Portal Mysikap Jpj Untuk Tukar Hak Milik Dan Beli No Plat
Portal Mysikap JPJ Untuk Tukar Hak Milik dan Beli No Plat
Siapa tahu apa itu sistem mysikap jpj? Ada yang pernah cuba sistem online Jabatan pengangkutan Jalan ini?
Selain portal rasmi jabatan pengangkutan jalan malaysia, JPJ juga ada membangun dan menyediakan portal myskap jpj untuk memudahkan urusan ramai secara online tanpa perlu bersesak-sesak di kaunter JPJ yang berdekatan dengan anda seperti sebelum-sebelum ini.
Urus niaga dalam talian MySIKAP membolehkan anda melakukan transaksi yang melibatkan urusan lesen memandu kenderaan, baik lesen motor atau lesen kereta, tukar hak milik, beli no plat (jpj number plate) semakan saman trafik dan banyak lagi yang anda boleh semak kemudahan yang disediakan di portal mysikap jpj.
Sesetengah transaksi adalah percuma, sementara ada beberapa urusan lain dikenakan caj yang minimal.
Senarai Kemudahan di Sistem Mysikap JPJ
Permohonan Salinan Lesen Kenderaan Motor (LKM)
Permohonan pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM)
Permohonan Pengisytiharan Kenderaan Tidak Beroperasi
Semakan nombor pendaftaran kenderaan terkini atau semakan no plat terkini jpj
Permohonan Tempahan Nombor Pendaftaran (No Plat)
Permohonan Pek Maklumat Kenderaan
Permohonan Menggunakan Semula Nombor Pendaftaran total Loss
Permohonan Menggunakan Semula Nombor Pendaftaran Hilang atau Kena Curi
Permohonan Mendapatkan Status Kenderaan Vintaj atau Kenderaan Klasik
Permohonan Mendapatkan Kelulusan Membaiki Kenderaan Akibat Kemalangan
Permohonan Cop Semula No Casis
Permohonan Cop Semula No Enjin
Permohonan Pemasangan Lampu Mata Arah
Permohonan Pengubahsuaian Kenderaan
Permohonan Permit Memandu Antarabangsa International Driving License)
Permohonan Salinan Lesen Memandu
Permohonan Pengesahan Lesen Memandu
Permohonan Pertukaran Hak Milik (Pemilik Berdaftar)
Permohonan Pertukaran Hak Milik (Pemilik Baru)
Rayuan Lesen Memandu Tamat Tempoh
Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu Motor (LKM)
Semakan Pertukaran Lesen Memandu
Semakan keputusan Ujian Memandu bahagian 1 atau Vokasional atau Praktikal
Semakan Tarikh Ujian Memandu di Institut Memandu atau Sekolah Memandu (driving School)
Semakan tarikh luput lesen memandu
Semakan pertukaran lesen memandu luar negara (Non Automatic)
Semakan tempoh permit institut Memandu atau Sekolah Memandu
Semakan saman trafik
Semakan senarai hitam jpj
Bayar saman trafik secara online
Persoalannya bagaimana untuk daftar dan register portal mysikap jpj bagi menggunapakai sistem online yang sediakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ ini. Butirannya ada di bawah ini :
Cara Register Mysikap JPJ
1) Anda boleh mendapatkan ID yang digunakan untuk sign up mysikap dengan pergi ke mana-mana cawangan JPJ yang berdekatan dengan anda.
Ataupun anda boleh juga pergi ke bangunan UTC yang turut ada agensi JPJ untuk anda mendapatkan ID daripada mereka.
2) Anda berikan kakitangan yang bertugas emel anda, dan juga mykad anda.
3) Dan cap jari anda menggunakan sistem biometrik akan diambil sebagai langkah-langkah keselamatan
NOTA : Tidak boleh sama sekali urusan ini dihantar wakil. Perlu penama sahaja.
Nah sekarang anda boleh mula menggunakan sistem online ini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mypt3.com/mysikap-jpj