Political Genius Atau Pak Pandir Moden



Political genius atau Pak Pandir moden. DALAM mesyuaratnya pada malam 7 Julai 2021, Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) membuat keputusan menarik diri daripada Kerajaan PN serta merta. MKT menyatakan bahawa segala panduan utama yang digariskan UMNO sebagai syarat meneruskan sokongan terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, gagal dipenuhi dan dilaksanakan dengan memuaskan.
MKT menyenaraikan tujuh perkara di mana kerajaan PN gagal dalam memenuhi aspirasi rakyat. Seterusnya MKT memutuskan:
“UMNO mendesak agar Tan Sri Muhyiddin Yasin dapat berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang Perdana Menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad.
“Tempoh Perdana Menteri yang baharu akan hanya memfokuskan usaha membantu kebajikan rakyat sepanjang pandemik, menangani Covid-19 dengan pendekatan inklusif dan memastikan proses vaksinasi dan imunisasi dapat disegerakan.
“Setelah berjaya mencapai tahap imunisasi kelompok, Perdana Menteri baharu mestilah segera menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi menyerahkan kembali mandat kepada rakyat untuk diadakan Pilihan Raya Umum ke-15….
“Mesyuarat MKT malam ini juga mempertegaskan pendirian sebagaimana yang telah diputuskan di Perhimpunan Agung UMNO 2020, untuk tidak sesekali menyokong sebarang usaha mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ataupun kerajaan yang ditunjangi oleh DAP-PH (DAP-PH Led Government)”
Apakah kesan penarikan diri daripada menyokong kerajaan PN dengan serta-merta itu? Adakah ia bererti sebaik sahaja keputusan itu dibuat dengan secara automatik dan serta-merta Muhyiddin tidak menjadi Perdana Menteri lagi dan kerajaan PN tumbang? Jawapan kepada soalan kedua adalah, “Tidak”.
Ini kerana, pertama, keputusan itu adalah keputusan parti. Walaupun ahli-ahli Parlimen UMNO sepatutnya turut menarik diri daripada menyokong Kerajaan PN, mereka tidak semestinya akan berbuat demikian. Mungkin mereka akan dipecat daripada parti, tetapi mereka masih tetap boleh menyokong Kerajaan PN.
Kedua, kita tidak tahu sama ada terdapat ahli-ahli Parlimen pembangkang yang mungkin mengubah fikiran dan menyokong kerajaan PN.
Ketiga, selagi Muhyiddin tidak meletak jawatan atau Yang di-Pertuan Agong tidak melantik Perdana Menteri baru, Muhyiddin masih menjadi Perdana Menteri.
Apakah pilihan yang ada kepada Muhyiddin? Beliau boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU-15. Yang di-Pertuan Agong boleh tidak berkenan dengan nasihat itu. Dalam keadaan sekarang, PRU-15 tidak mungkin dapat diadakan.
Maka, pilihan kedua beliau adalah cuba mendapat sokongan majoriti, jika boleh. Sementara itu, tunggu sahaja saat Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri baharu.
Jika ia tidak dilakukan sebelum persidangan Parlimen pada 26 Julai, satu usul tidak percaya boleh dikemukakan di Parlimen. Jika usul itu kalah, Kerajaan PN selamat. Jika usul mendapat sokongan majoriti, Muhyiddin hendaklah meletak jawatan atau beliau boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU-15. Yang di-Pertuan Agong boleh tidak berkenan dengan nasihat itu. Dalam keadaan sekarang, PRU-15 tidak mungkin dapat diadakan.
Perhatikan dalam kedua-dua pilihan yang disebut di atas penyelesaian yang paling mudah ialah Muhyiddin meletak jawatan. Sanggupkah beliau berbuat demikian?
Berbangkit daripada keputusan MKT UMNO itu, apakah pilihan yang ada kepada Yang di-Pertuan Agong? Baginda, atas nasihat Muhyiddin, boleh membubar Parlimen dan mengadakan PRU-15. Yang di-Pertuan Agong boleh tidak berkenan dengan nasihat itu. Dalam keadaan sekarang, PRU-15 tidak mungkin dapat diadakan.
Pilihan yang kedua ialah bagi Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri baharu. Perhatikan, dalam keadaan sekarang, sama ada Muhyiddin meletak jawatan atau tidak, pilihan paling mudah bagi Yang di-Pertuan Agong ialah melantik seorang Perdana Menteri baharu, itu pun jika pada Seri Paduka Baginda ada seseorang yang mempunyai sokongan majoriti.
UMNO mendesak agar Muhyiddin berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang Perdana Menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad.
Sebenarnya tidak ada peruntukan dalam Perlembagaan yang membolehkan Yang di-Pertuan Agong melantik seorang Perdana Menteri untuk suatu tempoh yang terhad. Perdana Menteri itu boleh memberi akujanji politik bahawa beliau hanya akan memegang jawatan itu bagi sesuatu tempoh tertentu dan meletak jawatan apabila sampai masanya.
Jika beliau menunaikan janjinya, tiada masalah. Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Perdana Menteri sementara itu, membubarkan Parlimen dan menitahkan supaya PRU-15 diadakan. Selepas itu, seorang Perdana Menteri tetap yang dipilih oleh rakyat akan menubuh dan mengepalai sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Demokrasi kembali beroperasi semula.
Merujuk kepada perenggan 8 dan 9 keputusan MKT itu, bagaimana penyampaian tahap atau kejayaan yang dicapai dalam menangani Covid-19 dan masalah yang disebabkan olehnya akan diukur?
Perenggan 10 keputusan MKT itu juga menegaskan bahawa UMNO tidak sama sekali akan menyokong sebarang usaha mencalonkan Anwar sebagai Perdana Menteri ataupun kerajaan yang ditunjangi oleh DAP-PH (DAP-PH Led Government).)
Soalannya, bolehkah seseorang di luar PH dan PN mendapat majoriti untuk menubuhkan sebuah kerajaan dan mengekalkannya? PH masih mantap dengan bilangan Ahli-Ahli Parlimennya (+ Pejuang) yang mungkin mempunyai majoriti.
Sebaliknya, kerajaan PN tanpa UMNO (tidak kira berapa orang yang mematuhi keputusan MKT itu) besar kemungkinan akan kehilangan majoriti. Tanpa sokongan PH dan PN, dari mana kerajaan baharu tajaan UMNO itu akan mendapat majoritinya?
Saya khuatir, tindakan UMNO itu akan menyerah balik kerajaan yang diperoleh daripada PH itu kepada PH semula. Jika itu berlaku, Datuk Seri Zahid Hamidi dan ahli-ahli MKT yang menyokongnya bertanggungjawab kepada bangsa Melayu. Mereka adalah Pak Pandir moden.
Sebaliknya, jika Perdana Menteri baharu itu memperoleh majoriti dalam Parlimen dan dapat mengekalkan kerajaan sementaranya, dapat menyelesaikan masalah Covid-19 dalam tempoh yang ditetapkan, meletak jawatan dan menasihatkan YDPA menitahkan supaya PRU-15 diadakan, maka ahli-ahli MKT itu patutlah diberi penghormatan sebagai political genius.
Perdana Menteri sementara itu pula patutlah dinobatkan sebagai Perdana Menteri tetap selepas PRU-15.
Sama-samalah kita tunggu untuk melihat kedatangan semula political genius atau Pak Pandir moden. Yang menakutkan ialah pertaruhannya terlalu besar, masa depan bangsa Melayu.
* Tun Abdul Hamid Mohamad ialah bekas Ketua Hakim Negara
Political genius atau Pak Pandir moden Baca Artikel Menarik :
Ciapan Takiyuddin mendapat reaksi Puad dan Shabery Sesak di tol Gombak, rentas untuk sambut Aidiladha? Najib bela Ebit Liew Ameera Khan Dikecam Lagi, Bertudung Tapi Baju Ketat Penduduk resah kemunculan keranda terbang, hantu ketuk pintu Resepi Biskut Arab 3 Warna Layari Laman Facebook MYKMU
 
‘Mereka’ jahanamkan impak ekonomi bernilai RM500 billion begitu sahaja – Najib Razak

The post Political genius atau Pak Pandir moden appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/07/18/political-genius-atau-pak-pandir-moden/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Minoriti Atau Majoriti

Kerajaan Minoriti Atau Majoriti

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 147 hits
Penerangan tentang politik terkiniNORMAN RADZUANKERAJAAN MAJORITI ATAU MINORITITerlampau byk yg PM dan call Saya beri jawapan ringkas buat semasa ini Seperti kita tahu Peguam Negara kata kerajaan ini masih kekal Ya benar kekal kerana proses...
Meroyan Sakan Takut Hilang Jawatan Gamaknya Atau Hilang Kuasa Dan Habuan

Meroyan Sakan Takut Hilang Jawatan Gamaknya Atau Hilang Kuasa Dan Habuan

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 130 hits
Zahidi dakwa keputusan MKT buka peluang Anwar jadi PM Keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat tidak berasas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Zahidi Za...
Hiburan Kena Tahu Dia Betul Izin Atau Macam Mana Kena Tahu Konteks Shuk Sahar Respon Isteri Setuju Bermadu

Hiburan Kena Tahu Dia Betul Izin Atau Macam Mana Kena Tahu Konteks Shuk Sahar Respon Isteri Setuju Bermadu

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 251 hits
Pasti ramai yang terkejut dengan pendedahan terbaru isteri Shuk Sahar mengenai seorang wanita yang berterusan mengganggu rumah tangga mereka sehingga kini BACA AdvertisementMalah Rossalennah Natassyiah mendedahkan bahawa dia mengizinkan sua...
Apakah Umno Kini Sedang Mabuk Atau Khayal

Apakah Umno Kini Sedang Mabuk Atau Khayal

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 144 hits
MOHD ALI HASHIMApakah Umno kini sedang mabuk atau berkhayal setelah satu lagi episod terkini apabila keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno menarik balik sokongan mereka kepada kerajaan pimpinan PN kini Malah sudah kali keberapa perkataan ga...
Ismail Sabri Alat Mahiaddin Untuk Pecahkan Umno Atau Alat Umno Untuk Cepat Rampas Kerusi Pm

Ismail Sabri Alat Mahiaddin Untuk Pecahkan Umno Atau Alat Umno Untuk Cepat Rampas Kerusi Pm

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 208 hits
Siapa sebenarnya Ismail Sabri Yaakob dalam perkelahian politik antara UMNO dengan Mahiaddin Md Yasin sekarang ini Pada awalnya ketika nama beliau diumumkan secara mengejut sebagai Timbalan Perdana Menteri beberapa jam menjelang mesyuarat MT...
Pas Mangsa Fitnah Atau Pemfitnah Ustaz Ridzwan Abu Bakar

Pas Mangsa Fitnah Atau Pemfitnah Ustaz Ridzwan Abu Bakar

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 175 hits
HAMZAH RIE NASiapa ada kuasa wang masa itulah dia akan pi menempek Buang kawan Buang rakan Rela menyundal dengan sesiapa sahaja asal ia memberi manfaat jawatan dalam kerajaan dan kedudukan kepada pimpinan Itu lah PAS SR
Kesesatan Ajaran Qadiani Atau Ahmadiah

Kesesatan Ajaran Qadiani Atau Ahmadiah

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 185 hits
AJARAN SESAT QADIANI atau AHMADIAH Assalamualaikum pernah dengar Ajaran Qadiani atau Ahmadiah baru ni Lisa teringin nak tahu lebih Ajaran Sesat Qadiani atau Ahmadiah terutama selepas tengok perkongsian pihak Majlis Agama Islam Selangor meng...
Krisis Amk Ribut Dalam Cawan Atau Ulangan Kartel 2 0

Krisis Amk Ribut Dalam Cawan Atau Ulangan Kartel 2 0

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 170 hits
TIADA angin tiada ribut Tiba tiba Parti Keadilan Rakyat dikejutkan dengan berita kemelut kepimpinan sayap pemudanya Angkatan Muda Keadilan sejak dua minggu lalu Kali terakhir parti ditunjangi Datuk Seri Anwar Ibrahim itu terpaksa mengharung...
Tutup Mulut Umno Dengan Jawatan Tpm Umno Ada Maruah Atau Tidak

Tutup Mulut Umno Dengan Jawatan Tpm Umno Ada Maruah Atau Tidak

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 163 hits
UMNO MUSNAH KERANA RASUAH AHLI PULA TAK ADA ILMU MAKA UMNO DIPERKOTAK KATIKKAN OLEH PARTI BARU UMNO AKAAN HANCUR TINGGAL NAMA SAHAJA TAK PERCAYA TENGOK NANTI Setahun lebih umno minta jawatan TPM sebab Umno parti terbesar dalam kerajaan tebu...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Continuous Learning



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Kopi Surat Cinta Kota Damansara

8 Aneka Resepi Kuih Tradisional Berasaskan Pisang

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Lawatan Ke Arab Saudi Buka Peluang Syarikat Malaysia Sertai Projek Mega