Rakyat Muak Program Ala Cendawan Tiap Kali Prk Penganalisis


Fakhrull Halim      
PRK Cameron | Setiap kali musim pilihan raya kecil, pelbagai program kementerian ‘muncul’ di kawasan terlibat dan keadaan itu tidak ubah seperti ‘cendawan’ tumbuh selepas hujan, kata penganalisis politik B Anbumani.

Katanya, amalan itu juga bukan baru, malah telah berlanjutan sejak dahulu dan menteri sering menggunakan alasan kononnya program dianjurkan telah lama diatur untuk kawasan tersebut.

"Rakyat sudah muak dan menyampah dengan taktik politik ala cendawan. Bila tiba sahaja musim pilihan raya, macam-macam (program) muncul, timbul berleluasa.

"Rakyat juga meluat dengan tindakan segelintir anggota kerajaan yang menurunkan jentera kerajaan secara agresif kononnya untuk aktiviti kementerian ketika musim pilihan raya yang memberikan pelbagai persepsi negatif," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau mengulas kritikan susulan lawatan beberapa menteri Pakatan Harapan (PH) ke Cameron Highlands tidak lama sebelum tarikh penamaan calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 12 Jan lalu.

Menyifatkan amalan itu perlu dihentikan segera, Anbumani menggesa semua pihak berganding bahu dan tidak bergantung kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semata-mata.

Katanya, SPR di bawah pengerusinya, Azhar Azizan Harun sedang melakukan pelbagai usaha termasuk menutup kelompongan tersebut namun suruhanjaya itu tidak mampu melakukannya secara solo

“Cukup - cukuplah apa yang berlaku dulu. [...] Kita tidak boleh sering mendebatkan isu ini ketika musim pilihan raya sahaja,” katanya lagi.

Tidak lama sebelum hari penamaan calon semalam, beberapa menteri dilapor melakukan lawatan rasmi ke Cameron Highlands.

Antaranya ialah Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran yang membuat lawatan pada 29 Dis, Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy (3 Jan), Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr. Xavier Jayakumar (5 Jan),
Menteri Pengangkutan Anthony Loke (7 Jan), Menteri Pertahanan Mohamad Sabu (7 Jan), dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa (10 Jan).

Perkara itu mendapat kritikan termasuk daripada pengerusi Bersih Thomas Fann yang menyifatkan tindakan menteri terbabit sebagai ‘salah guna jawatan’ dan sumber kerajaan.

Thomas juga dilapor mencadangkan undang-undang pilihan raya dipinda bagi menghalang ahli politik berkempen di satu-satu kawasan selepas kerusi pilihan raya diumumkan kosong.
Kata Thomas, pindaan tersebut perlu dilakukan untuk menjadikan penggunaan sumber kerajaan untuk berkempen sebagai satu kesalahan, yang mana tidak disebut dalam undang-undang sedia ada.

Bagaimanapun, Dr Wan Azizah mempertahankan kunjungan beliau ke Cameron Highlands sebagai lawatan kerja dan tiada kaitan dengan kempen politik.

Anthony Loke dan Mohamad Sabu juga menafikan dakwaan salah guna jentera atau sumber kerajaan dan menjelaskan lawatan mereka ke Cameron Highlands telah lama dijadual.

'Cadangan Bersih tak relevan'

Mengulas lanjut, Anbumani berpendapat cadangan Bersih untuk meminda undang-undang pilihan raya sebagai tidak relevan.

Katanya, apa yang diperlukan adalah penambahbaikan dalam berkempen bagi mengelakkan serta mengawal tindakan yang ‘melampaui batas’.

“Itu bukannya demokrasi. Proses demokrasi tidak seharusnya menghalang mana-mana pihak untuk bercakap mahupun berkempen termasuk ahli politik kerana kita tidak boleh menafikan hak mereka.

Cadangan tersebut tidak relevan dalam konteks negara kita,” katanya lagi.

Kerusi parlimen Cameron Highlands diumumkan kosong 30 Nov lalu oleh Mahkamah Pilihan Raya di Kuala Lumpur yang membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dan mengarahkan supaya pilihan raya diadakan semula.

Dalam PRU lalu, calon BN, C Sivarraajh (MIC) memenangi kerusi tersebut.

Antara empat PRK setakat ini, PRK Cameron Highlands merupakan yang pertama diadakan di negeri dikuasai BN.

PRK yang akan berlangsung 26 Jan itu menyaksikan pertembungan empat penjuru antara M Manogaran sebagai calon PH, Ramli Mohd Nor (BN), dan Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee sebagai calon bebas.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/rakyat-muak-program-ala-cendawan-tiap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk C Highlands Umno Jadi Mangsa Itu Dah Lumrah Rakyat Itu Yg Tak Patut

Prk C Highlands Umno Jadi Mangsa Itu Dah Lumrah Rakyat Itu Yg Tak Patut

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 305 hits
Kekalahan UMNO BN majoriti besarnya dari janji janji palsu yang ditaburkan pihak lawan dalam PRU14 memang memberi kesan yang besar kepada kelangsungan parti tersebut Majoriti rakyat mengundi pembangkang kerana percayakan janji 100 hari pert...
Rakyat Terkejut Agong Letak Jawatan Kali Pertama Dalam Sejarah Malaysia

Rakyat Terkejut Agong Letak Jawatan Kali Pertama Dalam Sejarah Malaysia

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 1154 hits
Rakyat Terkejut Agong Letak Jawatan Kali Pertama Dalam Sejarah Malaysia Rakyat seluruh negara dikejutkan dengan keputusan Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di Pertuan Agong yang berkuatkuasa mulai 6 Januari semalam Buat pert...
Sindir Prabowo Timses Jokowi Sebut Rakyat Muak Dan Jengah Dengan Narasi Bombastis

Sindir Prabowo Timses Jokowi Sebut Rakyat Muak Dan Jengah Dengan Narasi Bombastis

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 221 hits
Anggota Gugus Tim Kampanye Nasional Joko Widodo Ma ruf Amin Ridwan Habib menyindir calon presiden Prabowo Subianto soal narasi bombastis Prabowo belakangan ini memang kerap melontarkan pernyataan yang bombastis seperti misalnya adanya serbu...
Azmin Minta Pemimpin Berhenti Bergaduh Rakyat Sudah Muak

Azmin Minta Pemimpin Berhenti Bergaduh Rakyat Sudah Muak

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 282 hits
KUALA LUMPUR Berhenti bercakaran sesama sendiri kerana politik sebaliknya fokus kepada usaha membangunkan ekonomi negara dan rakyat Itu kenyataan tegas Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang berpendapat kerajaan sekaran...
Tiap Kali Buka Baju Menangis Derita Penyakit Kulit Rapuh Pergerakan Adik Alif Sangat Terhad

Tiap Kali Buka Baju Menangis Derita Penyakit Kulit Rapuh Pergerakan Adik Alif Sangat Terhad

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 436 hits
Disahkan Epidermolysis Bullosa sejak lahir atau penyakit kulit rapuh kehidupan adik Muhammad Alif 8 tahun sangat terbatas Sejak dari bayi lagi pergerakan Alif Firdaus terbatas Tak boleh main seperti kanak kanak normal yang lain dan ahli kel...
Pertama Kali Ke Volunteer Appreciation Awards 2018 Muslim Volunteer Malaysia

Pertama Kali Ke Volunteer Appreciation Awards 2018 Muslim Volunteer Malaysia

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 436 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Muslim Voluntee...
Selama Setahun Vanessa Angel 15 Kali Lakukan Transaksi Dengan Mucikari Es

Selama Setahun Vanessa Angel 15 Kali Lakukan Transaksi Dengan Mucikari Es

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 264 hits
Data digital diperoleh dari ponsel muncikari ES oleh penyidik Kepolisian menguak fakta mengejutkan Dari data tersebut polisi memperoleh rekapan transaksi keuangan ES dengan artis Vanessa Angel sebanyak 15 kali
Semalam Adalah Kali Terakhir Umi Menyusukan Fawwaz Bayi 7 Bulan Ditemui Tidak Bernyawa Di Rumah Pengasuh

Semalam Adalah Kali Terakhir Umi Menyusukan Fawwaz Bayi 7 Bulan Ditemui Tidak Bernyawa Di Rumah Pengasuh

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 541 hits
Semalam adalah kali terakhir umi menyusukan Fawwaz Bayi 7 bulan ditemui Tidak Bernyawa di rumah pengasuh Kejadian bayi meninggal dunia ketika dalam jagaan pengasuh berulang kembali apabila petang semalam telah dilaporkan seorang bayi lelaki...
Semasa Hidup Inilah Zikir Untuk Kami Pujuknya Tidur Sebak Alunan Zikir Ayah Mengiringi Jasad Anak Buat Kali Terakhir

Semasa Hidup Inilah Zikir Untuk Kami Pujuknya Tidur Sebak Alunan Zikir Ayah Mengiringi Jasad Anak Buat Kali Terakhir

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 517 hits
Semasa Hidup Inilah Zikir Untuk Kami Pujuknya Tidur Sebak Alunan Zikir Ayah Mengiringi Jasad Anak Buat Kali Terakhir Ibu bapa mana yang sanggup melihat anak yang dilahir dan ditatang bagai minyak yang penuh pergi secara mengejut dalam sekel...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba