Ph Menipu Sebelum Pru14 Lepas Pru14 Dan Semasa Prk Juga Mereka Terus Menipu


Dalam tempoh kempen PRK yang bermula minggu lepas, saya perhatikan ada video-video pra-bayar (sponsored) yang dibayar oleh entah pihak mana telah dimuatkan oleh media untuk menyerang BN tetapi media-media ini telah menerima kecaman teruk dari netizen dalam ruang komen.

Tiba-tiba media Australia pula menerima beberapa helai dokumen oleh entah pihak mana yang mereka sendiri mengaku tidak bertarikh dan tidak ditandatangani (“undated and unsigned”).

Lantas, media Australia pun melaporkan dengan mendakwa kos ECRL sebenar hanya RM27 bilion dan bukan RM55 bilion serta membuat tuduhan bahawa kerajaan BN terdahulu pakat dengan negara China untuk menyalurkan beza RM38 bilion itu untuk menebus hutang 1MDB. 

(kos RM81 bilion yang diberi oleh Guan Eng termasuk kos operasi berpuluh tahun dan bayaran faedah. Oleh kerana ianya dibagi oleh Guan Eng, maka kita boleh abaikan kerana biasanya ia cerita dongeng.)

Dan seperti biasa, laporan media asing ini juga dikitar semula di media-media tempatan.

Baik. Kita kira. Kerana Rakyat Malaysia perlu bijak.

Kali ini kita belajar sedikit matematik dan pemikiran berasas logik.

Terlebih dahulu, kita maklum bahawa  projek landasan berkembar keretapi Gemas-Johor Bahru ini telah dimuktamadkan dan diluluskan oleh kerajaan PH baru-baru ini.

Kos untuk projek ini bagi menaikkan taraf landasan keretapi sepanjang 197km kepada landasan berkembar dan menggunakan elektrik ialah RM8.9 bilion - turun dari RM9.4 bilion kerana Kementerian Guan Eng telah memberi pengecualian SST kepada syarikat yang dianugerahkan projek ini.

Kita juga maklum bahawa kerajaan PH tidak pernah sekalipun menuduh projek ini terlalu mahal ataupun ada apa-apa penyelewengan.
http://bit.ly/2AR1vKc

Maka RM8.9 bilion untuk 197km bersamaan dengan kos RM45.2 juta untuk satu km.

Jika kos untuk projek ECRL sepanjang 688km benar-benar hanya RM27 bilion, maka kos setiap km ialah RM39 juta satu km - lebih rendah dari projek Gemas-Johor Baharu.

Adakah ianya masuk akal bahawa kos untuk projek menaik-taraf landasan Gemas-Johor Baharu yang sedia ada dengan stesen-stesen dan landasan yang sedia ada di kawasan yang merupakan tanah rata tanpa gunung-gunung besar lebih mahal daripada kos untuk projek ECRL?

Sedangkan, projek ECRL merupakan projek "Greenfield" yang  memerlukan pembinaan stesen-stesen baru yang jumlahnya berganda berbanding projek Gemas-Johor Baharu, memerlukan tren-tren baru, memerlukan pembinaan terowong-terowong dan jambatan yang panjangnya lebih dari 100km serta memerajui banjaran Titiwangsa.

Kos untuk ECRL apabila dianugerahkan oleh kerajaan BN ialah RM55 bilion untuk 688km - iaitu RM79.9 juta setiap km.

Tetapi ini dikatakan mahal berbanding kos RM45.2 juta setiap km untuk projek menaik-taraf landasan keretapi sedia ada.

Selain bandingan dengan projek Gemas-Johor Baharu, adakah ECRL mahal berbanding projek-projek keretapi serantau seperti berikut?

 1. Keretapi laju menghubungkan lapangan terbang Suvarnabhumi, Don Mueang and U-Tapao di Thailand diluluskan pada 2018. US$7.2 bilion (RM29.5 bilion) bagi 260km = RM113 juta setiap km.

2. Keretapi laju menghubungkan Bangkok dengan daerah Nakhon Ratchasima diluluskan pada 2017. Kos US$5.5 bilion (RM22.6 bilion) bagi 250 km = RM90.2 juta setiap km.

3. Keretapi laju Jakarta ke Bandung diluluskan pada 2017. Kos US$5.9 bilion (RM24.2 bilion) bagi 250km = RM96.8 juta setiap km.

Adakah ECRL mahal jika dibandingkan dengan projek lebuhraya Pan-Island Link 1 (PIL-1) sepanjang 19.5km dengan kos RM9 bilion (RM461 juta setiap km) yang telah diluluskan dan sedang dilaksanakan kerajaan PH di Pulau Pinang?

Jika kos ECRL terlalu mahal pada harga RM79.9 juta setiap km dan dituduh ada penyelewengan dan rasuah,  mengapa kerajaan PH tidak mahu menyiasat projek lebuhraya PIL yang berharga RM461 juta setiap km?

Walaupun PH dan media asing kawan PH sering tuduh kos ECRL ialah di atas harga pasaran dan mendakwa kos sebenar hanya RM30 bilion, mereka tidak pernah memberi sebarang bukti untuk menyokong dakwaan itu.

Saya pernah bertanya PH sekurang-kurangnya 10 kali untuk mendedahkan mana-mana laporan yang menyebut kos ECRL hanya RM30 bilion namun tidak pernah sekalipun mereka menjawab.

PH menipu sebelum PRU14. Selepas PRU14 dan semasa PRK juga, mereka terus menipu.

Oleh : Najib RazakBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://1malaynews.blogspot.com/2019/01/ph-menipu-sebelum-pru14-lepas-pru14-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lepas Jadi Hos Dewi Remaja Ramai Terkejut Scha Alyahya Terus Ke Dubai Bersama Awal Ashaari

Lepas Jadi Hos Dewi Remaja Ramai Terkejut Scha Alyahya Terus Ke Dubai Bersama Awal Ashaari

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 131 hits
Pelakon dan pengacara terkenal Scha Alyahya menjadi perbualan di Instagram apabila suaminya Awal Ashaari berkongsi perkembangan mereka berdua yang mana kini telah berada di Dubai Namun apa yang menjadi perhatian ramai apabila Scha selaku pe...
Hidup Terus Berubah Lepas Terdetik Bag1 Mak Ayah Sorang Rm100 Sebulan Walaupun Baki Gaji Cukup Makan

Hidup Terus Berubah Lepas Terdetik Bag1 Mak Ayah Sorang Rm100 Sebulan Walaupun Baki Gaji Cukup Makan

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 94 hits
Sebagai seorang anak jangan sesekali rasa terbeban untuk berikan duit gaji kita kepada mak ayah walaupun sedikit Walaupun gaji kita tak besar mana terikat dengan pelbagai hutang dan komitmen paling penting asingkan sedikit duit gaji untuk m...
Warga Peneroka Terus Teraniaya Janji Ph Sebelum Ini Sekadar Janji Pilihan Raya

Warga Peneroka Terus Teraniaya Janji Ph Sebelum Ini Sekadar Janji Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 41 hits
KUALA LUMPUR 11 Jan Pengerusi Penaja Pembela Bangsa Felda Anuar Manap melihat segala janji manis yang ditawarkan oleh Pakatan Harapan kepada warga Felda khususnya untuk menghapuskan 50 peratus hutang peneroka hanya sekadar janji pada piliha...
Dulu Hanya Mampu Naik Motor Je Percaya Rezeki Lepas Kahwin Terus Dapat Beli Kereta

Dulu Hanya Mampu Naik Motor Je Percaya Rezeki Lepas Kahwin Terus Dapat Beli Kereta

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 85 hits
Menempuh alam perkahwinan bukan satu permainan Ia juga bukan sekadar berlandaskan nafsu semata mata malah pelbagai ilmu dan tanggungjawab perlu dilaksanakan Begitulah perkongsian oleh penyanyi Taleeb Mizad apabila menjalani kehidupan rumah ...
Sebelum Menang Semua Tidak Patut Naik Lepas Menang Semua Naik Najib

Sebelum Menang Semua Tidak Patut Naik Lepas Menang Semua Naik Najib

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 66 hits
Itu dia Harga air akan naik secara berperingkat di seluruh negara tahun ini Harga naik tidak membebankan rakyat kata Menteri Harga elektrik untuk rumah dan perniagaan sudah naik pada Julai lalu Naik lagi untuk perniagaan dan industri pada M...
Tips Bercuti Semasa Hari Penamaan Calon Prk 078

Tips Bercuti Semasa Hari Penamaan Calon Prk 078

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 95 hits
Esok Hari Penamaan Calon PRK 078 Bermula 7 30 pagi hingga 1 30 tengahari Lokasi Pusat Penamaan Calon PRK 078 kali ini di Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Shah Persiaran Dayang Endah Tanah Rata Yang bercuti di Cameron Highlands sedikit tips...
Cristiano Ronaldo Mengaku Bersalah Kerana Menipu Semasa Di Real Madrid

Cristiano Ronaldo Mengaku Bersalah Kerana Menipu Semasa Di Real Madrid

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 42 hits
Pemain bola sepak terkenal dunia Cristiano Ronaldo telah mengaku bersalah terhadap kesalahan penipuan cukai sewaktu bersama Real Madrid lapor Astro Awani Mahkamah walaubagaimanapun telah membenarkan penangguhan hukuman penjara dua tahun ter...
Pas Bagitahu Ph Tunai Janji Pru Sebelum Buat Janji Di Prk

Pas Bagitahu Ph Tunai Janji Pru Sebelum Buat Janji Di Prk

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 67 hits
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menyindir Pakatan Harapan dan mengingatkan gabungan itu agar menunaikan janji yang dibuat dalam manifesto pilihan raya umum ke 14 sebelum menabur janji bagi Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands Sa...
Prk Cameron Highland M Manogaran Calon Kitar Semula Ph Dari Dap Menipu Lagi Untuk Dapatkan Undi

Prk Cameron Highland M Manogaran Calon Kitar Semula Ph Dari Dap Menipu Lagi Untuk Dapatkan Undi

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 115 hits
Selepas di dedahkan yang cuba di tularkan oleh calon kitar semula PH bersama2 Lim Kit Siang mengenai kononnya BN mengabaikan kebajikan orang asli di sekitar Cameron Highland kini M Manogaran sekali lagi membuat kenyataan kepada pemberita ya...
Rihana Oksana Dicerai Talak Tiga

Kenduri Kahwin Serba Sederhana Di Kelantan

Kebahagiaan Seorang Isteri

Bayi 7 Bulan Sebatang Kara Di Hospital Ibu Tidak Waras Bapa Ada Perempuan Lain

10 Tanda Anda Mempunyai Kehidupan Yang Baik

Orang Nak Tahu Pelakun Bukan Penerbit Pengarah Dan Pengedar

Ibu Bapa Sila Hati Hati Dengan Tutur Kata Terhadap Anak Setiap Hari

Sejarah Ltte Yang Anda Patut Tahu



5 Lagu Klasik Melayu Yang Mempopularkan Nama Tempat di Malaysia

Sejarah Boba Tea Minuman Unik Kegemaran Gadis Tempatan Kita

Info Filem BoBoiBoy Movie 2

5 Band Rock Indonesia Yang Pernah Mencetuskan Fenomena di Malaysia

6 Ancaman Haiwan Alam Yang Melarikan Diri Akan Keruhkan Keadaan


Know What Your Customers Say About You

Bahaya Minuman Bubble Milk Tea

Cara Mempercantik Tampilan Numbered List Posting Blog

Rayuan Zulfadli Dan Chun Seang Di Tolak

Resepi Kuih Serabai Bersama Kuah Durian

Mengenal Rahasia Mudah Pebisnis Jago Jualan Mengapa Engga