Prk Cameron Bn Guna Psikologi Songsang Penganalisis


Yasmin Ramlan dan Geraldine Tong        ANALISIS | Jika pada empat pilihan raya kecil sebelum ini Pakatan Harapan mampu mengekalkan kerusi mereka dengan selesa, tetapi bagi PRK Cameron Highlands kali ini, PH perlu melalui jalan yang berliku untuk merampas kerusi yang secara tradisinya disandang oleh MIC itu

Pada minggu pertama kempen, PH sudah membawa turun nama-nama besar dan menteri mereka seperti Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Presiden PKR Anwar Ibrahim di salah satu dari dua Dewan Undangan Negeri di bawah parlimen Cameron Hihglands iaitu Jelai.

Namun, amat mengejutkan ceramah perdana pada 17 Januari itu tidak mendapat sambutan hangat seperti ceramah-ceramah anjuran PH sebelum ini di tempat lain.

Malah, forum perdana hal ehwal Islam dari pendakwah bebas Ustaz Kazim Elias yang turut diadakan pada masa yang sama di masjid berdekatan di Felda Sungai Koyan lebih mendapat sambutan daripada ceramah menteri-menteri.

Antaranya merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa, Timbalannya Fuziah Salleh, Menteri Komunikasi Gobind Singh Deo dan Menteri Industri dan Asas Tani Salahuddin Ayub.

Persepsi negatif pada DAP

Pengarah Eksekutif Ilham Centre Mohd Azlan Zainal pula berkata setakat ini, PH tidak menampakkan usaha yang setimpal untuk meraih undi dari kaum Melayu dan Orang Asli di Cameron Highlands.

"Faktor calon PH, M Manogaran seorang India menyukarkan PH untuk masuk dan menerobos ke kawasan ini terutama di Jelai.

"Tambahan pula, serangan terhadap kerajaan PH bertali arus membentuk persepsi negatif orang Melayu terhadap DAP.

"Walaupun BN pada hakikatnya tidak mempunyai sebarang tawaran dalam PRK kali ini, tetapi gabungan itu mengambil tindakan menyerang terhadap isu agama dan kaum.

"Atas kelemahan menangani isu-isu Melayu dan Islam serta ketiadaan sumbangan atau insentif kepada masyarakat Orang Asli, semua ini dimanipulasi sebaiknya oleh BN untuk melonjakkan sentimen penolakan kepada PH dalam PRK kali ini," katanya.

Azlan juga berkata, slogan "Tiada Janji Lihat Bukti" dari BN merupakan satu psikologi songsang (teknik menarik perhatian dengan rangsangan berlawanan) bagi meraih simpati untuk mengekalkan undi orang Melayu dan Orang Asli

Najib adalah hero di Jelai 

Menurut penganalisis politik Ibrahim Suffian, keadaan sekarang menyaksikan pertandingan yang sama rata di antara Barisan Nasional dan PH.

"BN sedang cuba meraih sokongan daripada penyokongnya dan juga dari PAS.

"Mereka juga perlu mempertahankan sokongan daripada sejumlah besar pengundi Orang Asli di sana," katanya kepada Malaysiakini.

Berdasarkan pemerhatian Malaysiakini, rata-rata pengundi di Jelai yang majoritinya pengundi Melayu masih sangsi dengan pentadbiran baru PH.

Di Jelai penduduk Melayu terdiri daripada 64 peratus daripada 12,543 jumlah pengundi di situ.

Sayang mereka terhadap bekas perdana menteri Najib Razak tiada tolok bandingnya, malah kehadirannya juga beberapa hari lalu disambut dengan meriah.

Bagi penduduk peneroka Felda di situ, Najib adalah hero yang membela kebajikan mereka. Menurut mereka, ketika zaman pentadbiran Najib, pendapatan bulanan peneroka tidak kurang daripada RM2,000.
Tetapi hari ini selepas kerajaan persekutuan diambil alih oleh PH, mereka menyaksikan bayaran yang lewat, hasil pendapatan yang kurang.

Penjelasan mengenai harga kelapa sawit rendah juga tidak diterima mereka. Terdapat 3,822 pengundi di Felda Sungai Koyan 1, 2, dan 3, di Jelai.

Mereka lupa dengan semua pertuduhan Najib berkaitan syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagi mereka, isu tersebut terlampau rumit untuk dihadam. Apa yang lebih penting adalah insentif dan bantuan sara hidup mereka yang diperolehi ketika zaman pentadbiran Najib.

Dari mana atau bagaimana peruntukan wang tersebut diperolehi bukan satu yang perlu dititikberatkan.

Untuk rekod, Najib kini berhadapan 38 pertuduhan berkaitan dengan 1MDB, termasuk dakwaan pengubahan wang haram, penyalahgunaan kuasa dan juga jenayah pecah amanah.

Faktor kaum penting 

Azlan juga berkata isu perkauman berikutan insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di Seafield sheingga menyebabkan seorang anggota bomba bertugas, Adib Mohd Kassim cedera parah dan meninggal dunia menambahkan rasa tidak selesa orang Melayu terhadap calon PH.

Malam tadi, Presiden PAS Abdul Hadi Awang hadir sepentas di Jelai bersama Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan yang menjalankan tugas-tugas presiden parti itu.

Bagaimanapun, Azlan percaya penyokong PAS akan pecah kepada tiga kumpulan pada hari pengundian nanti.

"Pertama, mereka akan mengundi calon bebas yang dilihat Melayu dan termasuk pengundi yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan calon terutama di Sungai Koyan (Sallehudin Ab Talib).

"Kedua, mengundi untuk calon BN atas arahan parti dan kelompok ketiga tidak keluar mengundi sebagai tanda protes terhadap kerjasama Umno-PAS," katanya.
Modal BN yang menggunakan kegagalan PH dalam menunaikan semua janji manifestonya nampaknya berkesan apabila perkara sama turut dibangkitkan oleh penduduk di Jelai.

Bagi sesetengah penduduk di Jelai yang ditemui, mereka berpendapat persoalan siapa calon menjadi lebih penting daripada apa yang boleh ditawarkan kepada mereka.

Terdapat penduduk yang diwawancara memberitahu mereka tidak kisah siapa yang diletakkan sebagai calon, janji calon tersebut mempunyai 'bin' pada namanya.

Entah apa ada pada nama sehingga penyokong PAS di situ turut menitik-beratkan perkara yang sama bagi PRK kali ini. Lebih-lebih lagi apabila pemimpin dari parti Islam itu mula berkempen bagi calon BN di situ bagi menggesa pengundi PAS di kawasan tersebut mengundi calon BN.
BN melanggar tradisi dengan tidak meletakkan calon MIC dan buat pertama kalinya meletakkan calon kaum Orang Asli dari suku kaum Semai, Ramli Mohd Nor yang bukannya anggota mana-mana parti dalam BN.

PH meletakkan calon dari DAP, Manogaran yang merupakan percubaan kali ketiganya di situ
Penduduk Melayu di kawasan itu dijangka memainkan faktor penting dalam PRK tersebut pada 26 Januari ini.

Tanah Rata 

Manogaran diterima baik oleh kebanyakan penduduk di Tanah Rata. Ini boleh dilihat pada sambutan yang memberangsangkan apabila beliau mengadakan aktiviti berkempen dalam majlis kutipan dana makan malam pada Sabtu lalu (19 Januari) yang menyaksikan kehadiran kira-kira 500 orang.

Bagaimanapun, Ibrahim mengingatkan bahawa hari mengundi sangat hampir dengan Tahun Baru Cina, di mana peluang bakal tidak memihak kepada PH.

"Peluang mereka tipis kerana peratusan keluar mengundi rendah di kalangan pengundi Cina di sana.

"Jika ramai kaum Cina yang pulang mengundi, keputusan akan memihak kepada PH, tetapi dengan perayaan Tahun Baru Cina yang semakin hampir, kemungkinan mereka tidak akan pulang untuk mengundi dalam pilihan raya yang tidak mengubah corak politik negara," kata Ibrahim.

DUN Tanah Rata terdiri daripada 48 peratus pengundi Cina, 14 peratus Melayu, 24 peratus india dan 14 peratus lain-lain.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/prk-cameron-bn-guna-psikologi-songsang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tediaa Nenek Sekolahkan Calon Dap Prk Cameron Highlands

Tediaa Nenek Sekolahkan Calon Dap Prk Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 582 hits
LIPIS Saya dah tak tahan nak pendam jadi hari itu saya suarakan apa yang terbuku Itu reaksi seorang nenek yang juga pemilik sebuah kedai runcit di Felda Sungai Koyan 1 Rahana Hassan 76 yang tular selepas klip rakaman video berdurasi tiga mi...
Prk Cameron Highland Berlaku Pelanggaran Peraturan Tapi Pengerusi Spr Bersih Penguatkuasa Tutup Mata

Prk Cameron Highland Berlaku Pelanggaran Peraturan Tapi Pengerusi Spr Bersih Penguatkuasa Tutup Mata

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 447 hits
Kuasa Memerintah Pakatan Harapan Menghalalkan Pelanggaran Peraturan Calon Pakatan Harapan Di PRK Cameron HughlandDalam kempen PRK Cameron Highland beberapa pelanggaran peraturan yang jelas telah di lakukan oleh sama ada oleh M Manogaran cal...
Katalah Prk Cameron Ramli Menang Then Dia Lompat Masuk Ph Mustahil Ke Tak

Katalah Prk Cameron Ramli Menang Then Dia Lompat Masuk Ph Mustahil Ke Tak

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 315 hits
Pakatan Harapan masih mampu merampas Cameron Highlands jika calon BN Ramli Mohd Nor menyertai PH selepas kemenangan kata sumber BN yang sedang berkempen di kawasan parlimen itu Sumber yang memegang jawatan tertinggi dalam sebuah parti kompo...
Kejutan Buat Bn Di Prk Cameron Highlands

Kejutan Buat Bn Di Prk Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 488 hits
Kejutan Buat BN Di PRK Cameron Highlands Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dijadual turun berkempen untuk PRK Cameron Highlands pada hari terakhir kempen 25 Jan ini Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata kehadiran pengerusi Pakatan Har...
Prk Cameron Highland Peneroka Felda Penyokong Pas Memuji Pentabiran Najib

Prk Cameron Highland Peneroka Felda Penyokong Pas Memuji Pentabiran Najib

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 308 hits
Ketika ramai rakyat Malaysia sinis terhadap Najib Razak yang terpalit dengan kes pengubahan wang haram dan salah guna jawatan penduduk Felda di Jelai sebaliknya mempunyai pandangan berbeza terhadap beliau Tinjauan Malaysiakini mendapati beb...
Prk Cameron Highland Mesej Tok Batin Pada Bob Manolan Jangan Kurang Ajar

Prk Cameron Highland Mesej Tok Batin Pada Bob Manolan Jangan Kurang Ajar

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 408 hits
Pengerusi Batin Pahang Norya Abas bersama2 dengan beberapa orang Tok Batin di seluruh negeri Pahang tampil membuat lapuran polis terhadap kebiadapan Senator Bob Manolan yang mengugut dan menghina Tok Batin tempoh hari Bob Manolan Mohamad me...
Prk Cameron Highlands Tu Duit Minyak Bukan Sogok

Prk Cameron Highlands Tu Duit Minyak Bukan Sogok

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 507 hits
PRK Cameron Highlands Tu duit minyak bukan sogokSunday 2019SITI NURSYAHIDAH ABU BAKARCAMERON HIGHLANDS PH menegaskan wang diagihkan dalam gambar yang tular di media sosial merupakan pembayaran balik penampungan kos petrol kepada sukarelawan...
Rakyat Muak Program Ala Cendawan Tiap Kali Prk Penganalisis

Rakyat Muak Program Ala Cendawan Tiap Kali Prk Penganalisis

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 443 hits
PRK Cameron Setiap kali musim pilihan raya kecil pelbagai program kementerian muncul di kawasan terlibat dan keadaan itu tidak ubah seperti cendawan tumbuh selepas hujan kata penganalisis politik B Anbumani Katanya amalan itu juga bukan bar...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash