Khemah Amanah Dan Umno Kelantan


 

Terdapat satu laporan tentang khabar angin bahawa sebuah pasukan signifikan dalam Umno sedang menjalinkan kerjasama dengan Amanah untuk mengambil kerajaan Kelantan daripada PAS. Sekiranya ini benar, pertamanya kita perlu memuji usaha ini kerana ia dilakukan bukan secara tebuk atap atau pintu belakang, dan mengambil mandat pengundi secara tidak sah; seperti yang dilakukan oleh PAS Pusat ketika Langkah Sheraton. Tindakan berdosa PAS bekerjasama dengan Umno, pengkhianat daripada Bersatu dan PKR, serta jalinan parti di Malaysia Timur ketika itu telah menyebabkan pilihan yang dilakukan oleh rakyat pada 2018 ketika PRU14 dipersetankan.
Kononnya pemimpin Umno Kelantan iaitu Tengku Razaleigh atau Ku Li ingin melakukannya secara terang – bukan dalam gelap – dan memilih Amanah sebagai rakan kerjasama.
Untuk rekod, PAS yang memerintah Kelantan hari ini bukan lagi PAS seperti bawah teraju Nik Abdul Aziz Nik Mat. PAS yang menguasai Kelantan dan bekerja dengan ‘penyangak’ di peringkat persekutuan adalah PAS yang sudah lari dari perjuangan, selain menggunakan aneka instrumen untuk ‘menghalalkan’ perbuatan tersebut.
Sekiranya jalinan Amanah dan Umno Kelantan menjadi kenyataan ia membawa kita kepada satu lagi percaturan politik yang unik, terjadi di peringkat daerah atau rantau. Ini bermakna Umno dan Amanah Kelantan akan mengambil sikap berbeza dengan pendirian pimpinan di peringkat pusat demi menawarkan pilihan alternatif kepada pengundi di situ.
Hal ini perlu dilihat sebagai satu ‘kematangan berpolitik’ di mana pimpinan peringkat daerah dan rantau memberi signal kepada kemudi parti bahawa untuk wilayah mereka, strategi khemah lain diperlukan. Bahawa mereka berhak menentukan sendiri apa yang mesti dilakukan. Maka hanya dengan ini kebuntuan dapat diakhiri.
Kebuntuan ini perlu dipecahkan kerana di Kelantan, kepimpinan PAS telah mendatangkan keresahan yang lama buat rakyat Kelantan. Mereka, iaitu rakyat Kelantan seolah-olah hidup dalam tebusan di cekam pengundi yang hidup di perantauan. Kebanyakan pengundi luar Kelantan inilah dalang yang memberikan lagi dan lagi nyawa kepada PAS. Padahal rakyat Kelantan yang menetap di negeri tersebut amat muak dan mual dengan PAS.
Ini kerana PAS gagal menyediakan peluang pekerjaan sehingga anak-anak Kelantan mengendeng peluang pekerjaan rakyat di Selangor dan Pulau Pinang. Pentadbiran kerajaan negeri bawah PAS Kelantan nampaknya sudah tepu dan perlu direhatkan. Mereka tidak lagi kreatif. Tidak perlu kita melihat jauh, kegagalan PAS menangani isu air kotor yang tidak boleh digunakan untuk minuman atau basuhan kekal menghantui rakyat negeri tersebut. Bahkan masalah pembalakan berleluasa yang membawa kepada ancaman bencana alam masih belum diputuskan meskipun terdapat bermacam janji ditabur.
Sepertinya, formula di pusat mustahil dilaksanakan di Kelantan. Untuk mengambil Kelantan, Umno suka tidak suka perlu berkhemah dengan Amanah, demikian juga Amanah yang ingin menawar diri sebagai ganti PAS perlu menerokai kemungkinan berpakat dengan Umno. Harus diingatkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai mujtahid politik sendiri pernah bekerja dengan Ku Li iaitu di mana terbentuknya kerajaan PAS-Semangat 46 pada 1990.
