Polis Pulau Pinang Lupus Dadah Rm15 Juta



 Pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM15 juta yang dirampas dan boleh digunakan oleh 1.97 juta penagih dadah membabitkan 11 kes di Pulau Pinang sejak tahun 2008 hingga 2018, dilupuskan hari ini.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, semua barang kes membabitkan 23 tangkapan itu telah selesai perbicaraan di mahkamah dan mendapat perintah untuk dilupuskan bagi mengelakkan tempat penyimpanan menjadi padat.
"Pelupusan hari ini membabitkan 472.75 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah, kafein (263.93 kg), cecair bahan kimia (101,819 mililiter), bentonite iaitu bahan yang digunakan untuk menyembunyikan dadah sebanyak 13,000 kg dan 153 peralatan memproses serta menyimpan dadah.
"Daripada 23 orang yang ditahan itu, tiga telah dijatuhkan hukuman mandatori gantung sampai mati, seorang lagi dipenjara 10 tahun dan 10 sebatan manakala selebihnya dibebas serta dilepaskan setelah perbicaraan penuh," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelupusan Barang Kes Dadah di Stor Berpusat Polis Kontinjen Pulau Pinang, di sini hari ini.
Semua barang kes dadah itu diserahkan wakil syarikat Kualiti Alam Sdn Bhd yang berdaftar di bawah Jabatan Alam Sekitar dan ia dilupus menggunakan kemudahan terbaharu, iaitu loji penunuan yang menghasilkan tenaga baharu, teratur dan tidak menyebabkan berlaku pencemaran udara.
Sementara itu, Sahabudin berkata, sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang telah menumpaskan empat sindiket makmal dadah, membongkar puluhan sindiket pengedaran dadah dan merampas pelbagai jenis bahan terlarang tersebut bernilai RM7.7 juta.
Katanya, sepanjang tempoh sama, seramai 5,633 orang ditahan dan sebanyak 4,070 kertas siasatan dibuka membabitkan Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Dadah Berbahaya 1985 (Langkah-langkah Pencegahan Khas) dan Akta Racun 1952.

"Antara dadah yang dirampas sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini ialah 460.31 kg pelbagai jenis dadah tradisional dan sintentik, pelbagai pil sebanyak 67,190 biji, daun ketum (530.65 kg), 5,895.6 liter cecair ketum dan kodein serta empat batang pokok ganja yang kesemuanya bernilai RM7.7 juta," katanya.
Beliau berkata, semua dadah yang dirampas itu boleh digunakan kira-kira 1.33 juta penagih dadah jika ia terlepas ke pasaran.
"Masalah penagih tegar dilihat sebagai cabaran dalam memastikan pengurangan terhadap permintaan dadah dan bagi menanganinya, JSJN Pulau Pinang telah mengambil tindakan menurut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu mereka yang mempunyai dua rekod hukuman lampau di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan rekod tahanan di pusat serenti.
"Menerusi Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952, penagih tegar boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih tujuh tahun serta sebatan tidak melebihi tiga kali. Sehingga Julai seramai 241 orang di negeri ini telah dikenakan tindakan menurut seksyen tersebut," katanya. - Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/08/polis-pulau-pinang-lupus-dadah-rm15-juta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lim Guan Eng Tidak Mengaku Salah Rasuah Projek Terowong Pulau Pinang

Lim Guan Eng Tidak Mengaku Salah Rasuah Projek Terowong Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 531 hits
Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan meminta suapan bagi membantu sebuah syarikat dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang Lim ...
Jom Nikmati Pulau Pinang Tak Pernah Bosan Berkunjung Ke Sana

Jom Nikmati Pulau Pinang Tak Pernah Bosan Berkunjung Ke Sana

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 342 hits
Antara negeri destinasi kegemaran kami sekeluarga semestinya Pulau Pinang Dalam setahun pasti 2 3 kali kami akan ke sana sama ada semasa cuti hujung minggu atau
Covid 19 Kluster Sivagangga Merebak Ke Perlis Pulau Pinang

Covid 19 Kluster Sivagangga Merebak Ke Perlis Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 389 hits
Daripada 12 jangkitan baru hari ini membabitkan kluster Sivagangga 10 kes di Perlis dan 1 di Pulau Pinang
Skandal Terowong 2 Exco Pulau Pinang Akan Ditahan Sprm

Skandal Terowong 2 Exco Pulau Pinang Akan Ditahan Sprm

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 267 hits
Dua Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dari Parti DAP Pulau Pinang dilaporkan akan turut ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Menurut akhbar Nanyang Siang Pau penahanan dua Exco terbabit adalah berkaitan dengan skandal projek terowong...
Tiada Pilihan Raya Di Pulau Pinang Walaupun Jika Pm Isytihar Kata Km

Tiada Pilihan Raya Di Pulau Pinang Walaupun Jika Pm Isytihar Kata Km

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 327 hits
Pulau Pinang tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membuka jalan kepada pilihan raya walaupun sekiranya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan pilihan raya umum kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow hari ini Kebanyakan kera...
Bantuan Pendaftaran Pelajar Ke Ipt Ibita Negeri Pulau Pinang Sudah Dibuka

Bantuan Pendaftaran Pelajar Ke Ipt Ibita Negeri Pulau Pinang Sudah Dibuka

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 467 hits
Kepada anak Pulau Pinang anda kini sudah boleh mula memohon bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPT iBITA jika anda sudah mendapat tawaran ke program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa Bantuan iBITA ini merupakan inisiatif daripada ker...
Pulau Pinang Henti Guna Sistem Kesan Kontak Sendiri Beralih Ke Mysejahtera

Pulau Pinang Henti Guna Sistem Kesan Kontak Sendiri Beralih Ke Mysejahtera

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 296 hits
Orang ramai beratur untuk mendaftar masuk ke pejabat pentadbiran Pulau Pinang di Komtar GEORGE TOWN Pulau Pinang akan menghentikan penggunaan sistem pengesanan kontak Covid 19 negeri itu menjelang akhir bulan untuk memberi laluan kepada apl...
Tedi Pulau Pinang

Tedi Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 346 hits
Gambar bendera negeri Pulau Pinang Master bawa Tedi pi jalan jalan ke Pulau Pinang atau orang sana panggil Penang Nama gelarannya ialah Pulau Mutiara Tidur di Hotel Naza apa ke nama Lupa lak Sampai sana malam pusing satu Penang sebab sesat ...
Demand Kekayaan Anak Mahkamah Putus Ibu Tak Layak Terima Harta Mendiang Goo Hara

Gsk Sokong Kepentingan Imunisasi Dewasa Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Pm Anwar Meets With Indonesia S Finance Minister For Discussions In Riyadh

Syok Sendiri Demi Kepuasan

Nga Kor Ming S Influence In Dap On The Rise

Gear Up For Standard 1 Registration

Senarai Cawangan Atm Bank Islam Di Seluruh Negeri Kelantan

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami



5 Adaptasi Permainan Video ke TV dan Filem Paling Berjaya Setakat Ini

10 Fakta Biodata Erysha Emyra Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Cinta Untuk Sekali Lagi Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya


Dapatkan Ganjaran Besar Apabila Anda Prapesanan Samsung Ai Tv 2024 Hari Ini

Sprm Tahan Menteri Besar Perlis

Powering Progress How Ev Charging Stations Are Shaping The Transportation Landscape

M A Due Diligence Don T Settle For Smoke And Mirrors Get A Quality Of Earnings Assessment

Tiada Petanda Salah Tinggalkan Anfield

Mb Perlis Tak Direman