Polis Buka 7 Kertas Siasatan Prk Rantau



Polis membuka tujuh kertas siasatan secara berasingan yang berkaitan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dalam tempoh antara 30 Mac dan 3 April, yakni lima hari tempoh berkempen PRK itu.
Loading... Pegawai Perhubungan Media Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi PRK DUN Rantau, DSP Ahmad Jamaludin berkata laporan polis itu dibuka secara berasingan di bawah kesalahan-kesalahan membabitkan Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu khianat, Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah), Seksyen 509 Kanun Keseksaan (mengucapkan perkara mengaibkan), Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil, Seksyen 24B (3) Akta Pilihan Raya 1954 dan Seksyen 24B (10) Akta Pilihan Raya 1954."Tujuh kertas siasatan yang dibuka itu adalah daripada 34 laporan polis yang diterima sejak hari penamaan calon (30 Mac) sehingga semalam. Pihak polis menahan tiga lelaki sepanjang tempoh lima hari itu, iaitu dua tangkapan bagi Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan satu tangkap bagi Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Mereka berumur dalam lingkungan 40-an hingga 50-an," katanya pada sidang media di Seremban, hari ini.Katanya dua yang ditangkap di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan itu melibatkan kesalahan membakar bendera, manakala seorang lagi yang ditangkap di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan berikutan kesalahan mengugut melalui telefon.
Katanya dua daripada mereka yang disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan ditahan reman tiga hari, manakala seorang yang disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan ditahan reman dua hari."Bagi kesalahan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kita perlu mendapatkan arahan untuk menyiasat daripada Timbalan Pendakwaraya. Berdasar aduan pengadu dia menghina dan mengaibkan iaitu maki hamun di dalam aplikasi whatsapp," katanya.Sementara itu, beliau mengesahkan bahawa calon Bebas R. Malarvizhi telah membuat laporan polis hari ini mengenai sumbangan peribadi seorang anggota Parlimen berbentuk kupon program makanan percuma bernilai RM75,000 kepada 300 murid kurang berkemampuan dari lima buah sekolah di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, baru-baru ini."Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban pada pukul 10.45 pagi dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Kesalahan Pilihan Raya," katanya.Beliau turut mengesahkan seorang pengundi bagi PRK DUN Rantau membuat laporan polis semalam selepas menerima panggilan telefon memintanya mengambil wang RM50 di kaunter Barisan Nasional (BN) sebelum mengundi pada 13 April nanti."Laporan polis itu kita klasifikasikan sebagai Rujuk Kepada Mahkamah (RKM) untuk tindakan selanjutkan iaitu saman sivil," katanya.PRK DUN Rantau yang akan diadakan 13 April ini menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan Dr S. Streram, calon Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan dan dua calon bebas iaitu suri rumah R. Malarvizhi dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin.Ia berikutan Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Mohamad, yang juga penyandang DUN Rantau untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban pada 16 Nov tahun lalu, yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 terbatal dan tidak sah.- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/04/polis-buka-7-kertas-siasatan-prk-rantau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Rantau Pertandingan Empat Penjuru Bn Ph Dua Bebas

Prk Rantau Pertandingan Empat Penjuru Bn Ph Dua Bebas

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 332 hits
REMBAU Pilihan Raya Kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan Barisan Nasional dan dua calon Bebas Pertandingan itu disahkan selepas Pengurus Pilihan Raya DUN Rantau M...
Saya Masih Ahli Pas Kata Calon Bebas Prk Rantau

Saya Masih Ahli Pas Kata Calon Bebas Prk Rantau

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 429 hits
Malaysiakini PRK RANTAU Beberapa jam selepas Mohd Nor Yassin disahkan bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil Rantau timbul pertikaian berhubung status keanggotaannya dalam parti politik Dalam kenyataan media hari ini Setiau...
Prk Rantau Spr Sasarkan 70 Peratus Akan Keluar Mengundi

Prk Rantau Spr Sasarkan 70 Peratus Akan Keluar Mengundi

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 264 hits
SEREMBAN Suruhanjaya Pilihan Raya menyasarkan sebanyak 70 peratus pemilih akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau 13 April ini Timbalan Pengerusi SPR Azmi Sharom berkata bagaimanapun angka peratusan itu ber...
Prk Rantau Bekas Calon Pas Pada Pru 13 Tanding Bebas

Prk Rantau Bekas Calon Pas Pada Pru 13 Tanding Bebas

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 384 hits
REMBAU Bekas calon PAS pada Pilihan Raya Umum ke 13 Mohd Nor Yassin antara mereka yang bertanding sebagai calon bebas dalam Pilihan Raya Kecil bagi kerusi DUN Rantau kali ini Beliau yang tewas di Dewan Undangan Negeri Gemencheh pada PRU 13 ...
Peluang Kedua Buat Dr Streram Bertanding Bagi Prk Dun Rantau

Peluang Kedua Buat Dr Streram Bertanding Bagi Prk Dun Rantau

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 503 hits
Foto oleh BernamaSEREMBAN Lebih tiga dekad dalam bidang perubatan serta membantu mereka yang memerlukan sudah menjadi darah daging calon PH bagi PRK DUN Rantau Dr S Streram Malah pakar bius Pusat Perubatan Nilai berusia 60 tahun berkenaan a...
Wan Azizah Prk Rantau Streram Konsisten Tegak Keadilan

Wan Azizah Prk Rantau Streram Konsisten Tegak Keadilan

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 367 hits
SEREMBAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau sebagai seorang yang konsisten dalam menegakkan keadilan untuk rakyat Timbalan Perdana Menteri berkata di at...
Prk Rantau Silaplah Kata 14 Tahun Saya Tak Buat Apa Apa Tok Mat

Prk Rantau Silaplah Kata 14 Tahun Saya Tak Buat Apa Apa Tok Mat

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 409 hits
Astro Awani MOHAMAD Tak ada ada isu apa pun Sendayan berada di dalam Rantau jadi silaplah siapa yang pernah kata 14 tahun saya tak buat apa apa Gambar fail SEREMBAN Penyandang kerusi DUN Rantau Datuk Seri Mohamad Hassan menafikan wujud tida...
Kenali Calon Calon Prk Rantau

Kenali Calon Calon Prk Rantau

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 363 hits
KINIGUIDE Tahun lalu DUN Rantau sepatutnya menjadi medan pertarungan satu lawan satu antara calon BN dan PH tetapi pilihan raya kecil kali ini telah bertukar menjadi pertembungan empat penjuru pada 13 April ini DUN Rantau dikosongkan selepa...
Tok Mat Takut Sangat Kalah Di Prk Rantau Ini Petandanya

Tok Mat Takut Sangat Kalah Di Prk Rantau Ini Petandanya

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 420 hits
Tok Mat Takut Sangat Kalah Di PRK Rantau Ini Petandanya Pemangku Presiden Umno Mohamad Hasan mendakwa pengumuman penamaan calon yang lewat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk Pilihan Raya Kecil Rantau adalah bagi mengurangkan momentum kemen...
7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

10 Amalan Berpahala Haji Dan Umrah

Insurance Defense Attorney Protecting Insurers And Policyholders

Percutian Ke Batam Indonesia

Another Construction Site Ordered To Close In Kl

Nahas Trak Fru Pemandu Lori Direman Empat Hari

Netizen Rues Investment Losses In Epf S Unit Trust Scheme Wants To Sell Deposit Proceeds Back In Epf

Sap Process Automation Malaysia Boosting Business Efficiency With Abeam Consulting


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sap Build Process Automation Malaysia Transforming Workflows

Resepi Ayam Goreng Ala Kfc

Tanam Sayur Pucuk Paku

7 Malaysian Habits That Drive Us Crazy

Setting Up Anchorella The 2 Minute Trick To Beach Umbrella Stability

Buaya Tarik Lelaki Berenang Hingga Maut