Polis S Gor Sahkan Joget Di Majlis Bersatu Langgar Sop Laporan


MALAYSIAKINI


Polis Selangor dilaporkan mengesahkan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah Covid-19 pada majlis yang diadakan April lalu, sebagaimana dalam video tular baru-baru ini.
Klip video rakaman itu memaparkan sekumpulan anggota sayap wanita Bersatu sedang menari .
Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed berkata pihaknya telah menyoal siasat penganjur majlis yang diadakan di sebuah hotel di Glenmarie, Shah Alam, dan kini dalam proses menyelesaikan siasatan mereka untuk tindakan selanjutnya.
"Kita telah panggil pihak penganjur namun ada satu perkara perlu diselesaikan sebelum diserahkan kepada DPP,” katanya pada sidang maya dalam talian semalam, lapor Malay Mail.
Jelas Arjunaidi (gambar, bawah), program atau majlis masih dibenarkan ketika kejadian itu berlaku pada April lalu, namun kerana terdapat pelanggaran SOP maka pihak berkuasa perlu melakukan siasatan.
Bekas perdana menteri Najib Razak sebelum ini berkongsi video berdurasi satu minit 35 saat di Facebook tanpa penjelasan bertuliskan "Fuhhhhh!"
Hantaran itu menarik lebih 25,000 komen, yang kebanyakannya marah dan kecewa terhadap pelanggaran prosedur Covid-19 ketika rata-rata rakyat Malaysia perlu berada di rumah kerana penutupan.
Ramai yang menyorot latar belakang program di atas pentas yang memaparkan gambar Ketua Wanita Bersatu Rina Harun dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, yang juga presiden Bersatu.
Netizen juga menunjukkan beberapa peserta yang tidak menjaga penjarakan fizikal atau memakai pelitup muka.
Pun begitu, pegawai kepada Rina menjelaskan kemudian menteri terbabit telah merasmikan majlis itu tetapi dia sudah tidak ada di sana ketika kumpulan yang dilihat dalam video itu mula berjoget.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Baharudin Mat Taib, berkata siasatan dibuat susulan satu laporan polis diterima selepas video berhubung kejadian itu tular di media sosial.
“Pengadu mendakwa kumpulan individu tersebut dilihat sedang menari tanpa memakai pelitup muka dan tiada penjarakan fizikal di antara satu sama lain sehingga perkara itu tular menerusi media sosial.
“Siasatan kini dijalankan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Peraturan 17 Peraturan Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 2021,” katanya pada 25 Julai.
Seksyen 269 Kanun Keseksaan merujuk kepada perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit berbahaya kepada nyawa dan sabit kesalahan boleh dipenjara enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/polis-sgor-sahkan-joget-di-majlis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Siasat Sekumpulan Individu Menari Langgar Sop

Polis Siasat Sekumpulan Individu Menari Langgar Sop

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 261 hits
SHAH ALAM Polis menyiasat tindakan sekumpulan individu yang melanggar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dipercayai ketika menghadiri kursus melibatkan sebuah parti politik di sebuah hotel di Glenmarie di sini A...
Polis Panggil Ahli Parlimen Batu Pahat Bantu Siasatan Dakwaan Langgar Sop Keh Keh

Polis Panggil Ahli Parlimen Batu Pahat Bantu Siasatan Dakwaan Langgar Sop Keh Keh

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 274 hits
July 24 2021 Gambar tular di media sosial menunjukkan Ahli Parlimen Batu Pahat Mohd Rashid Hasnon makan bersama dua wanita di sebuah ladang pertanian baru baru ini BATU PAHAT Polis akan memanggil Ahli Parlimen Batu Pahat Mohd Rashid Hasnon ...
Rina Harun Dah Tinggalkan Majlis Polis Siasat Video Viral Sekumpulan Wanita Berjoget Di Majlis Bersatu

Rina Harun Dah Tinggalkan Majlis Polis Siasat Video Viral Sekumpulan Wanita Berjoget Di Majlis Bersatu

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 755 hits
The ReporterTular di media sosial video sekumpulan wanita menari sakan di sebuah dewan tanpa memakai pelitup muka dan tidak mengamalkan penjarakan sosial jelas sekali telah melanggar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Dal...
Mb Ceroi Punyalah Kata Rakyat Fitnah Akhirnya Polis Bongkar Mb Kedah Langgar Sop

Mb Ceroi Punyalah Kata Rakyat Fitnah Akhirnya Polis Bongkar Mb Kedah Langgar Sop

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 190 hits
July 17 2021 Polis Dapat Arahan Kompaun MB Kedah Uji Pandu yang viral haritu Tempohari Ustaz Afnan Hamimi Setpol MB Kedah merangkap Naib Ketua Pemuda Pas Malaysia macam buat posting menafikan di wall Fb dia ni Bila PDRM dapat arahan kompaun...
Polis Siasat 16 Jemaah Surau Langgar Sop Di Pengkalan Chepa

Polis Siasat 16 Jemaah Surau Langgar Sop Di Pengkalan Chepa

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 324 hits
Polis membuka kertas siasatan berhubung kes 16 jemaah lelaki termasuk beberapa orang kanak kanak yang dipercayai menunaikan solat maghrib di Surau Batu 6 Tok Kaya Jalan Sabak Pengkalan Chepa di sini kelmarin Ketua Polis Daerah Kota Bharu As...
Menari Langgar Sop Polis Rakam Percakapan Penganjur

Menari Langgar Sop Polis Rakam Percakapan Penganjur

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 276 hits
Oleh MOHAMAD ATHIR ISMAIL TANGKAP layar individu menari tanpa pelitup muka dalam sebuah program politik dekat sebuah hotel di Shah Alam Selangor SHAH ALAM Ibu pejabat Polis Daerah Shah Alam sudah memanggil penganjur program kursus melibatka...
Polis Tahan 49 Individu Bantu Siasatan Ingkar Sop Di Juru

Polis Tahan 49 Individu Bantu Siasatan Ingkar Sop Di Juru

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 254 hits
AGENDA DAILY Polis Diraja Malaysia Seramai 49 individu ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung perlanggaran prosedur operasi standard dengan mengadakan solat sunat Aidiladha di kawasan terbuka dan tepi jalan di Taman Pelangi Juru di ...
Disuruh Buat Kerja Rumah Kanak Kanak Buat Laporan Polis

Disuruh Buat Kerja Rumah Kanak Kanak Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 248 hits
BEIJING Seorang kanak kanak lelaki berusia 14 tahun membuat laporan polis mendakwa bapanya melakukan kegiatan buruh paksa kanak kanak selepas dia disuruh melakukan kerja rumah Insiden itu berlaku di Ma anshan di wilayah Anhui selepas bapa k...
Mp Aktivis Buat Laporan Polis Kerajaan Gagal Lindungi Rakyat Dari Covid 19 Fazli Radzi July 25 2021

Mp Aktivis Buat Laporan Polis Kerajaan Gagal Lindungi Rakyat Dari Covid 19 Fazli Radzi July 25 2021

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 279 hits
Tujuh Ahli Parlimen dan dua aktivis membuat laporan polis hari ini berhubung kegagalan kerajaan Perikatan Nasional mengawal pandemik Covid 19 Ahli Parlimen terbabit ialah Fahmi Fadzil Hannah Yeoh Aziz Jamman Isnaraissah Munirah Dr Kelvin Yi...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih

Tinggi Protein Dan Mikronutrien Ini Manfaat Ikan Susu Untuk Kesihatan

Upiak Hari Raya Duit Tak Ada Chord

Nadia Rosli Hati Yang Tercemar Chord