Prawn Carbonara



     SUDAH lima hari udang itu bertapa dalam freezer. Semalam Kjee beritahu UnclePali supaya beli Kwayteow, taugeh dan kucai. Well, kalau nak beli barang-barang itu, mesti nak buat Penang Fried Kwayteow.      UP pulak kata dia nak beli Nasi Briyani yang baru bukak depan simpang rumah kami. Tetapi since selera Kjee tidak pada nasi hari ini, maka Kjee pun buat aje Carbonara. Spageti ada setengah peket baki aritu. Beef bacon tak ada, so Kjee decide letak udang.        Kerana Kjee guna separuh peket spageti, bahan-bahan hari ini iala 6 ekor udang, dua ulas bawang putih yang dicincang halus, 3 keping keju cheddar, setengah cawan serbuk Parmesan Cheese, dua biji telor dan setengah cawan susu segar atau susu cair. Juga sedikit daun bawang yang dicincang halus.       Bersihkan udang. Gunting muncung dan toreh belakangnya untuk keluarkan 'tali hitam'. 

     Didihkan air dalam periuk. Letak dua sudu kecil garam. Dah mendidih, masukkan spageti.       Sementara tunggu spageti kenyal atau al dente, cincang bawang putih. Tepikan. Pukul dua biji telor guna garfu, manja-manja. Cheese keping Cheddar dikoyak-koyak. Masukkan dalam mangkuk berisi telor. Kacau rata perlahan-lahan sehingga cheese itu cair. Kemudian campurkan dengan susu segar atau susu cair. Kacau sebati.       Apabila spageti sudah hampir elok masaknya, panaskan minyak dalam kuali atau periuk sauce pan. Kjee guna dalam 3 sudu Minyak Zaiton. Tapi minyak masak biasa pun ok. Dah panas, masukkan bawang putih. Apabila sudah wangi dan sedikit perang, masukkan udang. Golek-golek sampai udang masak. Perlahan api. Keluarkan udang. 

     Masukkan spageti ke dalam baki minyak bawang putih tu. Simpan airnya satu mangkuk. Golek-golek spageti sampai mesra. Kemudian masukkan air rebusan spageti tadi. Gaul rata. Tabur separuh dari hirisan daun bawang. Padam api.      Alihkan dari dapur. Biarkan kira-kira 3 minit. Kemudian cepat2 curah adunan telor tadi. Segera dikacau. Jangan diletakkan atas dapur. Panas spageti itu akan buat adunan telor itu memekat. Apabila sudah pekat, masukkan udang tadi. Gaul rata.     Terus dihidang. Masa plating, tabur baki daun bawang dan juga serbuk Parmesan cheese.      Selamat Mencuba. 

   

     


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.dapurkakjee.com/2020/12/prawn-carbonara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fettucine Carbonara Mushroom Ringkas Sosej Dan Udang Digril Dulu Mantaplah Rasanya

Fettucine Carbonara Mushroom Ringkas Sosej Dan Udang Digril Dulu Mantaplah Rasanya

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 228 hits
Terasa nak makan pasta hari ini Selain spageti fettucine pun best gak dimasak sajian Carbonara Mushroom Cerita Cikgu Afy Afy AL Habibi dalam FB nya Sebelum kenal fettucine rasa tak tertelan dalam tekak sebab saiznya lebar dari spageti Fuhh ...
Resipi Creamy Cheesy Popia Carbonara Rangup Puas Makan

Resipi Creamy Cheesy Popia Carbonara Rangup Puas Makan

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 509 hits
Sarapan pagi kali hari ini kita buat istimewa sikit Biasanya jika makan popia yang berinti sayur sayuran seperti taugeh lobak merah dan macam macam lagi kan Tapi kita buat kelainan dengan letak sos carbonara pula dan rasa lebih sedap Gaunga...
Ryt Bank Malaysia Bank Digital Dengan Dividen Harian Permohonan Mudah

Ayam Goreng Pedas Ala Permaisuri Resipi Dari Dapur Istana

Tempah Baju Korporat Kualiti Terbaik Harga Direct Kilang

Probe Into Bloomberg Report On Pm S Alleged Interference In Macc Classified As Nfa

Kawasan Sekitar Kubur Abu Jahal Bagaikan Tanah Mati Yang Kering Dan Gersang

Investasi Pertama Gen Z Mulai Kecil Hasil Besar

Lirik Lagu Ku Siapa Eabidak And Rith Parker

Hilton Petaling Jaya Presents The Season To Savor A Celebration Of Festive Feasts And Stays


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Totiq 4 Minggu Akhir Yang Sarat Amanah Dan Refleksi Hamba Allah

Tasik Blausee Yang Menggamit Kenangan Day 7

Mailbox Quota 97 Full Clear Your Cache

Sekadar Celoteh Petronas Buang Pekerja

Sarapan Pagi Best Di Shah Alam Restoran Azira Pilihan Ramai

Trip Hiking Aku Ke Air Terjun Pelangi Sungai Lembing