Oleh demikian strategi khemah Umno dan Amanah Kelantan ini akan ketiganya, bakal membuka jalan kepada ‘strategi atau khemah wilayah’ yang boleh dipraktikkan oleh negeri-negeri lain seperti Sabah, Kedah, Johor, dan Perak. Di beberapa buah negeri seperti Perak, komposisi kerusi yang ada menyukarkan penguasaan 2/3 Dewan Undangan Negeri. Ini mungkin dibaca sebagai satu ketidakstabilan. Kebanyakan negeri seperti Kedah, Perak, dan Negeri Sembilan, koalisi parti politik yang memerintah hanya memiliki kelebihan satu dua kerusi. Keyakinan untuk menjalin hubungan di peringkat wilayah dengan mengabaikan apa-apa kesepakatan di peringkat pusat boleh memberikan kebaikan kepada rakyat masing-masing.
Pengundi atau penduduk Perak sebagai contoh boleh beroleh kerajaan yang ideal di mana kerjasama parti-parti (yang tidak korup dan khianat) boleh dipateri. Untuk menjadikan ini kenyataan ahli politik (secara individu) dari kedua belah pihak boleh membina blok baharu ini sebelum PRU15 diserukan. Ini untuk mengelak penipuan kepada aspirasi rakyat. Usaha kerjasama ini juga boleh mengambil kira individu-individu berbeza yang dapat ditanggapi ‘bersih’.
Di Sabah atau Johor, DAP boleh mengambil kira kemungkinan berkhemah dengan Pejuang, Warisan, dan Muda. Malah tidak keterlaluan untuk mereka membawa masuk PSM di kawasan yang berpotensi. Dalam erti kata lain seruan khemah besar pembangkang itu boleh sahaja menjadi beberapa khemah kecil dengan kenyataan-kenyataan yang berwarna-warni dan tidak semestinya akur dengan formula khemah di pusat.
Jika cara atau pendekatan khemah wilayah ini digunapakai di Kedah, terdapat juga kemungkinan PAS Kedah diketepikan secara sah dalam PRU.
PRU15 mestilah dihadapi dengan percaturan dan strategi perang yang berkesan, unik, cekatan, dan nekad. Sekiranya pertimbangan khemah wilayah atau rantau ini diambil kira kita akan mendapati kerajaan campuran pelbagai kepala di peringkat pusat mahupun negeri. Tidak mustahil di Johor, akan ada khemah antara Bersatu, Muda, Amanah, dan DAP. Manakala di Pulau Pinang yang mungkin terancam ketepuan kepimpinan DAP yang sudah lama, boleh sahaja DAP bekerja dengan Warisan dan Muda. Ini kerana khemah Pakatan Harapan tidak selamanya selamat di Pulau Mutiara itu.
Tidak ada dan tidak mesti ada satu gabungan politik yang tetap. Ini kerana politik adalah seni memanfaatkan perubahan demi kebaikan rakyat. Untuk ini menjadi kenyataan parti-parti politik sedia ada perlu dan mesti mendorong mereka yang berjiwa besar untuk duduk semeja sekerusi. Pemimpin perlu berjiwa besar untuk menolong rakyat.
Tidak ada yang lebih benar dan jujur pada kenyataan Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed mengenai hal ini yang menyatakan, “Parti politik hanya satu persaingan untuk menawarkan apa yang terbaik yang boleh dilakukan. Agama, perkauman dan pelbagai tawaran hanya perasa dan penghias hidangan yang boleh menyebabkan pengundi terpedaya dan tersilap pilih.”
Kata-kata di atas tersangat benar dan penuh hikmah, jauh lebih jujur dari jalan tebuk atap yang dilakukan oleh PAS Pusat. -FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/04/khemah-amanah-dan-umno-kelantan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gandingan Ku Li Amanah Kami Tak Goyang Pas Kelantan

Gandingan Ku Li Amanah Kami Tak Goyang Pas Kelantan

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 153 hits
KOTA BHARU Kerjasama yang dicetuskan oleh Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li dengan Parti Amanah Negara untuk merampas pentadbiran negeri ini daripada tangan Pas pada Pilihan Raya Umum ke 15 tidak memberikan kebimba...
Poster Boy Tidak Semestinya Daripada Kepimpinan Umno Kelantan Ahmad Jazlan

Poster Boy Tidak Semestinya Daripada Kepimpinan Umno Kelantan Ahmad Jazlan

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 150 hits
Poster Boy Tidak Semestinya Daripada Kepimpinan UMNO Kelantan Ahmad Jazlan KOTA BHARU UMNO Kelantan tidak ketandusan pemimpin yang mempunyai tokoh kepimpinan berjiwa rakyat malahan berlatarbelakangkan agamawan untuk dicalonkan sebagai mente...
Mat Sabu Khemah Besar Tak Merangkumi Umno Bersatu Dan Pas

Mat Sabu Khemah Besar Tak Merangkumi Umno Bersatu Dan Pas

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 235 hits
malaysiakini comDiterbitkan Apr 18 2022 3 25 PMAmanah menghormati perbezaan pandangan mengenai pendekatan khemah besar dalam parti parti pembangang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 15 kata presidennya Mohamad Sabu Bagaimanapun Mohamad m...
Amanah Tolak Pas Dalam Khemah Besar Takiyuddin Ucap Terima Kasih

Amanah Tolak Pas Dalam Khemah Besar Takiyuddin Ucap Terima Kasih

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 192 hits
FMT ReportersPETALING JAYA PAS menyatakan penghargaan kepada Amanah yang mengesahkan parti berkenaan tidak mempunyai sebarang kerjasama politik terutama membabitkan Pakatan Harapan menjelang pilihan raya umum ke 15 Setiausaha Agungnya Takiy...
Kerjasama Ku Li Pakatan Harapan Ini Kenyataan Umno Kelantan

Kerjasama Ku Li Pakatan Harapan Ini Kenyataan Umno Kelantan

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 147 hits
Umno Kelantan tidak dimaklum mengenai perancangan Tengku Razaleigh Hamzah yang dikatakan merancang kerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menghadapi pada pilihan raya umum akan datang Pengerusi Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub memberikan g...
Ku Li Ketuai Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan

Ku Li Ketuai Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 170 hits
N Faizal GhazaliAnggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah akan mengetuai gabungan kerjasama yang dinamakan Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan dalam usaha menumbangkan kerajaan PAS pada pilihan raya umum ke 15 PRU15 Perkara it...
Ku Li Meets Kelantan Amanah Amid Speculation Of Cooperation

Ku Li Meets Kelantan Amanah Amid Speculation Of Cooperation

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 115 hits
Gua Musang MP Tengku Razaleigh Hamzah is said to be formulating a cooperation strategy with Pakatan Harapan in Kelantan ahead of the 15th general elections It is understood that a meeting was held in Kota Bahru with the current Amanah leade...
Umno Kelantan Tidak Berbincang Bersama Ph

Umno Kelantan Tidak Berbincang Bersama Ph

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 188 hits
Tindakan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menubuh dan mengepalai gabungan baru Angkatan Amanah Merdeka Rakyat bersifat tindakan peribadi yang tidak mewakili UMNO Kelantan Sebaliknya menurut Pengerusi Badan Perhubungan ...
Nada Umno Di Selangor Berbeza Dengan Terengganu Kelantan Itu Busuknya Perut Umno

Nada Umno Di Selangor Berbeza Dengan Terengganu Kelantan Itu Busuknya Perut Umno

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 225 hits
TANJONG KARANG UMNO Selangor mahu hubungan dengan Pas menerusi Muafakat Nasional dikekalkan di negeri ini bagi memenangi Pilihan Raya Umum ke 15 Pengerusinya Tan Sri Noh Omar berkata kedua dua parti itu yang ketika ini selaku pembangkang di...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding