Ppbm Pulau Pinang Kekal Dengan Ph Kata Marzuki Selepas 2 Adun Sokong Pn



PPBM Pulau Pinang akan terus menyokong Pakatan Harapan selepas 2 Adunnya mengumumkan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).

Ketua PPBM Pulau Pinang, Marzuki Yahya berkata, Adun Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dan Adun Teluk Bahang, Zolkifly Md Lazim mengumumkan sokongan mereka kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin atas kapasiti individu.

Katanya, PPBM negeri itu “menyokong penuh” kerajaan Pulau Pinang pimpinan PH.

“Dua ahli ini nampaknya sudah lupa sokongan PH yang menyebabkan mereka memenangi kerusi masing-masing.

“Jika mereka mahu menjadi sebahagian daripada pembangkang negeri, maka itu ialah keputusan peribadi mereka,” kata naib pengerusi PH Pulau Pinang itu kepada FMT.


Ketua Pemuda PKR negeri, Fahmi Zainol berkata ketua menteri patut mengarahkan 2 Adun itu mengosongkan kerusi mereka kerana melanggar undang-undang anti-lompat parti di bawah perlembagaan Pulau Pinang.

Semalam, media melaporkan Khaliq dilantik sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), manakala Zolkifly menganggotai lembaga penasihat Mara Corp Sdn Bhd.

Khaliq ketika dihubungi berkata: “Saya menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri dan presiden parti itu. Saya hanya mematuhi keputusan parti.”

Zolkifly bagaimanapun tidak menjawab pertanyaan untuk komen.

Pada 27 Feb lalu, Setiausaha Politik ketua menteri Pulau Pinang, Teh Lai Heng mengeluarkan kenyataan memaklumkan 2 Adun PPBM menyuarakan sokongan kepada kerajaan PH negeri walaupun perubahan kerajaan di peringkat persekutuan.

Sokongan 2 Adun itu kepada PN tidak mengubah majoriti diraih PH di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Gabungan berkenaan mempunyai 34 kerusi dengan DAP memiliki 19 kerusi, PKR (13) dan Amanah (2).

Angka itu turut mengambil kira bekas exco negeri daripada PKR, Dr Afif Bahardin yang menyokong PN.

Umno dan PPBM kini masing-masing mempunyai 2 kerusi, manakala PAS memiliki satu kerusi. Secara keseluruhan, PN mempunyai 6 kerusi di negeri itu.

Marzuki berkata, dakwaan 2 Adun itu yang PPBM “di blok pembangkang” adalah salah.

Zolkifly dilaporkan berkata, PPBM Pulau Pinang kini ialah parti pembangkang.

Sementara itu, Bendahari DAP Pulau Pinang dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Wong Hon Wai berkata 2 Adun itu perlu melepaskan semua keistimewaan dan peruntukan lain yang diberikan kepada pusat khidmat mereka.

Katanya, mereka juga perlu segera melepaskan jawatan yang dipegang dalam syarikat berkaitan kerajaan di negeri itu.

Beliau berkata, ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di bawah 2 kawasan Adun itu perlu dirombak semula kerana ia buat berdasarkan pelantikan politik.

Katanya, begitu juga bagi ahli pihak berkuasa tempatan.

“Mereka perlu segera memaklumkan speaker DUN berhubung keputusan mereka.”

FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/05/ppbm-pulau-pinang-kekal-dengan-ph-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Adun Ppbm Pulau Pinang Dilucut Hak Sebagai Ahli Kerajaan Ph

2 Adun Ppbm Pulau Pinang Dilucut Hak Sebagai Ahli Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 287 hits
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia dilucut hak sebagai Ahli Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang berkuat kuasa serta merta Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata bahawa keputusan itu dibuat sele...
Dua Adun Bersatu Di Pulau Pinang Sokong Muhyiddin Tidak Akan Bersama Kerajaan Negeri Ph

Dua Adun Bersatu Di Pulau Pinang Sokong Muhyiddin Tidak Akan Bersama Kerajaan Negeri Ph

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 351 hits
Dua Adun Bersatu di Pulau Pinang telah menarik semula sokongan mereka terhadap kerajaan negeri Pakatan Harapan Adun Bertam Bertam Khalid Mehtab Mohd Ishaq dan Adun Teluk Bahang Zolkifli Md Lazim mengesahkan perkara itu pagi tadi Ditanya ala...
Kami Tak Lompat Parti 2 Adun Ppbm Pulau Pinang

Kami Tak Lompat Parti 2 Adun Ppbm Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 330 hits
Dua Adun PPBM yang berdepan tindakan disingkirkan daripada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang berkata undang undang anti lompat parti negeri itu tidak terpakai ke atas mereka kerana mereka masih bersama parti berkenaan Adun Bertam Khaliq Me...
Larangan Solat Di Masjid Surau Di Masih Kekal Mufti Pulau Pinang

Larangan Solat Di Masjid Surau Di Masih Kekal Mufti Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 301 hits
PULAU Pinang masih melanjutkan tempoh larangan semua kegiatan membabitkan masyarakat awam di masjid dan surau sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sehingga keputusan muktamad dibuat Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan ...
2 Adun Bersatu Pulau Pinang Perlu Kosongkan Kerusi Masing Masing Chow Kon Yeow

2 Adun Bersatu Pulau Pinang Perlu Kosongkan Kerusi Masing Masing Chow Kon Yeow

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 279 hits
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang menarik semula sokongan terhadap kerajaan negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang perlu mengosongkan kerusi mereka Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata ADUN Bertam Kh...
Pulau Pinang Benar Pelanggan Makan Di Restoran Mulai 18 Mei

Pulau Pinang Benar Pelanggan Makan Di Restoran Mulai 18 Mei

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 300 hits
Bermula Isnin depan semua restoran di Pulau Pinang dibenarkan menerima pelanggan makan di restoran dengan mengenakan langkah langkah bagi membendung Covid 19 daripada terus menular Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata penjarakkan sosial yang...
Boleh Makan Di 8 800 Lagi Premis Makanan Di Pulau Pinang

Boleh Makan Di 8 800 Lagi Premis Makanan Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 298 hits
GEORGE TOWN 17 Mei Lira kira 8 800 lagi kedai makan di Pulau Pinang dibenar menerima pelanggan makan di dalam premis bermula esok melalui Fasa 2 Strategi Pemulihan Berperingkat Negeri Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan dan P...
Pulau Pinang Benarkan Solat Jumaat Mulai Minggu Depan Terhad 15 Jemaah

Pulau Pinang Benarkan Solat Jumaat Mulai Minggu Depan Terhad 15 Jemaah

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 452 hits
Pulau Pinang akan membenarkan umat Islam menunaikan solat Jumaat di masjid dan surai mulai minggu depan tetapi jumlahnya terhad kepada 15 jemaah pada satu satu masa Mufti negeri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata semua masjid dan surau perlu m...
Hari Terbuka Tentera Darat Ke 87 Pulau Pinang Gambar Dan Video Menarik

Hari Terbuka Tentera Darat Ke 87 Pulau Pinang Gambar Dan Video Menarik

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 486 hits
Gambar dan Video Hari Terbuka Tentera Darat ke 87 Pulau Pinang Seronok Tengok Aset Tentera Assalamualaikum Alhamdulillah berkesempatan untuk ke Hari Tentera Darat ke 87 yang berlangsung di Pulau Pinang pada 29 Februari 1 Mac 2020 Boleh dika...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Ultimate Guide To Ghibli Park

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Hawthorn Hood House By Bent Architecture In Victoria Australia

Clear Air Over Najib S Supplementary Order Anwar And Ag Told

De Fam S Popular Local Raya Tune Alamak Raya Lagi Finds Its Way To Nippon Via Social Media

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Tips For Achieving Your Saving Goals

Gunung Ruang Meletus Ini Senarai Penerbangan Mas Airasia Yang Dibatalkan