Menu Pencuci Mulut Menarik Ramadan 2020


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua beberapa Menu Pencuci Mulut Menarik Ramadan 2020.
Ramadan bakal menjelma tidak lama lagi. Inilah masa untuk kita semua menjalani ibadah puasa dan menikmati pelbagai juadah yang enak. Namun, bukan mudah untuk kekal sihat apabila kandungan gula dan lemak yang tinggi dihidang dalam makanan yang dijual. Orang ramai yang bersesak-sesak pada waktu puncak pula membuatkan urusan membeli juadah Ramadan satu perkara yang melecehkan.
Jadi, apa yang anda boleh buat untuk memenuhi keinginan menikmati kuih-muih semasa Ramadan yang biasa dibuat oleh nenek? Kita buat sendiri!
Kami telah mengumpulkan satu senarai kuih dan pencuci mulut yang mesti dicuba di rumah. Ia terdiri daripada yang paling mudah dan cepat, malah boleh dibuat oleh mereka yang jarang memasak di rumah, hinggalah hidangan yang memerlukan sedikit kemahiran, usaha dan masa.
Bagi memastikan kuih dan pencuci mulut ini mesra pengguna, kami tidak memasukkan hidangan yang memerlukan peralatan khas yang tiada di dapur kecil anda.
Semua hidangan ini mengandungi santan yang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia dengan rasa lemak berkrim yang enak. Kami mengujinya dengan menggunakan Santan Ayam Brand yang hadir dalam tiga variasi iaitu Santan, Santan Trim (45% kurang lemak) dan Santan Super Light (75% kurang lemak berbanding Santan Ayam Brand) bersama resepi yang diambil daripada http://www.ayambrand.com.my/raya2020 .
Untuk memastikan kandungan lemak lebih rendah, tiada satu pun hidangan ini yang digoreng. Kebanyakan resepi ini mempunyai rasa manis yang sederhana. Tetapi jika anda sedang dalam diet kurang gula, kurangkan sahaja rasa manisnya.
Jom kita saksikan beberapa menu pencuci mulut menarik Ramadan untuk tahun 2020 ini.
Menu Pencuci Mulut Menarik Ramadan 1. Bubur Jagung Pencuci mulut yang paling senang pernah kami cuba. Cuma masukkan ramuan mengikut turutan, kacau dengan kepanasan sederhana sehinggalah bubur siap. Kemudian, letakkan ke dalam mangkuk. Taburkan dengan jagung manis. Enak dinikmati ketika panas dan menyegarkan apabila dimakan sejuk. Jika anda boleh kacau periuk tanpa sebarang insiden, anda boleh buat bubur ini!
Tempoh memasak: 20 minit   Hidangan untuk: 4   Tahap kemahiran: 1/10
2. Bubur Kacang Menu ini sedikit manis, kaya dengan serat dan protein ini cukup enak sebagai juadah berbuka puasa. Bubur kacang boleh dinikmati begitu sahaja jika anda tidak ada masa untuk menyediakan juadah yang banyak. Hidangan ini terdiri daripada kacang, sagu, jagung, santan dan pandan untuk rasa yang enak. Rendam kacang semalaman untuk menjimatkan masa memasak. Masukkan semua ramuan itu ke dalam satu periuk besar dalam turutan yang betul, kacau, reneh dan ia sedia untuk dimakan!
Tempoh memasak: 20 minit   Hidangan untuk: 4   Tahap kemahiran: 1/10
3. Puding Jagung Juadah ketiga ialah puding jagung manis. Masukkan ramuan mengikut turutan ke dalam periuk besar, kacau, kacau dan kacau dengan api kecil. Masukkan ke dalam acuan atau bekas kaca yang rata, masukkan ke dalam peti ais sehingga sejuk. Potong kecil sekiranya perlu. Sebelum hidang, taburkan dengan keju parmesan untuk rasa masin dan berkrim. 
Tempoh memasak: 30 minit   Hidangan untuk: 12   Tahap kemahiran: 1/10
4. Kuih Talam Kami letakkan kuih talam di tempat keempat kerana kuih dua lapis ini agak mencabar untuk dibuat, tetapi usaha itu berbaloi kerana rasanya sedap! Satukan ramuan untuk lapisan atas, letakkan di atas talam dan stim selama 10 minit.
Seterusnya, untuk lapisan bawah, bancuh ramuan kedua, tuang berhati-hati ke dalam talam yang sama sehingga hampir penuh dan stim sekali lagi selama 20 minit. Untuk rasa yang lebih ringan gunakan Santan Super Light. Biarkan sejuk. Potong kecil atau hidangkan dalam saiz berasingan. Hiaskan dengan jagung manis dan kelapa parut untuk jadikannya lebih menarik!
Tempoh memasak: 1 jam       Hidangan untuk: 12   Tahap kemahiran: 3/10
 5. Agar Agar Buah Hidangan kelima adalah satu jenis hidangan yang dinantikan apabila anda menjemput ahli keluarga dan rakan untuk berbuka puasa! Bagaimanapun, ini merupakan satu lagi kuih dua lapis yang sedap daripada acuan berbeza. Maksudnya, lebih banyak masa dan pinggan mangkuk yang perlu dibasuh selepas itu. Hasilkan jeli laici yang jernih mengikut resepi, tuangkan ke dalam acuan, kemudian tambah pilihan buah-buahan segar. Biarkan selama 20 minit.
Sementara itu anda boleh sediakan lapisan jeli santan pandan yang berkrim. Tuangkannya di atas jeli buah, biarkan ia sejuk sedikit sebelum masukkan ke dalam peti ais. Keluarkan daripada acuan sebelum hidangkannya di atas pinggan. Cantik, sedap dan sihat dengan buah-buahan yang kaya dengan serat dan santan yang berkrim. Memang berbaloi! 
Tempoh memasak: 2 Jam      Hidangan untuk: 6   Tahap kemahiran: 3/10
6. Kuih Serimuka Memerlukan lebih banyak kemahiran di hidangan keenam iaitu kuih yang terdiri daripada lapisan pulut dan kastard santan. Rendam pulut selama setengah jam sebelum masukkan ramuan lain termasuklah santan untuk lapisan pulut, kemudian stim selama 20 minit.

Sementara itu, siapkan lapisan kastard kelapa sebelum kukus di atas air yang mendidih sehingga ia sedikit pekat. Jangan masak di atas api untuk mengelak ia menjadi seperti telur dadar! Kacau campuran pulut, tekan supaya ia menjadi bentuk, kemudian tuang kastard di atasnya. Stim selama 30 minit lagi. Biarkan sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.
Tempoh memasak: 1 jam       Hidangan untuk: 6   Tahap kemahiran: 5/10
7. Kuih Kaswi Labu Kuih Kaswi Labu ialah kuih yang sihat untuk penggemar labu. Ia jarang dijumpai di bazar kerana ia sukar dibuat. Stimkan labu, lenyek dan sejukkan. Buat satu ‘pelekat’ menggunakan tepung ubi dan serbuk agar-agar kemudian tambah labu lenyek yang sudah sejuk, santan dan bahan lain.
Seterusnya, kacau sehingga ia membentuk tepung sadur yang licin. Tapis untuk asingkan ketulan sebelum tuang ke atas talam atau acuan sendiri. Kukus selama sejam, sejukkan dan potong empat segi jika perlu. Tabur kelapa parut. Sedap!
Tempoh memasak: 1 jam 40 minit     Hidangan untuk: 15   Tahap kemahiran: 5/10
Penutup Baiklah itu sahaja Menu Pencuci Mulut Menarik Ramadan yang saya dapat kongsikan untuk anda pada kali ini. Buat anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai resepi lengkap, bolehlah ke laman web Ayam Brand di pautan berikut.
Oh! Jangan lupa untuk rebut peluang memenangi hadiah menarik jika anda membuat kuih-muih ini. Kongsikan di Instagram atau Facebook anda dan tag @ayambrandmy di Instagram atau @ayambrandmalaysia di Facebook, selain gunakan hashtag #beRAYAmbrand.
Beritahu mereka kenapa hidangan ini merupakan hidangan kegemaran anda semasa Ramadan atau Raya. Peraduan bermula pada 5 April dan berakhir 14 Jun dengan 16 hadiah mingguan dan dua hadiah utama untuk dimenangi!
Selamat mencuba! Untuk menu masakan enak yang lain, jangan lupa juga untuk membaca lanjut di blog ini.
The post Menu Pencuci Mulut Menarik Ramadan 2020 appeared first on AMIRNAWAWI.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://amirnawawi.com/pencuci-mulut-menarik-ramadan-2020/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koleksi Resipi 18 Menu Berbuka Puasa Menarik Sepanjang Ramadhan 2020

Koleksi Resipi 18 Menu Berbuka Puasa Menarik Sepanjang Ramadhan 2020

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 467 hits
by on March 29 2020 Tidak sampai sebulan lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan mulia Dalam kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan marilah sama sama kita doakan agar kita dapat menyambut Ramadhan ini dengan penuh kesyukuran dan b...
Muhsin Lahajji Rilis Videoklip Lagu Tema Ramadan 2020 Ramadan Yang Dinanti

Muhsin Lahajji Rilis Videoklip Lagu Tema Ramadan 2020 Ramadan Yang Dinanti

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 660 hits
IslamicTunesNews com Kota Sawahlunto tercatat sebagai salah satu kota tua terbaik di Indonesia yang terus berkembang sebagai kota tua multi etnik Kota ini memiliki tagline Kota Wisata Tambang yang Berbudaya berada di Provinsi Sumatera Barat...
Sajian Warisan Budaya For Ramadan 2020 Swiss Garden Genting Highlands 2020 Ramadhan Buffet

Sajian Warisan Budaya For Ramadan 2020 Swiss Garden Genting Highlands 2020 Ramadhan Buffet

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 308 hits
Sajian Warisan Budaya for Ramadan 2020 Swiss Garden Genting Highlands 2020 Ramadhan Buffet Remember my trip to Swiss Garden Hotel and Residences Genting Highlands at the last weekend before the MCO started And remember the dinner where we a...
Jelang Ramadan 2020 Risa Solihah Siap Untuk Melejit

Jelang Ramadan 2020 Risa Solihah Siap Untuk Melejit

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 1526 hits
IslamicTunesNews com Eksistensi Risa Solihah di belantika musik Indonesia jadi magnet baru dalam memikat perhatian para penikmat lagu religi di Tanahair Menyambut kehadiran bulan suci Ramadan penyanyi asal Kota Bandarlampung ini merilis sin...
Menu 7 Hari Sepanjang Kuarantin 18 Mac 2020 Hingga 24 Mac 2020

Menu 7 Hari Sepanjang Kuarantin 18 Mac 2020 Hingga 24 Mac 2020

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 384 hits
Menu 7 Hari Sepanjang Kuarantin 18 Mac 2020 hingga 24 Mac 2020 Assalamualaikum dan Selamat Petang Hai reader semua 17 Mac 2020 sehari sebelum diarah Kawalan Pergerakan dan Duduk Dirumah This is a content summary only Visit my website for fu...
5824 Ppim Malakat Mall Apm Bantu Perkenalkan Inovasi Cegah Penularan Covid 19 Malakat Tribune 30 03 2020

5824 Ppim Malakat Mall Apm Bantu Perkenalkan Inovasi Cegah Penularan Covid 19 Malakat Tribune 30 03 2020

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 303 hits
RAUDHAH CITY Ketua Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Datuk Roslan Wahab memaklumkan akan memanjangkan dua teknologi terkini yang membantu mencegah penularan Covid 19 kepada beberapa kementerian terlibat Menurutnya beliau memuji ini...
5822 Manfaat Tempoh Pkp Kukuhkan Hubungan Keluarga Maamor Sinar Harian 29 03 2020

5822 Manfaat Tempoh Pkp Kukuhkan Hubungan Keluarga Maamor Sinar Harian 29 03 2020

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 266 hits
SHAH ALAM Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu banyak memberikan kenangan indah kepada Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Dr Maamor Osman sekeluarga Beliau berkata disebabkan tidak boleh ke m...
Legendary Malaysian Jazz Family The Solianos Performed At Hard Rock Hotel Desaru Coast For Jazz Blues Tribute Series

Fatal Lorry Crash Hold Company Owner Accountable Dpm

Betulkah Perawat Boleh Tahu Segalanya Menyingkap Realiti Syariat

Masak Kicap Ikan Mackerel

Isteri Koperal Amiruddin Zabri Reda Suami Pergi Suami Gembira Dapat Anak Perempuan Lepas 10 Tahun Menanti

Azizan Osman Biodata Kelulusan Isu Richworks

Anggota Fru Kemalangan

Toca Madera By Davisink Where Superstition Style And Sensory Dining Collide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Mudah Meminta Cerai

Boleh Ke Pesakit Tiroid Makan Tempe Ini Jawapannya

Nasi Beriani Wak Gondan Yong Peng

Pasu Kosong

The Role Of Qr Codes In Interactive Digital Signage Turning Passive Viewers Into Active Participants

Dsa Pesawat Pengangkut Tentera Mesir Tiba Tiba Terbang Ke Pakistan Dari China Apa Muatan Dibawanya