Maiwp Agih Rm297 14 Juta Bantu Asnaf Metro Tv Harian Metro 27 07 2022


 

Nilai: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengagihkan sebanyak RM297.14 juta menerusi pelbagai skim bantuan kepada mereka yang memerlukan sejak Januari hingga 31 Mei lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad, berkata selain itu, program Musa'adah di bawah agensi hal ehwal Islam peringkat Persekutuan juga mengagihkan lebih RM40.84 juta bagi membantu masyarakat yang terjejas khususnya akibat pandemik Covid-19 di seluruh negara, sepanjang Jun lalu.
Idris Ahmad (kiri) ketika sidang media pada Majlis Perasmian Muzakarah Zakat Kebangsaan. FOTO AZRUL EDHAM Beliau berkata, MAIWP turut membantu lebih 30,200 ketua isi rumah (KIR) di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
"MAIWP juga melancarkan Projek Agro-preneur Asnaf di Kompleks Darul Kifayah, Taman Batu Muda, Kuala Lumpur dengan menanam cili sebanyak 21,000 polibeg.
"Ini adalah program pertanian bandar yang kita usahakan untuk membantu asnaf. Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah ditugaskan untuk menyediakan latihan, bimbingan kepada asnaf ini.
"Selain itu, Yayasan Waqaf Malaysia sedang dalam proses untuk membangunkan empat hektar tanah di Putrajaya untuk program Waqaf Petani membabitkan asnaf.
"Jadi, inilah pendekatan yang kita ambil dengan lebih berfokus kepada lokaliti dan komuniti untuk memberikan fokus kepada latihan serta bimbingan kepada asnaf," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Muzakarah Zakat Kebangsaan 2022 kali ke-9 di Nilai Springs Resort Hotel & Golf Country Club di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah dan Penyelaras Institut Fatwa dan Halal Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Dr Azman Ab Rahman.
Muzakarah bertemakan 'zakat dan kemiskinan' adalah anjuran USIM bersama Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Idris berkata, pihaknya sentiasa memberikan peringatan kepada ketua agensi untuk sentiasa turun padang mencari orang susah kerana Islam mesti membantu golongan susah dalam rangka kemampuan yang ada.
Beliau berharap apa yang dilakukan oleh agensi hal ehwal Islam peringkat persekutuan turut dilakukan oleh semua agensi zakat di negeri lain.
Menurutnya, institusi kewangan sosial Islam sepatutnya boleh menjadi pemangkin dan penggerak dalam membantu golongan yang terkesan ini untuk bangkit dan maju dalam kehidupan.
Katanya, pengurusan zakat secara efisien dan sistematik mampu melonjakkan potensi zakat sebagai instrumen pembangunan umat Islam.
"Justeru, dana zakat perlu dimanfaatkan secara optimum bagi meningkatkan kualiti dan potensi setiap orang Islam.
"Muzakarah Zakat Kebangsaan yang dianjurkan ini amat tepat pada waktunya dan bermanfaat untuk penambahbaikan yang perlu dilakukan bersesuaian dengan keadaan semasa hari ini," katanya.


Artikel oleh: Harian Metro
MAIWP AGIH RM297.14 JUTA BANTU ASNAF [METRO TV]

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/07/865323/waiwp-agih-rm29714-juta-bantu-asnaf-metrotv


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/07/maiwp-agih-rm29714-juta-bantu-asnaf.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppim Gesa Kerajaan Segera Bantu Peneroka Felda Klau Sinar Harian 27 07 2022

Ppim Gesa Kerajaan Segera Bantu Peneroka Felda Klau Sinar Harian 27 07 2022

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 308 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan persekutuan segera bertindak bagi membantu seramai 458 peneroka Felda Klau Raub yang mendakwa kerugian kira kira RM748 juta Mereka mendakwa kerugian itu terpaksa ditanggung selep...
Awas Harga Pakej Haji Umrah Tak Logik Harian Metro 27 07 2022

Awas Harga Pakej Haji Umrah Tak Logik Harian Metro 27 07 2022

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 230 hits
Kuala Lumpur Tawar pakej haji RM16 000 dan umrah RM3 000 Itu antara promosi gila gila agensi pelancongan yang ligat mencari jemaah untuk ke tanah suci sejak beberapa tahun lalu Harga berkenaan disifatkan tidak logik dengan kadar semasa dan ...
Banyak Kes Tular Orang Susah Pusat Zakat Dah Bantu Sinar Harian 27 07 2022

Banyak Kes Tular Orang Susah Pusat Zakat Dah Bantu Sinar Harian 27 07 2022

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 329 hits
NILAI Kebanyakan kes orang susah yang tular di media sosial merupakan mereka yang telah pun dibantu dan ada juga didapati tidak layak menerima bantuan Ketua Jabatan Dakwah dan Perundingan Divisyen Syariah dan Dakwah Lembaga Zakat Selangor H...
Campur Iklan Program Hiburan Pendapatan Yoo Jaesuk Bagi Separuh Pertama 2022 Lebih Rm26 Juta

Campur Iklan Program Hiburan Pendapatan Yoo Jaesuk Bagi Separuh Pertama 2022 Lebih Rm26 Juta

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 251 hits
Pasti ramai sudah mengetahui bahawa Yoo Jae suk sememangnya dikenali sebagai MC Kebangsaan di Korea Selatan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada siaran 27 Julai program Mnet TMI Show senarai 10 bintang terbaik dengan pendapatan peringkat teratas ...
Jadual Harian Sukan Komanwel Birmingham 2022

Jadual Harian Sukan Komanwel Birmingham 2022

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 496 hits
Sukan Komanwel 2022 akan berlangsung di Birmingham England bermula 28 Julai hingga 8 Ogos ini Kontinjen Malaysia dibarisi 105 atlet yang menyertai 14 jenis sukan termasuk empat sukan para Sasaran enam pingat emas diletakkan pada temasya edi...
Provokasi Terhadap Agama Bangsa Harus Dihentikan Sinar Harian 18 07 2022

Provokasi Terhadap Agama Bangsa Harus Dihentikan Sinar Harian 18 07 2022

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 401 hits
SHAH ALAM Tindakan melakukan provokasi menghina agama bangsa dan negara harus dihentikan bagi mengelak ianya terus menjadi barah dalam masyarakat Belum pun reda isu seorang wanita yang tular di media sosial selepas dikatakan menghina Islam ...
Mardi Tawar Khidmat Nasihat Urbankit Berita Harian 11 06 2022

Mardi Tawar Khidmat Nasihat Urbankit Berita Harian 11 06 2022

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 197 hits
Kuala Lumpur Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia sedia menawarkan nasihat mengenai pertanian bandar Ketua Pengarahnya Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani berkata antara inovasi pertanian bandar dibangunkan MARDI ialah Urba...
Tawaran Skim Bantuan Galakan Hafaz Al Quran Maiwp 2022

Tawaran Skim Bantuan Galakan Hafaz Al Quran Maiwp 2022

papar berkaitan - pada 24/7/2022 - jumlah : 301 hits
Sukacita dimaklumkan bahawa Baitulmal MAIWP kini menawarkan Skim Bantuan Galakan Hafaz Al Quran buat penghafaz yang berkelayakan Insentif ini diwujudkan bagi menggalakkan para penghafaz Al Quran yang giat memartabatkan serta menjaga kesucia...
Feeding Pigeons Could Cost You Rm250 Penang City Council Warns

Tak Perlu Besarkan Isu Cuti Panjang Rafizi Kata Nik Nazmi

Timely Cpr Intervention By Woman At Kuching Airport Saves Man S Life

Bersatu Atau Pas Tinggalkan Pn Dulu

Laman Sendayan 2 Kehidupan Ideal Dengan Nilai Terbaik

Kedah Tiga Penjenayah Mati Ditembak Polis Di Sik

Saya Cuba Jadi Morning Person Tapi Terjaga Pukul 3 Petang Kisah Sedih Seorang Pejuang Snooze

Ada Tak Orang Menyesal Lepas Berdoa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anugerah Guardian Kecantikan Kesejahteraan 2025 Raikan Pilihan Sebenar Keyakinan Sebenar

Meraikan 20 Tahun Seni Persembahan Malaysia Anugerah Seni Cameronian Boh Ke 20 Kembali

Jeruk Madu Pak Ali Seberang Jaya

Drama Dia Bukan Syurga

Petua Isi Ayam Kembali Segar Selepas Disimpan Lama Dalam Freezer

Drama Permatang Pauh Nepotisme Directed By Pkr