Populariti Dr M Di Kalangan Melayu Merudum Dakwa Penganalisis Politik



(Malaysiakini) – Sokongan merudum terhadap Dr Mahathir Mohamad bukan sahaja berlaku dalam Bersatu tetapi juga dalam kalangan pengundi Melayu yang sebelum PRU14 menyokong beliau, kata penganalisis politik.
Menurut Prof Dr Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), sokongan terhadap bekas perdana menteri itu menurun sejak beliau mentadbir kerajaan Pakatan Harapan lagi, atas faktor prestasi menteri di bawahnya.
“Apabila beliau letak jawatan perdana menteri, populariti Dr Mahathir semakin merundum dan ditambah persengketaan terbuka dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya melihat pengaruh Mahathir terhadap pengundi Melayu bukan sahaja di luar bandar tapi di bandar juga berada dalam tahap yang agak minimum,” katanya kepada Malaysiakini.
Prof Dr Rusdi Omar dari Universiti Utara Malaysia (UUM) turut sependapat dengan Azmi, berkata kaum Melayu memandang tinggi terhadap Mahathir sebelum ini, sehinggalah beliau menyatakan hasratnya untuk menjadi perdana menteri buat kali ketiga.
‘Bila PKR tolak, politik Dr M sampai ke penghujung’
“Tahap populariti Tun M semakin berkurangan berbanding sebelum ini. Tak sepatutnya beliau menggunakan sentimen Melayu-Cina bagi meraihkan popularitinya kembali,” katanya yang merujuk kepada temubual Mahathir dengan Asian Times.
Dalam temubual tersebut, Mahathir menjelaskan tentang jurang kekayaan antara dua kaum itu di Malaysia dan mendakwa masyarakat Cina telah menjadi sangat kaya dan boleh dikatakan “memiliki semua bandar di Malaysia.”
“Sebelum ini orang Melayu hormat beliau tetapi bila beliau masih bercita-cita mahu jadi perdana menteri untuk kali ketiga macam ada ‘something wrong’ (ada yang tak kena) dengan tindakan beliau.
“Politik Mahathir dah sampai penghujung bila mana Anwar dan PKR menolak pencalonan Mahathir sebagai perdana menteri kali ketiga.
“Mungkin Mahathir ada agenda lain tak mahu Anwar jadi perdana menteri. Langkah Anwar adalah langkah tepat untuk tidak menerima Mahathir sebagai perdana menteri sekali lagi,” kata Rusdi.
Kurang sokongan lepas dipecat Bersatu
Prof Mohd Azizuddin Mohd Sani dari UUM pula merasakan sokongan utama Mahathir yang sebelum ini datang dari Melayu luar bandar semakin berkurangan setelah beliau dipecat dari Bersatu.
“Mahathir sekarang tiada platform politik selepas terkeluar dari Bersatu. Mahathir belum secara rasmi adalah sebahagian daripada PH. Mahathir perlukan platform politik,” jelasnya.
Bagaimanapun, Azizuddin berkata sokongan kepada Anwar yang terdiri daripada golongan Melayu Islamik bandar yang progresif, Melayu profesional serta belia bawah 40 tahun telah terjejas.
“Ini dengan meningkatnya sokongan orang Melayu kepada Umno dan PAS setelah sentimen kemelayuan yang dimainkan kedua-dua parti,” katanya.
Bagaimanapun, Rusdi dan Azmi melihat populariti Anwar di kalangan Melayu tidak banyak perbezaan sejak beliau menubuhkan PKR pada tahun 1998.
Azmi berkata presiden PKR itu kemungkinan berdepan dengan kekurangan sokongan pengundi Melayu kini, tetapi tidak begitu ketara berbanding Mahathir.
Ini kerana menurutnya, kekuatan politik Anwar tidak banyak bergantung kepada sokongan pengundi Melayu sejak dari era reformasi sehingga kini.
“Tapi politik Malaysia bukan hanya berkisar dengan pengundi Melayu dan senario sebegini memberi kelebihan politik kepada Anwar.
“Senario Anwar tidak banyak bergantung kepada pengundi Melayu beri kelebihan kerana ketika ini pengundi Melayu lebih selesa dengan Muafakat Nasional (MN).
“Jadi PH untuk tarik pengundi Melayu akan terkekang tetapi Anwar mampu tarik minat bukan Melayu dan ini kelebihan Anwar berbanding Dr Mahathir,” katanya.
Anwar kerjasama PM Muhyiddin
Beliau turut menjelaskan bahawa penerimaan Melayu terhadap Perikatan Nasional (PN) jauh lebih baik berbanding PH, tetapi mengingatkan bahawa kekuatan PN banyak disumbang oleh MN.
Rusdi pula berpendapat, meskipun populariti Anwar di kalangan orang Melayu masih seperti dahulu, namun beliau berkata ahli parlimen Port Dickson itu mampu meningkatkannya melalui kerjasama dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
“Populariti Anwar di kalangan orang Melayu masih macam dahulu cuma beliau perlu mengawal orang sekeliling beliau (supaya) jangan melampau sangat.
“Mungkin sokongan ini akan bertambah bila beliau bersama Muhyiddin dalam menangani isu Covid-19 dan ekonomi negara tanpa perlu memikirkan sangat tentang agenda Mahathir untuk merampas kembali kerajaan dari PN dan abaikan terus Mahathir kerana beliau dilihat tidak ikhlas dengan Anwar,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/06/28/populariti-dr-m-di-kalangan-melayu-merudum-dakwa-penganalisis-politik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sokong Merudum Orang Melayu Tidak Lagi Bersama Mahathir Penganalisa Politik

Sokong Merudum Orang Melayu Tidak Lagi Bersama Mahathir Penganalisa Politik

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 263 hits
Sokongan merudum terhadap Dr Mahathir Mohamad bukan sahaja berlaku dalam Bersatu tetapi juga dalam kalangan pengundi Melayu yang sebelum PRU14 menyokong beliau kata penganalisis politik Menurut Prof Dr Azmi Hassan dari Universiti Teknologi ...
Di Manakah Jantan Pemimpin Politik Melayu

Di Manakah Jantan Pemimpin Politik Melayu

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 370 hits
Demi masa depan bangsanya MCA DAP Gerakan saling bekerjasamaNaib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin menegaskan beliau konsisten berpendirian bahawa parti politik MCA DAP dan Gerakan sebenarnya saling bekerjasa...
Kuasa Politik Di Tangan Melayu

Kuasa Politik Di Tangan Melayu

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 281 hits
Keputusan PRU14 pada Mei 2018 dan jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan pada Februari 2020 membuktikan bahawa kuasa politik terletak di tangan orang Melayu dan tanpa sokongan Melayu Pakatan Harapan tidak boleh memerintah
Tun M Dakwa Individu Jual Diri Akan Hancurkan Negara Bersama Orang Melayu

Tun M Dakwa Individu Jual Diri Akan Hancurkan Negara Bersama Orang Melayu

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 251 hits
BANGI 24 Syawal 1441H Selasa Percayalah mereka yang sanggup menjual diri mereka yang terima cash is king mereka ini akan hancurkan negara bersama orang Melayu kata Tun Dr Mahathir Mohamad Merujuk kepada kerajaan Perikatan Nasional Ahli
Sprm Tahan Bekas Setiausaha Politik Guan Eng

Sprm Tahan Bekas Setiausaha Politik Guan Eng

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 393 hits
GEORGETOWN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini menahan Jeffrey Chew bekas pegawai tinggi di Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Sumber berkata Jeffry yang juga merupakan bekas Setiausaha Politik kepada Lim Guan Eng itu ditahan se...
Beri Mandat Kepada Rakyat Untuk Elak Elit Politik Mencari Faedah

Beri Mandat Kepada Rakyat Untuk Elak Elit Politik Mencari Faedah

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 193 hits
SHAHRIR ABDUL SAMAD APABILA ketidaktentuan politik berlaku cara terbaik adalah dengan menyerahkan semula kuasa penentuan kepada rakyat untuk memutuskan pihak yang patut menerima mandat yang baru Ketua UMNO Bahagian Johor Bharu Tan Sri Shahr...
Pendirian Politik Saya Dalam Lankskap Politik Hari Ini

Pendirian Politik Saya Dalam Lankskap Politik Hari Ini

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 230 hits
Salleh Said 1 Sejak kebelakangan ini ramai bertanya kepada saya mengenai pendirian politik saya di sebalik apa yang berlaku dalam lanskap politik negara termasuk di Sabah 2 Seperti sedia maklum saya bersama sebilangan besar kepimpinan UMNO ...
Bn Pas Gps Dan Parti Sabah Sokong Muhyiddin Demi Kestabilan Politik

Bn Pas Gps Dan Parti Sabah Sokong Muhyiddin Demi Kestabilan Politik

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 322 hits
July 1 2020 9 26 PMPemimpin BN PAS parti dari Sarawak dan Sabah menghadiri mesyuarat dengan Muhyiddin Yassin di Putrajaya petang tadi PETALING JAYA Pemimpin Barisan Nasional PAS bersama parti dari Sarawak dan Sabah menyokong Perikatan Nasio...
Drama Politik Yang Kelakar Into The Ring Mula Dengan Rating Sederhana

Drama Politik Yang Kelakar Into The Ring Mula Dengan Rating Sederhana

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 289 hits
KBS kini menayangkan sebuah drama romantik berkaitan dengan politik bertajuk Into The Ring dan diterajui oleh Nana dan Park Sung hoon Sinopsis Into The Ring Koo Se ra lahir dalam keluarga yang serba miskin namun masih mampu mempunyai person...
The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Zus Ice Watermelon Latte