Penduduk Jinjang Turunkan Bendera Putih Lepas Insiden Di Kuantan


Wong Kai Hui

Bimbang menjadi sasaran polis, penduduk di Jinjang, Kepong menurunkan bendera putih yang dikibarkan di rumah mereka walaupun masih memerlukan bantuan.
Perkara itu dimaklumkan Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng, yang berkata dia mendapat maklumat ada sebuah rumah di situ yang mengibarkan bendera putih semalam.
Ketika berkunjung ke sana untuk menghantar makanan hari ini, Lim berkata dia mendapati bendera telah diturunkan.
Dia berkata, keluarga tersebut berbuat demikian kerana takut dikenakan kompaun oleh polis.
"Ada orang beritahu mereka yang polis akan keluarkan kompaun, jadi mereka turunkannya awal pagi ini.
"Semalam, dilaporkan ada penduduk di Kuantan yang diminta turunkan bendera dan berita itu tersebar dengan cepat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Menurutnya, ada tiga orang yang tinggal di rumah itu yang memohon bantuan.
Seorang lelaki pertengahan umur yang menjaga dua wanita yang lebih tua, telah hilang kerja akibat wabak Covid-19. Justeru, mereka mengibarkan bendera putih semalam (1 Julai).
Lim berpandangan tindakan itu bagi mendapatkan bantuan bukanlah satu kesalahan.
Dalam satu ciapan di Twitter kemudian, Lim berkata sekarang bukan masanya untuk "menjaga air muka kerajaan" di saat ada yang bergelut untuk menyara kehidupan.
"Kalau saya terima maklumat tentang rumah ini lambat sikit, mungkin mereka tak akan dapat apa-apa bantuan.
Saya kasihan sebenarnya. Dalam situasi begini pun masih ada pihak yang tak mahu orang susah ditolong. Kalau kita tak dapat bantu, senyap saja. Atau hubungi saya, biar saya yang bantu mereka.
"Tolong jangan takutkan mereka yang sudah susah ini. Sekarang waktu untuk kita bantu sesama kita, bukannya jaga air muka kerajaan," kata ahli Parlimen DAP itu lagi.
Polis Pahang nafi buat ugutan
Semalam, Adun Teruntum daripada PKR, Sim Chon Siang berkata, ada penduduk di Pahang yang mengadu diarah pihak polis untuk menurunkan bendera putih yang dikibarkan jika tidak ingin dikenakan kompaun RM50,000.
Bagaimanapun, Ketua Polis Pahang Ramli Mohamed Yoosuf menafikan ada membuat ugutan. Dia berkata polis meminta mereka berbuat demikian kerana bendera berkenaan digantung di tiang elektrik.
Polis tiada halangan untuk bendera putih dikibarkan, kerana tidak ada dalam mana-mana peruntukan undang-undang atau SOP yang menyatakan perbuatan itu satu pelanggaran undang-undang setakat ini," katanya semalam.
Ketika dihubungi hari ini, Sim berkata penduduk memang mengatakan polis mengarahkan mereka menurunkan bendera, termasuk yang diletakkan di dalam kawasan rumah mereka.
"Ada lima hingga enam orang yang mendengar mereka (polis) berkata demikian," katanya.
Menurut Sim, penduduk akan membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Kuantan agar aduan mereka dapat direkodkan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/penduduk-jinjang-turunkan-bendera-putih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Nafi Ugut Saman Penduduk Naik Bendera Putih

Polis Nafi Ugut Saman Penduduk Naik Bendera Putih

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 368 hits
Ketua Polis Pahang Ramli Mohamed Yoosuf berkata bantuan sudah pun diserahkan kepada pihak yang menaikkan bendera putih di kampung berkenaan petang tadi PETALING JAYA Polis Pahang menafikan dakwaan ada anggotanya marah atau mengugut akan men...
Kempen Bendera Putih Bantuan Makanan Tetap Diteruskan Di Kawasan Pkpd

