Krisis Amk Ribut Dalam Cawan Atau Ulangan Kartel 2 0



TIADA angin, tiada ribut. Tiba-tiba Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikejutkan dengan berita kemelut kepimpinan sayap pemudanya, Angkatan Muda Keadilan (AMK) sejak dua minggu lalu.
Kali terakhir parti ditunjangi Datuk Seri Anwar Ibrahim itu terpaksa mengharungi gelora besar krisis kepimpinan adalah pada Februari tahun 2020.
Hal ini susulan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama 10 ahli Parlimen PKR memutuskan untuk meninggalkan parti bagi menyokong pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Minggu lalu, Ketua AMK, Akmal Nasrullah Mohd Nasir bertindak menggugurkan enam pemimpin sayap parti itu iaitu bekas Naib Ketua AMK, Syed Badli Shah Syed Osman; bekas Ketua AMK Selangor, Najwan Halimi; bekas Ketua AMK Perlis, Azam Karap; bekas Penolong Setiausaha AMK, Muhammad Naqib Nasruddin; bekas Timbalan Pengarah Strategik PKR, Fakhrul Razi Zailan dan bekas Ketua Biro Pelajar AMK, Shahrul Nizam.

Memandangkan Kongres Nasional PKR ke-15 baru-baru ini meluluskan usul memanjangkan tempoh sesi kepimpinan 2018/2021 memegang jawatan parti sehingga tahun 2023, Akmal Nasrullah menegaskan rombakan dibuat semata-mata bertujuan membentuk barisan pelapis dan bukan berasaskan percaturan politik.
Namun, keputusan Ahli Parlimen Johor Bahru itu dilihat menimbulkan kemarahan pemimpin-pemimpin AMK di peringkat cabang.
Sejumlah 21 daripada 33 cabang AMK di negeri Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan secara terbuka menyatakan mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Akmal Nasrullah dan menuntut satu mesyuarat agung tahunan luar biasa (EGM) AMK diadakan bagi membenarkan proses pemilihan ketua AMK baharu dilaksanakan.
Lebih mengejutkan, difahamkan sejumlah 115 daripada keseluruhan 137 cabang AMK di seluruh negara dijangka menolak kepimpinan Akmal Nasrullah, yang disifatkan sebagai 'lemah, tidak efektif dan cuba mensabotaj perancangan Anwar.
Justeru, persoalan lebih besar, adakah krisis melanda AMK Pusat ketika ini sekadar ribut dalam cawan atau pengulangan episod pengkhianatan 'gunting dalam lipatan'2.0 selepas kartel Azmin?
Pada saat peluang Anwar dilihat sangat cerah untuk diangkat sebagai Perdana Menteri baharu (hanya sekiranya usul undi tidak percaya kepimpinan Perdana Menteri diterima Speaker Parlimen dan UMNO bersetuju bekerjasama dengan PH), kemunculan krisis-krisis sebegini adalah perkara yang perlu dielakkan.
Perkara itu diperakui Ketua AMK Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri yang menegaskan fokus parti seharusnya tertumpu kepada usaha meningkatkan imej Anwar dan PKR di mata rakyat, terutama pada saat mereka derita sewaktu mendepani krisis Covid-19.
Jelas beliau, keputusan rombakan jawatan AMK juga dianggap tidak sesuai pada waktunya kerana dibimbangi memberi persepsi salah kepada ahli-ahli akar umbi.
“Semua orang tahu selepas ketiadaan Azmin, parti sepatutnya berjalan dengan lebih baik. Namun apabila krisis timbul, semua ahli terkejut dan tidak kurang ada yang marah.
“Mereka beranggapan tindakan sebegini seolah-olah cuba mensabotaj usaha Presiden parti untuk menekan kerajaan PN dan memperkuatkan parti bagi menghadapi PRU15.
“Sebagai pemimpin berkecuali, saya tidak mahu perpecahan dalam parti dan saya memohon Akmal untuk kembali berbincang dengan mereka yang digugurkan serta membuat satu keputusan terbaik untuk organisasi parti itu sendiri,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Pandangan Mohamad Hairul Amir dipersetujui Najwan yang menyatakan kesediaan beliau untuk berbincang semeja bersama Akmal Nasrullah bagi menyelesaikan sebarang perbezaan pendapat antara mereka.

Ujar Najwan, sehingga hari ini, beliau masih tidak mengetahui punca utama digugurkan dan berpandangan keputusan Akmal itu membelakangkan pucuk kepimpinan peringkat cabang dan negeri.
“Bila Ketua AMK tidak memberikan alasan pengguguran kukuh, anggota di bawah merasakan ada sesuatu tidak kena dan merasakan keputusan itu tidak mengikut proses sewajarnya.
“Lagipun, bukan sahaja ketua-ketua AMK cabang di Selangor sahaja menyokong saya, bahkan majoriti ketua AMK cabang negeri lain pun bersimpati dengan nasib saya.
“Bagi saya pada saat krisis Covid-19 dan rakyat terkesan teruk akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sepatutnya bukan masa untuk sesiapa bermain politik dan mencantas rakan parti sendiri, sebaliknya tumpukan perhatian kepada isu rakyat terdesak,” katanya.
Ditanya mengenai tuntutan 21 cabang AMK dari tiga negeri mendesak EGM AMK diadakan segera, Najwan berkeyakinan perkara itu akan mendapat perhatian Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, selaras dengan Perkara 11 Peraturan AMK.
Polemik perbalahan yang timbul di antara Akmal Nasrullah dan kumpulan pemimpin AMK digugurkan sebenarnya tidak sekadar berkisar mengenai masalah dalaman sayap PKR itu semata-mata.
Sebaliknya, difahamkan krisis tercetus itu merupakan refleksi pertembungan di antara kumpulan pro-Anwar dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli di peringkat pucuk kepimpinan parti, seolah-olah membayangi pertembungan Anwar-Azmin sebelum ini.
Sumber dalaman PKR menjelaskan Rafizi, yang dikatakan disokong Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, seolah-olah cuba menguasai kepimpinan PKR dan Anwar sendiri dalam menentukan hala tuju parti selepas ketiadaan Azmin.
“Meskipun Rafizi menjarakkan diri daripada parti, majoriti ahli MPP PKR Pusat sebenarnya dikuasai oleh beliau, termasuk pucuk kepimpinan AMK bagi membolehkan beliau menjadi mastermind di belakang tabir.
“Bagaimanapun, kem Rafizi ini tidak berpuas hati dengan kumpulan'baju hitam' menyokong Presiden PKR yang sering berbeza pendapat dengan beliau. Lalu, secara tersirat, beliau sering menyerang kumpulan ini dengan mereka digambarkan sebagai 'budak bermasalah'.
"Rafizi seolah-olah melihat kumpulan 'baju hitam' ini sebagai ancaman yang kononnya mahu merosakkan reputasi Anwar. Namun, kumpulan ini pula menganggap Rafizi berpotensi menjadi 'gunting dalam lipatan' 2.0 selepas Azmin,” kata sumber terdekat PKR Pusat.
Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang menegaskan mesyuarat Biro Politik PKR yang diadakan pada Rabu memutuskan keputusan rombakan dibuat Ketua AMK adalah kekal.
Beliau turut menegaskan proses pertukaran jawatan dalam AMK tidak menimbulkan krisis, sebaliknya satu amalan biasa parti memandangkan jawatan disandang kesemua pemimpin digugurkan adalah jawatan lantikan.
"Saya tidak nampak ada isu kabilah sebab yang lantik mereka yang telah digugurkan adalah ketua AMK sendiri," katanya.
Lih Kang turut menjelaskan tuntutan sebilangan AMK cabang negeri supaya EGM AMK diadakan bagi memilih ketua AMK juga tidak pernah dikemukakan secara rasmi.
Tambah beliau, sehingga kini, Biro Politik PKR tidak menerima apa-apa surat tuntutan dengan hasrat mereka hanya dikemukakan menerusi kenyataan media.
"Sekiranya EGM AMK diluluskan MPP sekalipun, inisiatif itu tidak boleh menukar Ketua AMK sedia ada melainkan beliau melanggar disiplin parti.
"Sebagai solusi, pucuk kepimpinan parti akan berjumpa dengan kedua-dua pihak dan meminta mereka bersabar. Jangan sampai tindakan diambil mereka mencederakan imej parti," katanya.

Premium Quality Product From Japan In Malaysia.. buy here  
Laporan dari Sinar Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/07/krisis-amk-ribut-dalam-cawan-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Faham Tugas Gamaknya Ni Jenguk Lah Tasek Chini Atau Hutan Ulu Tembeling

Tak Faham Tugas Gamaknya Ni Jenguk Lah Tasek Chini Atau Hutan Ulu Tembeling

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 170 hits
Sibuk dengan kerja orang lain tu hah hadap isu alam sekitar kat tasik chini tu dok sibuk dengan kementerian lain plak
Lokasi Food Bank Atau Gerobok Rezeki Berhampiran Anda Rakyatbanturakyat

Lokasi Food Bank Atau Gerobok Rezeki Berhampiran Anda Rakyatbanturakyat

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 538 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan rakan yang dikasihi sekalian Kita masih dalam dalam Fasa berjuang untuk membantu mereka yang dalam keadaan sangat terkesan dengan pelaksanaan PKP 3 0...
Dilema Pelaburan Mata Wang Kripto Emas Atau Hartanah

Dilema Pelaburan Mata Wang Kripto Emas Atau Hartanah

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 291 hits
Menurut kajian baru oleh syarikat perkhidmatan kewangan pengguna Bankrate pelabur Amerika dalam persekitaran yang dipenuhi dengan kebimbangan mengenai inflasi dan suku bunga rendah mengatakan bahawa mereka lebih suka membeli emas daripada b...
Resipi Berasaskan Roti Boleh Buat Sarapan Atau Minum Petang

Resipi Berasaskan Roti Boleh Buat Sarapan Atau Minum Petang

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 489 hits
1 Resepi Roti Telur Bahan bahan8 keping roti4 keping chesdale4 biji telur1 biji bawang Holland1 biji cili merahDaun sup lada sulah lada hitam dan serbuk secukup rasa Cara Penyediaan 1 Satu kan semua bahan 2 Panaskan kuali leper letakkan sed...
Moratorium Penyelamat Atau Perangkap Suraya Yaacob

Moratorium Penyelamat Atau Perangkap Suraya Yaacob

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 218 hits
Rata rata rakyat sedang gusar memikirkan pendekatan yang berbeza diambil oleh institusi perbankan berkenaan kemudahan moratorium yang diumumkan sebagai sebahagian daripada Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi Kegusaran tersebut b...
Rasa Kekejangan Pada Bahagian Perut Atau Cramp Antara Tanda Kelahiran Pramatang

Rasa Kekejangan Pada Bahagian Perut Atau Cramp Antara Tanda Kelahiran Pramatang

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 243 hits
Kelahiran pramatang bermaksud atau kelahiran yang berlaku pada usia kandungan yang mencecah usia antara minggu 28 ke minggu 36 Ia kerap kali berlaku tanpa dijangka Tentu sahaja tiada sesiapa yang mahu melaluinya kerana kelahiran pramatang i...
Benarkah Bersalin Dengan Bantuan Forcep Induce Atau Vakum Beri Kesan Sampingan Pada Bayi

Benarkah Bersalin Dengan Bantuan Forcep Induce Atau Vakum Beri Kesan Sampingan Pada Bayi

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 249 hits
Jika anda melahirkan bayi melalui proses bantuan bersalin seperti ceaserean forsep atau anda induce anak anda berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi kesihatan jangka panjang berbanding anak yang lahir secara normal itu kata kajian Kajia...
Syarat Jika Anda Iklan Guna Fb Ads Atau Iklan Berbayar

Syarat Jika Anda Iklan Guna Fb Ads Atau Iklan Berbayar

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 267 hits
Saya yakin ramai seller berminat untuk membuat iklan berbayar samada FB Ads atau Google Ads kerana sering mendengar ROInya yang berlipat ganda Dan saya akui jika anda beriklan melalui salah satu platform ini degan betul ROI anda mungkin bol...
Kontraksi Terlalu Cepat Atau Terlebih Hari Punca Fetal Distress Terpaksa Czer Elak Kematian

Kontraksi Terlalu Cepat Atau Terlebih Hari Punca Fetal Distress Terpaksa Czer Elak Kematian

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 269 hits
Fetal distress istilah ini mungkin terasa baru bagi anda yang hamil buat kali pertama Sebenarnya ia merupakan masalah kelahiran yang serius dan perlu diberi perhatian Fetal distress merupakan satu situasi di mana janin mengalami tekanan dan...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda