Polis Panggil Bekas Exco Melaka Beri Keterangan Gagal Kembalikan Kereta Rasmi Kerajaan


BERNAMA
Polis meminta Noorhizam Hassan Baktee untuk hadir namun beliau memberi alasan mempunyai urusan di luar.
 Ketua Polis Melaka Abdul Majid Mohd Ali (kiri) dan pegawai lain bergambar dengan kereta Toyota Camry yang disita dari tempat parkir kondominium di Jalan Perak, Bachang. Gambar: Bernama
Polis akan memanggil bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu Noorhizam Hassan Baktee dalam masa terdekat bagi merakam keterangan dan melengkapkan siasatan berhubung satu laporan mengenai kenderaan rasmi kerajaan negeri yang tidak dipulangkan.
Ketua Polis Melaka Abdul Majid Mohd Ali berkata susulan daripada laporan oleh seorang kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri telah membuka siasatan di bawah Sekyen 403 Kanun Keseksaan di atas kesalahan menyalahgunakan harta secara tidak jujur.
“Semalam polis telah membuat permohonan di bawah Seksyen 56 Kanun Prosedur Jenayah kepada Yang Arif Majistret Mahkamah Ayer Keroh untuk mengeluarkan waran geledah supaya proses pengambilan semula kereta tidak dipertikai mana-mana pihak berdasarkan peruntukan undang-undang.
“Pada pukul 11.20 pagi semalam juga, sepasukan pegawai dan anggota JSJK Melaka telah merampas kereta jenis Toyota Camry berwarna hitam dan bernombor pendaftaran MAL 3 yang dijumpai di satu lot tempat kereta di kawasan kondominium di Jalan Perak, Bachang dan pihak polis telah meminta bekas Adun itu untuk hadir namun beliau memberi alasan mempunyai urusan di luar,” katanya pada sidang akhbar di IPK Melaka hari ini.
Mengulas lanjut Abdul Majid berkata pihak polis turut merampas satu anak kunci kereta, satu kad tambah nilai dan satu kad pengisian minyak petrol daripada seorang lelaki yang juga pemandu rasmi kepada bekas exco kerajaan negeri itu turut berada di tempat kejadian dan menyaksikan rampasan dibuat.
Beliau berkata siasatan awal juga mendapati satu surat arahan untuk memulangkan kenderaan tersebut telah dikeluarkan oleh ketua penolong setiausaha kanan kerajaan negeri Melaka pada 5 Oktober dan telah diserahkan kepada pegawai khas bekas Adun berkenaan.
“Sehingga kini lima saksi telah dirakam percakapan untuk membantu siasatan kes ini dan kesemua mereka terdiri daripada kakitangan pejabat SUK negeri dan polis akan memanggil lebih ramai saksi untuk membantu siasatan ini.
“Siasatan lanjut juga akan dijalankan untuk mengetahui bagaimana kereta rasmi milik kerajaan negeri itu diletakkan di tempat letak kereta tersebut serta kaitannya dengan pemilik lot tempat letak kereta terbabit,” katanya.
Sementara itu, Abdul Majid berkata sejak pembubaran DUN minggu lepas, satu kertas siasatan telah dibuka berhubung kes khianat menerusi media sosial iaitu fitnah ke atas Yang di-Pertua Negeri Melaka Mohd Ali Rustam dan polis telah menahan seorang lelaki yang juga penjawat awam berusia 34 tahun dan pelajar perempuan insitusi pengajian tinggi (IPT) berumur 21 tahun minggu lepas untuk siasatan lanjut.
Katanya, satu kertas siasatan juga dibuka berhubung kes fitnah terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Ab Rauf Yusoh dan siasatan lanjut masih dijalankan.
“Sejak pembubaran DUN, keadaan di Melaka terkawal dan stabil. Setakat ini pemantauan pihak polis mendapati tiada pihak atau parti politik yang cuba mengganggu gugat ketenteraman awam.
“Namun setakat ini kita telah memantau lebih 3,500 komen  di laman sosial berhubung pembubaran DUN yang dibuat oleh individu-individu secara emosi dan tidak mengetahui undang-undang selain telah merampas lapan kain rentang berbaur fitnah di sekitar di negeri ini,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/polis-panggil-bekas-exco-melaka-beri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Rampas Kereta Rasmi Bekas Exco Melaka

