Politik Melaka Kembali Tak Stabil


 

Ahad, 15 Mei 2022, Umno meminda perlembagaannya bagi membolehkan pemilihan parti diadakan enam bulan selepas pilihan raya umum.
Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, kita tahu menyangkal dakwaan dalam kalangan pemimpin parti sendiri, pindaan itu adalah bagi menyelamatkan kedudukannya sebagai presiden Umno. Lantas mengingatkan semua bahawa pindaan berkenaan adalah kemahuan akar umbi.
Lalu, beliau berkata, Umno utamakan soal keharmonian, kemakmuran, kesejahteraan dan kestabilan – agenda yang menurutnya “tidak pernah luput daripada kamus perjuangan Umno”.
Sebut sahaja “kestabilan”, teringat saya kepada pilihan raya negeri (PRN) Melaka pada November tahun lalu. Anda juga tentu ingat akan ketidakstabilan politik apabila empat ADUN Umno/Barisan Nasional dan Perikatan Nasional menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali (orang Umno).
Apa yang dijanjikan pemimpin tertinggi Umno, termasuk Zahid ketika itu? Mengembalikan kestabilan politik di Melaka. Betul tak? Bagaimana? Presiden parti mencadangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRN “bagi membolehkan mandat diberi semula kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang terbaik untuk mentadbir negeri”.
Jelas rakyat mahu kestabilan politik. Lantas, apabila PRN Melaka diadakan pada 20 Nov 2021, rakyat negeri itu memberi kemenangan majoriti 2/3 kepada BN yang diterajui Umno. Dalam erti kata lain, rakyat Melaka percaya Umno boleh mengembalikan kestabilan politik di negeri mereka. Rakyat percaya janji pemimpin Umno, maka mereka mengundi Umno.
Adakah politik Melaka stabil dengan kemenangan itu? Mungkin ya. Stabil, aman damai buat seketika. Saya kata “mungkin buat seketika” kerana sekarang kita dengar cakap-cakap politik atau dakwaan Sulaiman akan letak jawatan ketua menteri atau dipaksa menandatangani surat meletak jawatan. Maksudnya, jika ada kestabilan politik sebelum ini, ia sudah tidak ada lagi. Dah kembali tak stabil.
Dakwaan “Sulaiman dipaksa atau terpaksa” bagaimanapun dinafikan Sulaiman dan sekutunya. Namun, ia tidak meredakan keadaan. Cakap-cakap Sulaiman akan digantikan masih bertebaran.
Timbul maklumat (yang bukan perkara baharu sebenarnya) bahawa Sulaiman bukan ketua Umno negeri. Malah, bukan ketua Umno bahagian pun. Jika ikut “tradisi”, kedua-dua ciri itu “wajib” untuk seseorang ketua menteri. Dalam pentadbiran Umno/BN sebelum ini, orang yang menjadi ketua menteri adalah ketua Umno negeri.
Sekarang, ketua menteri orang lain, ketua Umno negeri orang lain (macam perdana menteri orang lain, presiden Umno orang lain). Sekarang, penyokong Sulaiman dalam Umno mula bercakap untuk menjadikan beliau sekurang-kurangnya ketua bahagian terlebih dahulu, diikuti pelantikan sebagai ketua Umno Melaka.
Bagaimana ini mahu dilakukan? Yang boleh melakukannya ialah pucuk pimpinan paling atas parti, yakni presiden dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT). Adakah mereka akan akur? Jika ya, ketua Umno negeri sedia ada hendak ditempatkan di mana? Tidakkah ini akan mencetuskan krisis dalaman? Bukankah itu bererti ketidakstabilan politik untuk Melaka? Semua persoalan penting lagi kritikal.
Bagi saya, status Sulaiman bukan ketua Umno Melaka, bukan ketua Umno bahagian, bukan sesuatu yang baharu. Semua pihak dalam Umno, terutama MKT tahu keadaannya. Namun, MKT lah yang bersetuju beliau dipilih ke jawatan ketua menteri.
Perlu diingat, dua kali beliau angkat sumpah sebagai ketua menteri. Pada November 2021, apabila BN/Umno menang PRN dan sebelum itu pada Mac 2020 apabila kerajaan Pakatan Harapan tumbang. Beliau dipilih menggantikan Adly Zahari.
Maksudnya, bukan sesuatu yang mengejutkan pimpinan Umno berkait status Sulaiman. Seperti dikatakan tadi, mereka pilih beliau juga. Sulaiman tidak boleh dipersalahkan. Begitu juga pihak yang mengetengahkan status beliau dan menyuarakan rasa tidak puas hati.
Secara “kasar”, pucuk pimpinan Umno dilihat “mengizinkan” keadaan ini berterusan. Mereka tidak membuat apa-apa. Lantas, berlakulah apa yang berlaku.
Dengan “kegagalan” mengurus baik isu ini, Umno boleh dituduh membiarkan kestabilan politik tercetus semula di Melaka, jika dakwaan Sulaiman akan “digantikan” terbukti benar. Dan bolehkah Umno dituduh mengingkari janji kepada rakyat Melaka bahawa mereka akan mewujudkan kestabilan politik?
Adakah Umno telah lupa janji mereka? Janji yang telah memenangkan mereka pada PRN Melaka tahun lalu dengan bergaya. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/05/politik-melaka-kembali-tak-stabil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Akan Atasi Penyakit Ini Kembali Aktif Semula Oh Saebom Producex Hidapi Kanser

Saya Akan Atasi Penyakit Ini Kembali Aktif Semula Oh Saebom Producex Hidapi Kanser

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 189 hits
Oh Sae bom yang terkenal melalui program Mnet ProduceX 101 baru baru ini memuat naik satu posting melalui akaun rasmi Instagramnya yang telah mengejutkan dan menyedihkan ramai pihak Melalui akaun Instagram peribadinya dia membuat satu pengu...
Tak Boleh Bangun Tak Boleh Susu Sakit Kepala Tervk Syatilla Melvin Kembali Masuk Hospital Lepas 4 Hari Bersalin

Tak Boleh Bangun Tak Boleh Susu Sakit Kepala Tervk Syatilla Melvin Kembali Masuk Hospital Lepas 4 Hari Bersalin

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 208 hits
Selepas empat hari menjalani prosedur pembedahan melahirkan anak ke tiga pelakon Syatilla Melvin memaklumkan dirinya kini terpaksa kembali dan mendapatkan raw4tan di hospital Menurut Syatilla ketika ini dia mengalami simptom sakit kepala ya...
Anwar Cabar Pm Buka Kembali Siasatan Skandal Forex

Anwar Cabar Pm Buka Kembali Siasatan Skandal Forex

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 146 hits
Anwar cabar PM buka kembali siasatan skandal ForexPosted By on May 14 2022Usaha Ahli Parlimen Pekan Najib Razak untuk memerangkap Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan isu kerugian urusniaga matawang melib...
Debat Hanya Memudarkan Lagi Laluan Najib Untuk Cita2 Kembali Berkuasa

Debat Hanya Memudarkan Lagi Laluan Najib Untuk Cita2 Kembali Berkuasa

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 135 hits
Walau tidak pernah diungkapkan dengan kata kata mereka yang faham politik tentu sedar bahawa Najib Razak memang bercita cita ingin kembali lagi sebagai Perdana Menteri Meski tampak mustahil untuk beliau memintas Ismail Sabri Yaakob yang tel...
Watak Antagonis Son Sukku Bakal Kembali Dalam Musim Kedua D P

Watak Antagonis Son Sukku Bakal Kembali Dalam Musim Kedua D P

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 167 hits
Nama Son Suk ku nampaknya semakin dikenali ramai kini Siapa yang menonton My Liberation Notes pastinya terpikat melihat pelakon yang membawa watak Mr Gu kan Walaupun sudah menyertai beberapa drama dan filem sebelum ini namun nama Son Suk ku...
The First Omen 20th Century Studios Kembali Menyeru Antichrist Dalam Prekuel The Omen

The First Omen 20th Century Studios Kembali Menyeru Antichrist Dalam Prekuel The Omen

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 190 hits
20th Century Studios mengodek kembali IP francais popular mereka dengan mengesahkan perancangan The First Omen prekuel rasmi untuk francais The Omen Pengarah episod untuk siri Legion dan Brand New Cherry Flavor Arkasha Stevenson akan membua...
Gibran Kembali Izinkan Car Free Day Setelah Dua Tahun Vakum

Gibran Kembali Izinkan Car Free Day Setelah Dua Tahun Vakum

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 185 hits
Kasus peningkatan Covid 19 di Kota Solo yang cenderung landai menjadi salah satu pertimbangan pembukaan kembali CFD
Penumpang Transjakarta Kembali Membeludak

Penumpang Transjakarta Kembali Membeludak

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 124 hits
Penumpang Transjakarta Kembali Membeludak Penumpang bus Transjakarta kembali membeludak setelah warga kembali beraktivitas pascalibur Lebaran
Kisah Misteri Atuk Yang Dah Meninggal Lama Muncul Kembali

Kisah Misteri Atuk Yang Dah Meninggal Lama Muncul Kembali

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 200 hits
Assalamualaikum Hi korang Saje la SA nak citer kisah seram yang kami sekeluarga alami beberapa tahun lepas tak ingat tahun bila masa tu kami rajin balik kampung hujung minggu pada kami sekeluarga ni la kisah seram yang nyata dan memang susa...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation