidup susah dan terlalu bergantung kepada kerajaan.

Satu hal lagi semasa kempen pemimpin PH berdegar-degar, bahkan setelah kalah sekalipun mereka masih menuduh BN memainkan sentimen perkauman, sedangkan merekalah yang mengamal diskriminasi kaum yang tebal.

Lihat saja dipentas-pentas kempen. Pengacara majlis terdiri daripada orang Cina dan India. Lihat juga petugas di sekeliling calon juga dari kelompok yang sama. Lihatlah poster ditulis dalam pelbagai bahasa. Apakah ini tidak perkauman?

Apakah rakyat Malaysia tidak faham bahasa Malaysia?

Bila cakap tidak serupa bikin, inilah jadinya.

Calon PH sendiri walaupun beberapa kali bertanding di Cameron Highlands tetapi agak aneh kerana beliau masih tidak fasih dengan politik setempat. Mungkin sebab itulah beliau kalah sebelum ini. Mungkin jika PH lebih berani meletakkan muka baharu, jadi pengundi dapat memaafkannya jika masih tercari-cari sentuhan.

BN pula menang sudah tentulah kerana kerjasama dengan Pas dan masyarakat Orang Asli yang teguh dengan prinsip serta mengenang jasa.

Selain menghormati dan menghargai kerjasama itu, janganlah pula lupa siapa yang merintis jalan ke arah itu. Iaitu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Sudah takdir kerjasama itu benar-benar terangkul hanya apabila BN hilang kuasa, walaupun usaha telah lama dibuat.

Seperti tulisan saya sebelum ini Cameron Highlands adalah kebangkitan BN. Setiap yang berlaku ada kebaikannya. Namun saya tahu masih ramai pemimpin BN khususnya UMNO belum sepenuh hati mendukung kebangkitan ini kerana masih dibelenggu pelbagai kekecewaan.

Peluang masih ada, Semenyih akan menjadi medan untuk merapatkan kembali saf UMNO dan mengeratkan lagi kerjasama dengan Pas.

Tahniah BN, tahniah Pas. PH sila bercermin diri. - UTUSAN ONLINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2019/01/prk-chtahniah-bn-dan-pas-rakyat-lepas.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bn Menang Prk Cameron Highland Tahniah Rakyat Tahniah Pas

Bn Menang Prk Cameron Highland Tahniah Rakyat Tahniah Pas

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 504 hits
Dikala propaganda konon UMNO BN sudah tidak lagi diterima rakyat sedang memuncak terutama dalam media arus perdana yang kononnya lebih bebas berbanding dulu kita menang dalam PRK Cameron Highland semalam Lebih manis majoriti yang diterima k...
Prk Cameron Highlands Kerjasama Bn Umno Pas Cukup Baik Mahdzir

Prk Cameron Highlands Kerjasama Bn Umno Pas Cukup Baik Mahdzir

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 454 hits
JELAI 21 Jan Kerjasama antara Barisan Nasional UMNO serta Pas di dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands berada di dalam tahap yang tinggi ujar Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid Katanya kesepakatan dan
Prk Dun Semenyih Matangkan Hubungan Kerjasama Pas Umno

Prk Dun Semenyih Matangkan Hubungan Kerjasama Pas Umno

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 450 hits
SHAH ALAM Pas Selangor yakin PRK Dun Semenyih bakal mematangkan lagi hubungan kerjasamanya dengan BN khususnya Umno demi merampas kembali kerusi berkenaan daripada PH Pesuruhjaya Pas Selangor Sallehen Mukhyi berkata berdasarkan pengalaman d...
Perang Prk Cameron Pmuda Ph Serang Pemuda Pas

Perang Prk Cameron Pmuda Ph Serang Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 424 hits
Pemuda PH adukan ucapan anak Hadi ke polis Ng Xiang Yi PRK CAMERONKetua Pemuda DAP Howard Lee hari ini membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands berhubung kenyataan dibuat Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi sema...
Ph Menipu Sebelum Pru14 Lepas Pru14 Dan Semasa Prk Juga Mereka Terus Menipu

Ph Menipu Sebelum Pru14 Lepas Pru14 Dan Semasa Prk Juga Mereka Terus Menipu

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 332 hits
Dalam tempoh kempen PRK yang bermula minggu lepas saya perhatikan ada video video pra bayar yang dibayar oleh entah pihak mana telah dimuatkan oleh media untuk menyerang BN tetapi media media ini telah menerima kecaman teruk dari netizen da...
Prk Semenyih Kerjasama Umno Pas Lebih Menyeluruh

Prk Semenyih Kerjasama Umno Pas Lebih Menyeluruh

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 456 hits
SHAH ALAM Kerjasama UMNO dan Pas dalam Pilihan Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Semenyih lebih menyeluruh kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Ismail Sabri berkata kerjasama UMNO dan Pas dalam...
Bentuk K Sama Pas Bn Ditentukan Dalam Menghadapi Prk Semenyeh

Bentuk K Sama Pas Bn Ditentukan Dalam Menghadapi Prk Semenyeh

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 450 hits
Keputusan PRK Cameron Highlands tentukan bentuk kerjasama Pas dengan BN KUALA TERENGGANU Keputusan Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands akan menjadi kayu pengukur bentuk kerjasama yang akan terjalin antara PAS dan Barisan Nasional bagi meng...
Komitmen Dan Semangat Ubaidullah Bawa Harimau Malaya B 23 Ke Puncak

Smk Syed Sirajuddin Perlis Dan Sk Convent Father Barre Kedah Juara Junior Innovathon 2025

Majlis Anugerah Program Nilam Seklah 2025 Merah

Charitable Radiation Therapy Cost In Delhi 9266376206

Trafik Penumpang Di Lapangan Terbang Mahb Mencatat Meningkat Drastik Pasca Pandemik

Sofia Rini Buyong Nafi Proksi Shamsul Iskandar Sifatkan Tuduhan Albert Tei Tohmahan

Ramai Yang Panggil Albert Tei Tu Whistleblower Klakar Dia Bukan Whistleblower Tapi Dia Tu Pemberi Rasuah Tegar

Aiskrim Homemade Mudah Murah Resipi Viral Tekstur Halus Persis Jenama Mahal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Borussia Dortmund Sambar Bakat Muda Negara Qaseh Rania

Solat Di Pergunungan Alps Lelaki Ini Raih Perhatian Ramai

Poco Launches Poco F8 Series

Remaja Direman Berkait Kes Pukul Pelajar Hingga Pengsan

Questions Anwar Must Answer On Aide S Exit Albert S Claims

Should Pmx Be Bracing For Pakatan Harapan Wipeout In Sabah Polls Following Ex Polsec S Folly