Potensi Cendawan Susu Harimau Untuk Kesihatan


Cendawan susu harimau atau Tiger Milk Mushroom merupakan salah satu herba berbentuk kulat yang cukup popular khususnya bagi masyarakat di benua Asia termasuk Malaysia.
Selain di Malaysia, ia juga boleh dijumpai di kawasan hutan hujan tropika negara lain seperti Indonesia, Filipina, Thailand dan Papua New Guinea.
Pada awalnya, kulat ini dianggap sebagai herba eksotik kerana ia hanya tumbuh di dalam hutan.
Walau bagaimanapun, kulat ini sekarang boleh dibiak menggunakan teknologi menerusi kaedah kultur tisu.
Dengan penggunaan medium penanaman yang dirumus khas, sclerotia cendawan ini dapat tumbuh dalam kualiti yang memuaskan setaraf dengan yang dijumpai di kawasan hutan.
Kulat dengan nama saintifik Lignosus rhinocerus in boleh dikenalpasti dengan saiz topinya yang besar, leper dan berwarna perang.
Cendawan ini juga mempunyai volva atau struktur dasar yang dipanggil sclerotium.
Sumber : Harian Metro Sclerotium inilah yang dikatakan mengandungi nilai perubatan yang tinggi dan sering menjadi tumpuan para penyelidik.
Sebelum dikomersialkan secara meluas sebagai supplemen, kulat ini sering digunakan dalam perubatan tradisional bagi merawat beberapa penyakit seperti batuk, resdung dan demam.
Apakah khasiat yang terkandung di dalam cendawan susu harimau? Ayuh kita semaknya bersama-sama.
Potensi Cendawan Susu Harimau Untuk Kesihatan Sumber Antioksida Yang Baik Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Universiti Malaya, kandungan antioksida pada sclerotium cendawan ini adalah lebih tinggi berbanding jenis cendawan lain.
Di samping berpotensi dalam mencegah stres oksidatif, antioksida juga memainkan peranan penting dalam melindungi tubuh daripada penyakit dan jangkitan.
Berpotensi Sebagai Antikanser Cendawan susu harimau turut digunakan secara tradisional oleh orang Asli sebagai penawar kanser payudara.
Satu kajian menunjukkan bahawa ekstrak sclerotium cendawan ini mampu merencatkan pertumbuhan sel kanser payudara dan kanser paru-paru.
Pada masa yang sama, ia tidak menunjukkan kesan toksik kepada sel payudara dan sel paru-paru yang normal.
Baik Untuk Kesihatan Paru-Paru Dari sudut perubatan tradisional, cendawan susu harimau ini sering digunakan bagi yang menghadapi masalah kesihatan sistem pernafasan seperti selsema, asma dan batuk kronik.
Dalam satu penyelidikan, peserta kajian telah diberikan supplemen serbuk cendawan ini. Selepas 3 bulan, sistem imuniti dan kesihatan paru-paru para peserta meningkat secara positif.
Di samping itu, kulat ini juga didapati mempunyai antikeradangan dan imuno-modulasi yang tinggi bagi membantu tubuh melawan jangkitan pada sistem pernafasan.
Sumber : St Louis College of Health Dengan pelbagai potensi kesihatan yang dimiliki, cendawan ini sangat wajar untuk diberikan tumpuan bagi mengenalpasti manfaatnya pada manusia.
Tambahan pula, ia lebih mudah untuk dibiak pada waktu ini dengan bantuan teknologi kultur tisu.
Sumber : Potential Functional Ingredients from Tiger Milk Mushroom (Universiti Malaya), nature.com, Harian Metro
Baca Juga : Cendawan Enoki : Kandungan Nutrisi dan Khasiat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/cendawan-susu-harimau/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=cendawan-susu-harimau

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ujian Saringan Minda Sihat Semak Tahap Kesihatan Mental

Ujian Saringan Minda Sihat Semak Tahap Kesihatan Mental

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 167 hits
Kesihatan mental merupakan salah satu isu yang ramai selalu terlepas pandang Sekiranya tidak ditangani ia boleh mengakibatkan masalah mental yang lebih teruk seperti kemurungan anxiety dan stres melampau Bagi yang belum tahu sebenarnya anda...
Pan Gon Meningkatkan Keyakinan Dalam Harimau Malaya

Pan Gon Meningkatkan Keyakinan Dalam Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 17/7/2024 - jumlah : 157 hits
KUALA LUMPUR Jurulatih kebangsaan Kim Pan Gon berjaya meningkatkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Harimau Malaya selepas mengambil alih pasukan pada Februari 2022 kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh Hannah yang sedih dengan keputus...
Diterkam Harimau Kepala Pekerja Sawit Putus

