Poster Boy Tidak Semestinya Daripada Kepimpinan Umno Kelantan Ahmad Jazlan



‘Poster Boy’ Tidak Semestinya Daripada Kepimpinan UMNO Kelantan – Ahmad Jazlan
KOTA BHARU: UMNO Kelantan tidak ketandusan pemimpin yang mempunyai tokoh kepimpinan, berjiwa rakyat, malahan berlatarbelakangkan agamawan untuk dicalonkan sebagai menteri besar.
Sebaliknya, menurut Pengerusi Datuk Ahmad Jazlan Yaakob, UMNO terbuka untuk menampilkan calon dari kalangan ahli yang lebih layak serta tidak semestinya kalangan kepimpinan di peringkat negeri.
Menurut Ahmad Jazlan, UMNO Kelantan di bawah kepimpinannya mengambil pendekatan membuka ruang kepada tokoh lebih layak yang boleh membawa perubahan dan kemajuan, baik duniawi mahupun ukhrawi di Kelantan
“Tidak semestinya calon Menteri Besar atau ‘poster boy’ dipilih dalam kalangan kepimpinan UMNO Kelantan.
“Sebaliknya ahli UMNO yang dilihat layak, mempunyai ketokohan yang tinggi, berjiwa rakyat serta kalangan mereka yang memahami agama boleh ditampilkan sebagai calon.
“Sebenarnya ada pemimpin yang mampu urus tadbir negeri yang tidak ditonjolkan, walaupun sesetengah kata kami tiada calon untuk ditampilkan sebagai Menteri Besar Kelantan buat masa ini, namun UMNO Kelantan mempunyai matlamat yang mahukan perubahan di negeri ini.
“Saya selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan yang menjadi kelaziman di mana-mana negeri diberikan ruang untuk menjadi ‘poster boy’ atau calon, saya tidak merasakan saya layak berada di kedudukan tersebut.
“Ini kerana saya percaya masih ramai anak Kelantan yang lebih layak dan mempunyai ilmu pengetahuan untuk membawa perubahan di Kelantan,” katanya selepas majlis moreh dan santai bersama pengamal media Kelantan, di sini, malam tadi.
Beliau berkata, UMNO Kelantan boleh mencadangkan sesiapa sahaja dalam kalangan pemimpin serta ahli UMNO sebagai calon Menteri Besar, namun keputusan akhirnya terletak di tangan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno tidak bersetuju pandangan mengatakan UMNO Kelantan tidak mempunyai pemimpin yang layak untuk menjadi Menteri Besar selepas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed meninggalkan UMNO.
Ini kerana, tegasnya, kegemilangan Mustapa terserlah sewaktu beliau menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan kerana pada waktu itu beliau Menteri penuh, Kerajaan Persekutuan pada waktu itu juga Kerajaan Barisan Nasional.
“Mustapa dilihat terserlah sewaktu menjadi Pengerusi Perhubungan kerana beliau menteri penuh, mendapat kepercayaan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membawa projek pembangunan di Kelantan, ada Jabatan Persekutuan JPP di Kelantan pada waktu itu yang menyerlahkan lagi kepimpinannya,” katanya.
“Jika nak dibandingkan waktu saya mengambil alih jawatan Pengerusi Perhubungan, pada waktu itu Kerajaan Persekutuan diterajui Pakatan Harapan, tiada JPP, bahkan sekarang ini saya pula hanya Pengerusi Felcra, jauh panggang dari api lah kalau nak cerita terserlah atau tidak,” jelasnya.
Tegas Ahmad Jazlan lagi, apa yang penting rakyat Kelantan wajar memahami bahawa UMNO Kelantan tidak mahu merebut jawatan untuk mencapai kedudukan sebagai pemimpin sebaliknya membuka ruang kepada calon yang dapat diterima rakyat, calon yang berpengalaman dan tokoh yang mampu membawa perubahan di Kelantan.
“Saya berhasrat akan bertanding pada pilihanraya Umum ke15, sekiranya Umno Kelantan mencapai kemenangan.
“Saya tegaskan tidak semestinya Menteri Besar Kelantan itu datangnya dari Pengerusi Perhubungan atau pimpinan peringkat bahagian, sebaliknya boleh jadi dari ahli biasa yang mempunyai ketokohan dan berjiwa besar untuk membawa perubahan di Kelantan.
“Itu yang saya maksudkan dan soal siapa layak mestilah mendapat persetujuan daripada presiden parti,” tambahnya.
“Apa yang penting tokoh atau calon ‘poster boy’ itu diterima rakyat Kelantan serta mampu mengubah Kelantan ke arah negeri yang lebih baik dari sekarang yang mana selepas 32 tahun Pas Kelantan memerintah, mereka gagal menyelesaikan masalah air, cukai tanah yang tinggi, kebersihan, penerokaan hutan dan pembalakan, peluang pekerjaan kepada anak muda dan sebagainya.
“Sebagai anak jati Kelantan, saya ingin melihat Kelantan maju dan berubah.
“Sekiranya saya ingin meninggalkan dunia politik, tentunya saya mahu meninggalkan kepimpinan kepada tokoh yang layak yang boleh memberi manfaat kepada rakyat Kelantan” katanya
Bersempena dengan kepulangan perantauan dari luar Kelantan untuk menyambut Lebaran, Ahmad Jazlan memohon mereka melihat negeri Kelantan pada hari ini dengan fikiran terbuka, apakah Kelantan sudah berubah?
Apa salahnya jika diberikan peluang dan peluang kepada UMNO untuk sepenggal bagi membuktikan UMNO Kelantan mampu mengurus tadbir dengan baik.-AA
‘Poster Boy’ Tidak Semestinya Daripada Kepimpinan UMNO Kelantan – Ahmad Jazlan
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Aliff Syukri hadir beri keterangan kepada SKMM Gempa bumi landa Kundasang Banduan paling berbahaya di Britain dibenar bela burung Peminat sedih lihat keadaan Zamani sakit tulang belakang UMNO Selangor tak halang Khir buat come back – Noh TV9, ST Rosyam Mart tawar ayam RM1.49 seekor Pemuda UMNO gesa segera siasat hakim perbicaraan Najib Pakej rawatan muka RM20,000 laris menjelang Syawal Posmen maut kereta bertembung pacuan empat roda Bapa cekik rakan sekelas anak Nenek durjana paksa cucu minum whiskey hingga maut Jiran gila lempar 7 bom tangan Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)

Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan

The post ‘Poster Boy’ Tidak Semestinya Daripada Kepimpinan UMNO Kelantan – Ahmad Jazlan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/04/28/poster-boy-tidak-semestinya-daripada-kepimpinan-umno-kelantan-ahmad-jazlan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahmad Jazlan Berdaleh Kononnya Kuli Rasa Bersalah Menutup Retak Dalam Umno Kelantan

Ahmad Jazlan Berdaleh Kononnya Kuli Rasa Bersalah Menutup Retak Dalam Umno Kelantan

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 144 hits
PETALING JAYA Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mungkin dihantui rasa bersalah kerana menyebabkan Umno Kelantan jatuh sejak 32 tahun lalu hingga mengakibatkan beliau mengambil keputusan mengetuai Angkatan Amanah Merdeka Rakya...
Spr Hadkan Presiden Timbalan Sebagai Poster Boy Ismail Sabri Hanya Naib Presiden Umno

Spr Hadkan Presiden Timbalan Sebagai Poster Boy Ismail Sabri Hanya Naib Presiden Umno

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 221 hits
agendaily com19 4 2022SPR sebelum ini hanya benarkan Presiden Timbalan Presiden parti sebagai gambar poster boy semasa PRU 14 lalu UMNO mengumumkan minggu lalu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai poster boy mereka yang juga calon Perdana...
Ridiculous Umno S Nur Jazlan Slams Johor Pakatan Muda For Asking To Be Included In State Govt Activities

Ridiculous Umno S Nur Jazlan Slams Johor Pakatan Muda For Asking To Be Included In State Govt Activities

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 163 hits
Nur Jazlan said that the Opposition was being unreasonable in wanting to be included in official Barisan Nasional government functions and meetings Picture by Ben TanJOHOR BARU April 29 Johor Umno deputy chief Datuk Nur Jazlan Mohamed has s...
Nada Umno Di Selangor Berbeza Dengan Terengganu Kelantan Itu Busuknya Perut Umno

Nada Umno Di Selangor Berbeza Dengan Terengganu Kelantan Itu Busuknya Perut Umno

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 225 hits
TANJONG KARANG UMNO Selangor mahu hubungan dengan Pas menerusi Muafakat Nasional dikekalkan di negeri ini bagi memenangi Pilihan Raya Umum ke 15 Pengerusinya Tan Sri Noh Omar berkata kedua dua parti itu yang ketika ini selaku pembangkang di...
Khemah Amanah Dan Umno Kelantan

Khemah Amanah Dan Umno Kelantan

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 128 hits
Terdapat satu laporan tentang khabar angin bahawa sebuah pasukan signifikan dalam Umno sedang menjalinkan kerjasama dengan Amanah untuk mengambil kerajaan Kelantan daripada PAS Sekiranya ini benar pertamanya kita perlu memuji usaha ini kera...
Komplot Jatuhkan Pemimpin Umno Ahmad Samsuri Dicabar Bersumpah Laknat

Komplot Jatuhkan Pemimpin Umno Ahmad Samsuri Dicabar Bersumpah Laknat

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 166 hits
PETALING JAYA Seorang pemimpin Barisan Nasional mencabar Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar bersumpah partinya tidak merancang untuk menjatuhkan pemimpin Umno Kalau betul semua perkara yang dalam minit mesyuarat itu tidak betul suruh d...
Umno Kelantan Tiada Maklumat Berkaitan Langkah Ku Li

Umno Kelantan Tiada Maklumat Berkaitan Langkah Ku Li

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 191 hits
Umno Kelantan tidak dimaklum mengenai perancangan Tengku Razaleigh Hamzah yang dikatakan merancang kerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menghadapi pada pilihan raya umum akan datang Pengerusi Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub memberikan g...
Umno Kelantan Tidak Berbincang Bersama Ph

Umno Kelantan Tidak Berbincang Bersama Ph

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 188 hits
Tindakan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menubuh dan mengepalai gabungan baru Angkatan Amanah Merdeka Rakyat bersifat tindakan peribadi yang tidak mewakili UMNO Kelantan Sebaliknya menurut Pengerusi Badan Perhubungan ...
Kerjasama Ku Li Pakatan Harapan Ini Kenyataan Umno Kelantan

Kerjasama Ku Li Pakatan Harapan Ini Kenyataan Umno Kelantan

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 148 hits
Umno Kelantan tidak dimaklum mengenai perancangan Tengku Razaleigh Hamzah yang dikatakan merancang kerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menghadapi pada pilihan raya umum akan datang Pengerusi Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub memberikan g...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Masak Beef Kueteow Ala Cantonese

Minta Kado Ulang Tahun Tak Biasa Zaskia Adya Mecca Kunjungi Kamp Suriah

Tu Kata Pembangkang Mereka Tidak Tahu Mereka Tidak Cerdik

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Palsu

Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta