Popcorn Chicken Pizza Kombinasi Menu Pizza Hut Dan Kfc Yang Unik
Popcorn Chicken Pizza - Kombinasi Menu Pizza Hut Dan KFC Yang Unik! | Ada dua jenis makanan fast food yang boleh kata Fadzi suka sangat makan dari dulu sampai sekarang. Satu pizza dan satu lagi popcorn chicken.
Siapa je lah yang tak suka pizza dan popcorn chicken kan. Fadzi selalu fikir kenapa lah tak ada mana-mana fast food company yang nak buat kombinasi makanan pizza dan popcorn chicken ni. Kan senang nak makan 2 in 1 terus.
Popcorn Chicken Pizza - Kombinasi Menu Pizza Hut Dan KFC Yang Unik!Rupa-rupanya dah ada pun yang buat pizza popcorn chicken. Pizza Hut dan KFC UK ada buat menu Popcorn Chicken Pizza hari tu. Fadzi ada terbaca dekat Twitter KFC UK dan Pizza Hut UK pasal KFC menu baru diaorang ni.
Tapi.... Sedihlah juga sebab Popcorn Chicken Pizza hanya boleh didapati di United Kingdom. Dan yang lebih sedih, menu tu hanya boleh didapati dari 4 Februari sampai 16 Februari 2020 saja. Limited edition, guys!
Sebenarnya KFC dan Pizza Hut UK buat menu Popcorn Chicken Pizza tu bersempena dengan Hari Pizza Sedunia. Ada juga Hari Pizza Sedunia rupanya? Fadzi baru tahu. Hari Pizza Sedunia ini disambut pada 9 Februari setiap tahun katanya.
Okay we did a thing. We really did a thing. @pizzahutdeliver have officially launched:
The KFC Popcorn Chicken Pizza 🔥
It’s got a gravy base people. It’s got a gravy base.#KFCxPizzaHut pic.twitter.com/dkGBKfVBA3— KFC UK & Ireland (@KFC_UKI) February 3, 2020
Kombinasi Pizza Dan Popcorn ChickenKalau ikutkan apa yang Fadzi baca, Popcorn Chicken Pizza yang KFC dan Pizza Hut UK buat ni menggunakan roti pizza classic crust base, ada keju mozarela, jagung manis dan Popcorn Chicken Colonel sebagai topping.
Tapi, diaorang tak guna sos tomato macam biasa yang digunakan untuk pizza. Diaorang letak KFC punya gravy. Fadzi pun tak pasti jenis gravy KFC yang mana satu.
Yes, it's real and it's here. Feast your eyes on the @KFC_UKI Popcorn Chicken Pizza.
⠀ Hurry, it won't be around for long!. ⠀
🍕🐔🤤 #PizzaHutxKFC pic.twitter.com/gEpuWx6MNa— pizzahutdeliver (@pizzahutdeliver) February 3, 2020
Ikut apa yang Fadzi baca lagi, bila korang makan popcorn chicken pizza ni, korang akan rasa ranggup-ranggup dari popcorn chicken, manis-manis dari jagung manis dan rasa keju dari mozarela. Mesti sedap!
Popcorn Chicken Pizza yang diaorang jual hari tu hanya boleh didapati dalam saiz Large. Jadi, kalau beli memang puas hati lah makan. Makan ramai-ramai pun belum tentu habis sebab dah lah pizza, ada popcorn chicken pulak tu. Kenyang!
Tapi macam biasa lah, ada orang yang suka dengan menu terbaru ini. Dan ada juga yang tak suka. Review orang yang dah cuba KFC Popcorn Chicken Pizza ini bercampur-campur.
"Popcorn Chicken Pizza. Great obviously - Ibrahim Salha"
"Wow! This is so worth ordering, it is so bizarre but we ate every last slice! It’s delicious, and we loved the gravy base!," Instagram user @newfoodsuk wrote in a review. "The popcorn chicken good, adding flavour to the pizza. We highly recommend trying this pizza, it’s fun and delicious! - NewsFoodUK"
"That KFC popcorn chicken pizza with the gravy base looks absolutely terrible.- Jack "
"Just ordered the KFC/Pizza Hut Popcorn Chicken Pizza. It was literally the most minging thing i've ever eaten in my life. Gravy base is disgusting, sweetcorn just ruins it. How do I get my money back. - DJ Ravine"
Macam-macam jenis respon yang boleh korang jumpa pasal Popcorn Chicken Pizza ni. Nak tengok Youtube Review pun ada pasal menu ni. Boleh search dekat Youtube.
Fadzi faham, citarasa setiap orang memang lain-lain. Ada makanan yang kena dekat tekak Orang A, tak semestinya kena dengan tekak Orang B. Sebab tu selagi Fadzi tak rasa lagi pizza ni, Fadzi tak nak cakap dia sedap or tak sedap. Kena rasa sendiri dulu.
Fadzi rasa Fadzi nak buat sendiri Popcorn Chicken Pizza ni. Sebab kempunan kan. Nak cari dekat Malaysia tak ada. Tapi, konon je lah nak buat sendiri tu.
Tengok-tengok nanti buka Foodpanda dan order je Popcorn Chicken dari KFC dan Pizza dari Pizza Hut. Senang, habis cerita. Semua makanan terus sampai depan pintu rumah. Heheh.
Oh ye, sempena PKP ni, korang dah pernah order ke dekat Foodpanda? Fadzi setakat ni masih bertahan masak sendiri dekat rumah hari-hari. Walaupun kadang-kadang tu rasa lemau jugak nak masak dan makan masakan sendiri.
Fadzi masih lagi jaga pemakanan Anas sekarang ni. Anas baru saja 18 bulan. Makanan yang Fadzi buat untuk Anas masih tak ada gula dan tak ada garam dalam menu dia. Sebab tu masih gigih masak sendiri. Kalau tak, dah lama order je dengan Foodpanda.
Kalau rasa korang dah penat nak masak, dah lemau nak makan masakan sendiri, dah stress nak fikir nak masak menu apa. Sudah sudah lah tu. Bukak phone, download apps Foodpanda dan order saja lah. Jimat masa dan tenaga hoho.
Nah, link Fodpanda. Website: https://www.foodpanda.my/iOS apps: https://apps.apple.com/app/id758103884?mt=8Androis apps:https://play.google.com/store/apps/details?id=com.global.foodpanda.android
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fadzirazak.com/2020/04/popcorn-chicken-pizza-kombinasi-menu.html