Kesesatan Ajaran Qadiani Atau Ahmadiah



AJARAN SESAT QADIANI atau AHMADIAH Assalamualaikum ,  pernah dengar Ajaran Qadiani atau Ahmadiah ? baru ni Lisa teringin nak tahu lebih Ajaran Sesat Qadiani atau Ahmadiah ,, terutama selepas tengok perkongsian pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),  mengenai ajaran sesat di pautan ini  https://www.mais.gov.my/artikel-khas-2/ . Kadang info yang lalu di sosial media ni bukan pasti betul ke tidak , kena cari sumber yang sahih dan betul . Harap apa yang Lisa akan kongsikan ini dapat beri kesedaran kepada semua untuk lebih berhati hati di masa masa akan datang dan tidak terpengaruh dengan ajaran yang bertentangan dengan akidah islam. 
Kesesatan Ajaran Qadiani Atau Ahmadiah Ajaran Qadiani atau Ahmadiah berasal dari India. Ia diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad bin Ghulam Murtadha bin Atta Muhammad yang dilahirkan di Qadian, berhampiran kota Amritsar, Punjab. Diasaskan pada tahun 1889 di Malaysia dan dipercayai bertapak pada tahun 1930 di Batu 20, Jeram, Kuala Selangor, Selangor

Gerakan Qadiani Dikenali Juga Sebagai Ahmadiyah, Ahmadi Atau Ahmadiyyat Gerakan Qadiani turut dikenali sebagai Ahmadiyah, Ahmadi atau Ahmadiyyat yang pada asasnya berpegang kepada kepercayaan bahawa ajaran Mirza adalah ajaran yang sebenar. Pada 15 Disember 1953, telah diadakan perbahasan antara kumpulan ini dengan para alim ulama di hadapan Sultan Selangor, Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah

Hasil perbincangan tersebut telah diputuskan bahawa ajaran Qadiani tidak diiktiraf sebagai ajaran Islam, malah terkeluar daripada Islam. Keputusan itu menyebabkan kumpulan tersebut semakin lumpuh

Pelbagai Penyelewengan Dalam Ajaran Qadiani
Terdapat pelbagai penyelewengan yang dapat dikesan dalam ajaran Qadiani. Antaranya adalah dakwaan Mirza Ghulam Ahmad dirinya sebagai Nabi yang menerima wahyu. Beliau berkata: “Demi ALLAH yang nyawa saya di tanganNya, Dialah yang telah mengutus dan menamakan saya nabi dan menunjukkan bukti-bukti yang jelas tentang kebenaran dakwaan saya yang jumlahnya sampai tiga ratus ribu bukti."
Beliau turut mendakwa dirinya sebagai Isa al-Masih selepas didesak oleh orang kanannya dengan tujuan menguatkan ajaran dan keyakinan pengikutnya. Beliau mengatakan bahawa Nabi Isa benar-benar dibunuh dan bukannya diangkat ke langit oleh ALLAH dan orang yang mati tidak mungkin akan hidup ke dunia lagi

Selain itu, beliau mendakwa dirinya mempunyai mukjizat. Katanya: “Nabi ALLAH itu telah mewujudkan tiga ribu mukjizat dan saya melebihi dari satu juta”. Katanya lagi: “Bulan yang terang menjadi gerhana kerana saya, masakan dapat menakan bulan dan matahari menjadi pucat kerana saya. Turut mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi selepas mengaku dirinya sebagai Mujaddid

Mirza Ghulam Ahmad turut menakan konsep jihad. Beliau telah menyebutkan perihal jihad seperti berikut:
“Jihad dengan pedang telah dilarang. Semua peperangan untuk agama sekarang ini telah ditegah. Sekarang jihad untuk tujuan agama telah diharamkan. Pada pendapat saya, tiada doktrin yang memburukkan nama Islam lebih daripada doktrin jihad. Saya menghabiskan sebahagian besar umur saya untuk mengiyakan kerajaan British dan menentang jihad.”
Di samping itu, beliau turut melakukan tahrif al-Quran iaitu mengubah ayat-ayat suci al-Quran mengikut kehendaknya sendiri agar bertepatan dengan dakwaan-dakwaannya

Keputusan Fatwa SelangorBerdasarkan warta fatwa bertarikh 24 September 1998, Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan bahawa :

1.Ajaran Qadiani adalah satu ajaran yang menyalahi ajaran Islam yang sebenarnya. Pengikut-pengikut ajaran Qadiani itu telah dihukumkan kafir oleh ulama Islam serata dunia

2.Jabatan Agama Islam Selangor melalui Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak telah menghukumkan kafir kepada pengikut-pengikut Qadiani yang berpusat di Batu 20 Jeram, Kuala Selangor pada 15 Disember 1953 setelah mereka dibicarakan di Istana Kuala Lumpur di hadapan Sultan Selangor dan beberapa alim ulama di negeri Selangor.