Polis Rampas Kereta Rasmi Bekas Exco Melaka

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 136 hits
October 13 2021 Kereta rasmi ADUN Pengkalan Batu Norhizam Hassan Baktee ditemui di sebuah kondominium di Melaka dan dirampas semalam susulan laporan polis yang dibuat oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Melaka pada Isnin lalu PETALING JAYA Pol...
Polis Sita Kereta Bekas Exco Melaka Yang Tak Dipulangkan

Polis Sita Kereta Bekas Exco Melaka Yang Tak Dipulangkan

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 445 hits
Kereta rasmi jenis Camry yang digunakan bekas exco kerajaan Melaka Datuk Norhizam Hassan Baktee disita pihak polis di sebuah kondominium di Jalan Tun Perak Melaka semalam Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali mengesahkan tindakan te...
Kerajaan Melaka Tumbang 3 Exco Letak Jawatan Tarik Sokongan Idris

Kerajaan Melaka Tumbang 3 Exco Letak Jawatan Tarik Sokongan Idris

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 256 hits
Kerajaan Melaka tumbang 3 exco letak jawatan tarik sokongan Idris Selepas seminggu spekulasi melanda politik Melaka hari ini kerajaan negeri itu diketuai Ketua Menteri Sulaiman Md Ali tumbang Dalam satu sidang media bekas Ketua Menteri Mela...
Pulang Segera Aset Kerajaan Km Melaka Beritahu Exco Letak Jawatan

Pulang Segera Aset Kerajaan Km Melaka Beritahu Exco Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 199 hits
MELAKA Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali berkata tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang meletak jawatan perlu memulangkan aset kerajaan termasuk kenderaan rasmi seperti yang termaktub dalam peraturan Beliau berkata ini kerana Id...
Pengurus Jenazah Covid 19 Penerima Anugerah Maulidur Rasul Melaka Bekas Kp Jakim Di Kl

Pengurus Jenazah Covid 19 Penerima Anugerah Maulidur Rasul Melaka Bekas Kp Jakim Di Kl

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 485 hits
Oleh Penyampaian anugerah pelbagai kategori sempena Sambutan Maulidur Rasul Perngkat Negeri Melaka yang disempurnakan oleh Yang di Pertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali di Masjid ...
Kerajaan Melaka Tumbang Tidak Boleh Ada Dua Singa Di Atas Satu Gunung Idris Haron Shuhada Abdul Kadir

Kerajaan Melaka Tumbang Tidak Boleh Ada Dua Singa Di Atas Satu Gunung Idris Haron Shuhada Abdul Kadir

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 206 hits
MELAKA Teka teki gelora politik Melaka akhirnya terjawab apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri kerajaan mengumumkan hilang kepercayaan dengan kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Suleiman Md Ali Empat ADUN itu ialah bekas Ketua Menteri Me...
Keahlian Adun Umno Terbabit Jatuhkan Kerajaan Melaka Terbatal Automatik

Keahlian Adun Umno Terbabit Jatuhkan Kerajaan Melaka Terbatal Automatik

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 245 hits
Mohd Amin Jalilam hmetro com mySeremban Umno akan menggugurkan Ahli Dewan Undangan Negeri daripada parti itu di Melaka yang didapati terbabit dalam gerakan menjatuhkan kerajaan negeri sedia ada Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasa...
Politik Melaka Ada Bukti Ph Terlibat Jatuhkan Kerajaan

Politik Melaka Ada Bukti Ph Terlibat Jatuhkan Kerajaan

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 320 hits
Sementara itu Pengerusi Perikatan Nasional Melaka Datuk Rafiq Naizamohideen membidas kenyataan bahawa Pakatan Harapan tidak terlibat langsung dalam gerakan menjatuhkan kerajaan negeri itu Beliau mendedahkan bahawa wujud rundingan antara emp...
Kerajaan Melaka Tumbang Ph Melaka Akan Menghadap Tyt Belum Bincang Calon Ketua Menteri

Kerajaan Melaka Tumbang Ph Melaka Akan Menghadap Tyt Belum Bincang Calon Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 211 hits
MELAKA Pakatan Harapan Melaka akan berjumpa Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam bagi mempersembahkan bahawa kerajaan negeri dibawah pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sudah hilang majoriti Ia susulan tindakan berpaling tadah empa...
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Effective Market Research On A Budget

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Unveiling The Convenience Of Online Bookstore In Malaysia

Pilihan Allah Pasti Terbaik Kita Tidak Bisa Memaksa Pilihan Kita Kepada Allah

True Wallet Live22 Top 53 By Nellie Live22slot Fun 29 Jun 2024

Konfflik Irael Iran 3 Suasana Terkini

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Bercakap Dengan Jun