Pengurus Jenazah Covid 19 Penerima Anugerah Maulidur Rasul Melaka Bekas Kp Jakim Di Kl


Oleh UtusanTV Penyampaian anugerah pelbagai kategori sempena Sambutan Maulidur Rasul Perngkat Negeri Melaka yang disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, dan turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali di Masjid Al Azim hari ini./ Gambar FB Istana Melaka. PENGURUS jenazah COVID-19, Hasnul Hussein, 52, di Hospital Melaka dipilih penerima Anugerah Abu Thalhah sempena Majlis Penyampaian Anugerah Khas Maulidur Rasul 1443 Hijrah peringkat negeri, di Auditorium Masjid Al-Azim, Melaka.
Penyampaian anugerah pelbagai kategori itu diberikan atas sumbangan dan khidmat bakti penerima yang disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam, dan turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Sementara itu, Hasnul berkata, sejak bulan lalu, bilangan jenazah yang diuruskan semakin berkurangan saban hari, berbanding beberapa bulan sebelumnya.
“Pada bulan Julai hingga Ogos kadang kala jumlah jenazah yang perlu diuruskan di Jabatan Forensik Hospital Melaka mencecah 15 jenazah sehari.
“Namun keadaan ini berbeza dan semakin baik… hanya satu atau dua jenazah sehari dan kadang kala ada hari tiada langsung kematian berkait COVID-19, yang perlu diuruskan,” katanya seperti dilapor Bernama hari ini.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan keberkesanan pemberian vaksinasi kepada rakyat di negara ini menyebabkan situasi itu semakin baik.
Mengenai anugerah diterimanya, Hasnul berkata, menguruskan lebih 100 jenazah COVID-19 sejak tahun lalu tidak pernah dianggap sebagai beban, malah ia ibarat memikul amanah demi menunaikan tuntutan fardu kifayah.
Beliau berkata, tidak pernah terlintas di fikirannya tanggunjawab itu memenatkan, biarpun dibasahi keringat kerana perlu lengkap berpakaian perlindungan diri (PPE) dan keadaan bilik yang sempit serta berbahang.
Katanya, pengendalian jenazah COVID-19 agak mencabar kerana ia berbeza dengan proses menguruskan kematian lain, kerana ia membabitkan proses tayamum dan solat jenazah hingga jenazah dimasukkan ke dalam van untuk dibawa ke kubur.
“Saya bersama pasukan akan bertugas pada awal pagi dan sekiranya diperlukan akan bertugas menguruskan jenazah pada waktu malam juga.
“Selagi kita berniat kerja sebagai ibadah, saya tidak pernah rasa gusar dijangkiti virus kerana perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, dan turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali di Masjid Al Azim./ Gambar FB Istana Melaka. Sementara itu, di KUALA LUMPUR, bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Utama Maulidur Rasul peringkat Wilayah Persekutuan bagi tahun ini.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam kenyataan memaklumkan, keputusan dilakukan Jawatankuasa Panel Pemilihan Anugerah Tokoh Maulidur Rasul 1443H itu adalah berdasarkan sumbangan cemerlang terhadap pembangunan ummah dan perkembangan syiar Islam.
Othman ketika berucap menerusi rakaman video berkata beliau menganggap anugerah yang diterima itu sebagai amanah dan tanggungjawab beliau kepada agama dan negara, demi memastikan syiar Islam terus disemarakkan.
Ahli Lembaga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) itu berkata, beliau akan terus menyumbang kepakaran ilmu bagi membangunkan masyarakat Islam, khusus di Wilayah Persekutuan supaya mampu berdaya saing, progresif, dinamik dan bersatu berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Harapan saya semoga Islam terus dipandang mulia dan masyarakat kita hidup dalam suasana harmoni, aman damai, serta selaras dengan gagasan Keluarga Malaysia,” katanya seperti dilapor BERNAMA pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 2021 hari ini.
Anugerah Khas Individu pula diberikan kepada Pengarah Urusan Kumpulan Zikay Group Berhad Datuk Mohd Khay Ibrahim, manakala Anugerah Khas Organisasi bagi Kategori Masjid (Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan); Kategori Surau (Surau Jumaat Al-Hikmah Projek Perumahan Rakyat Beringin); dan Kategori Sekolah Rendah Agama atau Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) (SIRAJ Saidina Uthman bin Affan).
Bagi kategori Institut Pendidikan Islam Swasta pula diberikan kepada Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi, selain kategori Badan Bukan Kerajaan diberi kepada Persekutuan Seruan Islam Selangor Dan Wilayah Persekutuan (Jam’iyah).
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad ketika berucap merasmikan majlis tersebut berkata beliau mengajak agensi hal ehwal Islam terus bangkit bersama masyarakat, untuk membantu dan bina semula negara yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
“Dalam konteks Wilayah Persekutuan, adalah menjadi harapan saya, agar Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bersama JAWI, terus melipatgandakan usaha memperkasa umat Islam dalam aspek pendidikan, sosioekonomi, kebajikan termasuklah aspek penyatuan dan perpaduan ummah,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/pengurus-jenazah-covid-19-penerima.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Suhaini Penerima Anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul Kebangsaan

Dr Suhaini Penerima Anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul Kebangsaan

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 259 hits
Dr Suhaini Kadiman KUALA LUMPUR Ketua Jabatan Anestesiologi dan Unit Rawatan Rapi Institut Jantung Negara Datuk Dr Suhaini Kadiman dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul Kebangsaan 2021 Pemilihan beliau sempena Sambu...
Prn Melaka Pm Bimbang Penularan Covid 19 Berulang

Prn Melaka Pm Bimbang Penularan Covid 19 Berulang

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 314 hits
AGENDA DAILY Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan kebimbangan berhubung risiko penularan Covid 19 sekiranya Pilihan Raya Negeri Melaka diadakan dalam masa terdekat Ismail S...
Legal Experts Emergency Can Be Declared To Delay Melaka State Election Over Covid 19 Concerns

Legal Experts Emergency Can Be Declared To Delay Melaka State Election Over Covid 19 Concerns

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 223 hits
The Election Commission was officially informed yesterday of the dissolution of the 14th Melaka state legislative assembly on Oct 4 from Melaka state legislative assembly Speaker Datuk Seri Ab Rauf Yusoh NSTP SYAFEEQ AHMADKUALA LUMPUR An Em...
Gadis Joget Goyang Pargoy Di Pentas Sambutan Maulidur Rasul

Gadis Joget Goyang Pargoy Di Pentas Sambutan Maulidur Rasul

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 193 hits
Oleh KOSMO Ketiga tiga gadis tersebut kelihatan asyik menari di atas pentas sambil disaksikan penonton Instagram fakta indoJAKARTA Aksi sekumpulan remaja perempuan yang melakukan tarian digelar goyang pargoy pada pentas acara sambutan Mauli...
Polis Sita Kereta Bekas Exco Melaka Yang Tak Dipulangkan

Polis Sita Kereta Bekas Exco Melaka Yang Tak Dipulangkan

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 445 hits
Kereta rasmi jenis Camry yang digunakan bekas exco kerajaan Melaka Datuk Norhizam Hassan Baktee disita pihak polis di sebuah kondominium di Jalan Tun Perak Melaka semalam Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali mengesahkan tindakan te...
Empat Bekas Adun Melaka Sah Jumpa Anwar Selepas Tarik Sokongan

Empat Bekas Adun Melaka Sah Jumpa Anwar Selepas Tarik Sokongan

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 184 hits
Oleh FAZLI RADZI October 8 2021Empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali 4 Oktober lalu sah telah bertemu Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim Salah s...
Politik Melaka Semua Bekas Adun Diberi Seminggu Kosongkan Pejabat

Politik Melaka Semua Bekas Adun Diberi Seminggu Kosongkan Pejabat

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 310 hits
Semua 28 bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka diberi tempoh seminggu untuk mengosongkan bangunan jawatankuasa pembangunan dan penyelarasan Dewan Undangan Negeri di kawasan masing masing Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali
Polis Rampas Kereta Rasmi Bekas Exco Melaka

Polis Rampas Kereta Rasmi Bekas Exco Melaka

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 136 hits
October 13 2021 Kereta rasmi ADUN Pengkalan Batu Norhizam Hassan Baktee ditemui di sebuah kondominium di Melaka dan dirampas semalam susulan laporan polis yang dibuat oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Melaka pada Isnin lalu PETALING JAYA Pol...
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Effective Market Research On A Budget

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar

Don T Dim Your Dreams Let Integrity Electrical Illuminate Your Vision

Specialization And Excellence Headwater Health S Crna Focus

Ipr Lonjak Pendapatan Peniaga B40

Perintah Berkurung Untuk Kanak Kanak Bawah 13 Tahun

Wee Mca Not A Hypocrite