Katalah Prk Cameron Ramli Menang Then Dia Lompat Masuk Ph Mustahil Ke Tak


Pakatan Harapan (PH) masih mampu merampas Cameron Highlands jika calon BN Ramli Mohd Nor menyertai PH selepas kemenangan, kata sumber BN yang sedang berkempen di kawasan parlimen itu.

Sumber yang memegang jawatan tertinggi dalam sebuah parti komponen BN itu turut meramalkan kemungkinan lain Ramli menjadi anggota parlimen bebas.

"Mungkin ramai akan kata ini mustahil, tidak akan berlaku.

“Tetapi, dalam politik semuanya boleh. Buat masa ini, sudah pun ada satu parti dari PH memulakan langkah-langkah untuk menarik Ramli ke PH sekiranya beliau menang di Cameron nanti," kata sumber BN itu kepada Malaysiakini.

"Menyertai PH selepas menang, akan memudahkan lagi perjuangan Ramli yang bertungkus lumus dalam pembangunan Orang Asli.
“Saya juga tidak hairan, sekiranya beliau diberikan jawatan timbalan menteri untuk menjaga kepentingan Orang Asli seluruh Malaysia," tambahnya.

Menurutnya lagi, kenyataan beliau bukan sekadar teori, malah telah pun berbincang di peringkat BN beberapa kali.

"Ramai ahli BN khususnya di Cameron Highlands, masih teka-teki mengenai apakah kemungkinan Ramli menyertai PH sekiranya menang di PRK nanti.

“Hampir setiap hari saya di peringkat akar umbi BN Cameron Highlands ditanya pasal perkara ini kerana beliau bukan ahli mana-mana parti komponen BN," jelasnya lagi.

Ketika ditanya, kenapa Ramli perlu menyertai PH sedangkan BN yang memberi peluang kepadanya, sumber itu berkata bukan beliau yang meminta kerusi itu, sebaliknya BN yang menawarkan padanya.

"Saya pernah duduk beberapa kali bersama Ramli. Beliau sentiasa bercakap pasal pembangunan Orang Asal.

“Pada pandangan saya, pembangunan Orang Asli lebih penting kepadanya berbanding menjadi ahli BN seterusnya memberi tekanan kepada PH.

"Menjadi wakil PH akan memastikan Ramli boleh memberi yang terbaik kepada pembangunan Orang Asli menerusi bantuan Kerajaan Persekutuan,” kata sumber.

Sumber turut memastikan bahawa beberapa pemimpin Melayu di Cameron telah mengakui kepadanya akan ada tawaran kepada Ramli sekiranya beliau menang.

"Saya sangat pasti akan ada tawaran. Dan parti yang saya nyatakan sudah bersiap sedia untuk membuat tawaran sekiranya calon DAP (M Manogaran) kalah," kata sumber itu sambil meminta tidak mendedahkan nama parti yang sedia membuat tawaran kepada Ramli.

"Mungkin, ini juga salah satu punca pada awalnya, ada pemimpin tertinggi MIC menentang cadangan meletakkan Ramli sebagai calon," jelasnya lagi.

Untuk rekod, Ramli yang merupakan seorang bekas pegawai polis yang sedang mengikuti program doktor falsafah (PhD) dalam bidang perniagaan di International University Of Malaya-Wales (IUMW) tidak pernah menyertai sebarang parti politik.

Selain Ramli dan Manogaran dua lagi calon bebas – Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee – turut bertanding di PRK Cameron Highlands.

Orang Asli merangkumi 20 peratus pengundi di kawasan parlimen Cameron Highlands. Ramli sendiri daripada suku Semai.

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2019/01/katalah-prk-cameron-ramli-menang-then.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalaulah Ramli Menang Kalaulah Lepas Itu Dia Masuk Ph

Kalaulah Ramli Menang Kalaulah Lepas Itu Dia Masuk Ph

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 335 hits
Diterbitkan Hari ini 9 00 pagi Pakatan Harapan masih mampu merampas Cameron Highlands jika calon BN Ramli Mohd Nor menyertai PH selepas kemenangan kata sumber BN yang sedang berkempen di kawasan parlimen itu Sumber yang memegang jawatan ter...
Pakatan Sukar Menang Di Prk Cameron Highlands Kata Wan Azizah

Pakatan Sukar Menang Di Prk Cameron Highlands Kata Wan Azizah

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 377 hits
Pakatan sukar menang di PRK Cameron Highlands kata Wan Azizah Dikemas kini 20 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 13 Jan
Prk Cameron Menang Atau Kalah Apa Kata Manogaran

Prk Cameron Menang Atau Kalah Apa Kata Manogaran

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 414 hits
THE MALAYSIAN TIMES CAMERON HIGHLANDS Calon Parlimen Cameron Highlands M Manogaran akan terus memberi perkhidmatan kepada masyarakat di sini meskipun jika beliau tidak memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen itu Sabtu ini Menurut Manogaran sa...
Dr Mahathir Mengaku Boneka Untuk Dap Menang Prk Cameron Highland

Dr Mahathir Mengaku Boneka Untuk Dap Menang Prk Cameron Highland

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 597 hits
DAP Yang Tentukan Kedudukan Saya Sebagai Perdana MenteriDr Mahathir hari ini mengakui DAP memainkan peranan penting dalam menentukan segala perkara dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan termasuk berkaitan kedudukannya sebagai Perdana M...
Prk Cameron Highland Ramai Puji Cara Pemilihan Calon

Prk Cameron Highland Ramai Puji Cara Pemilihan Calon

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 359 hits
Kalau nak dikatakan pemilihan calon BN dalam PRK Cameron Highland yang akan datang sebagai antara terbaik yang pernah dilakukan pasca PRU14 yang lepas saya akan bersetuju Bukan kata pemilihan calon calon yang sebelum ini tidak baik tapi dar...
Prk Cameron Highlands

Prk Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 477 hits
Hari ini akan berlangsung penamaan calon untuk Pirake P78 Cameron Highlands Kedua parti bermusuhan DAP dan BN telah menyatakan kesediaan untuk menurunkan calon masing masing PH mewakilkan kepada DAP untuk berhadapan dengan calon BN BN kali ...
Kejutan Prk Cameron Highlands Saya Penyokong Dr M Dan Anwar Selepas Peluk Presiden Umno

Kejutan Prk Cameron Highlands Saya Penyokong Dr M Dan Anwar Selepas Peluk Presiden Umno

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 423 hits
Kejutan daripada Presiden MyPPP yang dipertikaikan M Kayveas di pusat penamaan calon PRK Cameron Highlands Sebaik sahaja datang beliau tidak memasuki pusat penamaan calon Sebaliknya beliau bertemu dan berpelukan dengan presiden Umno Mohamad...
Prk Cameron Highlands Selepas Calon Dap Hina Orang Asli Dan Melayu Kini Pakatan Harapan Ugut Tok Batin Pula

Prk Cameron Highlands Selepas Calon Dap Hina Orang Asli Dan Melayu Kini Pakatan Harapan Ugut Tok Batin Pula

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 677 hits
Selepas Manogaran Hina Orang Asli Dan Melayu Kini Taktik Ugut Digunakan PH Calon DAP M Manogaran yang bersikap rasis apabila melabelkan Orang Asli sebagai Kuih yang tidak akan di beli Orang Melayu kini Pakatan Harapan mula menggugut Tok Bat...
Sejak Bn Menang Tiada Perubahan Berlaku Di Cameron Highlands Guan Eng

Sejak Bn Menang Tiada Perubahan Berlaku Di Cameron Highlands Guan Eng

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 326 hits
Sejak BN menang tiada perubahan berlaku di Cameron Highlands Guan EngSetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa penduduk di Cameron Highlands mengundi calon Pakatan Harapan bagi memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari in...
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Terengganu Dua Remaja Tiada Lesen Jadi Pemandu Kelindan Lori Ditahan Jpj

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Social Media Abuzz With Danish Pm Reiterating Burqa Ban Tells Muslims To Adjust To Local Culture Confront Law Or Leave

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Building A Memorable Brand Identity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sarapan Pagi Sabtu Bersama Anak Anak

Jjcm Sarapan Pagi Di Warung Ngarai

Macam Mana Filem Ni Boleh Dapat Nama Badak Pengarah Dah Jelaskan

Lunch Di Ary Nasi Buluh Melaka

Lirik Lagu Terbaru 2025 Hanya 1 Jalan

Trippy Bros Elevate Your Mind Embrace The Journey