Polis Nafi Ugut Saman Penduduk Naik Bendera Putih


 
Ketua Polis Pahang, Ramli Mohamed Yoosuf berkata, bantuan sudah pun diserahkan kepada pihak yang menaikkan bendera putih di kampung berkenaan petang tadi. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Polis Pahang menafikan dakwaan ada anggotanya marah atau mengugut akan mengeluarkan saman kepada penduduk di Kampung Bukit Setongkol, Kuantan, Pahang yang menaikkan bendera putih.
Ketua Polis Pahang Ramli Mohamed Yoosuf sebaliknya menjelaskan, terdapat penduduk di kawasan itu yang menaikkan bendera putih pada tempat awam iaitu di tiang elektrik dan disifatkan tidak sesuai.
“Semasa di lokasi tersebut, dilihat satu bendera dipasang pada tiang elektrik dan satu pada rumah kediaman.
“Pihak polis sempat menemubual mangsa-mangsa ini. Antara yang dapat disampaikan, nasihat supaya bersabar, langkah menaikkan bendera putih di kediaman adalah betul untuk mudahkan pengesanan dan penyaluran bantuan oleh pihak berwajib,” katanya kepada FMT.
Ramli berkata, pemasangan bendera putih pada tiang elektrik tidak sesuai kerana ia akan menyukarkan pihak yang ingin menyalurkan bantuan mengesan pihak yang memerlukan bantuan di kampung berkenaan.
Katanya, atas usaha segera juga bantuan dapat diserahkan kepada pihak yang menaikkan bendera putih di kampung itu petang tadi.
“Hasil pemantauan, tujuh keluarga telah dikesan mengalami kesusahan dan memerlukan bantuan disebabkan terkesan dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan.
“Perkara itu dapat sampai pada pengetahuan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Setongkol, Kamaluddin Ahad dan beliau yg hadir bersama polis, telah kemukakan senarai nama pada Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya.
Katanya, keseluruhan tujuh keluarga itu membabitkan 14 dewasa dan lima kanak-kanak dan ada dalam kalangan mereka yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis dan strok.
Beliau berkata, rata-rata daripada mereka terkesan dengan perlaksanaan PKP dan hilang punca pendapatan kerana sebahagian besar bekerja sendiri dan peniaga kecil.
“Pemasangan bendera putih ini juga tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan tindakan 13 keluarga di Bukit Setongkol menaikkan bendera putih untuk meminta bantuan tidak disenangi pihak tertentu hingga diarah menurunkan bendera berkenaan semalam.
Tindakan penduduk itu dikatakan satu kesalahan dan saman boleh dikeluarkan jika bendera yang dipasang gagal diturunkan.
Bimbang dikenakan tindakan, penduduk akur apabila bendera yang dipasang pada Selasa terpaksa diturunkan pada Rabu selepas diarah berbuat demikian oleh seorang individu yang datang bersama tiga anggota polis. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/07/polis-nafi-ugut-saman-penduduk-naik.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Pahang Individu Diarah Turun Bendera Putih Kerana Gantung Di Tiang Elektrik

Polis Pahang Individu Diarah Turun Bendera Putih Kerana Gantung Di Tiang Elektrik

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 232 hits
Laporan ini dikemas kini dengan respons polis Pahang Polis Pahang menafikan dakwaan yang mengatakan anggotanya mengarahkan penduduk di Kuantan menurunkan bendera putih yang dinaikkan di rumah Ketua Polis Pahang Ramli Mohamed Yoosuf dalam sa...
Polis Tidak Halang Untuk Kibar Bendera Putih Laporan 13 Keluarga Di Halang Tidak Benar

Polis Tidak Halang Untuk Kibar Bendera Putih Laporan 13 Keluarga Di Halang Tidak Benar

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 607 hits
KUANTAN Berita mengenai pihak polis menghalang 13 keluarga di Bukit Setongkol daripada mengibarkan bendera putih semalam adalah tidak benar Ketua Polis Pahang YDH CP Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata laporan yang dikeluarkan tersebut adala...
Penduduk Jinjang Turunkan Bendera Putih Lepas Insiden Di Kuantan

