10 Jenama Luar Yang Ramai Sangka Berasal Dari Malaysia


Artikel kali ini berkaitan jenama luar yang ramai sangkakan jenama Malaysia, namun salah tanggapan kita. Jenama-jenama dalam senarai ini kebanyakkannya telah lama diasaskan, pada ketika negara kita masih pun belum merdeka.

1. Ayam BrandNama pun ayam, mestilah produk Malaysia, betul tak? Jawapannya salah. Sejarah Ayam Brand berbalik kepada seorang lelaki Perancis yang bernama Alfred Clouet. Beliau mengasaskan produk ini di Singapura pada tahun 1892, yang ketika itu merupakan sebahagian daripada Malaya di bawah pemerintahan British.

Bisnes Ayam Brand pada ketika itu lebih kepada membekalkan makanan untuk pekerja koloni, serta membekalkan bahan-bahan binaan. Produk makanannya pada ketika itu dilihat sebagai produk mewah kerana makanan tin masih belum mampu dibeli rakyat.

Kini, jenama Ayam Brand dimiliki oleh Denis Frerez Group, dan mereka menjadi pembekal utama makanan tin di sekitar Asia.

Kita jangan jadi macam negara jiran kita, semua benda pun nak claim produk mereka. Ayam Brand adalah produk Singapura.

2. MiloPenulis berasa nostlagia sangat bila teringat sewaktu di sekolah rendah berebut-rebut dengan rakan sekolah untuk mendapatkan secawan air Milo dari lori berwarna hijau terutamanya ketika hari sukan. Selain teh ais, milo ais menjadi minuman kegemaran rakyat Malaysia.

Milo pada asalnya diasaskan oleh Thomas Mayne, seorang ahli kimia industri dan pencipta pada tahun 1934. Beliau melancarkan produk tersebut di Sydney Royal Easter Show, dan mula menghasilkan Milo berskala besar di kilang yang terleta di Smithtown, New South Wales, Australia.

Nama Milo diambil dari seorang legenda atlit gusti Greek yang terkenal kerana kekuatan tenaga beliau. Atlit tersebut adalah Milo of Croton.

3. NescafeBagi kebanyakan rakyat Malaysia, kopi Nescafe 3-in-1 menjadi pembuka hari mereka. Sedihnya, kopi kegemaran kita ini bukanlah produk Malaysia. Nescafe dimiliki oleh sebuah syarikat Switzerland, iaitu Nestl�.

Nestl� diasaskan oleh Henri Nestl� sekitar tahun 1866. Produk pertama beliau adalah makanan bayi berasaskan susu. Pada tahun 1867, Daniel Peter, seorang pakar coklat, mula menyempurnakan ciptaan Nestl� melalui proses pembuatan susu coklat. Nestl� turut memainkan peranan penting dalam mencipta proses tersebut.

Henri Nestl� bersara pada 1875 namun syarikat tersebut yang di bawah pengurusan dan pemilikan baru mengekalkan nama Nestl� sebagai nama syarikat.

4. MaggiMaggi menjadi kegemaran rakyat Malaysia, terutama mereka yang belajar di sekolah asrama penuh mahupun universiti. Memasak Maggi adalah mudah dan cepat, menjadi makanan asas ketika peperiksaan menjelang.

Maggi sebenarnya adalah sebuah jenama, bukannya sebuah produk sahaja. Selalunya kalau orang menyebut Maggi, pasti terbayang mee segera berperisa kari. Penulis sendiri masih tidak percaya yang Maggi ini bukan produk tempatan.

Maggi diasaskan oleh Julius Maggi pada tahun 1884 di Switzerland, setelah beliau mengambil alih kilang ayahnya. Produk Maggi dengan cepat mendapat tempat di hati rakyat penduduk pada ketika itu, dan beliau menjadi pengasas kepada industri pembuatan makanan.

Debunk: Makan maggi tidak menjadikan anda lembab, ia menjadikan anda kenyang.

5. BataHampir setiap daripada kita pasti pernah memiliki kasut Bata. Sebahagian daripada rakyat Malaysia menganggap memakai kasut Bata sebagai tidak cool seperti jenama-jenama lain kerana ia produk tempatan. Ramai yang ingat nama Bata itu ialah batu bata yang digunakan untuk membuat pembinaan.

Sebenarnya Bata telah diasaskan oleh 3 orang adik beradik iaitu Anna, Tomas dan Antonin Bata di Republick Czech pada tahun 1894. Kini, syarikat ini berpangkalan di Switzerland.

6. PilotPada zaman sekolah dahulu, sekiranya anda memiliki pen atau pensil mekanikal Pilot (kita panggil pensil shaker), anda seorang yang cool. Masihkan anda ingat perasaan apabila hilang pensel jenama ini, betapa geramnya anda?

Pilot sebenarnya merupakan produk keluaran Jepun. Nama pilot itu sendiri langsung tidak menggambarkan bahawa ianya dari Jepun, lebih kepada barat. Pilot sebenarnya diasaskan oleh Ryosuke Namiki dan Masao Wada pada tahun 1918 dengan nama syarikat Namiki Manufacturing Company.

Kini, produk keluaran Pilot digunakan di seluruh dunia terutamanya di Eropah seperti di Jerman, Perancis dan United Kingdom.

Pengalaman paling best semasa kecil adalah kehilangan pensil shaker, terasa nak mengamuk bila hilang.

7. HorlicksHorlicks menjadi kegemaran penulis sendiri. Minum sejak dari kecil lagi. Pada tahun 1869, William Horlick telah berpindah ke Amerika Syarikat dari United Kingdom. Pada tahun 1873, James Horlick yang merupakan seorang ahli farmasi, telah ke Amerika Syarikat untuk bersama abangnya membuka sebuah syarikat iaitu J & W Horlick.

Syarikat ini mengeluarkan minuman susu malt sebagai minuman alternatif kepada susu ibu. Kini syarikat ini dimiliki oleh sebuah syarikat British iaitu GlaxoSmithKline (GSK).

GSK merupakan syarikat yang sama yang menghasilkan Ribena, satu lagi produk yang ramai rakyat Malaysia tersalah anggap produk tempatan.

8. LiptonSiapa yang tidak suka minum teh terutamanya teh ais di Malaysia ni? Lipton merupakan jenama yang dikaitkan dengan teh, dan ramai di antara kita tersalah anggap bahawa Lipton berasal dari Cameron Highland. Tidak!

Lipton sebenarnya diasaskan di Scotland pada tahun 1871, dan ia bermula sebagai rangkaian supermarket dan bukannya pengeluar teh. Pengasasnya, Thomas Lipton hanya mula menceburi bidang teh ini 9 tahun selepas mengasaskan Lipton, dengan membeli sebuah taman teh di Sri Lanka.

Lipton kini dimiliki oleh sebuah syarikat Belanda-British, iaitu Unilever.

9. GiordanoDi Malaysia, kedai Giordano dapat dilihat di merata-rata pusat beli belah, dan penulis pun rasa yang jenama ini merupakan produk Malaysia. Ternyata salah tanggapan tersebut. Giordano diasaskan pada tahun 1981 oleh Lai Chee-Ying (atau dikenali sebagai Jimmy Lai) seorang usahawan Hong Kong.

Sebagai sebuah jenama yang makin popular di seluruh pelusuk dunia, rakyat negara lain turut tersalah anggap yang Giordano ini merupakan jenama tempatan negara mereka juga.

10. TropicanaJus Tropicana yang popular ini sebenarnya diasaskan pada tahun 1947 oleh Tropicana Producs Inc., sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Syarikat ini kini dimiliki oleh PepsiCo, syarikat yang sama memiliki Pepsi dan Gatorade.

Sejarah Tropicana bermula oleh seorang pemuda berbangsa Itali iaitu Anthony T. Rossi. Dengan berbekalkan sijil sekolah menengah, beliau telah berpindah ke Amerika Syarikat bagi mencari peluang pekerjaan ketika berusia 21 tahun.

Beliau pernah menjadi pemandu teksi, peruncit di New York, peladang di Virginia dan akhirnya berpindah ke Florida pada tahun 1940. Di sana, beliau terlibat dalam industri citrus. Bermula dari sinilah bagaimana syarikat Tropicana diasaskan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohtipu.blogspot.com/2018/02/10-jenama-luar-yang-ramai-sangka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Sangka Keadaan Saloma Link Jadi Begini Selepas Dibuka Mentaliti Rakyat Malaysia Masih Rendah

Tak Sangka Keadaan Saloma Link Jadi Begini Selepas Dibuka Mentaliti Rakyat Malaysia Masih Rendah

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 380 hits
Sepertimana yang korang tahu Saloma Link adalah tarikan baru di Kuala Lumpur Malaysia Korang dah pergi belum Kalau korang nak tahu jejantas ikonik tu sudah dibuka pada 6 Februari yang lalu tau Apa yang lebih menyedihkan lagi adalah mentalit...
Five Jenama Stesen Petrol Terbaru Bakal Beroperasi Di Malaysia China Press

Five Jenama Stesen Petrol Terbaru Bakal Beroperasi Di Malaysia China Press

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 517 hits
Satu jenama baru petroleum FIVE bakal menembusi pasaran Malaysia dengan pembukaan stesen petrol pertama di Malaysia pada bulan depan Jenama tersebut bakal dikendalikan oleh sebuah syarikat tempatan yang beroperasi di Pahang dan terlibat dal...
Pm Malaysia Mahathir Mohamad Mengundurkan Diri

Pm Malaysia Mahathir Mohamad Mengundurkan Diri

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 189 hits
Mahathir menjabat pada Mei 2018 untuk kedua kalinya sebagai perdana menteri Dia telah lama melengkapi panggung politik Malaysia
Perdana Menteri Baharu Malaysia 2020

Perdana Menteri Baharu Malaysia 2020

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 1530 hits
Ketika ini seluruh rakyat Malaysia sedang kebingungan dan tertanya tanya dengan senario politik yang sedang bergolak dan tertanya tanya siapakah bakal Perdana Menteri baharu yang akan menggantikan Tun Mahathir yang telah meletakkan jawatan ...
Selamatkan Malaysia Tamatkan Pemerintahan Rasis Ekstremis Radikal

Selamatkan Malaysia Tamatkan Pemerintahan Rasis Ekstremis Radikal

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 201 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Tak timbul isu kerajaan pintu depan atau belakang asal ikut PerlembagaanBANGI Desas desus berhubung kemungkinan pengaturan semula landskap politik negara dilihat sebagai satu perkembangan positif dengan harapan perub...
Source Wan Azizah To Be Malaysia S First Woman Prime Minister

Source Wan Azizah To Be Malaysia S First Woman Prime Minister

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 257 hits
Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail could be Malaysia s first woman prime minister following the resignation of Tun Dr Mahathir Mohamad after an allegedly failed coup to form a backdoor government with opposition parti...
Malaysia China And Vietnam In Dangerous Ongoing Game Of Chicken In South China Sea

Malaysia China And Vietnam In Dangerous Ongoing Game Of Chicken In South China Sea

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 272 hits
A fresh stand off over energy exploration in the disputed South China Sea that involves Malaysia China and Vietnam has been brewing for weeks out of the public eye a Washington based think tank said on Saturday as it questioned why the two ...
Pendaftaran Dan Semakan Keputusan Permohonan Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 2021

Pendaftaran Dan Semakan Keputusan Permohonan Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 2021

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 853 hits
Sistem e Prasekolah yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan untuk memudahkan ibubapa atau penjaga dalam proses untuk mendaftarkan anak anak di Pra Sekolah hanya melalui online tanpa perlu hadir ke sekolah untuk membuat...
Natural Gas Fuel Not A Hazard

Saka Bapak Kau

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera

Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy

Kepala Ikan Merah

4 Lelaki Didakwa Culik 2 Warga Asing