Polis Arah Forum Prk Sandakan Dibatalkan Bersih2 0 Sabah


Harits Asyraf Hasnan, Astro Awani Menurut Beverly, pihaknya bertindak meneruskan forum tersebut yang diadakan di Hotel Labuk, Bandar Labuk Jaya yang terletak di dalam Parlimen Libaran - hampir 20 kilometer dari pusat bandar Sandakan. - Foto Astro AWANI

Polis mengarahkan kepada penganjur Forum PRK Sandakan, iaitu Bersih2.0 Sabah untuk membatalkan penganjuran forum tersebut.

Bagaimanapun, Naib Pengerusi Bersih2.0 Sabah, Beverly Joeman berkata pihak polis gagal untuk menerangkan dengan jelas kesalahan pilihan raya yang dilakukan oleh pihaknya hingga forum tersebut perlu dibatalkan.

“Sebenarnya, kami diberitahu awal pagi ini bahawa PP-KPR (Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya) akan menghentikan forum ini. Kami terus mencari jawapan sama ada kita ada melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya atau mana-mana (peruntukan lain).

“Apabila kami bertanya kepada Ibu Pejabat Bersih 2.0, memang tidak ada keperluan untuk memohon permit sebab ini di luar kawasan (Parlimen) Sandakan. Ini adalah forum di tempat tertutup dan Bersih juga pernah mengadakan forum seperti ini di Cameron Highlands. Permit polis pun tidak diperlukan,” katanya kepada media selesai sesi forum berkenaan.

Pihaknya bertindak meneruskan forum tersebut yang diadakan di Hotel Labuk, Bandar Labuk Jaya yang terletak di dalam Parlimen Libaran - hampir 20 kilometer dari pusat bandar Sandakan.

“Pagi tadi, pegawai polis ada bertanya kepada kami, dia pun memaklumkan kepada kami tentang keperluan permit polis itu. Tapi bila ditanya apakah seksyen atau akta yang digunakan, mereka (polis) tidak dapat menjawab.

“Cuma mereka memberitahu bahawa yang penting mereka telah memaklumkan keada kami (Bersih) bahawa forum sebegini memerlukan permit. Bagi kami, kami sudah tanya semua pihak, memang tiada keperluan,” tegasnya.

Forum yang bermula 10 pagi itu menyaksikan penyertaan tiga calon bebas iaitu Hamzah Abdullah, Sulaiman Abdul Samat dan Chia Siew Yung.

Manakala, dua lagi calon iaitu Vivian Wong Shir Yee mewakili DAP dan calon Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Linda Tsen Thau Lin tidak hadir atas alasan jadual yang padat. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/polis-arah-forum-prk-sandakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Sandakan Polis Terima 11 Laporan Buka 5 Kertas Siasatan

Prk Sandakan Polis Terima 11 Laporan Buka 5 Kertas Siasatan

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 451 hits
THE MALAYSIAN TIMES PDRM logo KOTA KINABALU Polis menerima 11 laporan dan membuka lima kertas siasatan berhubung Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan setakat ini sejak kempen bermula 27 April lepas Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah ...
Kerana Prk Sandakan Protes Pekebun Kecil Sabah Lim Guan Eng U Turn

Kerana Prk Sandakan Protes Pekebun Kecil Sabah Lim Guan Eng U Turn

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 506 hits
Sebelum ini Guan Eng bertegas tidak mahu meluluskan BMT dari LIGS Namun kerana PRK dan protes rakyat Lim Guan Eng terpaksa akur luluskan peruntukan tambahanPRK Sandakan telah menyelamatkan Junz Wong Junz Wong Menteri Pertanian dan Industri ...
Prk Sandakan Wan Azizah Rayu Rakyat Pilih Ph Tolak Pembangkang

Prk Sandakan Wan Azizah Rayu Rakyat Pilih Ph Tolak Pembangkang

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 353 hits
SANDAKAN Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meminta rakyat supaya menyokong calon DAP Vivian Wong Shir Yee dan menolak parti pembangkang Presiden Pakatan Harapan itu berkata Sandakan memerlukan transformasi dan men...
Prk Sandakan Saya Datang Dijemput Bukan Mahu Mempengaruhi Najib

Prk Sandakan Saya Datang Dijemput Bukan Mahu Mempengaruhi Najib

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 530 hits
Astro Awani Najib memaklumkan kehadirannya di Sandakan adalah atas jemputan pemimpin Barisan Nasional Sabah dan juga sekadar bertemu dengan masyarakat setempat Foto Astro AWANI SANDAKAN Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyi...
Kalah Tiga Prk Sandakan Bukti Mandat Rakyat Kata Dap

Kalah Tiga Prk Sandakan Bukti Mandat Rakyat Kata Dap

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 411 hits
Lim Kit Siang mengakui ramai mengadu banyak perkara yang dijanjikan PH tidak tercapai dalam tahun pertama menjadi kerajaan Foto oleh Firdaus LatifSANDAKAN 10 Mei Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee meray...
Ribut Petir Diramal Ketika Prk Sandakan

Ribut Petir Diramal Ketika Prk Sandakan

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 331 hits
Olivia Miwil CUACA cerah diramal pada sebelah pagi manakala ribut petir dijangka berlaku pada sebelah petang hari mengundi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan Sabtu ini Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah Ambun Dindang berkata suhu pula dir...
Prk Sandakan Kesemua Pusat Pengundian Ditutup Tepat 5 Petang

Prk Sandakan Kesemua Pusat Pengundian Ditutup Tepat 5 Petang

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 304 hits
SANDAKAN 11 Mei Kesemua 19 pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan ditutup tepat pukul 5 petang ini sejak ia dibuka pada 7 30 pagi tadi Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya peratusan pengundi keluar mengundi setakat pukul 4 p...
Prk Sandakan Peluang Dari Allah Untuk Beri Amaran Pada Ph

Prk Sandakan Peluang Dari Allah Untuk Beri Amaran Pada Ph

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 424 hits
PRK SANDAKAN Umno Sabah menyifatkan pilihan raya kecil Sandakan sebagai peluang yang dikurniakan Allah kepada pengundi bagi memberi amaran kepada kerajaan PH yang dikatakan memungkiri janji manifesto pilihan raya Ahli Majlis Tertinggi Umno ...
Prk Sandakan Vivian Menang Majoriti 10 000

Prk Sandakan Vivian Menang Majoriti 10 000

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 440 hits
Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan calon DAP Vivian Wong menang pada PRK Parlimen Sandakan Wong menang dengan majoriti besar 11 521 undi selepas mendapat 16 012 undi Calon PH itu menewaskan calon PBS Linda Tsen yang memperolehi 4 491 undi...
Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sour Grape Dap Hater Trolled For Linking Hannah Yeoh Cronyism To New Talentcorp Ceo S Appt

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Insp Sheila On The Prowl Again One Woman Crusader Or Self Serving Attention Seeker

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa

Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba

Radiohead Let Down Chord

Monolog Jiwa Kredit Tiktok

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee