Prk Semenyih Kerjasama Umno Pas Lebih Menyeluruh


SHAH ALAM: Kerjasama UMNO dan Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih lebih menyeluruh, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ismail Sabri berkata, kerjasama UMNO dan Pas dalam PRK di Sungai Kandis dan Seri Setia sebelum ini hanya tertumpu kepada program bersama sahaja.
Bagi PRK Semenyih, kedua-dua parti yang berteraskan Melayu Islam ini akan mewujudkan jawatankuasa bersama yang dianggotai kepimpinan negeri bagi menyelaras gerak kerja bagi menentang calon Pakatan Harapan (PH).
“Untuk PRK Semenyih ini lebih menyeluruh, bukan sahaja setakat program tetapi dari awal sehingga hari mengundi, dari segi membawa keluar pengundi, mengenal pasti pengundi masing-masing untuk mengundi calon Barisan Nasional (BN).
“Antara perkara yang kita akan akan lakukan, kita akan mewujudkan jawatankuasa bersama antara UMNO dan Pas yang dianggotai kepimpinan negeri masing-masing bagi menyelaras gerak kerja kita.
“Kita juga akan melancarkan jentera pilihan raya bersama. Bukan sahaja di peringkat pusat tetapi sehingga di peringkat Bahagian,” katanya seperti dilaporkan The Malaysian Insight.
Ismail Sabri dilaporkan berkata demikian dalam sidang media bersama Pesuruhjaya Pas, Sallehen Mukhyi di Bangunan UMNO Selangor pada Selasa.
Dalam PRK Sungai Kandis yang ditandingi BN dan PRK Seri Setia yang diwakili oleh PAS, kedua-dua parti itu tewas menentang calon daripada PH.
Menurut Ismail Sabri, PRK Semenyih kali ini jauh berbeza kerana dua PRK sebelum ini diadakan tidak berapa lama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diadakan pada Mei lalu di mana sentimen rakyat ketika itu masih kuat menyokong PH.
Jelasnya, senario ini sudah berubah apabila rakyat mula melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan yang gagal menyelesaikan masalah rakyat terutamanya melibatkan kos sara hidup dan janji yang tidak ditunaikan.
“Rakyat begitu kecewa dengan kegagalan kerajaan Pakatan Harapan, malah lebih menderita dengan harga komoditi yang turun dan kos sara hidup yang melambung tinggi.
“Rasa ketidakpuasan hati mereka dapat kita lihat di media sosial namun kali ini kita harap mereka dapat menterjemahkannya di kertas undi,” ujarnya.
Sementara itu, Sallehen menyifatkan Pas dan UMNO sudah mempunyai kematangan dalam mengadakan kerjasama dan dengan pengalaman sebelum ini termasuk yang sedang berlangsung di PRK Cameron Highlands.
Menurutnya, Pas telah menyatakan komitmen untuk menurunkan seberapa daya yang boleh menggerakkan jentera dan ahli bersama-sama berkempen dengan jentera UMNO.
“Fokus kita adalah untuk cuba memastikan 6,966 undi Pas yang kita perolehi dalam PRU lalu melalui calon kita, akan dapat kita kekalkan dan kita akan cuba dapatkan 20 peratus lagi supaya dapat mengundi calon UMNO.
“Jentera akan turun seluruhnya, kita bergerak ikut arahan yang dikeluarkan dan memastikan bilik gerakan Pas akan beroperasi PRK ini dan berkeyakinan UMNO akan atau calon yang kita persetujui akan menang di DUN Semenyih,” katanya.
PRK Semenyih akan diadakan pada 2 Mac dengan hari penamaan calon pada 16 Feb sementara hari mengundi awal pada 26 Feb.
Kerusi DUN Semenyih kosong berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, pada 11 Jan lalu akibat serangan jantung.
The post PRK Semenyih: Kerjasama UMNO-PAS Lebih Menyeluruh appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/prk-semenyih-kerjasama-umno-pas-lebih-menyeluruh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Dun Semenyih Matangkan Hubungan Kerjasama Pas Umno

Prk Dun Semenyih Matangkan Hubungan Kerjasama Pas Umno

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 409 hits
SHAH ALAM Pas Selangor yakin PRK Dun Semenyih bakal mematangkan lagi hubungan kerjasamanya dengan BN khususnya Umno demi merampas kembali kerusi berkenaan daripada PH Pesuruhjaya Pas Selangor Sallehen Mukhyi berkata berdasarkan pengalaman d...
Kerjasama Umno Pas Akan Hasil Tsunami Melayu Lebih Hebat

