Intipati Belanjawan 2024 Senarai Bantuan Inisiatif Bajet 2024


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berikut ialah intipati Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan di Parlimen

Belanjawan 2024 bertemakan 'Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat' melibatkan peruntukan RM393.8 bilion iaitu Belanjawan tertinggi pernah dibentangkan dengan RM303.8 adalah untuk belanja mengurus, RM90 bilion bagi belanja pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka

INTIPATI BELANJAWAN 2024

Berikut adalah intipati Belanjawan 2024:
Sejumlah RM303.8 billion diperuntukkan untuk belanja mengurus, RM90 billion bagi belanja pembangunan dan RM2 billion untuk simpanan luar jangka Penambahan siling RMK12 sebanyak RM15 billion menjadikan jumlah keseluruhan RM415 billion untuk tempoh lima tahun Beberapa langkah reformasi percukaian akan dilaksanakan bagi meluaskan asas hasil negara tahun hadapan Kerajaan akan kuatkuasa pelaksaan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih pada kadar 10 peratus mulai 1 Mac 2024 Pertumbuhan KDNK bagi tahun 2023 diunjurkan semula kepada 4.0 peratus Kerajaan jangka pertumbuhan KDNK antara 4.0 peratus hingga 5.0 peratus Kerajaan yakin capai pertumbuhan hampir 5.0 peratus dengan pelaksaan pembaharuan Ekonomi Madani Defisit fiscal 2024 diunjur berkurang kepada 4.3 peratus berbanding 5.0 peratus sasaran tahun ini dan 5.6 peratus bagi tahun 2022 Pendekatan penyasaran semula subsidi akan dilaksanakan secara berfasa mulai 2024Cadangan kenaikan kadar Cukai Perkhidmatan tidak termasuk makanan, minuman & telekomunikasiHasil penjimatan subsidi sebahagiannya akan disalurkan terus untuk meningkatkan peruntukan bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah daripada RM8 billion kepada RM10 billionCadangan kenaikan kadar Cukai Perkhidmatan tidak termasuk makanan, minuman & telekomunikasiKerajaan setuju kuatkuasa e-invois secara mandatori kepada pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta mulai 1 Ogos 2024 Kerajaan dijangka akan melaksanakan cukai minimum global pada tahun 2025 dan hanya terpakai kepada syarikat yang mempunyai pendapatan global sekurang-kurangnya Euro 750 juta  Agensi penguat kuasa yang tunjukkan komitmen berterusan dan prestasi cemerlang akan diberikan ganjaran sewajarnyaBNM dan institusi kewangan Islam juga sedang memajukan program rintis pelaburan berimpak melalui Akaun pelaburan yang lebih meluas.Pengecualian cukai pendapatan sepenuhnya selama 5 tahun kepada entiti Labuan yang menjalankan aktiviti perdagangan berkaitan kewangan Islam.9 institusi kewangan menawarkan program khusus untuk PKS halal di bawah platform bersepadu halal yang menawarkan akses kepada dana khas dan program bina upaya.Memendekkan tempoh memproses pensijilan halal daripada 51 hari ke 30 hari.RM25 Juta - Dana tambahan i-TEKAD secara geran padanan dengan institusi kewangan memanfaatkan lebih ramai usahawan.RM500 Juta - Peruntukan tambahan bagi pinjaman mudah untuk meningkatkan pembangunan semula tanah wakaf di seluruh negara.RM44 Bilion - Nilai keseluruhan pinjaman dan jaminan pembiayaan yang tersedia untuk manfaat usahawan PMKS.RM1.4 Bilion - Pinjaman mikro BSN untuk membantu menyediakan modal perniagaan, pembelian peralatan, premis serta pemasaran kepada penjaja dan pengusaha kecil-kecilan.RM330 Juta - Kemudahan pembiayaan TEKUN kepada peniaga kecil, usahawan Orang Asli serta Bumiputera Sabah dan Sarawak. RM30 Juta daripadanya disediakan khusus untuk membiayai perniagaan diusahakan masyarakat India.RM720 Juta - Peruntukan khas bagi menggalakkan golongan wanita dan anak muda menceburi bidang perniagaan.RM8 Bilion - Dana pinjaman di bawah BNM untuk menyokong syarikat PKS. RM600 Juta daripada itu dikhususkan antaranya untuk membantu usahawan mikro dan usahawan berpendapatan rendah.RM600 Juta - Dana Impak Khazanah Nasional bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan memberi lebih banyak peluang antaranya kepada komuniti desa, separa bandar dan golongan kurang mendapat perkhidmatan kewangan.RM20 Bilion - Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) akan menjamin sehingga 80% pinjaman PKS khususnya bidang ekonomi hijau, teknologi dan halal.RM100 Juta - Peruntukan pembiayaan bagi menyokong inisiatif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk membasmi kemiskinan.RM100 Juta - Dana pembiayaan kepada gerakan koperasi melalui Tabung Model Pusingan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia antaranya bagi membantu lebih banyak koperasi.RM100 Juta - Geran pendigitalan sehingga RM5,000 untuk manfaat lebih 20,000 usahawan PKS dan pengusaha mikro.RM900 Juta - Galakan kepada PKS meningkatkan produktiviti perniagaan melalui automasi dan pendigitalan.RM40 Juta - Pelaksanaan Program Shop Malaysia Online bagi menggalakkan peniaga kecil khususnya dalam bidang makanan untuk berniaga dari rumah.RM25 Juta - Memperkasa Peranan Pusat Ekonomi Digital di setiap DUN akan terus diperkasa bagi menyokong pengusaha kecil di peringkat komuniti menjual produk secara dalam talian.Peruntukan keseluruhan melibatkan pendidikan TVET berjumlah RM6.8 Bilion.RM100 Juta - Peruntukan bagi menyediakan pensijilan profesional yang diiktiraf industri kepada graduan TVET dan sebagai insentif kepada industri untuk bekerjasama dengan institusi TVET awam.RM1.6 Bilion - Program latihan semula dan peningkatan kemahiran PMKS dan golongan rentan oleh HRD CorpRM70 Juta - Pelaksanaan Program Academy in Industry untuk menyediakan kemahiran sambil bekerja dalam tempoh sehingga 18 bulan.RM180 Juta - Kemudahan pinjaman pendidikan kepada 12,000 pelatih yang mengikuti Program Pensijilan Kemahiran. Ini termasuk untuk mengikuti bidang maritim, kesenian di ASWARA dan MRO aeroangkasa.RM17 Juta - Program Tahfiz TVET bagi membuka peluang kepada pelajar tahfiz mempelbagaikan kemahiran disamping meneruskan pengajian hafazan.Pelepasan cukai perbelanjaan menghadiri kursus sehingga RM2,000 bagi yuran kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2026.RM110 Juta - Baik pulih dan naik taraf pusat penjaja dan prasarana pasar awam yang uzur di 150 kawasan PBT.RM50 Juta - Pembinaan 4,000 unit ruang niaga baharu di kawasan PBT. Pengecualian bayaran sewa kios bagi 6 bulan pertama untuk rakyat berniaga.Agensi Kerajaan di bawah MARA, PUNB, UDA, DBKL akan turut menaik taraf kemudahan perniagaan mereka.RM27 Juta - Memperhebat usaha pembelian produk buatan tempatan melalui kempen Beli Barangan Buatan Malaysia dan Program MySTI.RM10 Juta - Program Pengukuhan Francais Bagi Meningkatkan Eksport bagi meningkatkan pengembangan perdagangan francais ke pasaran luar negara.RM50 Juta - Geran Padanan bersama Lembaga Pelabuhan Klang untuk menyenggara Jalan Pelabuhan Klang di samping turut menguatkuasakan had beban lebih muatan ke atas kenderaan berat.RM20 Juta - Menaik taraf Sistem Malaysia Maritime Single Window (MMSW) secara geran padanan bersama Lembaga Pelabuhan.Kerajaan memperkenalkan Galakan Cukai Hab Perkhidmatan Global dengan Insentif kadar cukai pendapatan 5% atau 10% ditentu berdasarkan keberhasilan untuk tempoh sehingga 10 tahun.RM47 Juta - Menaik taraf Lapangan Terbang Tioman bagi menambah baik fasiliti penumpang dan memanjangkan landasan Lapangan Terbang Tioman kepada 1,300 meter.RM20 Juta - Manfaat Kerajaan Negeri bagi menyelenggara dan memulihara lokasi lokasi tarikan pelancongan.RM80 Juta - Memelihara dan memulihara bangunan dan tapak warisan yang berpotensi diiktiraf oleh UNESCORM20 Juta - Peruntukan kepada Think City untuk mengangkat dan memulihara nilai Kuala Lumpur sebagai bandaraya kreatif bermula dari Taman Tasik Perdana hinggalah ke Chinatown.Melonggarkan syarat-syarat sedia ada bagi permohonan Malaysia My Second Home (MM2H) bagi meningkatkan kedatangan pelancong dan pelabur asing ke Malaysia.RM60 Juta - Dana Kandungan Digital untuk mempromosi karya tempatan dan menyokong kandungan berteraskan nilai kenegaraan.RM90 Juta - Inisiatif Film In Malaysia Incentive (FIMI) bagi menggalakkan penghasilan filem bertaraf antarabangsa.RM10 Juta - Skim Dana Padanan MyCreative dalam menyokong anak-anak seni dalam penghasilan projek kreatif.Kerajaan mencadangkan pengecualian sepenuhnya Duti Hiburan bagi persembahan pentas oleh artis tempatan di Wilayah Persekutuan.Kerajaan mencadangkan pengurangan kepada 5% Duti Hiburan bagi taman tema, pusat rekreasi keluarga, pusat permainan indoor dan simulator di Wilayah Persekutuan.Kerajaan mengamalkan pendekatan fiscal yang mengembang, pada masa sama bertanggungjawab mengurangkan deficit fiskal secara berperingkat Kadar cukai perkhidmatan dicadang dinaikkan kepada 8 peratus berbanding 6 peratus sekarangMalaysia akan mencapai deficit fiscal 3.0 peratus atau lebih rendah kepada KDNK sepertimana penanda aras ditetapkan dalam Kerangka Ekonomi Madani Kerajaan akan menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan Cukai Barang Tinggi pada kadar 5.0 peratus hingga 10.0 peratus ke atas barang bernilai tinggi Belanjawan 2024: Kerajaan hargai komitmen PDRM, SPRM, Jabatan Kastam dalam tingkatkan penguatkuasaan & operasi banteras ketirisan hasil negaraAgensi penguat kuasa yang tunjukkan komitmen berterusan dan prestasi cemerlang akan diberikan ganjaran sewajarnyaKerajaan dijangka akan melaksanakan cukai minimum global pada tahun 2025 dan hanya terpakai kepada syarikat yang mempunyai pendapatan global sekurang-kurangnya Euro 750 juta Kerajaan setuju kuatkuasa e-invois secara mandatori kepada pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta mulai 1 Ogos 2024 Cadangan kenaikan kadar Cukai Perkhidmatan tidak termasuk makanan, minuman & telekomunikasiPendekatan penyasaran semula subsidi akan dilaksanakan secara berfasa mulai 2024Hasil penjimatan subsidi sebahagiannya akan disalurkan terus untuk meningkatkan peruntukan bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah daripada RM8 billion kepada RM10 billion RM300 Juta - Peruntukan kepada NADMA sebagai persiapan menghadapi banjir.Antara program persiapan banjir termasuklah:1. RM100 Juta memastikan kelancaran persiapan banjir hujung tahun ini;
2. RM200 Juta kepada Tabung Bantuan Bencana Negara; dan
3. Mempertingkatkan tahap keselesaan pusat pemindahan
RM5 Juta - Menambahbaik kemudahan dan rawatan perubatan bagi anjing K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pembelian anjing pengesan K9 untuk Bomba dan Jabatan Kastam.RM2.6 Bilion - Penyaluran pelbagai bentuk subsidi dan insentif kepada para pesawah dan nelayan.Menaikkan kadar Skim Subsidi Harga Padi daripada RM360 kepada RM500 per metrik tan.Meningkatkan harga lantai belian padi kepada RM1,300 per metrik tan berbanding RM1,200.RM3 Bilion - Usaha rintis penanaman padi 5 musim dalam tempoh 2 tahun di beberapa kawasan jelapang antaranya di Perak, Perlis dan Kedah.Meneruskan pemberian subsidi diesel pada harga terendah, elaun sara hidup bulanan dan Insentif Hasil Tangkapan Nelayan kepada para nelayan.RM10 Juta - Bantuan kepada nelayan berpendapatan rendah bagi membaik pulih dan membina rumah baharu.RM430 Juta - Kemudahan pinjaman daripada Agrobank kepada pengusaha agromakanan bagi menyokong peningkatan kapasiti pengeluaran produk pertanian.RM50 Juta - Pemberian pampasan kepada petani, penternak dan nelayan sehingga 50% daripada nilai kerugian akibat bencana di bawah Tabung Bencana Pertanian.RM50 Juta - Dana permulaan di bawah Skim Takaful Tanaman Padi untuk manfaat lebih 240,000 pesawah.RM58.1 Bilion - Pemberian Kerajaan kepada rakyat merangkumi subsidi, insentif dan bantuan. Hampir 50% adalah untuk mengawal harga barang dan perkhidmatan.RM225 Juta - Membiayai kos pengangkutan dan pengedaran barangan keperluan asas ke kawasan desa serta pedalaman. Kawasan baharu di zon Abai, Sandakan, Sabah dan Engkerebai, Mukah, Sarawak.RM200 Juta - Meneruskan Inisiatif Payung Rahmah dan diperluas ke lebih banyak kawasan DUN di seluruh negara.RM10 Bilion - Penambahbaikan STR hasil daripada penjimatan penyasaran semula subsidi akan manfaatkan 9 juta rakyat.RM1.2 Bilion - Menyediakan pelbagai bentuk bantuan seperti penjagaan OKU kronik terlantar, OKU tidak upaya bekerja dan elaun pekerja OKU.RM30 Juta - Menaikkan kadar elaun pelatih OKU yang mengikuti Program Pemulihan Dalam Komuniti daripada RM150 kepada RM300 sebulan. Memanfaatkan lebih 18,000 pelatih OKU.RM1 Bilion - Antaranya membiayai bantuan tunai dan penyaluran dana bagi institusi penjagaan dan pusat aktiviti warga emas.Elaun Bangunan Industri diperluas kepada Rumah Jagaan Kejururawatan Swasta Warga Emas yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kadar 10% daripada kos bangunan yang dibina atau dibeli, termasuk kos pengubahsuaian.RM58.7 Bilion - Kementerian Pendidikan menerima peruntukan tertinggi sebanyak RM58.7 billion (2023: RM55.2 bilion).RM1.9 Bilion - Merangkumi RM930 juta bagi kerja naik taraf bangunan dan prasarana daif serta RM1 bilion untuk penyelenggaraan di semua jenis sekolah di seluruh negara.RM2.5 Billion - 26 buah sekolah baharu akan dibina tahun hadapan antaranya di negeri Sabah, Sarawak, Pahang, Perak, dan Kelantan.Peluasan kriteria pendapatan ibu bapa bagi permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BPK) mengikut kadar pendapatan garis kemiskinan (PGK) RM2,589 memberi peluang kepada tambahan 35,000 penerima.RM150 Juta - Memperluas pemberian bantuan di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin kepada murid Tahap 1 hingga Tingkatan 3 (2023: Tahap 1 sehingga Tingkatan 1) memberi manfaat kepada lebih 1,000,000 murid.Penubuhan Jawatankuasa Khas STEM Untuk menetapkan sasaran serta langkah-langkah meningkatkan penyertaan bidang STEM dalam kalangan pelajar sekolah menengah.RM100 Juta - Diperuntukkan bagi penyelenggaraan dan menaik taraf makmal komputer sekolah dan memperoleh peralatan baharu untuk pembelajaran STEM.RM180 Juta - 18 blok baharu pendidikan khas akan dibina antaranya melibatkan SMK Kubang Rotan, Kedah; SK Bandar Baru Perda, Pulau Pinang dan SMK Dato' Ali Ahmad, Perlis.RM30 Juta - Diperuntukkan untuk membekalkan peralatan sokongan pendidikan khas dan menyediakan kemudahan mesra OKU bagi memudahkan urusan murid dan guru di sekolah.RM5 Juta - Diperuntukkan bagi menggalakkan komuniti rentan seperti OKU, Orang Asli, ibu tunggal dan warga emas mengikuti Program Pembelajaran Sepanjang Hayat di kolej komuniti.RM1 Juta - Diperuntukkan kepada setiap universiti awam untuk pelaksanaan Program Pengupayaan Komuniti MADANI dan Program Pemulihan Dalam Komuniti OKU bagi meningkatkan tahap sosioekonomi dan mendaya upaya usahawan setempat.
RM20 Juta - Penubuhan pusat pengajian kecerdasan buatan pertama negara iaitu Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) di Universiti Teknologi Malaysia.RM41.2 bilion - Kementerian Kesihatan Malaysia menerima peruntukan sebanyak RM41.2 bilion (2023: RM36.3 bilion).RM5.5 Bilion - Diperuntukkan untuk memperoleh bekalan ubatan, bahan guna habis, reagen dan vaksin.RM300 Juta - Diperuntukkan untuk membaik pulih 400 buah klinik uzur yang mempunyai struktur kayu dan pendawaian usang.RM766 Juta - Bagi perolehan peralatan perubatan di hospital KKM untuk peralatan yang mencecah Beyond Economic Repair termasuk RM200 juta bagi perolehan ambulans dalam memastikan kesiagaan respons kepada panggilan kecemasan.RM150 Juta - Penyenggaraan sistem teknologi maklumat termasuk menyediakan Clinic Management System Subscription (CCMS) di 100 Klinik Kesihatan.Pelepasan cukai khusus untuk pembelian peralatan & aktiviti sukan terhad sehingga RM1,000.RM72 Juta - Memperkukuh ekosistem atlet acara podium.RM12 Juta - Disediakan kepada Majlis Sukan Negara untuk program latihan dan persediaan atlet ke temasya sukan para antarabangsa.RM50 Juta - Dana geran padanan bagi menggalakkan penganjuran acara sukan berprestasi tinggi oleh badan sukan dan sektor swasta.RM50 Juta - Kepada agensi yang berpotensi mengetengahkan karya seni dan sastera negara, mempergiatkan persembahan teater warisan serta memupuk minat membaca karya agung dalam kalangan belia.RM20 Juta - Memperkasa peranan Kawasan Rukun Tetangga sebagai rujukan sosial yang menyediakan perkhidmatan rakyat dan penyebaran maklumat.RM20 Juta - Geran Pertubuhan MADANI untuk manfaat penduduk setempat bagi melaksanakan program-program kesukarelaan, perpaduan serta aktiviti pencegahan jenayah dan bencana.RM50 Juta - Bantuan kewangan kepada pengurusan rumah-rumah ibadat bukan Islam yang berdaftar bagi kerja-kerja membaik pulih dan menyelenggara rumah-rumah ibadat.Kerajaan bersetuju memperluas Kemudahan Bantuan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi untuk meliputi pakaian batik Malaysia untuk semua penjawat awam yang layak.Kerajaan bersetuju supaya had siling gaji bagi Skim Ex-Gratia Bencana Kerja ditingkatkan daripada RM4,000 kepada RM6,000 selaras dengan pindaan Skim PERKESO bagi sektor swasta.RM2,000 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak dan RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam. Insentif RM1,000 kepada pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.RM10 Juta - Untuk kanak-kanak, wanita dan warga Palestin yang cedera dan menderita, Kerajaan akan menyalurkan dana secara terus kepada mereka bagi tujuan perubatan dan kemanusiaan.
SUMBER : https://www.mof.gov.my/portal/ms/berita/akhbar/intipati-belanjawan-2024-reformasi-ekonomi-memperkasa-rakyat-2

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2023/10/intipati-belanjawan-2024-senarai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantuan Rm2000 Kepada Penjawat Awam Untuk Gred 56 Kebawah Serta Inisiatif Pekerja Swasta Dalam Pembentangan Bajet 2024

Bantuan Rm2000 Kepada Penjawat Awam Untuk Gred 56 Kebawah Serta Inisiatif Pekerja Swasta Dalam Pembentangan Bajet 2024

papar berkaitan - pada 14/10/2023 - jumlah : 273 hits
bantuan rm2000 kepada penjawat awam Dalam pembentangan Bajet 2024 hari ini kerajaan akan salurkan bantuan RM2000 kepada penjawat awam tahun hadapan Kerajaan telah mengumumkan bahawa Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Aw...
Intipati Menarik Belanjawan 2024 Ekonomi Madani

Intipati Menarik Belanjawan 2024 Ekonomi Madani

papar berkaitan - pada 14/10/2023 - jumlah : 333 hits
Buat mereka yang tidak dapat mengikuti siaran secara langsung pembentangan di TV utama Malaysia berikut dikongsikan intipati Bajet 2024 Ekonomi MADANI Intipati Menarik Belanjawan 2024 Kerajaan sedang menyemak semula skim gaji dan elaun teta...
Pengusaha Kedai Kopi Harap Belanjawan 2024 Sedia Insentif Tangani Isu Harga Barang

Pengusaha Kedai Kopi Harap Belanjawan 2024 Sedia Insentif Tangani Isu Harga Barang

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 253 hits
Pengusaha kedai kopi harap Belanjawan 2024 sedia insentif tangani isu harga barang Dikemas kini 53 minit yang lalu Diterbitka
Sumbangan Str Sara Dalam Bajet 2024

Sumbangan Str Sara Dalam Bajet 2024

papar berkaitan - pada 18/10/2023 - jumlah : 225 hits
Bantuan Sumbangan STR SARA Dalam Bajet 2024 Dalam belanjawan Madani 2024 kerajaan mengumumkan kenaikan jumlah sumbangan tunai rahmah dan sumbangan asas rahmah Untuk bacaan lanjut boleh layari info di bawah Kadar maksimum bantuan STR dinaikk...
Belanjawan 2024 Gapena Harap Peruntukan Besar Pembangunan Bahasa Melayu

Belanjawan 2024 Gapena Harap Peruntukan Besar Pembangunan Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 12/10/2023 - jumlah : 271 hits
Zainal Abidin Borhan berkata setiap pejabat kedutaan dan pesuruhjaya tinggi Malaysia di luar negara perlu proaktif mengembangkan bahasa Melayu KUALA LUMPUR Peruntukan besar perlu diagihkan bagi melaksana perancangan menyeluruh dalam Pembang...
Bantuan Awal Persekolahan 2024 One Off Rm150 Disalurkan Bermula Januari Tahun Hadapan

Bantuan Awal Persekolahan 2024 One Off Rm150 Disalurkan Bermula Januari Tahun Hadapan

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 389 hits
Dalam Belanjawan 2024 Kementerian Kewangan telah memperuntukkan bantuan awal persekolahan 2024 lebih daripada RM788 juta berbanding RM450 juta pada tahun sebelumnya Dalam anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2024 yang dikeluarkan oleh Kementer...
Jawatankuasa Pantau Penyaluran Peruntukan Bajet 2024 Akan Ditubuhkan Kata Ahmad Maslan

Jawatankuasa Pantau Penyaluran Peruntukan Bajet 2024 Akan Ditubuhkan Kata Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 15/10/2023 - jumlah : 243 hits
JAWATANKUASA Pemantauan Bajet akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi menyemak dan memastikan peruntukan Belanjawan 2024 disalurkan sebaik mungkin kepada rakyat kata Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan Beliau berkata jawatankuasa berken...
Bantuan Sara 2023 2024 Semakan Status Bantuan Rakyat

Bantuan Sara 2023 2024 Semakan Status Bantuan Rakyat

papar berkaitan - pada 14/10/2023 - jumlah : 470 hits
PEMBERIAN BANTUAN SARA BAGI KATEGORI PENERIMA STR 2024 YANG LAYAK TERKINI Manfaat Sumbangan Asas Rahmah kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan bagi pembelian barang barang asas di kedai runcit Be...
Bajet 2024 Apa Rakyat Marhein Dapat

Bajet 2024 Apa Rakyat Marhein Dapat

papar berkaitan - pada 15/10/2023 - jumlah : 255 hits
Che IbrahimRamai yang cuba pertikai bayaran insentif kepada penjawat awam rm2000 dan pesara rm1000 seolah olah kerajaan telah ketepikan rakyat marhein yang bukan penjawat awam Ketahuilah ada berbagai insentif yang kerajaan perkenalkan yang ...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord