Polis Pahang Individu Diarah Turun Bendera Putih Kerana Gantung Di Tiang Elektrik


Wong Kai Hui
Laporan ini dikemas kini dengan respons polis Pahang.
Polis Pahang menafikan dakwaan yang mengatakan anggotanya mengarahkan penduduk di Kuantan menurunkan bendera putih yang dinaikkan di rumah.
Ketua Polis Pahang Ramli Mohamed Yoosuf dalam satu kenyataan berkata individu yang diarahkan menurunkan bendera putih adalah kerana bendera berkenaan digantung di tiang elektrik.
"Polis tidak mengugut. Apa yang berlaku waktu itu, seperti dilaporkan Ketua Polis Daerah Kuantan (Mohamad Noor Yusof Ali) adalah kerana individu itu meletakkan bendera di tiang elektrik.
"Polis tiada halangan untuk bendera putih dikibarkan, kerana tidak ada dalam mana-mana peruntukan undang-undang atau SOP yang menyatakan perbuatan itu satu pelanggaran undang-undang setakat ini," katanya.
Ramli berkata demikian sebagai respons dakwaan Adun PKR Teruntum, Sim Chon Siang bahawa penduduk di Kuantan yang mengibarkan bendera putih untuk meminta bantuan diperintahkan oleh polis untuk menurunkannya.
Mengulas lanjut, Ramli berkata pihak polis tidak ada halangan terhadap penduduk yang menaikkan bendera putih di hadapan rumah masing-masing jika ia dikibarkan di "tempat sepatutnya".
"Saya telah mengarahkan supaya tidak ada apa-apa tindakan dibuat sekiranya bendera putih ini dikibarkan di tempat-tempat sepatutnya.
"Sudah tentu kalau menghalang lalu lintas dan sebagainya ia adalah satu kesalahan.
"Tapi untuk tujuan mengibarkannya dan tidak menghalang dan sebagainya, tiada apa-apa halangan," katanya.
Perkembangan ini berlaku ketika gerakan #BenderaPutih mendapat perhatian dengan lebih banyak orang yang berdepan kesukaran di tengah pandemik mendapat manfaat daripada kempen itu.
Terdahulu, Malaysiakini memetik Sim yang berkata penduduk mendakwa polis mengancam akan mengeluarkan denda RM50,000 sekiranya tidak menurunkan bendera putih yang digantung.
Dia memberitahu Malaysiakini bahawa dia pergi melawat 13 keluarga yang tinggal di Bukit Setongkol, Kuantan, hari ini.
Keluarga itu dikatakan menaikkan dua bendera putih di jalan utama berhampiran rumah mereka pada hari Selasa (29 Jun), katanya, sambil menambah bahawa mereka kemudian mendapat bantuan daripada badan bukan kerajaan (NGO) tempatan pada keesokan harinya.
Bagaimanapun, menurutnya, ketua kampung setempat meminta mereka menurunkan bendera itu petang semalam.
Selepas bendera itu tidak diturunkan, Sim berkata ketua kampung kemudian membawa polis ke rumah berkenaan dan sekali lagi meminta mereka untuk menurunkan bendera putih itu.
Sim berkata penduduk mendakwa polis mengancam akan mendenda mereka.
"Ketua kampung datang dan menyuruh mereka menurunkan bendera. Dia mengatakan bahawa tindakan (menaikkan bendera putih) itu salah.
"Penduduk mengatakan bahawa mereka benar-benar tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan sehingga mereka meminta pertolongan. Apa yang salah?
"Ketua kampung kemudian pulang. Kurang dari lima minit kemudian, dia kembali bersama polis. Polis memerintahkan penduduk kampung untuk menurunkan bendera kerana ia dikatakan salah.
"Polis juga mengatakan bahawa jika isu tersebut menjadi tular di internet, mereka akan didenda RM50,000," katanya.
Sim menambah bahawa sebahagian besar penduduk di sana adalah penjaja atau buruh yang kehilangan pendapatan selama sekitar dua bulan kerana perintah kawalan pergerakan.
"Persoalannya adalah undang-undang atau peruntukan mana yang mengatakan bahawa menaikkan bendera putih adalah suatu kesalahan?
"Orang di luar sana benar-benar kelaparan, jadi mereka mengangkat bendera yang meminta pertolongan," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/polis-pahang-individu-diarah-turun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Nafi Ugut Saman Penduduk Naik Bendera Putih

Polis Nafi Ugut Saman Penduduk Naik Bendera Putih

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 407 hits
Ketua Polis Pahang Ramli Mohamed Yoosuf berkata bantuan sudah pun diserahkan kepada pihak yang menaikkan bendera putih di kampung berkenaan petang tadi PETALING JAYA Polis Pahang menafikan dakwaan ada anggotanya marah atau mengugut akan men...
Keadilan Pahang Membantah Keras Pihak Yang Mengugut Rakyat Yang Menaikkan Bendera Putih

Keadilan Pahang Membantah Keras Pihak Yang Mengugut Rakyat Yang Menaikkan Bendera Putih

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 262 hits
Keadilan Pahang melahirkan rasa simpati kepada beberapa penduduk di sekitar Indera Mahkota dan Kuantan yang mengadu bahawa mereka telah diugut untuk diambil tindakan sekiranya mereka mengibarkan bendera putih bagi memberi isyarat mereka per...
Polis Tidak Halang Untuk Kibar Bendera Putih Laporan 13 Keluarga Di Halang Tidak Benar

Polis Tidak Halang Untuk Kibar Bendera Putih Laporan 13 Keluarga Di Halang Tidak Benar

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 635 hits
KUANTAN Berita mengenai pihak polis menghalang 13 keluarga di Bukit Setongkol daripada mengibarkan bendera putih semalam adalah tidak benar Ketua Polis Pahang YDH CP Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata laporan yang dikeluarkan tersebut adala...
Hiburan Cari Bendera Putih Sekitar Ipoh Cik B Hulur Bantuan Kepada Individu Terjejas

Hiburan Cari Bendera Putih Sekitar Ipoh Cik B Hulur Bantuan Kepada Individu Terjejas

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 329 hits
Anak kepada pengusaha kosmetik terkenal DS Vida Cik B turut tidak ketinggalan dalam memberi bantuan kepada golongan memerlukan sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan kali ini Difahamkan Cik B kini giat mencari bendera putih seki...
Bantuan Elak Kibar Bendera Putih Ini Kerana Tindakan Seperti Kalah Di Dalam Peperangan

Bantuan Elak Kibar Bendera Putih Ini Kerana Tindakan Seperti Kalah Di Dalam Peperangan

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 299 hits
KUANTAN Tindakan mengibarkan bendera putih bagi mereka memerlukan bantuan disifatkan seperti mereka yang kalah dalam peperangan Pesuruhjaya Pas Pahang Rosli Abdul Jabar berkata perbuatan itu tidak sewajarnya dilakukan kerana masih terdapat ...
Guna Saluran Rasmi Bendera Putih Tidak Diiktiraf Di Kedah Mb Kedah

Guna Saluran Rasmi Bendera Putih Tidak Diiktiraf Di Kedah Mb Kedah

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 266 hits
Guna Saluran Rasmi Bendera Putih Tidak Diiktiraf Di Kedah MB Kedah Kerajaan negeri Kedah tidak mengiktiraf penggunaan bendera putih sebagai cara untuk mendapatkan bantuan makanan kata Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor Beliau sebaliknya b...
Bendera Putih Simbolik Solidariti Kita Berjaya

Bendera Putih Simbolik Solidariti Kita Berjaya

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 245 hits
KITA BENDERA PUTIH Ya bendera putih berjaya menggugat keimanan lebai2 pencinta dunia Jika tidak takkan mereka bersuara mengenainya walaupun terpaksa menyindir bodoh mereka sgt takut dgn reaksi rakyat Walaupun ia hanya sekadar bendera berwar...
Sanusi Dikecam Selepas Anggap Pacak Bendera Putih Sebagai Propaganda Politik

Sanusi Dikecam Selepas Anggap Pacak Bendera Putih Sebagai Propaganda Politik

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 306 hits
FAZLI RADZIOrang ramai mengecam Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang mempersoal tindakan orang ramai mengibarkan bendera putih Meskipun gerakan awam itu bagi membantu rakyat yang terputus bekalan makanan tetapi Sanusi dilihat pre...
Lirik Lagu Aku Ikhlas Melepaskanmu Shandy Pagalla

Iran President S Plane Lands In Oman Along With Three More

Mca Baffled By Pmx S Claim Of Rm20b National Debt Cut When It Has Surged 11 4 Under Madani Rule

Awie Riez Luka Chord

Board Game Caf S The Analog Social Scene Redefining Pop Culture

Empat Tahun Selepas Angkara Keji Finalis Masterchef Dihukum Penjara 34 Tahun

Senarai Iphone Murah Di Malaysia Kedai Online Dipercayai Tawaran Terkini 2025

Revealed The Hyper Exclusive Mv Agusta Superveloce 1000 Ago


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Betul Ke Hypothyroid Penyebab Rasa Letih Melampau

Masak Guna Kuali Periuk Stainless Steel

Kota Lama Duyung Pulau Duyung Terengganu Warisan Yang Terbiar

Kes Telur Masam Michael Ang Selar Usahawan Dijangkiti Herpes Tak Rasa Malu Ke

Fahmi Fadzil Anggap Gandingan Nurul Izzah Amp Saifuddin Nasution Sangat Cocok

Parlimen Iran Putus Tutup Selat Hormuz