Kerjasama Umno Pas Akan Hasil Tsunami Melayu Lebih Hebat

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 354 hits
PRK Cameron Highlands bukti Melayu Bumiputera tolak DAPBANGI Kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands membuktikan orang Melayu dan Bumiputera yakin UMNO dan PAS adalah sandaran terbaik dalam memperjuang kepentin...
Prk Cameron Highlands Kerjasama Bn Umno Pas Cukup Baik Mahdzir

Prk Cameron Highlands Kerjasama Bn Umno Pas Cukup Baik Mahdzir

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 400 hits
JELAI 21 Jan Kerjasama antara Barisan Nasional UMNO serta Pas di dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands berada di dalam tahap yang tinggi ujar Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid Katanya kesepakatan dan
Kejayaan Prk Cameron Highlands Jadi Bukti Kenapa Ph Takut Kerjasama Umno Pas

Kejayaan Prk Cameron Highlands Jadi Bukti Kenapa Ph Takut Kerjasama Umno Pas

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 398 hits
KUALA LUMPUR 29 Jan 8211 Ketua Pemuda UMNO Ketereh Saipuddin Mohamad melihat senario politik kerjasama antara UMNO dan PAS amat ditakuti dan digeruni Pakatan Harapan selepas gabungan yang erat dilakukan pada Pilihan Raya Kecil Cameron High
Cameron Highlands Kemudian Semenyih Adalah Penentu Kerjasama Umno Pas

Cameron Highlands Kemudian Semenyih Adalah Penentu Kerjasama Umno Pas

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 422 hits
Walaupun tiada ikatan rasmi hubungan kerjasama UMNO dan Pas nampaknya semakin kukuh dan intim di Cameron Highlands ini Barangkali salah satu sebab yang merapatkan lagi hubungan itu ialah kerana yang bertanding kali ini ialah DAP Dengan kedu...
S Gor Pas Confident Semenyih By Election Can Enhance Party S Cooperation With Umno

S Gor Pas Confident Semenyih By Election Can Enhance Party S Cooperation With Umno

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 359 hits
Selangor PAS is confident that the Semenyih state constituency by election will further strengthen its cooperation with Barisan Nasional especially UMNO to recapture the seat from Pakatan Harapan Selangor PAS commissioner Sallehen Mukhyi sa...
Prk Dun Semenyih Pas Tidak Letak Calon

Prk Dun Semenyih Pas Tidak Letak Calon

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 375 hits
Satu strategi PAS iaitu satu lawan satu Kita nantikan PRK Dun Semenyih pula
Bung Umno Pas Perlu Berhati Hati Soal Kerjasama

Bung Umno Pas Perlu Berhati Hati Soal Kerjasama

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 426 hits
Pengerusi Umno Sabah itu juga berkata mereka berhak memutuskan sendiri rakan politik tanpa perlu mengikut Semenanjung
Pas Azam Bekalkan Umno Dengan 6 966 Undi Di Semenyih

Pas Azam Bekalkan Umno Dengan 6 966 Undi Di Semenyih

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 384 hits
Diterbitkan Hari ini 1 12 tengahariPRK SEMENYIH l PAS akan membuka bilik gerakan parti itu dalam pilihan raya kecil Semenyih dan menggerakkan kerjasama sama dengan Umno berdasarkan arahan kepimpinan pusatnya Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehe...
Sasha Abdul Aziz Pilih Pantang Tradisional Demi Pulih Sempurna Badan Nak Pakai Lama

Saya Jumpa Anak Dalam Tandas Ibu Buat Laporan Polis Anak Dibuli Diikat Tangan

Pengumuman Terkini Pmx Hadiah Anwar Ibrahim Untuk Rakyat

Hiburan Penyanyi Nasyid Terkenal Didakwa Curang Penyondol Anak Ahli Politik Isteri Dia Baru Lepas Bersalin

Auditor General Flags Shady Deals In Felcra Ukm And Army Armoured Vehicle Procurements

How Smart Fabrics Are Redefining The Future Of Wearable Technology

Buggy Kenderaan Elektrik

Solar Time Moves Forward Celebrating 44 Years Of Heritage Innovation In Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Naik Taraf Dataran Kejat Mukim Lata Rek

Celebrity Legs And Feet In Tights Variety Pack 158

Perfume Kereta Gel Blank X Syahmisazli Original Pewangi Kereta Viral 100 Original

Sebarkan Mengenai Lane Hogger

Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan Drb Hicom Port Dickson

Beli Monitor Refurbished Untuk Pc