Kempen Bendera Putih Bantuan Makanan Tetap Diteruskan Di Kawasan Pkpd

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 300 hits
July 2 2021 Ohana s Helping Hands Food Bank tidak menyangka PKPD diumumkan di Selangor dan Kuala Lumpur ketika PKP sedang berjalan PETALING JAYA Bantuan menerusi kempen bendera putih kekal diteruskan di kawasan perintah kawalan pergerakan d...
Sanusi Dikecam Selepas Anggap Pacak Bendera Putih Sebagai Propaganda Politik

Sanusi Dikecam Selepas Anggap Pacak Bendera Putih Sebagai Propaganda Politik

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 284 hits
FAZLI RADZIOrang ramai mengecam Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang mempersoal tindakan orang ramai mengibarkan bendera putih Meskipun gerakan awam itu bagi membantu rakyat yang terputus bekalan makanan tetapi Sanusi dilihat pre...
Tak Sangka 13 Keluarga Ini Diugut Akan Disaman Rm50k Jika Kibarkan Bendera Putih

Tak Sangka 13 Keluarga Ini Diugut Akan Disaman Rm50k Jika Kibarkan Bendera Putih

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 167 hits
KUANTAN Lain diharapkan lain pula yang berlaku Itu situasi dilalui 13 keluarga di Bukit Setongkol di sini Ini apabila tindakan mereka menaikkan bendera putih untuk meminta bantuan tidak disenangi pihak tertentu hingga diarah diturunkan pada...
Sharnaaz Ahmad Jadi Adun Bantu 100 Keluarga Bendera Putih

Sharnaaz Ahmad Jadi Adun Bantu 100 Keluarga Bendera Putih

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 242 hits
SHARNAAZ AHMADOleh MOHAMMAD SHAHEMY AZMI1 Julai 2021SPETALING JAYA Selepas melantik diri sendiri sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri tidak rasmi pelakon Sharnaaz Ahmad menyediakan 100 bungkusan bantuan berupa barangan dapur untuk disumbangka...
Guna Saluran Rasmi Bendera Putih Tidak Diiktiraf Di Kedah Mb Kedah

Guna Saluran Rasmi Bendera Putih Tidak Diiktiraf Di Kedah Mb Kedah

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 246 hits
Guna Saluran Rasmi Bendera Putih Tidak Diiktiraf Di Kedah MB Kedah Kerajaan negeri Kedah tidak mengiktiraf penggunaan bendera putih sebagai cara untuk mendapatkan bantuan makanan kata Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor Beliau sebaliknya b...
Bantuan Elak Kibar Bendera Putih Ini Kerana Tindakan Seperti Kalah Di Dalam Peperangan

Bantuan Elak Kibar Bendera Putih Ini Kerana Tindakan Seperti Kalah Di Dalam Peperangan

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 276 hits
KUANTAN Tindakan mengibarkan bendera putih bagi mereka memerlukan bantuan disifatkan seperti mereka yang kalah dalam peperangan Pesuruhjaya Pas Pahang Rosli Abdul Jabar berkata perbuatan itu tidak sewajarnya dilakukan kerana masih terdapat ...
Jangan Politikkan Rumah Pasang Bendera Putih

Jangan Politikkan Rumah Pasang Bendera Putih

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 306 hits
WAKTU genting dan gawat ini semua terkesan Bukan sahaja golongan peniaga jalanan dan B40 sahaja terasa bahang pandemik ekonomi malah golongan M40 dan T20 juga terkesan sama T20 sudah ada yang bertukar menjadi M40 malah lebih teruk sudah men...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Modul Kaedah Strategi Pengajaran Pembelajaran Bahan Sokongan Pdp Siri Bsbpk 2022

Rumpai Laut Potensi Dan Aplikasi

13 Lagu Raya Evergreen Yang Wajib Didengar Setiap Kali Aidilfitri

Cara Mudah Menjaga Mata Agar Sentiasa Cerah Dan Sihat

The 11 Best Pet Fish To Start Your Freshwater Aquarium Purewow

Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden