Presiden Umno Kalau Mahu Menang Pru Dan Nak Jadi Pm Mesti Berani Berdepan Media




Selama ini, terutama ketika era Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, mesyuarat MT UMNO yang wajib disusuli sidang medianya, ia adalah detik yang paling ditunggu-tunggu oleh para petugas media.


Ia bukan saja untuk para wartawan mendapatkan berita mengenai topik perbincangan mesyuarat, malah juga untuk mereka bertanya soalan-soalan lain berkaitan isu semasa negara.


Selalunya Tun Mahathir tidak pernah mengelak untuk menjawab apa juga pertanyaan yang dikemukakan dan dengan itu sidang media selepas mesyuarat MT UMNO adalah sesuatu yang memberi kepuasan kepada para wartawan.


Kemudian, sewaktu Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri, perkara yang sama juga diteruskan, walaupun cara beliau menjawab tidaklah sehebat Tun Mahathir.


Ketika era Najib Razak, meski sidang media selepas mesyuarat MT UMNO diteruskan seperti biasa, tetapi setelah muncul isu berkaitan 1MDB seolah-olah sudah wujud sekatan-sekatan tertentu kepada media.


Difahamkan pada waktu itu bukan saja media tertentu dilarang menghadiri sidang media Najib di Bangunan PWTC, malah soalan-soalan sensitif turut dilarang untuk ditanyakan.


Hanya soalan-soalan baik dan berbau syurga saja diberitakan dibenar untuk diajukan.


Namun, di era Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO ini, walaupun banyak isu-isu panas yang timbul atau sengaja ditimbulkan, sidang media selepas mesyuarat MT UMNO sudah hilang seri dan kemeriahannya.


Ia bukanlah sangat disebabkan beliau sebagai Presiden UMNO tidak memegang jawatan Perdana Menteri, namun lebih kerana keengganan atau ketakutannya berhadapan secara terbuka dengan media.


Sudah beberapa kali tiada sidang media diadakan sebaik selesai mesyuarat MT UMNO yang dipengerusikannya, sebaliknya para wartawan, setelah menunggu sekian lama dan di tengah malam pula, hanya dititipkan dengan sehelai dua kenyataan media saja.


Sesungguhnya ini adalah sesuatu memalukan, bukan saja kepada diri Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO, malah kepada UMNO itu sendiri sebagai parti yang lama, besar, pernah mentadbir negara dan masih dalam kedudukan mempunyai jumlah Ahli Parlimen terbanyak dalam kerajaan.


Kalau sekadar mahu dikeluarkan sidang media saja, lebih baiklah diberitahu awal-awal supaya petugas media tidak perlu berkumpul beramai-ramai untuk membuat liputan sehingga jauh malam.


Seperti mesyuarat MT UMNO malam tadi, setelah petugas media menunggu hampir sejam untuk membuat liputan barulah mereka dimaklumkan tiada sidang media dan hanya diberikan kenyataan media oleh Ketua Penerangan UMNO saja.


Di waktu itu, semua pemimpin UMNO malah didapati sudah meninggalkan Bangunan PWTC melalui pintu belakang.


Tidakkah ini memperlihatkan UMNO seolah-olah mempermainkan petugas media?


Sudahlah berada dalam kerajaan pintu belakang, takut berhadapan dengan media pun lari ikut pintu belakang juga!!


Kepada UMNO, khususnya Zahid Hamidi, harus beliau sedari bahawa kemampuan berhadapan dengan media, selain perlu dalam konteks menyampaikan maklumat dan keberanian berterus-terang, ia juga adalah wadah untuk menyerlahkan wibawa dan ketrampilan seseorang itu sebagai pemimpin.


Dengan beberapa kali melarikan diri atau takut berhadapan dengan media, Zahid Hamidi seolah-olah hanya mengesahkan dirinya kurang berwibawa berbanding semua Presiden UMNO sebelumnya.


Sepatutnya dengan tidak memegang jawatan Perdana Menteri, inilah peluang terbaik untuk Zahid Hamidi menunjukkan ketrampilannya yang tidak kurang berbanding semua Presiden UMNO sebelumnya, walau beliau tidak menjadi ketua kerajaan dalam waktu yang sama.


Setidak-tidaknya, selari dengan keinginan UMNO mahu PRU segera dan kembali sebagai tunjang kerajaan, ternampak jugalah wibawanya atau tergerak hati pengundi untuk menjadikannya sebagai Perdana Menteri selepas ini.


Tetapi, dengan selalu takut dan kerap lari-lari daripada media, pendirian pula banyak flip-flop, bagaimana beliau mahu memacu UMNO dan BN ke arah kemenangan melalui penampilan dirinya sebagai jenderal perang yang tentunya impian dalam hati dan ingin dikejar adalah kerusi Perdana Menteri? (Shahbudindotcom 07/01/2021)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/presiden-umno-kalau-mahu-menang-pru-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Umno Berjuang Dengan Bijak Fokus Hala Tuju Menang Pru 15 Ismail Sabri

Ahli Umno Berjuang Dengan Bijak Fokus Hala Tuju Menang Pru 15 Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 571 hits
umno online myBERA 3 Jan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa anggota UMNO untuk berjuang dengan bijak dan fokus hala tuju bagaimana mahu menang dalam setiap kerusi yang UMNO Barisan Nasional tandingi pada Pilihan Raya...
Terkini Sidang Media Presiden Umno

Terkini Sidang Media Presiden Umno

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 281 hits
Ikuti sidang media Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berlangsung di di Auditorium UMNO Menara Dato Onn Kuala Lumpur
Nazri Aziz Adakan Sidang Media Esok Tak Lain Tak Bukan Mesti Nak Alih Pperabot Nih Tak Caya Tanya Hadi

Nazri Aziz Adakan Sidang Media Esok Tak Lain Tak Bukan Mesti Nak Alih Pperabot Nih Tak Caya Tanya Hadi

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 342 hits
NAZRI AZIZ ADAKAN SIDANG MEDIA ESOKAssalamualaikum dan Salam Sejahtera JEMPUTAN MEDIA Ahli Parlimen Padang Rengas Dato Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz akan mengadakan sidang media pada ketetapan berikut Tarikh 12 Januari 2021Masa 2 petangTemp...
Pemecatan Annuar Musa Umno Semakin Tidak Sabar Lagi Nak Pru Penganalisis Politik

Pemecatan Annuar Musa Umno Semakin Tidak Sabar Lagi Nak Pru Penganalisis Politik

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 295 hits
KUALA LUMPUR Pemecatan Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional jelas menunjukkan tindakan tegas UMNO menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 akan datang Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik Universiti Malaya D...
Kenyataan Media Presiden Umno

Kenyataan Media Presiden Umno

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 380 hits
1 KUKUHKAN KERJASAMA UMNO LIPAS 2 PUTUSKAN HUBUNGAN DGN BERSATU SEBAIK SAJA PRU DIUMUMKAN3 PRU PERLU DIADAKAN SECEPAT MUNGKIN Assalam dan Selamat Malam FnF dimana saja ANDA berada RMS
Hikayat Ultraman Taro Mai Nak Habaq Pasaipa Sokongan Umno Bn Itu Bersyarat

Hikayat Ultraman Taro Mai Nak Habaq Pasaipa Sokongan Umno Bn Itu Bersyarat

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 258 hits
BOLEH KONGSI SIKIT APA YANG PAS CADANG SEMASA PERTEMUAN DENGAN MENTERI KEWANGAN SEBELUM BAJET HARI TU MP Fadhli Pasir Mas patut kena faham dulu isu sebelum nk argue atau nak kaitkn dgn mana2 hikayat ultraman taro atau lebih baik diam tak pe...
Kenapa Masih Ada Penyokong Umno Bodoh Nak Faham

Kenapa Masih Ada Penyokong Umno Bodoh Nak Faham

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 216 hits
1 Surat Sokongan kpd Anwar Ibrahim sahih2 Rundingan Sulit Dengan DAP Benar3 Percubaan nak Jatuhkan Kerajaan PN berkali kali4 Agenda peribadi nak lepaskan masalah diri5 MN tak didaftar kerana UMnO kluk klek6 UMNO yg jemput PPBM masuk MN7 Age...
Umno Nak Kemana

Umno Nak Kemana

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 174 hits
Salam Pagi ini bagi membalas gertakan UMNO Yiddin memberitahu wartawan Tidak ada sedikit pun kegusaran kepada saya PN dan bersatu Pemecatan Annuar Musa tidak membolehkan kami memecat pula dia daripada jawatan Menteri Perlu di ingat jika UMN...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025