Negara Barat Had Jualan Arak Malaysia Bebas


harakahdaily.com
January 29, 2025
GEORGE TOWN: Isu berkaitan minuman keras yang dibangkitkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming, sangat mengecewakan banyak pihak khususnya umat Islam di negara ini

Pengerusi Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kadeer berkata, saranan agar status quo penjualan arak di premis di kawasan majoriti penduduk Islam kekal, juga dianggap tidak relevan.

“Malaysia bukan negara Barat. Kita mempunyai pelbagai kaum dan adat yang perlu dihormati. Bukannya yang tak minum tak perlu beli. Itu tak masuk akal.

“Dia (Kor Ming) perlu sedar, budaya minum arak tidak boleh diterima oleh sesetengah kaum dan agama,” kata beliau dalam satu kenyataan, semalam.

Dalam pada itu Mohideen turut menzahirkan kebimbangan dengan kelonggaran itu akan memungkinkan para peniaga dibenarkan menjual segala barangan tanpa sekatan, termasuk yang mendatangkan ancaman kepada individu dan masyarakat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Kor Ming perlu sedar, negara-negara Barat juga sudah mengambil tindakan untuk mengehadkan jualan arak secara terbuka.

Mengapa di Malaysia katanya, tidak dilakukan perkara sama, sedangkan Malaysia adalah sebuah negara yang agama rasminya adalah Islam.

“Kebebasan menjual arak di semua tempat boleh mencetuskan pelbagai masalah sosial, termasuk remaja bawah umur yang mungkin terdedah kepada tabiat meminum arak tanpa kawalan.

“Tindakan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk mengetatkan kawalan terhadap penjualan arak di bandar itu, adalah tindakan yang baik dan sewajarnya Menteri KPKT tidak campur tangan dalam hal ini,” tegasnya lagi.

Tambah Mohideen, pihaknya juga berharap tindakan tegas dapat diambil bagi memastikan budaya dan adat semua kaum di negara ini dihormati, apatah lagi yang membabitkan 3R (Agama, Raja, Kaum).

Justeru beliau mengharapkan isu itu mendapat perhatian Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan mengambil langkah campur tangan bagi memastikan kawalan ketat terhadap penjualan minuman keras di negara dapat dilaksanakan.

“Langkah ini penting bagi menjaga keharmonian masyarakat pelbagai kaum serta mencegah masalah sosial yang lebih besar di masa hadapan,” katanya lagi. 
– HARAKAHDAILY 29/1/2025

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/01/negara-barat-had-jualan-arak-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Negara Asean Pertama Bakal Bangunkan Bandar Wakaf Di Gaza

Malaysia Negara Asean Pertama Bakal Bangunkan Bandar Wakaf Di Gaza

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 468 hits
SITI NUR ZAWANIJanuary 30 2025Malaysia bakal mencipta sejarah sebagai negara pertama di ASEAN yang bakal membangunkan Bandar Wakaf di Gaza melalui Projek Bandar Wakaf Malaysia yang akan dilancarkan selepas bulan Ramadan Projek berimpak ting...
Pbt Perlu Berani Henti Jualan Arak Secara Terbuka

Pbt Perlu Berani Henti Jualan Arak Secara Terbuka

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 193 hits
harakahdaily comJanuary 31 2025KUALA LUMPUR Persatuan Ulama Malaysia menolak penjualan arak yang dibiarkan beroperasi secara terbuka terutama di kawasan majoriti penduduk Islam negara ini Yang Dipertua PUM Dato Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz b...
Prabowo Lakukan Lawatan Negara Ke Malaysia Isnin Ini

Prabowo Lakukan Lawatan Negara Ke Malaysia Isnin Ini

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 530 hits
Presiden Indonesia Prabowo Subianto akan mengadakan lawatan atas undangan Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR Presiden Indonesia Prabowo Subianto akan mengadakan Lawatan Negara ke Malaysia pada Isnin ini atas undangan Yang di ...
Rakyat Malaysia Di Luar Negara Perlu Punyai Hak Sama Untuk Mengundi Pm Anwar

Rakyat Malaysia Di Luar Negara Perlu Punyai Hak Sama Untuk Mengundi Pm Anwar

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 478 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di hadapan diaspora Malaysia di Belgium dan Luxemborg semasa majlis minum petang bersama Perdana Menteri di Brussels pada Ahad Foto BernamaBRUSSELS 20 Jan Rakyat Malaysia yang tinggal ...
Malaysia Antara 5 Negara Penyumbang Al Quran

Malaysia Antara 5 Negara Penyumbang Al Quran

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 429 hits
Malaysia kini diiktiraf sebagai antara lima negara utama yang aktif dalam wakaf al Quran peringkat global kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Ahmad Zahid yang juga Penaung Program Wakaf Al Quran peringkat kebangsa...
Malaysia Negara Kaya Banyak Menyumbang

Malaysia Negara Kaya Banyak Menyumbang

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 813 hits
Mohd Fairul Al QasasMalaysia negara kaya banyak menyumbang 1 Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal banyak membantu negara negara miskin 2 Usaha membantu negara miskin ini dilakukan oleh kerajaan terutamanya kawasan umat Islam conto...
From Convenience To Chaos The Unseen Struggles Of Malaysia S E Hailing Drivers

From Convenience To Chaos The Unseen Struggles Of Malaysia S E Hailing Drivers

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 705 hits
From Wan Agyl Wan HassanMalaysia s e hailing industry has become such a big part of our daily life that it s hard to imagine how we got around before Grab Maxim or inDrive came along Whether it s heading to work a late night mamak session o...
Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 378 hits
HUMAN rights activist and lawyer Siti Kasim has hit out at the use of money to induce people to embrace Islam as opposed to those people professing the Muslim faith willingly in that they ve thoroughly understood the content of Al Quran or ...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun

Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025