Portal Mysihatpal Menjadi Pilihan Astrazeneca Bagi Mempergiatkan Inisiatif Kesaksamaan Dalam Perkhidmatan Kesihatan


Portal kesihatan awam digital baharu menuju penjagaan kesihatan yang saksama dengan menutup jurang akses kepada penyelesaian penjagaan kesihatan

Kuala Lumpur, 18 Oktober 2023 – AstraZeneca, sebuah syarikat antarabangsa biofarmaseutikal bersama beberapa persatuan terkenal telah melancarkan portal kesihatan digital baharu iaitu ‘mySihatPal’ dimana portal ini menyediakan akses capaian perkhidmatan kesihatan kepada umum. 



 AstraZeneca Mempergiatkan Inisiatif Kesaksamaan Akses Dalam Perkhidmatan Kesihatan Melalui portal mySihatPal

Persatuan perubatan yang bekerjasama dalam menjayakan portal ini adalah Asthma Malaysia (AM), Bayi Pramatang Malaysia (BPM), Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA), Yayasan Jantung Kongenital Malaysia (YJKM), Persatuan Endokrin & Metabolik Malaysia (MEMS), Persatuan Pakar-Pakar Perubatan Keluarga Malaysia (FMSA), Persatuan SLE Malaysia (PSLEM), Persatuan Gastroenterologi dan Hepatologi Malaysia (MSGH) dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA). 

‘mySihatPal’ adalah portal kesihatan yang inovatif serta komprehensif menyediakan akses terus kepada orang ramai dengan pelbagai perkhidmatan - daripada maklumat penyakit, kandungan kesihatan, sambungan kepada penyedia kesihatan bersekutu, hospital swasta, klinik penjagaan primer, klinik kerajaan hingga kepada perundingan maya dengan profesional penjagaan kesihatan dan ahli farmasi untuk mendapatkan pandangan pakar – ini memastikan setiap orang mempunyai peluang yang saksama untuk mencapai tahap kesihatan tertinggi mereka.

Dengan permintaan yang semakin meningkat untuk kemajuan dalam penjagaan kesihatan, terdapat keperluan untuk merapatkan jurang antara pesakit dan profesional penjagaan kesihatan melalui pendigitalan. Salah satu halangan terbesar kepada kebolehcapaian penjagaan kesihatan ialah kedekatan pesakit dengan lokasi fizikal, menjadikannya perlu untuk mewujudkan portal sehenti untuk menghubungkan orang ramai kepada profesional penjagaan kesihatan untuk mendapatkan nasihat yang berkaitan.

Portal mySihatPal dapat memenuhi permintaan ini dengan mewujudkan pintu masuk untuk orang ramai menjangkau pelbagai komuniti yang merangkumi profesional perubatan, masyarakat dan kemudahan penjagaan kesihatan dalam rangkaian penjagaan kesihatan. Selain itu, platform ini menyepadukan cadangan rujukan dengan menghubungkan orang ramai dengan penyedia penjagaan kesihatan bersekutu untuk berunding.

Tidak dinafikan lagi kepentingan digital dalam perkhidmatan kesihatan. Portal ini juga membantu meningkatkan kesaksamaan akses dalam perkhidmatan kesihatan, di mana masih terdapat jurang semasa pengesanan awal penyakit pada masa ini, ditambah pula dengan jarak lokasi di antara pesakit dan fasiliti kesihatan. Seiring dengan kemajuan yang semakin pesat dalam bidang digital kesihatan, portal sehenti seperti ini perlu diwujudkan untuk menghubungkan orang ramai dengan petugas kesihatan supaya mereka berpeluang untuk menjalani konsultasi yang sewajarnya dan pada waktu yang sepatutnya. 





Bercakap mengenai kerjasama ini, Vinod Narayanan, Presiden AstraZeneca Malaysia berkata, “Di AstraZeneca, matlamat kami adalah untuk berganding bahu dengan pihak dari pelbagai industri dengan tujuan yang sama, di dalam usaha menggiatkan kesaksamaan akses digital kesihatan melalui adaptasi teknologi digital di dalam bidang kesihatan di Malaysia. Negara-negara lain di seluruh dunia telah pun mengalami anjakan paradigma digital di dalam bidang kesihatan dengan kadar yang agak pesat. Jesteru itu, ianya telah mengubah kaedah pelaksanaan penjagaan kesihatan, mewujudkan norma baharu di dalam penjagaan kesihatan dan membantu meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan lebih optimum.” Di seluruh dunia, pendigitalan dalam penjagaan kesihatan dengan pantas mengubah cara penjagaan kesihatan disampaikan, mewujudkan anjakan paradigma baharu dalam perjalanan pesakit dan akhirnya, meningkatkan penjagaan kesihatan yang lebih baik.”

“Sebagai syarikat antarabangsa biofarmaseutikal, kami berhasrat untuk membantu rakyat Malaysia di dalam menggiatkan transformasi kesihatan dengan membantu menyediakan pelbagai penyelesaian termasuk penyelesaian digital sebagai langkah untuk menyokong keperluan pesakit, disamping memastikan inovasi kesihatan digital di Malaysia terus berkembang. Melalui portal kesihatan digital seperti mySihatPal dapat memberi manfaat kepada orang ramai serta mengambil inisiatif untuk membantu meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang penyakit dengan memastikan bahan rujukan peroleh dari sumber yang dipercayai disamping meningkatkan pendedahan kepada fasiliti kesihatan, seterusnya dapat memastikan penjagaan yang lebih optimum,” jelas Vinod.

Melalui portal mySihatPal, ia dapat meningkatkan tahap kesedaran kesihatan kepada orang ramai di mana penyampaian maklumat berkaitan dengan penyakit adalah dalam konteks yang mudah difahami dan mudah dipauti. Pesakit juga berpeluang menjalankan penilaian kendiri mengenai status kesihatan mereka sebelum berhubung dengan petugas kesihatan melalui direktori dalam talian untuk menerima rawatan susulan dan sesi konsultasi.  

Daya tarikan penting mySihatPal adalah ia meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan pesakit, memberikan mereka maklumat berkaitan penyakit yang dipermudahkan. Melalui portal ini, orang ramai kini boleh menikmati autonomi yang lebih besar atas kebimbangan kesihatan mereka sendiri kerana antara muka pengguna direka untuk menyampaikan maklumat yang boleh difahami dan mudah dinavigasi.

Sama pentingnya, orang ramai juga boleh menjalankan diagnosis kendiri awal mengenai keadaan mereka menggunakan alat penilaian penilaian kendiri, sebelum berhubung dengan profesional penjagaan kesihatan yang berkaitan melalui direktori dalam talian untuk menerima pendekatan rawatan yang betul.

Menyentuh tentang kolaborasi ini, Dr. Haji Helmy Haja Mydin iaitu Pengasas Bersama Asthma Malaysia dan selaku wakil persatuan-persatuan berkata, “Asthma Malaysia menyokong pembangunan portal kesihatan digital yang komprehensif kerana ianya dapat menyediakan saluran yang boleh dipercayai oleh orang ramai untuk mendapat akses kepada maklumat penjagaan kesihatan dan berhubung terus dengan panel pakar penjagaan kesihatan. Lebih penting lagi, dengan mempromosikan akses kepada rawatan dan konsultasi, ia mampu mengurangkan jurang masa yang ketara antara permulaan gejala dan rawatan. Pada dasarnya, maklumat komprehensif portal mySihatPal akan memberi manfaat kepada masyarakat secara amnya melalui peningkatan kesedaran tentang aspek kesihatan.”

Selain dari mempertingkatkan akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan, maklumat kesihatan di dalam portal mySihatPal juga akan dikemaskini secara berkala dengan gabungan informasi video dan artikel bertulis oleh pakar perubatan.

Portal kesihatan digital ini memberi banyak manfaat untuk orang ramai, dalam masa yang sama AstraZeneca ingin terus meluaskan kumpulan rakan kongsi kesihatan sedia ada di mySihatPal dengan menjemput rakan kongsi lain yang mempunyai matlamat yang sama untuk menyertai gabungan itu dan membantu memajukan penjagaan kesihatan yang saksama di negara ini, dan dapat mengurangkan jurang dalam akses kepada penjagaan kesihatan.



mySihatPal kini boleh dilayari di laman sesawang https://mySihatPal.com.my/. 




Mengenai AstraZeneca
AstraZeneca (LSE/STO/Nasdaq: AZN) ialah syarikat biofarmaseutikal global yang diterajui sains dengan memfokus pada penemuan, pembangunan dan pengkomersialan ubat-ubat preskripsi dalam bidang Onkologi, Penyakit Jarang Berlaku dan BioFarmaseutikal, termasuk Kardiovaskular, Renal & Metabolisme, dan Respiratori & Imunologi. AstraZeneca yang berpangkalan di Cambridge, UK, beroperasi di lebih 100 buah negara dan ubat-ubatan inovatifnya digunakan oleh jutaan pesakit di seluruh dunia. Sila layari astrazeneca.com dan ikut Syarikat ini di Twitter @AstraZeneca.


MY-12771_OCT2023





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.masturadin.com/2023/10/portal-mysihatpal-menjadi-pilihan-astrazeneca-bagi-mempergiatkan-inisiatif-kesaksamaan-dalam-perkhidmatan-kesihatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mysihatpal Portal Kesihatan Awam Digital Sedia Akses Perkhidmatan Kesihatan

Mysihatpal Portal Kesihatan Awam Digital Sedia Akses Perkhidmatan Kesihatan

papar berkaitan - pada 23/10/2023 - jumlah : 115 hits
Baru baru ini AlongMurni berkesempatan untuk turut sama hadir ke Majlis Pelancaran MYSIHATPAL anjuran AstraZeneca bertempat di CCEC The Vertical Bangsar South Kuala Lumpur Dalam majlis tersebut ASTRAZENECA iaitu sebuah syarikat antarabangsa...
Mengapa Baccarat Online Menjadi Pilihan Favorit Pemain Judi Di Indonesia

Mengapa Baccarat Online Menjadi Pilihan Favorit Pemain Judi Di Indonesia

papar berkaitan - pada 18/10/2023 - jumlah : 88 hits
Mengapa Baccarat Online Menjadi Pilihan Favorit Pemain Judi di Indonesia Baccarat online telah menjadi salah satu permainan judi online yang sangat populer di Indonesia Mengapa begitu banyak pemain judi di Indonesia memilih baccarat online ...
Latihan Dalam Perkhidmatan

Latihan Dalam Perkhidmatan

papar berkaitan - pada 29/10/2023 - jumlah : 198 hits
Program Latihan Dalam Perkhidmatan merupakan sebuah program pembangunan profesional yang dilaksanakan untuk meningkatkan profesionalisme kakitangan sesebuah organisasi Bagi pegawai kerajaan program yang disertai bagi LDP ini perlulah mendap...
Tak Habis Lagi Bab Cukai Perkhidmatan 2 Awat Piang Sangat Nak Faham

Tak Habis Lagi Bab Cukai Perkhidmatan 2 Awat Piang Sangat Nak Faham

papar berkaitan - pada 18/10/2023 - jumlah : 176 hits
Tak habis la cerita cukai perkhidmatan naik 2 ni Tadi ada orang tunjuk video Mat Saleh mana bising subsidi akan dihentikan untuk T20 pulak Aku pun tak pasti Mat Saleh tu orang Malaysia ke bukan Dia macam ni Masalah negara kita sekarang ini ...
Didakwa Naik Yuran Perkhidmatan Secara Senyap Kpt Siasat Um

Didakwa Naik Yuran Perkhidmatan Secara Senyap Kpt Siasat Um

papar berkaitan - pada 16/10/2023 - jumlah : 144 hits
Persatuan Mahasiswa Progresif UM mendakwa yuran perkhidmatan dikenakan kepada pelajar baru sesi akademik 2023 2024 sebanyak RM360 dengan kenaikan sebanyak RM119 atau 49 38 peratus berbanding tahun sebelumnya PETALING JAYA Kementerian Pendid...
Kemudahan Dan Perkhidmatan Di Bangunan Baru Hospital Tanah Merah Kelantan

Kemudahan Dan Perkhidmatan Di Bangunan Baru Hospital Tanah Merah Kelantan

papar berkaitan - pada 4/11/2023 - jumlah : 246 hits
Hospital Tanah Merah Kelantan mula beroperasi pada 2 Mei 1985 dan ianya dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Kelantan pada 20 April 1986 Untuk pengetahuan korang kos pembinaan Hospital Tanah Merah pada Ketika itu adalah se...
Rangka Tindakan Inisiatif Pertumbuhan Tinggi Dilancar Febuari

Rangka Tindakan Inisiatif Pertumbuhan Tinggi Dilancar Febuari

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 74 hits
Rangka tindakan untuk inisiatif pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi bagi industri berasaskan teknologi dan digital dijangka akan dilancarkan pada Februari 2024 Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli semasa penggulungan bagi perbahasan peringk...
Intipati Belanjawan 2024 Senarai Bantuan Inisiatif Bajet 2024

Intipati Belanjawan 2024 Senarai Bantuan Inisiatif Bajet 2024

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 306 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBerikut ialah intipati Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan di Parlimen Belanjawan 2024 bertemakan Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat ...
Apa Itu Cukai Perkhidmatan

Apa Itu Cukai Perkhidmatan

papar berkaitan - pada 16/10/2023 - jumlah : 184 hits
Che IbrahimCukai Perkhidmatan ialah cukai yang dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu seperti hotel kelab persendirian restoran besar besar hospital swasta padang golf dll Kerajaan telah umumkan kenaikan cukai perkhidmatan dari 6 kepada 8 ...
Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Shell Bakal Jual Stesen Minyak Malaysia Kepada Saudi Aramco Kata Laporan

Filem Ngesot

Lelaki Cina Pun Boleh Terpikat Iklan Perfume Dikecam Guna Model Wanita Jadi Umpan Tarik Perhatian Bukan Mahram

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Makan Makan Santai Dengan Kawan Office

Sultan Pahang Mohon Mendoakan Tengku Hassanal Segera Mendirikan Rumah Tangga

Mahalini Dah Peluk Islam



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Kenyataan Cukai Jalan Oleh Bjak

Don T Let Renovations Ruin Your Home And Your Budget Or Some Tips For Choosing A Contractor

15 Fresh And Vibrant Spring Flowers Centerpiece Decorations

Saraswathy Lodges Report Against Satees Portal For Alleged Defamation

Netizens Inciting Hatred Against Footballers Being Tracked Down

Two Malaysians Injured In Narathiwat Blast Discharged From Hospital