Diterkam Harimau Kepala Pekerja Sawit Putus

papar berkaitan - pada 18/7/2024 - jumlah : 190 hits
Karena merasa kehilangan rekan rekan korban akhirnya mencari Yasonia di dalam perkebunan sawit
Filem Harimau Malaya The Untold Journey

Filem Harimau Malaya The Untold Journey

papar berkaitan - pada 22/7/2024 - jumlah : 157 hits
4ward Pictures Sdn Bhd mempersembahkan filem yang mengangkat kisah pasukan bola sepak kebangsaan Harimau Malaya The Untold Journey hasil arahan sutradara Dato Afdlin Shauki yang akan mula ditayangkan di pawagam pada 15 Ogos 2024 Harimau Mal...
Pengidap Masalah Tiroid Dan Pesakit Kesihatan Mental

Pengidap Masalah Tiroid Dan Pesakit Kesihatan Mental

papar berkaitan - pada 5/8/2024 - jumlah : 210 hits
Masalah tiroid dan penyakit kesihatan mental adalah keadaan perubatan yang berbeza tapi kadangkala ia boleh menimbulkan gejala bertindih yang boleh menyebabkan kekeliruan atau salah diagnosis jika tak dinilai dengan betul Sesetengah simptom...
Pendekatan One Health Dan Ancaman Kerintangan Antimikrob Di Malaysia Menghadapi Cabaran Kesihatan Global

Pendekatan One Health Dan Ancaman Kerintangan Antimikrob Di Malaysia Menghadapi Cabaran Kesihatan Global

papar berkaitan - pada 5/8/2024 - jumlah : 167 hits
Oleh Mohd Hanif Jainlabdin Mohammad Ridhuan Mohd Ali Redzuan Nul Hakim Abdul Razak Mohd Hanif Jainlabdin PhD ialah Felo Southeast Asia One Health University Network di Institut Penyelidikan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pensy...
Kesihatan Beras Perang Untuk D Rah Tinggi Dan Kencing Manis

Kesihatan Beras Perang Untuk D Rah Tinggi Dan Kencing Manis

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 89 hits
Beras perang lazimnya memberi kesan baik terutamanya kepada pesakit darah tinggi dan kencing manis Kajian menunjukkan beras perang mempunyai nilai indek glisemik 55 lebih rendah berbanding beras basmati beras putih roti gandum penuh dan rot...
Air Selangor Dan Program Pemeriksaan Kesihatan

Air Selangor Dan Program Pemeriksaan Kesihatan

papar berkaitan - pada 25/7/2024 - jumlah : 146 hits
25 Julai 2024 Khamis Kisah AIR SELANGOR dari Selepas dua hari ketiadaan air Alhamdulillah pagi tadi air perlahan lahan kembali ke sinki dapur rumahku tapi dek kerana tekanan air masih rendah air belum mampu melonjakkan dirinya untuk terjun ...
5 Manfaat Buah Salak Untuk Kesihatan

5 Manfaat Buah Salak Untuk Kesihatan

papar berkaitan - pada 29/7/2024 - jumlah : 163 hits
5 Manfaat Buah Salak Untuk Kesihatan Buah salak juga disebut buah asam paya Kelubi asam kelubi asam paya atau salak hutan ialah spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga palma Arecaceae yang terdapat di Asia Tenggara Buah salak ini hampir sa...
Filem Reeza Gtr

Ringgit Opens Slightly Lower Against Us Rises Vs Other Major Currencies

Sains Rangkaian Dan Penggunaannya Dalam Bidang Pertanian

Berjumpa Sahabat Lama Numismatik Di Muzium Negara Kuala Lumpur

Demam Denggi Demam Panas Yang Tiba Tiba

Kl Bird Park

4 Resipi Sarapan Mudah Boleh Masak Guna Air Fryer Je

Zus Coffee With Ceo Latte


echo '';
Biodata 30 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral


Cengkih Rempah Berharga Dengan Manfaat Kesihatan

Novendy Chen Sosok Anak Siantan Pontianak Yang Menjadi Co Founder Olsera

How Precision Mold Components Improve Manufacturing Accuracy In The Electronics Industry

Dua Anggota Polis Digantung Kerja Berkaitan Kes Ketum Dadah

Ni Namanya Hate Stalking

Pendakwaan Sangat Bergantung Pada Keterangan Dengar Cakap Kata Peguam Najib