Penduduk Jinjang Turunkan Bendera Putih Lepas Insiden Di Kuantan

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 195 hits
Bimbang menjadi sasaran polis penduduk di Jinjang Kepong menurunkan bendera putih yang dikibarkan di rumah mereka walaupun masih memerlukan bantuan Perkara itu dimaklumkan Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng yang berkata dia mendapat maklumat ...
Bendera Putih Putus Bekalan Bendera Hijau Putus Wayar

Bendera Putih Putus Bekalan Bendera Hijau Putus Wayar

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 512 hits
Kekalkan PAS sebagai pemerintah di Kelantan sebagai laboratory evidence atau muzium untuk mengingati kita akan kebodohan puak lebai ini Biarlah mereka berkumur dengan air tahi yang keluar daripada paip dan pili di negeri malang itu Kita tid...
Kibar Bendera Putih Dialukan Asalkan Bukan Motif Politik

Kibar Bendera Putih Dialukan Asalkan Bukan Motif Politik

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 264 hits
Oleh MOHD AZLI ADLAN Rosol memeriksa sebahagian barangan keperluan yang disumbang pihak swasta menerusi program Bank Makanan di Dewan Orang Ramai Pasir Raja Dungun hari ini DUNGUN Kempen mengibar bendera putih dianggap mekanisme baharu yang...
Sharnaaz Ahmad Jadi Adun Bantu 100 Keluarga Bendera Putih

Sharnaaz Ahmad Jadi Adun Bantu 100 Keluarga Bendera Putih

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 248 hits
SHARNAAZ AHMADOleh MOHAMMAD SHAHEMY AZMI1 Julai 2021SPETALING JAYA Selepas melantik diri sendiri sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri tidak rasmi pelakon Sharnaaz Ahmad menyediakan 100 bungkusan bantuan berupa barangan dapur untuk disumbangka...
Tak Sangka 13 Keluarga Ini Diugut Akan Disaman Rm50k Jika Kibarkan Bendera Putih

Tak Sangka 13 Keluarga Ini Diugut Akan Disaman Rm50k Jika Kibarkan Bendera Putih

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 171 hits
KUANTAN Lain diharapkan lain pula yang berlaku Itu situasi dilalui 13 keluarga di Bukit Setongkol di sini Ini apabila tindakan mereka menaikkan bendera putih untuk meminta bantuan tidak disenangi pihak tertentu hingga diarah diturunkan pada...
Keadilan Pahang Membantah Keras Pihak Yang Mengugut Rakyat Yang Menaikkan Bendera Putih

Keadilan Pahang Membantah Keras Pihak Yang Mengugut Rakyat Yang Menaikkan Bendera Putih

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 244 hits
Keadilan Pahang melahirkan rasa simpati kepada beberapa penduduk di sekitar Indera Mahkota dan Kuantan yang mengadu bahawa mereka telah diugut untuk diambil tindakan sekiranya mereka mengibarkan bendera putih bagi memberi isyarat mereka per...
Seruan Saya Lawan Covid 19 Dengan Cara Anjuran Agama Nik Abduh Pertahan Kenyataan Bendera Putih

Seruan Saya Lawan Covid 19 Dengan Cara Anjuran Agama Nik Abduh Pertahan Kenyataan Bendera Putih

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 429 hits
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyeru rakyat melawan Covid 19 dengan kesatuan doa dan usaha berterusan PETALING JAYA Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mempertahankan kenyataannya seb...
Metamask Security Warning

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Overcoming The Funding Challenges

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

Menu Hari Raya 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mihun Goreng

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

2 Wanita Bunuh Bomoh Yang Mengugut Sebar Video Peribadi

Diva Aa Bising Pasal Pelanggan Drive Thru Mcdonald S Reaksi Nampak Pelbagai

Resepi Kari Ayam Perap Nenek Dulu Tanya Mak Kenapa Kari

Prapesan Siri Realme 14 Bermula Deposit Serendah Rm20