Politik Bak Kut Teh


 
Mungkin ini agak dated kerana ia tercetus 6 Jun lalu tapi saya rasa ia tidak basi. Masih relevan apatah lagi mengambil kira enam PRN yang akan menjelma. Ringkasnya ini untuk menunjukkan betapa senangnya sesuatu perkara dijadikan isu dan dikaitkan dengan ‘penjagaan’ agama dan bangsa, demi keuntungan politik.
Ceritanya mengenai bak kut teh. Umum tahu apa bak kut teh. Pun begitu saya catatkan juga “penjelasan” rasmi. Menurut kawan lama saya Douglas Tay, “bak”merujuk daging babi manakala “bak kut” bermaksud spare ribs. Ertinya rusuk babi. Ia hidangan yang digemari masyarakat Cina.
Baru-baru ini pertanyaan mengenai bak kut teh muncul di Parlimen. Yang tanya Jimmy Puah, Ahli Parlimen Pakatan Harapan. Beliau mahu tahu sama ada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya ada mengambil langkah untuk memastikan makanan tradisional Malaysia seperti nasi lemak, bak kut teh, dan laksa diiktiraf sebagai makanan kebangsaan untuk menghalang negara lain mengakui atau mendakwa makanan itu milik mereka.
Beliau kecewa menonton dokumentari terbitan rangkaian televisyen Singapura, Channel News Asia tempoh hari yang mendakwa asal bak kut teh ialah Singapura, pada hal menurut Puah “seperti kita tahu bak kut teh berasal dari Klang Selangor.”
Bagi saya apa yang ditanya Pua is a simple and honest question. Mungkin beliau tidak sedar apa yang beliau cakap boleh dijadikan isu. Tetapi sebagai seorang politikus beliau patut tahu apa-apa yang ada kena mengena dengan babi can turn into something else dengan mudah.
Annuar Musa, bekas pemimpin Umno yang baru-baru ini menyertai PAS, secepat kilat menyambar menerusi Facebook dan menuduh ini cubaan memperkenalkan dasar Malaysian Malaysia secara berperingkat.
Rais Yatim juga terkam. Menerusi catatan di Facebook Rais berkata “Jabatan Warisan yang saya bantu wujudkan 2005 dulu buat apa ye? Diam saja atau berani nasihatkan menteri budaya supaya jangan terburu buru-buat hal. Kaji dulu sensitiviti masyarakat Malaysia.”
Ada lagi kata Rais yang saya tidak cadang ulangi. Cuma ingin menegaskan catatan beliau di Facebook tidak mengambil kira apa yang berlaku di Parlimen berikutan pertanyaan Puah. Mungkin Rais terlepas pandang?
Mungkinkah beliau tidak baca atau tidak perasan jawapan pihak kementerian? Pelik kerana sesiapa yang baca laporan mengenai pertanyaan Puah akan mengikuti juga respon Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Khan.
Ads by KioskedKhairul beritahu Parlimen untuk sesuatu makanan diiktiraf (makanan tradisional atau warisan) ia haruslah boleh dimakan oleh semua rakyat.
Berkata lagi beliau: “kalau bak kut teh tu sediakan bak kut teh ayam boleh lah. Tapi kalau bak kut teh yang dibangkit (Ahli Parlimen) Tebrau dia tak bagi spesifik bak kut teh jenis apa. Makanan warisan harus boleh dirasai semua kaum di negara kita ini.”
Ahli Parlimen Perikatan Nasional Suhaimi Abdullah terdahulu mempersoalkan adakah bak kut teh perlu dianggap makanan tradisi rakyat.
Lantas Malaysiakini melaporkan Khairul dari pihak kerajaan senada dengan Suhaimi untuk menolak cadangan agar hidangan bak kut teh diiktiraf sebagai salah satu masakan tradisi Malaysia.
Untuk berlaku adil perlu dinyatakan berdasar apa yang dikatakan dalam Parlimen, Puah yang menimbulkan perkara ini tidak mencadangkan secara khusus bak kut teh diberi status warisan atau masakan tradisi Malaysia. Seperti dikatakan tadi beliau bertanya sama ada langkah diambil untuk menyenaraikan sajian itu bersama nasi lemak dan laksa sebagai makanan warisan Malaysia.
Sepatutnya dinoktahkan disitu. Bagaimanapun Tiong King Sing, menteri pelancongan, seni dan budaya terus menghidupkan isu. Kata Tiong, timbalannya “kurang memahami asal usul bak kut teh” ketika menjawab soalah yang dikemukakan Ahli Parlimen Langkawi tempoh hari.
Ads by Kiosked“Khairul Firdaus tidak berniat untuk memburukkan imej syarikat dan pencinta Bak Kut Teh tetapi dia hanya memberi pendapat supaya makanan itu dapat dipelbagaikan selain dapat meluaskan pasaran jualananya,” kata Tiong. Ini rasa saya mesti rujuk hansard untuk tahu apa yang diucapkan Khairul keseluruhannya.
Menurut Tiong bak kut teh “merupakan hidangan istmewa” dan “kita perlu melihat dari sudut kandungan dan cara penyediaannya bukan hanya dari sudut perkauman dan agama”.
Dipetik Malaysiakini beliau berkata “di kementerian ini kita memandang serius isu ini dan akan terus berusaha memasukkan bak kut teh sebagai makanan warisan negara.” Tiong berharap isu ini tidak dipolitikkan. Bagi saya itu wishful thinking. Malah apa yang dikata Tiong sendiri memberi peluru kepada musuh khususnya Perikatan Nasional menembak kerajaan.
Gelanggang terdekat apabila berkempen pilihan raya di enam negeri diadakan kelak. Selain itu catatan Facebook Rais 16 Jun lalu masih “hidup” untuk “dinikmati” orang Melayu. Tidak perlu dinyatakan betapa benci dan jijiknya orang Melayu terhadap babi.
Pun begitu kata Tiong, walaupun daging babi bahan utama dalam pembuatan bak kut teh, dengan kemajuan teknologi dan pembangunan penduduk, bak kut teh versi halal beraaskan ayam dan makanan laut telah diperkenalkan.
Berlandaskan apa yang beliau katakan itu maka bak kut teh bukan lah bak kut teh. Kata Douglas kawan lama saya yang disebut awal tadi kalau mahu ditukar daging, nama bak kut teh perlu ditukar jadi gu bak kut teh yang ada daging lembu, kay bak kut teh daging ayam, dan ap bak kut teh daging itik. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/06/politik-bak-kut-teh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bak Kut Teh Is Malaysian Lah

Bak Kut Teh Is Malaysian Lah

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 281 hits
There is this stall somewhere along Old Klang Road in Kuala Lumpur It s run by an old Chinese couple who I just call Aunty and Uncle I have been going to their stall for years and I love eating the dish that they sell They sell only one dis...
Tiong King Sing Chides Rais For Bak Kut Teh Claim Points Out Bak Merely Means Meat In General Email Whatsapp Twitter

Tiong King Sing Chides Rais For Bak Kut Teh Claim Points Out Bak Merely Means Meat In General Email Whatsapp Twitter

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 244 hits
Datuk Seri Tiong King Sing said Rais statement reflected an outdated and narrow perspective on bak kut teh Borneo Post picBINTULU June 16 Dewan Negara Speaker Tan Sri Rais Yatim has been chided for his claim that the word bak in bak kut teh...
Celebrate Diversity Tourism Minister Backs Bak Kut Teh As Heritage Dish

Celebrate Diversity Tourism Minister Backs Bak Kut Teh As Heritage Dish

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 187 hits
The popular Chinese pork rib dish bak kut teh whose possible recognition as a Malaysian heritage food was raised in Parliament has found a defender in the form of Tourism Arts and Culture Minister Tiong King Sing The Bintulu MP said he has ...
Consider Sensitivities Before Making Bak Kut Teh Heritage Food Says Ex Minister

Consider Sensitivities Before Making Bak Kut Teh Heritage Food Says Ex Minister

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 345 hits
Tourism arts and culture minister Tiong King Sing said bak kut teh was a combination of herbs and meat and the type of meat used was up to those preparing it PETALING JAYA Dewan Negara president Rais Yatim has urged the government to take i...
Zahid Sindir Pas Mengkarung Politik Jentik Bersatu Bersih Dan Stabil

Zahid Sindir Pas Mengkarung Politik Jentik Bersatu Bersih Dan Stabil

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 163 hits
Umno bukan mengkarung politik yang akan melepaskan asas perjuangannya meskipun membentuk kerjasama dengan Pakatan Harapan kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Jelasnya kerjasama antara parti itu dengan PH adalah berdasarkan kepada penyesua...
Putusan Sistem Pemilu Besok Demokrat Sudah Dinantikan Buat Jernihkan Proses Politik

Putusan Sistem Pemilu Besok Demokrat Sudah Dinantikan Buat Jernihkan Proses Politik

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 166 hits
Mahkamah Konstitusi akan membacakan putusan gugatan terkait sistem pemilu pada Kamis besok Demokrat menyebut delapan partai di DPR sepakat menolak sistem coblos tertutup
Hari Lautan Sedunia Siapa Sangka Tanah Mati Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan

Why Can T Staff In The Retail And F B Industry Sit Down Netizen Goes Viral For Questioning The Norm

Psychological Survival Mastering The Mental Game In The Wild

Resipi Sup Daging Ala Thai Paling Senang Tanpa Rempah Sup Bunjut

Mca Youth Govt Must Not Burden Citizens With Chaotic Unjust Expanded Sst Implementation

Kewpie Turns 100 And It S A Celebration Worth Squeezing Into

Rania Terkena Virus Rotavirus Atau Norovirus

Pagar Makan Tanaman Hijau Daun


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


5 Laptop Murah Bawah Rm1500 Untuk Pelajar Di Malaysia

Rmk13 Jadi Pemacu Atasi Cabaran Ekonomi Dokumen Teras Laksana Ekonomi Madani Pm Anwar

Tiada Keperluan Ambil Kenyataan Pm Siasatan Kes Yusoff Rawther Akan Diteliti Semula Kpn

Dua Lelaki Ini Dijatuhkan Hukuman Penjara Kerana Mencuri Tandas Emas

Senarai Filem Melayu Dan Tempatan Malaysia 2025

Sambutan Hari Bapa Bertemakan Pantai Bersama U S Potatoes