Perayaan Budaya Dan Kaum Cina Bukan Negara China


harakahdaily.com
January 30, 2025
KUALA LUMPUR: Kibaran bendera negara China ketika sambutan Tahun Baru Cina di negara ini adalah satu tindakan yang tidak boleh diterima, kata Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Irwan Fahmi Ideris

Menurut beliau, hal tersebut menunjukkan bahawa Kerajaan Madani pada hari ini telah gagal menguruskan negara kerana mengulangi kesilapan yang sama.

“PERKASA merasakan Kerajaan Madani hari ini telah gagal mengurus negara kerana kesilapan yang sama ataupun mahu menjadikan Malaysia ini sebahagian dengan China?

“Apakah kerajaan kini bergantung dengan China? Ini satu tindakan yang tidak boleh di terima oleh semua rakyat apabila sambutan Tahun Baru Cina di negara Malaysia berkibarnya bendera negara China?

“Hampir semua adat dan budaya dari negara China hendak dibawa masuk ke dalam negara kita? Apakah identiti negara kita sedang di hapuskan sedikit demi sedikit?” soalnya.

Beliau dalam pada itu turut menyatakan persoalan kepada Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berharap agar lebih ramai pelancong dari China untuk datang ke Malaysia.

“Beliau berharap lebih ramai pelancong dari negara China akan datang ke Malaysia. PERKASA ingin bertanya mengapa seruan ini hanya di tujukan kepada rakyat dari Tanah Besar China?

“Apakah pelancong dari negara lain tidak mendatangkan keuntungan kepada negara Malaysia? Atau apakah ada agenda tersembunyi yang sedang disembunyikan oleh pihak kerajaan?” katanya.

Justeru, Irwan menggesa agar kerajaan memecat Menteri Pelancongan, Dato’ Sri Tiong King Sing yang kini ibarat menjadi ‘Menteri’ dari negara China.

“PERKASA menggesa kerajaan pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk memecat Menteri Pelancongan Malaysia yang kini sudah menjadi Menteri Pelancongan negara China secara tidak rasmi.

“Kerana telah melakukan pengkhianatan terhadap negara dan tidak menjalankan tugas membawa nama Malaysia ke persada dunia, tetapi lebih kepada membawa imej, adat dan budaya seolah-olah Malaysia sebahagian daripada negara China.

“Ingat ini negeri Melayu, kini pemimpin Melayu mula khianat pada bangsa mereka sendiri,” katanya.

Yang Dipertua PAS Kawasan Subang, Roslan Shahir Mohd Shahir pula berkata, Tahun Baru Cina bukanlah satu perayaan bagi memperingati negara Republik Rakyat China.

Namun, menurut beliau, ia sebaliknya adalah satu perayaan masyarakat Cina mengikut budaya dan tradisi mereka.

“Tahun Baru Cina atau Chinese New Year adalah perayaan masyarakat Cina mengikut budaya dan tradisi mereka.

“Ia bukan perayaan memperingati negara Republik Rakyat China,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai paparan bendera negara China ketika pertunjukan drone di Menara Berkembar PETRONAS, baru-baru ini.

“Apa signifikan diagungkan bendera negara komunis itu sempena perayaan ini?” soalnya.

Dalam pertunjukan dron tersebut antara lainnya memaparkan kibaran bendera Malaysia dan China, di samping pertunjukan dron berbentuk naga.

Pertunjukan itu mencipta rekod selepas ia melibatkan sebanyak 1,200 drone yang menerangi langit malam Kuala Lumpur. 
– HARAKAHDAILY 30/1/2025

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/01/perayaan-budaya-dan-kaum-cina-bukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahun Baharu Cina Pupuk Perpaduan Rakyat Pelbagai Kaum Pm

Tahun Baharu Cina Pupuk Perpaduan Rakyat Pelbagai Kaum Pm

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 139 hits
Oleh KOSMO 28 Januari 2025 10 49 pmPerdana Menteri DS Anwar Ibrahim PETALING JAYA Tahun Baharu Cina seharusnya dijadikan satu titik permulaan baharu dan segar untuk terus memperkukuh semangat kebersamaan dan kekeluargaan demi negara Menerus...
Negara Barat Had Jualan Arak Malaysia Bebas

Negara Barat Had Jualan Arak Malaysia Bebas

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 101 hits
harakahdaily comJanuary 29 2025GEORGE TOWN Isu berkaitan minuman keras yang dibangkitkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming sangat mengecewakan banyak pihak khususnya umat Islam di negara ini Pengerusi Persatuan Pengguna P...
Utamakan Isu Negara Sebelum Bangunkan Semula Gaza Rafidah

Utamakan Isu Negara Sebelum Bangunkan Semula Gaza Rafidah

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 155 hits
malaysiakini comBekas menteri Rafidah Aziz menyarankan kerajaan agar memberi keutamaan dalam menyelesaikan isu dalam negara terlebih dahulu sebelum menyatakan komitmen untuk membangunkan semula Gaza Mengulas pengumuman Perdana Menteri Anwar...
Malaysia Negara Kaya Banyak Menyumbang

Malaysia Negara Kaya Banyak Menyumbang

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 367 hits
Mohd Fairul Al QasasMalaysia negara kaya banyak menyumbang 1 Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal banyak membantu negara negara miskin 2 Usaha membantu negara miskin ini dilakukan oleh kerajaan terutamanya kawasan umat Islam conto...
Presiden Indonesia Prabowo Diberi Sambutan Negara Di Istana Negara

Presiden Indonesia Prabowo Diberi Sambutan Negara Di Istana Negara

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 105 hits
bharian com myOleh Januari 27 2025 12 02pmYang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Presiden Indonesia Prabowo Subianto ketika berangkat ke Istiadat Sambutan Negara dan Jamuan Negara sempena Lawatan Negara Presiden Rep...
Prabowo Lakukan Lawatan Negara Ke Malaysia Isnin Ini

Prabowo Lakukan Lawatan Negara Ke Malaysia Isnin Ini

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 245 hits
Presiden Indonesia Prabowo Subianto akan mengadakan lawatan atas undangan Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR Presiden Indonesia Prabowo Subianto akan mengadakan Lawatan Negara ke Malaysia pada Isnin ini atas undangan Yang di ...
Kenyataan Media Biro Undang Undang Parti Amanah Negara

Kenyataan Media Biro Undang Undang Parti Amanah Negara

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 169 hits
REFORMASI UNDANG UNDANG LAPUK TERMASUK AKTA PERHIMPUNAN AMAN1 KANUN menyambut baik pengumuman PMX Dato Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri Dato Seri Saifudin Nasution untuk menghormati hak asasi kebebasan berhimpun dan memudahcara p...
Ke Bazaar Masjid Negara Lagi Makan Nasi Kukus

Ke Bazaar Masjid Negara Lagi Makan Nasi Kukus

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 139 hits
Assalamualaikum SA ikut budak budak ni pi Masjid Negara lagi nasib x panas sangat tapi sebab berjalan kan so panas berpeluh2 ye la berjalan dari LRT Pasar Seni ke Masjid Negara turun tangga naik tangga dan ikut laluan bawah keluar ke susur ...
Lirik Lagu Myvi Luqman Podolski

Lirik Lagu Melopong Amsyar Leee Feat Bunga

Skuy Project Semua Akan Baik Saja Chord

Breaking News Legal Problems Are Rising For Scout

Buffet Ramadan 2025 Santapan Rasa Paragon Hotel Grand Paragon

Panduan Praktis Cara Memilih Ac Hemat Energi Untuk Lingkungan Kerja

Helping Gaza Won T Hurt Malaysia S Development Says Ex Bersatu Leader

Liga Super Selangor Fc Raih Kemenangan 2 0 Berjaya Lunaskan Dendam Terhadap Sri Pahang Fc


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Khatan Barakah Insani Iskandar Puteri Jauhar

Sbdj Siri 223 Di Usik Manusia Keluang

Resepi Makmur Pandan

Jalan Jalan Ke Mersing Johor

Pasangan Asing Agresif Dikeluarkan Dari Pesawat Airasia

Tingkatkan Jenama Anda Dengan Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Semburan Linen Yang Menarik