Banyak Kes Tular Orang Susah Pusat Zakat Dah Bantu Sinar Harian 27 07 2022


 

NILAI - Kebanyakan kes orang susah yang tular di media sosial merupakan mereka yang telah pun dibantu dan ada juga didapati tidak layak menerima bantuan.
Ketua Jabatan Dakwah dan Perundingan, Divisyen Syariah dan Dakwah Lembaga Zakat Selangor (LZS), Hamizul Abdul Hamid berkata, sehubungan itu masyarakat yang mempunyai maklumat berkenaan orang susah diharap dapat menghubungi pihak zakat terlebih dahulu sebelum berkongsinya di media sosial.
Ia bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan dan pada masa sama mengelakkan salah faham yang institusi zakat tidak prihatin atau tidak turun padang.
"Sebenarnya yang paling berkesan membantu pusat zakat menangani isu kemiskinan ialah netizen.
"Tapi apabila netizen tularkan kes orang susah di media sosial, orang marah dengan kita.
"Jika kita sayangkan asnaf, jika mereka datang kepada kita mengadu tak dapat bantuan zakat dan sebagainya, ambil maklumat diri dan nombor kad pengenalan dan serahkan pada pusat zakat," katanya.
Beliau berkata demikian selaku ahli panel pada Wacana al-Quran Tangani Kemiskinan: Sejauh Mana Zakat Mampu?, di sebuah hotel di sini, pada Selasa.
Jelasnya, wang zakat tidak boleh dibagi sewenang-wenangnya dan setiap kes perlu disiasat terlebih dahulu.
Bagaimanapun katanya, untuk kes tertentu ada bantuan kecemasan atau bantuan segera disediakan.
"Tapi jika individu itu betul-betul memerlukan, kita akan buat siasatan lanjut untuk bantuan bersesuaian.
"Wang zakat juga tidak boleh sebarangan digunakan untuk memberi bantuan bagi menyelesaikan pinjaman ah long kerana ia dibimbangi akan menjadi galakan tanpa sedar kepada orang Islam untuk terus meminjam ah long," katanya.
Dalam pada itu beliau berkata, berdasarkan rekod LZS sehingga 31 Disember tahun lalu, terdapat 64,000 keluarga dikategorikan fakir miskin di Selangor.
Selain beliau, wacana itu turut menampilkan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Nadzim Johan, Qari Mohamad Husaini Mahmur dan Ketua Pegawai Eksekutif ARBA Foundation, Azlan Shah Nabees Khan selaku moderator.
Nadzim yang lebih dikenali sebagai Toqqi pula ketika ditemui Sinar Harian berkata, dengan kerjasama sebaik mungkin daripada semua pihak terutama yang mempunyai autoriti, banyak masalah dalam kalangan orang susah dapat diselesaikan.
"Contohnya ada ibu tunggal tinggal di Bukit Beruntung, Selangor tak mampu bayar ansuran bulanan rumah selama lapan bulan dan bank nak lelong rumahnya.
"Cara mudahnya mungkin kita boleh jelaskan hutang tertunggak itu. Tapi apa yang PPIM buat ialah kita hanya hubungi pihak bank dan minta mereka bagi tempoh lagi dan ia diterima.
"Maknanya, pihak yang ada autoriti misalnya seperti datuk bandar boleh gunakan peranan dia untuk bantu beri perubahan dalam kes yang berkaitan dengan kuasanya dengan hanya melalui panggilan telefon," katanya.


Artikel oleh: Sinar Harian
'BANYAK KES TULAR ORANG SUSAH, PUSAT ZAKAT DAH BANTU'

https://www.sinarharian.com.my/article/213301/KHAS/#WacanaQuran/Banyak-kes-tular-orang-susah-pusat-zakat-dah-bantu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/07/banyak-kes-tular-orang-susah-pusat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppim Gesa Kerajaan Segera Bantu Peneroka Felda Klau Sinar Harian 27 07 2022

Ppim Gesa Kerajaan Segera Bantu Peneroka Felda Klau Sinar Harian 27 07 2022

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 237 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan persekutuan segera bertindak bagi membantu seramai 458 peneroka Felda Klau Raub yang mendakwa kerugian kira kira RM748 juta Mereka mendakwa kerugian itu terpaksa ditanggung selep...
Maiwp Agih Rm297 14 Juta Bantu Asnaf Metro Tv Harian Metro 27 07 2022

Maiwp Agih Rm297 14 Juta Bantu Asnaf Metro Tv Harian Metro 27 07 2022

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 218 hits
Nilai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengagihkan sebanyak RM297 14 juta menerusi pelbagai skim bantuan kepada mereka yang memerlukan sejak Januari hingga 31 Mei lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Idris Ahmad berka...
Provokasi Terhadap Agama Bangsa Harus Dihentikan Sinar Harian 18 07 2022

Provokasi Terhadap Agama Bangsa Harus Dihentikan Sinar Harian 18 07 2022

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 330 hits
SHAH ALAM Tindakan melakukan provokasi menghina agama bangsa dan negara harus dihentikan bagi mengelak ianya terus menjadi barah dalam masyarakat Belum pun reda isu seorang wanita yang tular di media sosial selepas dikatakan menghina Islam ...
Kes Harian Covid 19 Di Jepun Pecah Rekod

Kes Harian Covid 19 Di Jepun Pecah Rekod

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 132 hits
Kes harian Covid 19 di Jepun pecah rekod Dikemas kini 53 minit yang lalu Diterbitkan pada 28 Jul 2022 6 37PM
Kes Zeti Dan Nazlan Cubaan Rafizi Bantu Mahathir Alih Perhatian

Kes Zeti Dan Nazlan Cubaan Rafizi Bantu Mahathir Alih Perhatian

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 264 hits
Oleh Sirajuddin AhmadMahathir sangat risau sudah hampir PRU15 rakyat masih bual bekenaan skandal Zeti Akhtar dan Nazlan Mohd Ghazali Mahathir juga risau kerana isu penyerahan Pulau Batu Puteh secara Solo dibuat olehnya menjadi bualan rakyat...
Hiburan Sorang Sorang Cabut Lari Tular Kes Kemalangan Ngeri Lelaki Ini Bagi Pesanan Pedas Buat Mat Rempit

Hiburan Sorang Sorang Cabut Lari Tular Kes Kemalangan Ngeri Lelaki Ini Bagi Pesanan Pedas Buat Mat Rempit

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 361 hits
Hujung minggu lalu gempar di media sosial mengenai insiden kemalangan maut yang dilaporkan berlaku di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu yang mengorbankan empat orang penunggang motosikal Tragedi tersebut telah mengundang pelbagai respon dan sp...
Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat Bagi Penggal 2022 Hingga 2025

Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat Bagi Penggal 2022 Hingga 2025

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 316 hits
Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat yang baharu bagi penggal 2022 2025 Presiden YB Datuk Seri Anwar IbrahimTimbalan Presiden Rafizi RamliNaib Naib Presiden 1 YAB Dato Seri Amiruddin Shari2 YB Chang Lih Kang3 YB Nik Nazmi4 YAB D...
Video Hebatnya Kuasa Bersedekah Tokti Kongsi Pengalaman Bantu Orang Susah Sekali Ini Yang Dia Dapat

Video Hebatnya Kuasa Bersedekah Tokti Kongsi Pengalaman Bantu Orang Susah Sekali Ini Yang Dia Dapat

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 170 hits
Umum mengenali pemilik nama penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza seorang yang berbakat besar dalam bidang nyanyian Seorang yang peramah dan lemah lembut setiap kali berinteraksi dengan peminat membuatkan beliau digemari ramai Selain menya...
Bantuan Permulaan Ke Ipt Zakat Pulau Pinang 2022 2023

Bantuan Permulaan Ke Ipt Zakat Pulau Pinang 2022 2023

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 205 hits
Untuk makluman semua Bantuan Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang MAINPP dibuka sepanjang tahun untuk permohonan bagi kemasukan dalam luar negara Jumlah bantuan yang diberikan adalah mengikut peringkat pengajian seperti berikut Sijil Matriku...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Senarai Cerita Filem Terbaru 2024 Di Pawagam

Habiskan Duit Bayar Kepada Pakar Yang Pandai Beri Penjelasan Cara Dia Hilangkan Masalah

Restoran Rebung 2 Di Putrajaya

Effective Email Marketing Strategies

Konsert Melly Friends Kuala Lumpur 2024