Powerbank Jenama Pineng Yang Original
Hari ini aku berkesempatan untuk membuat ulasan berkenaan dengan powerbank yang telah aku beli melalui seorang owner yang sangat dipercayai
Banyak sudah aku mencari di kedai termasuk internet juga untuk mencari powerbank yang terbaik dan akhirnya, aku sudah jumpa yang terbaik dan harganya boleh tahan sesuai dengan kualiti powerbank tersebut
Sekarang kalau kita lihat ramai pengguna smartphone sedang sibuk mencari Powerbank yang terbaik dan berjaga-jaga supaya tidak tertipu dengan produk tiruan
sekadar gambar hiasan
Powerbank yang kita sudah sedia maklum merupakan battery luar yang mampu mengecas smartphone pada bila-bila masa sahaja tidak kira dimana korang berada. Jadinya, siapakah sebenarnya yang memerlukan powerbank ini?. Jawapannya ialah:
Mereka yang selalu melakukan aktiviti luar seperti melancong dan sebagainyaMereka yang selalu sangat menggunakan smartphone seperti mengambil gambar, whastapp, WeChat, Selalu bermain game dan sebagainya.Beli Powerbank Yang Original
Jenama Powerbank manakah yang terbaik untuk korang guna?. Jawapannya ialah, Powerbank Pineng Sebab apa aku kata powerbank Pineng:
Nampak berkilat dan Eksklusif (sekarang dah macam2x keluaran jadi ada yang tak berkilat)Sedap dipegangAda dua USB port dan ini membolehkan korang mengecas dua smartphone dalam satu-satu masa. (sekarang dah ada lebih dari 2 USB)Ada torchlightPelbagai jenama smartphone korang boleh charge termasuk Mp3,iPod, Mp4 Player dan sebagainya.Lebih rigan berbanding zaman dulu. Sudah 4 bulan aku menggunakan produk ini, ternyata ianya memang berkualiti dan original. Dan apa yang aku perasan perbezaan Charger Smartphone aku dengan Powerbank ini, ternyata battery smartphone aku cepat penuh mengguna powerbank berbanding Charger
Setakat ini tidak ada kerosakan pada smartphone. Jadi kepada mereka yang masih mencari-cari tu bolehlah lawat laman web owner yang aku beli, www.thefaizibrahim.com.my.
Ini kerana jika korang membeli powerbank yang tidak original, macam-macam boleh berlaku seperti powerbank meletup, powerbank tidak berfungsi dan merosakkan battery mahupun smartphone.
Macam mana Nak tahu Powerbank Pineng Yang Original dan Tiruan?Ini ada beberapa tips kalau nak tahu powerbank ti jenis tiruan ataupun tidak.
Power bank tiruan cepat rosak. Baru beli seminggu, dah tak boleh guna. Cas tak masuk ke smartphone.Mudah meletop. (pernah berlaku tapi isu ini sudah lama)Powerbank 20,000 tapi baru caj sekali je dah habis battery powerbank.. Biasa 5-6 kali baru habis battery powerbankCaj Battery powerbank tak pernah penuh-penuh Not fully charge. Warranty terlalu singkat seperti 1 bulan sahaja. paling teruk 1 minggu warrantynya. . Terlalu ringan sangat macam tak ada isi dalamnya. Tapi sekarang aku rasa dah jarang orang jual powerbank tiruan lagi. Melainkan powerbank sekarang ni banyak orang bagi doorgift biasanya powerbank 5,000 mah. Powerbank macam ni tak berapa tahan dan kualitinya tak tahan lama serta cepat rosak.
Lagi satu, sekarang ada smart powerbank yang memang khas untuk smartphone yang fast charging. Sekarang ini je dah banyak smartphone yang jenis fast charging macam brand Oppo, Huawei, Oneplus dan banyak lagi.
Salah satu powerbank yang menyokong fast charging ialah brand Baozu. Brand Baozu ini boleh digunakan pada brand Oppo, Oneplus dan Huawei yang ada fast charging.
Untuk Akhirnya, terpulang untuk korang menilai atau memilih jenama powerbank yang korang rasa terbaik tetapi sila pastikan powerbank tersebut adalah original.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adarain.com/2013/06/powerbank-jenama-pineng.html