Beli Dan Dapat Bayaran Balik Separuh Dari Harga Hanya Di Lulu Hypermarket
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kali ni LuLu Hypermarket kembali lagi dengan promosi hebat juga meraikan Hari Wanita Sedunia yang disambut bulan ini. Promosi kali ini jauh lebih menarik kerana setiap pebelanjaan barang pilihan, LuLu akan pulangkan balik separuh harga. Sebab tu ia di panggil promosi 'Bayar Balik Separuh'. Macam mana tu? Maha mula dengar macam tak percaya tapi bila dah pergi sendiri kat pasaraya LuLu baru terkejut memang sangat untung
LuLu Bayar Balik Separuh
Kalau korang sampai kat pasaraya LuLu dan nampak ada tanda merah macam kat bawah ni korang boleh dapat bayaran separuh daripada apa yang korang beli. Maksunya macam ni dengan setiap pembelian barangan yang terpilih sebanyak RM100 dalam satu resit korang akan diberikan semula RM50 baucer beli-belah untuk pembelian seterusnya. Jadi kira macam korang beli separuh harga juga lah untung tak betul tak
Barangan yang tersenarai dalam promosi kali ini banyak terletak di bahagian tingkat 1 pasaraya LuLu ini iaitu bahagian fesyen untuk lelaki dan wanita, kasut, beg tangan wanita, sari dan churidar. Churidar atau baju pyjamas bersama dengan seluar panjang yang dipakai oleh lelaki dan wanita masyarakat India. Tapi sekarang ni semua kaum dan bangsa pakai kerana ia lebih selesa dan cantik
Banyak jenama yang terlibat dalam promosi kempen kali ini antaranya untuk bahagian kasut ada jenama Bata, Reebok, New Balance, Skechers, Atlanta, Kronos dan banyak lagi. Manakala untuk pakaian lelaki dan wanita pula jenama yang terlibat seperti Kent & Crew, Valino, Marco Donateli, De Backers, Allen Solly, Louis Philippe, Puppet, Cortigiani, Louis Philippe, Tag Rider, Eten, Twin Bros, Peter England, Tag Basic, Twills, Lero, Sunnex, Pravo, Ruff, Arezzo, Oxemberg dan John Louis.
Banyak lagi jenama yang terlibat dan koleksi yang ada dijual kat LuLu ni boleh dapat dalam promosi hebat ini. Bahagian istimewa mereka yang tak ada kat pasaraya lain iaitu LuLu Celebrate yang menjual pakaian seperti Sarees, Churidars, Lehanga dan aksesori untuk sarees. Sini pun ada juga termasuk dalam promosi hebat ini. Korang boleh Mix and Match sendiri pakaian mengikut kesesuai dan fesyen terkini. Seperti kawan-kawan model yang memperagakan pakaian ini. Tengok bagaimana mereka mengenakan semua koleksi yang ada kat LuLu untuk keguaan hari mahupun untuk kegunaan kasual kat pejabat atau majlis keraian.
Korang rasa berbaloi tak kalau datang shopping kat LuLu time ada promosi macam ni. Sebab tu Maha kalau nak datang kat pasaraya LuLu tunggu ada promo yang hebat. Mesti sangat mengutungkan dan akan dapat banyak pilihan. Cuma baucer RM50 yang korang dapat tu nanti hanya boleh beli untuk barang daripada kategori yang sama sahaja. Promosi Bayaran Balik Separuh ini untuk masa terhad dari 1 Mac sehingga 24 Mac 2019 sahaja lepas tu dah tak ada. Rugi kalau tak rebut kena datang sekarang juga.
Barangan Elektrik
Kat LuLu ini bukan sahaja ada barang fesyen tau tapi mereka ada semua keperluan termasuk juga lah barang elektrik dan elektronik. Yang ini korang kena naik ke tingkat 2 pasaraya ini dah ada semua barang daripada keperluan untuk rumah juga kepada gadget yang sangat banyak pilihan dengan harga yang berpatutan. Tapi yang bahagian ni tak termasuk dalam promosi istimewa yang Maha nyatakan tadi. Cuma nak bagi tahu yang kat pasaraya LuLu semuanya lengkap.
Kalau anak muda macam Maha ni hehehehe nak beli gadget dan juga telefon pintar atau komputer riba kat sini pun ada tau. Jenama seperti Samsung, ViVo, Nokia, Huawei serta Apple pun ada jual kat LuLu ini. Bak kata orang satu pusat sehenti yang segala keperluan ada tak perlu nak pergi banyak tempat lain penat satu hal pulak tu nak parking satu hal lagi
Keperluan Dapur
Tapi yang paling Maha suka bila datang ker LuLu Hypermarket ini adalah untuk beli barang keperluan dapur dan juga keperluan diri. Kat sini bagi Maha macam syurga segala barang basah dan makanan semua ada. Penting sekali barang makanan dan minuman mereka dijamin Halal dan termurah. Paling Maha rambang mata kat sini adalah nak beli sayur dan juga buah-buahan mereka sangat segar dan pilihan yang begitu banyak
Korang juga boleh jumpa beberapa barang atau makanan yang tak ada jual kat pasaraya di Malaysia seperti bahagian kuih muih dan coklat yang dibawa khas daripada negara Timur Tengah. Selalu orang akan tempah pada jemaah yang pergi Umrah atau Haji untuk beli dan bawa pulang. Tapi sekarang ni dah ada di sini sangat dekat dan harga jauh menjimatkan.
Sebab Maha ni memang suka memasak jadi barang mentah seperti ikan, daging dan juga sayur semua ada kat sini. Bila Maha datang beli-belah kat sini mesti satu troli tu akan penuh dan tak pernah beli sedikit punya. Mereka sentiasa semak harga dan memberi promosi jualan harga murah. Tips nak beli barang dapur kat sini korang kena cari item yang ada tanda harga warna kuning kerana ia adalah barang yang dijamin murah nak dibandingkan dengan tempat lain. Itu yang Maha dah amalkan sejak beberapa kali beli-belah kat sini. Jadi tunggu apa lagi jom beli-belah kat LuLu Hypermarket Jalan Munshi Abdullah sebelah dengan Jakel Mall Kuala Lumpur. Selamat membeli-belah semua.
Nak dapatkan promosi-promosi lain sila layari :-Laman web : http://malaysia.luluhypermarket.com/MY/allFacebook : https://www.facebook.com/LuLuHypermarketKLInstagram : https://www.instagram.com/luluhypermarketkl
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2019/03/beli-dan-dapat-bayaran-balik-separuh-harga-lulu-hypermarket.html