Presiden Indonesia Prabowo Diberi Sambutan Negara Di Istana Negara


bharian.com.my
Oleh BERNAMA 
- Januari 27, 2025 @ 12:02pm
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Presiden Indonesia Prabowo Subianto ketika berangkat ke Istiadat Sambutan Negara dan Jamuan Negara sempena Lawatan Negara Presiden Republik Indonesia Prabowo Subianto ke Malaysia di Istana Negara hari ini.
KUALA LUMPUR: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto diberikan sambutan negara penuh istiadat di Istana Negara hari ini bersempena lawatan negara atas jemputan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Ketibaan Prabowo pada 10 pagi, disambut Seri Paduka Baginda.

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, serta menteri Kabinet.

Istiadat sambutan negara yang berlangsung di Dataran Kawad Istana Negara dimulakan dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara yang dimainkan oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), disusuli tembakan meriam 21 das daripada 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja.

Presiden Indonesia itu kemudian memeriksa Kawalan Kehormatan Utama terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat daripada Batalion Pertama RAMD diketuai Mejar Azham Mohamad.

Selepas istiadat rasmi, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Prabowo di Dewan Seri Maharaja dan beliau dikurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati I, disusuli dengan persembahan cenderakenangan.

Seri Paduka Baginda turut berkenan menjadi tuan rumah Majlis Santapan Negara bagi meraikan Presiden Indonesia itu dan delegasinya.

Wisma Putra dalam kenyataan semalam memaklumkan lawatan ini adalah lawatan negara pertama oleh seorang ketua negara asing ke Malaysia, selepas pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima lawatan negara oleh Presiden Indonesia Prabowo Subianto atas jemputan Seri Paduka Baginda di Istana Negara hari ini. Turut sama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - BERNAMAPresiden Indonesia, Prabowo Subianto melakukan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja diketuai Mejar Azham Mohamad ketika menghadiri lawatan negara atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara hari ini. - BERNAMA
Ia juga lawatan negara pertama oleh Prabowo ke negara Asia Tenggara sejak pelantikannya sebagai Presiden Indonesia pada 20 Okt 2024.

Dalam lawatan ini, beliau dijadualkan bertemu Perdana Menteri untuk saling bertukar pandangan mengenai kerjasama dua hala, di samping membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama, di Menara Berkembar Petronas di ibu negara.

Sebagai jiran rapat yang mempunyai hubungan kukuh dan ahli pengasas ASEAN, lawatan negara ini mencerminkan komitmen kedua-dua negara untuk memperkukuh hubungan strategik demi kemakmuran bersama. Hubungan itu merentasi pelbagai bidang termasuk politik, ekonomi, pertahanan, kesalinghubungan, pendidikan dan sosiobudaya.

Dari Januari hingga November 2024, jumlah perdagangan dua hala antara kedua-dua negara mencatat RM106.06 bilion (AS$23.2 bilion), meningkat daripada RM101.99 bilion (AS$22.41 bilion) yang direkodkan dalam tempoh sama pada 2023.

Pada 2023, Indonesia merupakan rakan dagang kelapan terbesar Malaysia pada peringkat global dan ketiga terbesar dalam ASEAN, dengan jumlah perdagangan sebanyak RM111.21 bilion (AS$24.39 bilion).

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/01/presiden-indonesia-prabowo-diberi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Presiden Indonesia Prabowo Subianto Dikurniakan Darjah Kerabat Johor Oleh Yang Di Pertuan Agong Sultan Ibrahim

Presiden Indonesia Prabowo Subianto Dikurniakan Darjah Kerabat Johor Oleh Yang Di Pertuan Agong Sultan Ibrahim

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 542 hits
BernamaPengurniaan D K 1 kepada Prabowo berlangsung di Istana Negara di sini dan disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Sumber foto FB Sultan IbrahimKUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengu...
Prabowo Lakukan Lawatan Negara Ke Malaysia Isnin Ini

Prabowo Lakukan Lawatan Negara Ke Malaysia Isnin Ini

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 532 hits
Presiden Indonesia Prabowo Subianto akan mengadakan lawatan atas undangan Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR Presiden Indonesia Prabowo Subianto akan mengadakan Lawatan Negara ke Malaysia pada Isnin ini atas undangan Yang di ...
Malaysia Negara Kaya Banyak Menyumbang

Malaysia Negara Kaya Banyak Menyumbang

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 817 hits
Mohd Fairul Al QasasMalaysia negara kaya banyak menyumbang 1 Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal banyak membantu negara negara miskin 2 Usaha membantu negara miskin ini dilakukan oleh kerajaan terutamanya kawasan umat Islam conto...
Malaysia Negara Asean Pertama Bakal Bangunkan Bandar Wakaf Di Gaza

Malaysia Negara Asean Pertama Bakal Bangunkan Bandar Wakaf Di Gaza

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 472 hits
SITI NUR ZAWANIJanuary 30 2025Malaysia bakal mencipta sejarah sebagai negara pertama di ASEAN yang bakal membangunkan Bandar Wakaf di Gaza melalui Projek Bandar Wakaf Malaysia yang akan dilancarkan selepas bulan Ramadan Projek berimpak ting...
Perayaan Budaya Dan Kaum Cina Bukan Negara China

Perayaan Budaya Dan Kaum Cina Bukan Negara China

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 490 hits
harakahdaily comJanuary 30 2025KUALA LUMPUR Kibaran bendera negara China ketika sambutan Tahun Baru Cina di negara ini adalah satu tindakan yang tidak boleh diterima kata Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Irwan Fahmi Ider...
Malaysia Antara 5 Negara Penyumbang Al Quran

Malaysia Antara 5 Negara Penyumbang Al Quran

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 431 hits
Malaysia kini diiktiraf sebagai antara lima negara utama yang aktif dalam wakaf al Quran peringkat global kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Ahmad Zahid yang juga Penaung Program Wakaf Al Quran peringkat kebangsa...
Utamakan Isu Negara Sebelum Bangunkan Semula Gaza Rafidah

Utamakan Isu Negara Sebelum Bangunkan Semula Gaza Rafidah

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 563 hits
malaysiakini comBekas menteri Rafidah Aziz menyarankan kerajaan agar memberi keutamaan dalam menyelesaikan isu dalam negara terlebih dahulu sebelum menyatakan komitmen untuk membangunkan semula Gaza Mengulas pengumuman Perdana Menteri Anwar...
Negara Barat Had Jualan Arak Malaysia Bebas

Negara Barat Had Jualan Arak Malaysia Bebas

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 315 hits
harakahdaily comJanuary 29 2025GEORGE TOWN Isu berkaitan minuman keras yang dibangkitkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming sangat mengecewakan banyak pihak khususnya umat Islam di negara ini Pengerusi Persatuan Pengguna P...
Speaker By Election Needed For Three Perlis State Seats

National Pride Does Not Pay The Bills For Malaysia S Medal Winners

As Gold Prices Climb Many Malaysian Families Find A Hidden Financial Cushion

Selamat Menyambut Malam Raghaib

Exco Pemuda Umno Malaysia Md Jamil Pauzi Tegaskan Titah Tuanku Bukanlah Bahan Politik Untuk Di Permainkan

Perjuanganku Belum Berakhir Kuat Kerana Tiada Pilihan

Rutin Harian Orang Malaysia Di Musim Hujan

Pelaburan Online Yang Selamat Panduan Praktikal Untuk Elak Risiko Scam


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Folder Korporat Elemen Penting Untuk Imej Profesional Syarikat

From Dopamine Spikes To Stable Focus The Biological Benefits Of Switching To Nootropic Pouches

Perlawanan Separuh Akhir Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025 Siapa Yang Akan Melangkah Ke Pentas Akhir

Stablecoin Dan Singapura Membangun Ekosistem Kewangan Digital Yang Kukuh

Ya Saya Kini Sah Bercerai Dan Dalam Tempoh Idah Dayana Roza

Perbicaraan 1mdb Mahkamah Tinggi Putuskan Surat Derma Dari Raja Arab Adalah Palsu