Setiap orang yang telah menjadi penganut ajaran Qadiani adalah telah murtad. Maka, wajiblah dituntut mereka bertaubat dan kembali kepada Islam dengan ikrar dua kalimah syahadah.


3.Antara Ciri-Ciri Ajaran Qadiani Menurut Mirza Ghulam Ahmad:
• Sebagai nabi yang menerima wahyu• Imam Mahadi• Isa al-Masih• Mempunyai mukjizat• Para nabi menyaksikan dirinya• Malaikat sebagai pancaindera tuhan• Nabi Isa AS telah mati dan kuburnya di Srinagar, India

4. Orang-orang Islam dilarang menjual, mengedar, membeli, memiliki atau memberi ceramah tentang isi kandungan buku- buku berikut:
• Invitation To Ahmadiyah yang dikarang oleh Hazrat Hj Mirza Bashir-ud-din Ahmad (Khalifatul Masih II)
• Penawar Racun Fitnah Terhadap Ahmadiyyah yang ditulis oleh Pengurus Besar Jema’at Ahmadiah
• Alam Sebagai Saksi yang dikarang oleh Mohamad Zain bin Hasan
• The Holy Quran With English Translation And Commentary (Vol II, Part I) yang dikarang oleh M Mas’ud Ahmad

Fatwa tahun 1998 di atas telah diperincikan pada tahun 2000 iaitu:
Memandangkan mana-mana orang yang telah menganuti ajaran Qadiani telah menjadi murtad (keluar daripada agama Islam), akibatnya dari segi hukum syarak dan undang-undang sivil adalah:
• Perkahwinan orang tersebut boleh dibubarkan dengan pengesahan Mahkamah Syariah mengikut seksyen 46 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984;• Orang tersebut tidak boleh menjadi wali dalam akad nikah anak perempuannya;• Orang tersebut tidak boleh mewarisi harta peninggalan kerabat-kerabat Muslimnya; dan• Orang tersebut tidak berhak untuk mendapatkan apa-apa keistimewaan yang diperuntukkan kepada orang Melayu di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan sekiranya hak-hak tersebut telah diberi, dinikmati atau diperolehi oleh orang tersebut, ia hendaklah terhenti dari berkuatkuasa dan bolehlah dilucut, ditarik balik dan dibatalkan mengikut mana berkenaan, oleh pihak berkuasa yang berkaitan

Kesimpulan Mengenai Ajaran Qadiani Di Malaysia Akidah Islam berdasarkan pegangan Ahli Sunah Waljamaah yang menjadi pegangan di negara ini mestilah sentiasa dihayati agar sebarang anasir perosak akidah dapat dijauhi.

Oleh itu, umat Islam di Malaysia khususnya di negeri Selangor perlu menjauhkan diri daripada sebarang aktiviti yang mempunyai ciri-ciri yang telah disebutkan di atas dan menjauhkan diri daripada segala bentuk ajaran dan fahaman yang meragukan.

Segera laporkan segala aktiviti yang meragukan kepada pihak berkuasa agama bagi membendung penularan ajaran yang boleh merosakkan akidah, syariah dan akhlak umat Islam.


Sumber: https://www.mais.gov.my/wp-content/uploads/2020/08/artikel-khas-bil-9.pdf



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ciksepet.com/2021/07/kesesatan-ajaran-qadiani-atau-ahmadiah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ajaran Qadiani Ajaran Sesat Umat Islam Harus Lebih Waspada Dan Berhati Hati

Ajaran Qadiani Ajaran Sesat Umat Islam Harus Lebih Waspada Dan Berhati Hati

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 289 hits
Assalamualaikum Ajaran sesat yang berkembang di dunia ajaran sesat di Malaysia bukanlah sesuatu perkara baru Antaranya adalah Ajaran Qadiani atau juga dikenali dengan ajaran Ahmadiah yang mana pengamal kepercayaan ini sangat bercanggah deng...
Ajaran Qadiani Difatwakan Sesat

Ajaran Qadiani Difatwakan Sesat

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 341 hits
Ajaran Qadiani Difatwakan Sesat Baru baru ini KakYa ada baca beberapa perkongsian daripada pihak Majlis Agama Islam Selangor mengenai ajaran sesat di pautan ini Pelbagai artikel mengenai ajaran sesat di Malaysia yang diketengahkan telah men...
Umat Islam Hendaklah Berhati Hati Dengan Ajaran Qadiani Yang Difatwakan Sesat

Umat Islam Hendaklah Berhati Hati Dengan Ajaran Qadiani Yang Difatwakan Sesat

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 464 hits
Assalamualaikum Fenomena kemunculan ajaran sesat seringkali berlaku Kewujudannya merentasi masa tempat dan keadaan Ianya perlu dibentung kerana bakal mempengaruhi masyarakat terutama golangan remaja Pernah dengar Ajaran Qadiani Sejarah Ajar...
Ajaran Qadiani Ajaran Sesat Menyimpang Dari Landasan Islam Sebenar

Ajaran Qadiani Ajaran Sesat Menyimpang Dari Landasan Islam Sebenar

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 658 hits
Ajaran Qadiani Ajaran Yang Tidak Diiktiraf Sebagai Ajaran Islam Assalammualaikum w b t Bahaya Ajaran Qadiani Mamayanie sendiri baru tahu mengenai ajaran ini melalui bacaan di portal Majlis Agama Islam Selangor Allahu Akbar Masih ada lagi ya...
1 Jam Video Call Mana Yang Guna Data Internet Paling Banyak Google Meet Zoom Atau Microsoft Teams

1 Jam Video Call Mana Yang Guna Data Internet Paling Banyak Google Meet Zoom Atau Microsoft Teams

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 506 hits
MAKAN DATA INTERNET PALING BANYAK Dengan berkembang majunya PdPR versi wajib nampak muka wajib dengar suara maka abam kongsikan 3 platform video call yang menjadi pilihan ramai Dan berapa banyak data Internet yang digunakan untuk 1 jam puny...
Benarkah Bersalin Dengan Bantuan Forcep Induce Atau Vakum Beri Kesan Sampingan Pada Bayi

Benarkah Bersalin Dengan Bantuan Forcep Induce Atau Vakum Beri Kesan Sampingan Pada Bayi

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 225 hits
Jika anda melahirkan bayi melalui proses bantuan bersalin seperti ceaserean forsep atau anda induce anak anda berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi kesihatan jangka panjang berbanding anak yang lahir secara normal itu kata kajian Kajia...
Rasa Kekejangan Pada Bahagian Perut Atau Cramp Antara Tanda Kelahiran Pramatang

Rasa Kekejangan Pada Bahagian Perut Atau Cramp Antara Tanda Kelahiran Pramatang

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 220 hits
Kelahiran pramatang bermaksud atau kelahiran yang berlaku pada usia kandungan yang mencecah usia antara minggu 28 ke minggu 36 Ia kerap kali berlaku tanpa dijangka Tentu sahaja tiada sesiapa yang mahu melaluinya kerana kelahiran pramatang i...
Lokasi Food Bank Atau Gerobok Rezeki Berhampiran Anda Rakyatbanturakyat

Lokasi Food Bank Atau Gerobok Rezeki Berhampiran Anda Rakyatbanturakyat

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 491 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan rakan yang dikasihi sekalian Kita masih dalam dalam Fasa berjuang untuk membantu mereka yang dalam keadaan sangat terkesan dengan pelaksanaan PKP 3 0...
Dr Pesan Elak Basuh Sayur Atau Buah Semata Mata Lalukan Air Saja Penting Guna 4 Bahan Ni

Dr Pesan Elak Basuh Sayur Atau Buah Semata Mata Lalukan Air Saja Penting Guna 4 Bahan Ni

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 397 hits
Bagaimana cara anda membersihkan sayur dan buah sebelum ini Adakah hanya dengan membilas di bawah air paip dan terus masak atau makan Jika ini yang anda amalkan kena ubah caranya Ini penting untuk mengelakkan anda dan seisi keluarga termaka...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Utilizing Crowdfunding For Business

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Berebut Kasih



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


10 Tempat Sarapan Terbaik Di Selangor

Office Rental Near Kl Sentral Station Advantages For Business Connectivity

Gaji 2005 Yuran Pengalaman 2016

The Cultural Impact Of Online Casino Gaming On Filipino Society

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Polis Tahan Pemandu Peribadi Kerana Melakukan Khianat Dan Memukul