Ppim Gesa Kerajaan Segera Bantu Peneroka Felda Klau Sinar Harian 27 07 2022


 

SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan persekutuan segera bertindak bagi membantu seramai 458 peneroka Felda Klau, Raub yang mendakwa kerugian kira-kira RM748 juta.
Mereka mendakwa, kerugian itu terpaksa ditanggung selepas lebih 607 hektar tanah ladang sawit mereka diambil untuk projek empangan pemindahan air Pahang-Selangor pada 2008.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, sehingga kini ada antara peneroka masih belum menerima sebarang pampasan daripada kerajaan negeri dan bagi yang telah menerimanya pula, pampasan diberikan tidak berdasarkan nilai semasa tanah.
Malah katanya, berlaku pelbagai isu dalam urusan pengambilalihan tanah tersebut termasuk pampasan dibayar kepada peneroka Felda yang mempunyai geran tanah lebih rendah berbanding pampasan kepada orang bukan Melayu yang menghuni kawasan itu.
"Ramai juga orang Melayu pemilik tanah itu tidak dibayar pun menyebabkan mereka hidup susah dan merempat.
"Bagi membantu dan membela semua peneroka yang terlibat ini, PPIM juga akan sediakan peguam, namun diharap kerajaan dapat tampil membantu," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur yang disiarkan secara langsung di Facebook PPIM pada Rabu.
Sementara itu, wakil peneroka, Tengku Badri Tengku Jaafar berkata, walaupun harga yang dipersetujui peneroka ketika itu RM3.45 sekaki persegi tanah, namun mereka hanya mendapat pampasan 99 sen, RM1.05 atau RM1.17 sekaki persegi sahaja.
"Macam saya sendiri hanya terima pampasan RM400,000 sahaja walaupun pada masa itu saya sepatutnya dapat RM1.5 juta.
"Ada kawan-kawan lain yang tanah kebunnya tenggelam keseluruhannya namun masih belum dapat apa-apa bayaran pun," ujarnya kesal.
Lebih menyedihkan, dakwanya, penduduk Orang Asli yang turut terlibat dengan pengambilan tanah itu diberi layanan istimewa.
"Rumah mereka diganti semula, diberi tanah seluas 2.8 hektar ekar, dibayar wang pampasan untuk setiap pokok (durian) di tanah yang dihuni itu serta diberi wang sara hidup RM650 sebulan selama lima tahun.
"Jadi mereka masih ada sesuatu untuk masa depan anak cucu mereka sedangkan kami paling tinggi hanya dibayar RM400,000 tanpa ada kelebihan lain," jelasnya.
Menurutnya, mereka mahu perbincangan dibuat segera antara pihak kerajaan negeri dan semua peneroka terlibat agar mereka memperoleh pampasan atau ganti rugi mengikut harga semasa tanah berkenaan.


Artikel oleh: Sinar Harian
PPIM GESA KERAJAAN SEGERA BANTU PENEROKA FELDA KLAU

https://www.sinarharian.com.my/article/213324/BERITA/Semasa/PPIM-gesa-kerajaan-segera-bantu-peneroka-Felda-Klau


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/07/ppim-gesa-kerajaan-segera-bantu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Tanah 99 Sen Peneroka Felda Lembah Klau Mohon Sultan Pahang Campur Tangan Media Variasi 27 07 2022

Isu Tanah 99 Sen Peneroka Felda Lembah Klau Mohon Sultan Pahang Campur Tangan Media Variasi 27 07 2022

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 563 hits
KUALA LUMPUR Ratusan peneroka Felda Lembah Klau di Pahang merayu dan memohon bantuan Sultan Pahang Sultan Abdullah Al Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah untuk mencemar duli melihat sendiri keperitan rakyat menuntut pembelaan...
Banyak Kes Tular Orang Susah Pusat Zakat Dah Bantu Sinar Harian 27 07 2022

Banyak Kes Tular Orang Susah Pusat Zakat Dah Bantu Sinar Harian 27 07 2022

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 448 hits
NILAI Kebanyakan kes orang susah yang tular di media sosial merupakan mereka yang telah pun dibantu dan ada juga didapati tidak layak menerima bantuan Ketua Jabatan Dakwah dan Perundingan Divisyen Syariah dan Dakwah Lembaga Zakat Selangor H...
Tuntutan Penduduk Felda Klau Raub Sidang Media Ppim 27 07 2022

Tuntutan Penduduk Felda Klau Raub Sidang Media Ppim 27 07 2022

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 316 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menerima aduan wakil penduduk Felda Klau Raub yang mendakwa hak mereka diambil oleh pihak Kerajaan bagi tujuan pembangunan empangan Air Syabas Pahang Selangor pada tahun 2008 Bagaimanapun sehingga kini pend...
Provokasi Terhadap Agama Bangsa Harus Dihentikan Sinar Harian 18 07 2022

Provokasi Terhadap Agama Bangsa Harus Dihentikan Sinar Harian 18 07 2022

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 469 hits
SHAH ALAM Tindakan melakukan provokasi menghina agama bangsa dan negara harus dihentikan bagi mengelak ianya terus menjadi barah dalam masyarakat Belum pun reda isu seorang wanita yang tular di media sosial selepas dikatakan menghina Islam ...
Maiwp Agih Rm297 14 Juta Bantu Asnaf Metro Tv Harian Metro 27 07 2022

Maiwp Agih Rm297 14 Juta Bantu Asnaf Metro Tv Harian Metro 27 07 2022

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 362 hits
Nilai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengagihkan sebanyak RM297 14 juta menerusi pelbagai skim bantuan kepada mereka yang memerlukan sejak Januari hingga 31 Mei lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Idris Ahmad berka...
Hapuskan Subsidi Petrol Kurang Beban Kerajaan Ppim Utusan Tv 28 07 2022

Hapuskan Subsidi Petrol Kurang Beban Kerajaan Ppim Utusan Tv 28 07 2022

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 342 hits
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan menegaskan perkara itu perlu dilakukan bagi mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung kerajaan ketika ini Menurut beliau kerajaan telah membelanjakan lebih RM3 bilion setahun untuk subsidi petrol sa...
Jadual Harian Sukan Komanwel Birmingham 2022

Jadual Harian Sukan Komanwel Birmingham 2022

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 571 hits
Sukan Komanwel 2022 akan berlangsung di Birmingham England bermula 28 Julai hingga 8 Ogos ini Kontinjen Malaysia dibarisi 105 atlet yang menyertai 14 jenis sukan termasuk empat sukan para Sasaran enam pingat emas diletakkan pada temasya edi...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun

Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025

Ini Senarai 10 Hotel Yang Terdekat Dengan Masjidil Haram