Presiden Brazil Diberi Sambutan Rasmi Di Putrajaya


PUTRAJAYA, 25 Okt (Bernama) — Presiden Brazil Luiz Inácio Lula da Silva diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra di sini hari ini bersempena kehadirannya sebagai Tetamu Pengerusi bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.
‎‎Ketibaan Lula da Silva bersama isteri Janja Lula da Silva pada 9 pagi disambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
‎‎Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri-Menteri Kabinet.
‎‎Istiadat sambutan di Dataran Perdana Putra dimulakan dengan persembahan lagu kebangsaan kedua-dua negara oleh Pusat Pancaragam Rejimen Askar Melayu Diraja.
‎‎Presiden Brazil kemudian memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) membabitkan empat pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat dari Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) diketuai Mejar Khairul Azmi Jamingon.
BACA: Sidang Kemuncak ASEAN: Perdana Menteri Baharu Jepun & Thailand Antara Pemimpin Tiba Hari Ini‎ ‎Selesai istiadat berkenaan kedua-dua pemimpin kemudiannya dilihat menaiki kenderaan bersama untuk bergerak ke Kompleks Seri Perdana bagi mengadakan mesyuarat dua hala.
‎‎Sebelum ini, Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan Lula dijadualkan menghadiri mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri usai istiadat berkenaan di Kompleks Seri Perdana.
‎‎Kedua-dua pemimpin dijangka menilai semula perkembangan hubungan dua hala Malaysia-Brazil dan meneroka peluang baharu bagi memperkukuh kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, semikonduktor, sains dan teknologi, tenaga boleh diperbaharui, industri halal, pertanian, kesihatan serta pendidikan.
‎‎Selain itu, kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan isu serantau dan global, antaranya kerjasama di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), BRICS dan ASEAN, COP30 serta Perikatan Global Menentang Kebuluran dan Kemiskinan serta isu Palestin.
‎‎Beberapa memorandum persefahaman (MoU) bakal dimeterai meliputi bidang semikonduktor, sains dan inovasi serta kerjasama antara badan pemikir, selain pertukaran nota mengenai latihan diplomatik dan surat hasrat bagi kerjasama mengenai kolaborasi dalam sumber genetik dan bioteknologi.
‎‎Pada Ahad, Presiden Brazil akan menghadiri majlis perasmian Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan selain menyampaikan ucapan pada Sidang Kemuncak Asia Timur ke-20 sebelum menghadiri majlis makan malam gala anjuran Anwar dan isteri pada 27 Okt.
‎‎Lula juga dijadual menghadiri Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN (ABIS) pada 25 dan 26 Okt.
Sumber: Bernama
The post Presiden Brazil Diberi Sambutan Rasmi Di Putrajaya appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/25/presiden-brazil-diberi-sambutan-rasmi-di-putrajaya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramai Tak Tahu Ini Lagu Rasmi Asean Kisah Di Sebalik Penciptaannya

Ramai Tak Tahu Ini Lagu Rasmi Asean Kisah Di Sebalik Penciptaannya

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 207 hits
Ramai Tak Tahu Ini Lagu Rasmi ASEAN Kisah Di Sebalik Penciptaannya Minggu ini seluruh dunia tertumpu kepada Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 yang diadakan di Kuala Lumpur Malaysia Berlangsung pada 26 hingga 28 Oktober Malaysia telah dipilih seba...
Semua Urusan Rasmi Perkhidmatan Awam Perlu Guna Bahasa Melayu Jpa

Semua Urusan Rasmi Perkhidmatan Awam Perlu Guna Bahasa Melayu Jpa

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 201 hits
Semua Urusan Rasmi Perkhidmatan Awam Perlu Guna Bahasa Melayu JPA Jabatan Perkhidmatan Awam menegaskan bahawa sebarang urusan rasmi termasuk aktiviti program atau projek yang dianjur dan diuruskan oleh kerajaan Malaysia perlu menggunakan ba...
Timor Leste Rasmi Sertai Asean Simbol Harapan Solidariti Dan Semangat Asia Tenggara

Timor Leste Rasmi Sertai Asean Simbol Harapan Solidariti Dan Semangat Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 283 hits
Pada 26 Oktober 2025 suasana di Kuala Lumpur menjadi saksi kepada satu detik bersejarah Dewan sidang ASEAN yang biasanya serius bertukar menjadi ruang penuh emosi apabila Perdana Menteri Timor Leste Xanana Gusm o menahan sebak di hadapan pe...
Pemuda Umno Pahang Saran Kpm Segera Keluarkan Kenyataan Rasmi Dan Arahan Menyeluruh Isu Arak Di Premis Sekolah

Pemuda Umno Pahang Saran Kpm Segera Keluarkan Kenyataan Rasmi Dan Arahan Menyeluruh Isu Arak Di Premis Sekolah

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 251 hits
KUANTAN Kementerian Pendidikan disaran segera mengeluarkan kenyataan rasmi dan arahan menyeluruh berhubung isu hidangan arak di premis sekolah baru baru ini Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pahang Mustaqim Zakaria menegaskan langkah itu penting...
Donald Trump Mendarat Di Malaysia Lawatan Rasmi Menandakan Hubungan Diplomatik Yang Kuat

Donald Trump Mendarat Di Malaysia Lawatan Rasmi Menandakan Hubungan Diplomatik Yang Kuat

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 314 hits
Donald Trump telah secara rasmi mendarat di Malaysia pagi tadi dengan menggunakan pesawat Air Force One dan beliau disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa menteri kabinet Suasana sambutan di lapangan terbang ke...
Luckin Coffee Malaysia Kini Secara Rasmi Disahkan Halal Menawarkan Pengalaman Kopi Yang Lebih Dipercayai

Luckin Coffee Malaysia Kini Secara Rasmi Disahkan Halal Menawarkan Pengalaman Kopi Yang Lebih Dipercayai

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 313 hits
Di Malaysia status Halal bukan sekadar suatu label malah telah diiktiraf secara meluas sebagai penanda aras kualiti dan kepercayaan Sejajar dengan aspirasi negara untuk mewujudkan persekitaran yang kukuh berlandaskan piawaian Halal Luckin C...
5 Contoh Sambutan Acara Ulang Tahun Anak Singkat Tapi Bermakna Dalam

5 Contoh Sambutan Acara Ulang Tahun Anak Singkat Tapi Bermakna Dalam

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 203 hits
Berikut adalah beberapa deretan contoh sambutan acara ulang tahun anak singkat namun menyelipkan makna dan doa dalam untuk sang anak
3 Contoh Sambutan Ketua Rt Dalam Pertemuan Rutin Bahasa Jawa

3 Contoh Sambutan Ketua Rt Dalam Pertemuan Rutin Bahasa Jawa

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 207 hits
Berikut adalah beberapa contoh teks sambutan ketua rt dalam pertemuan rutin bahasa jawa yang baik dan sopan
Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Kuantan Pekan Road Closed After Flooding Thousands Of Motorists Affected

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Rabu Belajar Sabar Hari Ini

Aktiviti Mesyuarat Penyelarasan Hadr Misi Bantuan Kemanusiaan Dan Bencana Ke Acheh Ppim 17 12 2025

Doa Berbuka Puasa Niat Sebelum Selepas Sahur

Belajar Menghargai

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026

Vape Diharamkan 2026 Fasa Tarikh Pelaksanaan