Mission Impossible Saman Syarikat Insurans Selepas Tujuh Sekatan Pergerakan Covid 19
‘Mission: Impossible’ saman syarikat insurans selepas tujuh sekatan pergerakan COVID-19
LOS ANGELES: Produksi filem terbaru Mission: Impossible telah ditangguh sebanyak tujuh kali akibat pandemik COVID-19, menurut satu saman yang difailkan pada Isnin.
Tuntutan saman itu mendakwa syarikat insurans filem berkenaan gagal membayar kos bagi enam daripada tujuh penangguhan tersebut hingga mengakibatkan kerugian besar.
Dalam saman yang difailkan Paramount Pictures di Mahkamah Persekutuan AS di California itu, penggambaran siri aksi yang dibintangi aktor Tom Cruise itu ditunda sebanyak empat kali di Itali, dan tiga kali di United Kingdom antara Februari 2020 hingga Jun 2021.
Penangguhan itu adalah kerana terdapat kes positif dalam ujian saringan dalam kalangan pelakon dan juga kru produksi, dan juga akibat kuarantin dan sekatan pergerakan yang dikenakan di negara-negara lokasi penggambaran
Tuntutan saman ke atas Federal Insurance yang berpangkalan di Indiana itu antara lain adalah disebabkan pelanggaran kontrak, di mana sepatutnya mereka bersetuju untuk membayar sejumlah AS$5 juta pada penangguhan pertama.
Federal Insurance belum memberikan sebarang komen atas perkembangan tersebut.
Cruise, yang juga penerbit filem, sangat berang sewaktu di set Mission: Impossible 7 di England pada Disember lalu atas sebab pelanggaran protokol COVID-19, lantas mengancam untuk memecat pelakon dan kru yang tidak mengambil serius dalam perkara itu.
Mission: Impossible merupakan salah satu francais terbesar di Hollywood, dengan edisi Mission: Impossible – Fallout pada tahun 2018 berjaya meraih kutipan box-office sejumlah lebih AS$791 juta di seluruh dunia.
Pandemik COVID-19 telah mengakibatkan banyak produksi filem dan televisyen tergendala. Kos ujian saringan, konsultasi dan kelengkapan perlindungan pula telah menambah perbelanjaan.
Paramount dalam tuntutan saman berkata, syarikat insurans telah berhujah bahawa ‘tiada bukti yang menunjukkan bahawa pelakon dan tenaga kerja produksi tidak boleh meneruskan kerja mereka, walaupun ada yang telah dijangkiti COVID-19 dan merisikokan orang lain dalam produksi’.
Paramount tidak menjelaskan kos sebenar kerugian akibat perintah sekatan pergerakan yang dikenakan, namun jumlahnya lebih daripada AS$5 juta yang dibayar syarikat insurans itu pada penangguhan kali pertama pada Februari 2020.
Filem Mission: Impossible 7 dijadual untuk ditayangkan pada Mei 2022.-Skynews
‘Mission: Impossible’ saman syarikat insurans selepas tujuh sekatan pergerakan COVID-19
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Baca Artikel Menarik :
Pemilihan semula lebih baik berbanding undang-undang anti lompat
Ayda Jebat berang netizen persoal alat sulit suami
Siapa Menteri Kanan Akan Dipecat Selepas 100 hari Angkat Sumpah
Pawagam Altitud Paling Tinggi Di Dunia
Selangor lulus 54% hutan simpanan KLNFR dinyahwarta untuk pembangunan
PKR, DAP terima dana asing NED?
ROS kini benarkan penangguhan Pemilihan UMNO
Resepi Udang Goreng Butter Tanpa Susu
Nabila tapis dahulu siapa jadi mak tiri Jebat
Lelaki maut ‘diserang’ ayam sabung sendiri
Kelas Silat Online Malaysia yang pertama
Layari Laman Facebook MYKMU
[VIDEO] Rakaman Audio Tom Cruise Berang “I See You Do It Again You ‘ re F***ing Gone!” Dengan Kru Produksi Langgar SOP COVID-19 Tersebar
Tom Cruise lesap, disyaki positif COVID-19
The post ‘Mission: Impossible’ saman syarikat insurans selepas tujuh sekatan pergerakan COVID-19 appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/08/31/mission-impossible-saman-syarikat-insurans-selepas-tujuh-sekatan-pergerakan-covid-19/