Pokok Susu Nabi Atau Ara Tanah Banyak Manfaat Untuk Kesihatan


Nama Pokok : Ara Tanah @ Pokok Susu Nabi @ Susu Kambing @ Pokok Gelang @ Keremek Susu @ @Gelan Susu @ Asthma-Plant @Hairy Spurge Asthma Weed @Snake Weed @Tawa-Tawa (Filipina)


Nama saintifik : euphorbia hirta. Ia merupakan spesies tumbuhan daripada keluarga euphorblaceae.





Pokok susu nabi tumbuh meliar dan subur di kawasan tanah terbuka. Biasanya anda boleh melihatnya di halaman rumah, semak-samun, tepi jalan, taman dan kawasan terbiar.


Pokok ini mengeluarkan getah yang berwarna putih seakan-akan susu jika dipatahkan batangnya. Ketinggiannya lebih kurang 10 hingga 30 cm. Pokok susu nabi akan berbunga dan berbuah di celah-celah daun batang yang berbulu. Daunnya berwarna hijau kecoklatan dan batangnya hijau muda.


Khasiat Pokok Susu NabiAda kajian yang menunjukkan pokok susu nabi ini sangat baik bagi kesihatan manusia. Itulah sebabnya ia dijadikan antara ramuan dalam perubatan tradisional. Pokok ini disediakan dalam perubatan tradisional dalam bentuk segar atau kering.


Antara bahan aktif yang terdapat dalam pokok herba ini ialah flavonoid, phenol, asid amino, antibakteria, sedatif, antikulat, antiradang, quercetine dan banyak lagi. Tidak hairanlah ia menjadi tumbuhan yang mampu meringankan pelbagai jenis penyakit.


Kajian mendapati ekstrak etanol yang terdapat di dalam pokok ajaib mempunyai antimikroba yang tinggi. Ia sangat berkesan bagi memusnahkan bakteria salmonella typhi yang menyebabkan penyakit tifus.


Selain itu, ekstrak bunga, batang, akar dan daunnya mempunyai bahan antioksida yang tinggi. Ini menyebabkan pokok susu nabi banyak digunakan secara tradisional di Malaysia, Nigeria, Filipina, India, Indonesia dan sebagainya.


Kegunaan Sakit tekak dan ulcer mulutCaranya ialah rebus pokok yang baru dicabut. Gunakan air rebusan untuk berkumur.


Hilangkan ketuatCaranya ialah patahkan batang pokok. Sapukan getahnya di bahagian ketuat. Amalkan sehingga ketuat kering dan hilang.




Cirit-biritCaranya ialah keringkan daun pokoknya yang segar. Kemudian, ambil sesudu teh daun yang dikeringkan. Rendam dalam air panas selama 5 hingga 10 minit. Amalkan 2 hingga 3 cawan sehari.


Luka dan ruamCaranya ialah sapukan sedikit getah pokok pada luka dan ruam. Amalkan sehingga luka dan ruam kering.


Masalah kewanitaanKaum wanita yang ada masalah haid tidak teratur, senggugut dan sebagainya bagus amalkan air rebusan pokok ini.


Stres dan anxietyMasyarakat Filipina menggunakan pokok 1001 khasiat ini untuk mengatasi masalah stres dan anxiety (kegelisahan). Caranya ialah rebus 50 g daunnya dengan 4 cawan air selama 3 hingga 4 minit. Minum secawan sebanyak 3 atau 4 kali sehari.


Sakit kuning bagi bayiBayi yang terkena sakit kuning atau jaundice boleh dimandikan dengan air perahan pokok ini.


Ubat sakit mata dan bengkak mata
Caranya ialah ambil sedikit getah pokok, sapukan pada kelopak mata atas dan bawah. Jangan pula titiskan getahnya di dalam mata ye.


Kudis, kurap, kayap dan panauCaranya ialah sapukan getahnya pada bahagian yang terkena jangkitan.


KecacinganKanak-kanak yang sering mengalami masalah kecacingan boleh menggunakan rawatan pokok herba ini. Caranya ialah ambil 15 hingga 30 g pokok ini (buang akar). Rebus daun pokok ini dengan beberapa helai daun betik.


Tambah 1 liter air selama dan masak selama 15 minit. Minum air sedikit sahaja setiap hari.


AsmaCaranya ialah air rebusan pokok herba ini diminum 2 kali sehari.


GoutBagi pesakit gout, rebuskan beberapa pokok susu nabi. Minum air rebusan setiap pagi dan petang.


Demam denggiBagi pesakit demam denggi, jika hendak tambah platelet darah boleh amalkan petua ini. Caranya ialah daun yang telah dikeringkan dijadikan teh minuman.


BisulCaranya ialah cabut pokok dengan akarnya sekali. Kemudian, cuci bersih-bersih dan ditumbuk halus. Sapukan pada bahagian bisul yang mempunyai mata.


Hentikan pendarahan dan kulit lebamCaranya ialah cabut pokok susu nabi dengan akarnya sekali. Cuci bersih-bersih dan tumbuk kasar. Sapu pada luka yang masih berdarah dan kulit lebam.


Gatal kakiCaranya ialah tumbuk daunnya bersama-sama sedikit kunyit hidup dan minyak kelapa. Gosok pada bahagian kaki yang terasa gatal.


Menambah susu badanCaranya ialah rebus akar pokok ajaib ini dan minum 2 kali sehari.


BronkitisAmbil setengah genggam daunnya dan basuh hingga bersih. Kemudian, tumbuk halus dan ditambahkan 3/4 cawan air suam dan 1 sudu besar madu asli. Minum airnya 2 kali sehari.


Setakat ini sahaja perkongsian penulis tentang khasiat pokok susu nabi. Rupa-rupanya pokok yang tumbuh meliar di sekelliling rumah, ada 1001 khasiatnya. Biasanya kita mencabut sahaja pokok tersebut kerana menganggapnya seperti rumput.


Namun begitu, ingin penulis nasihatkan para pembaca sekalian untuk mendapatkan info yang lebih tepat daripada pakar. Jika anda mempunyai penyakit yang serius seperti asma, pendarahan, demam denggi dan sebagainya, dapatkan rawatan di klinik atau hospital terlebih dahulu.


Dikhuatiri anda mempunyai alahan tertentu dan tidak pasti bahan yang tersembunyi di dalam pokok susu nabi. Justeru, jadikan rawatan ini sebagai usaha sampingan sahaja. Jangan pula mengabaikan perubatan moden iaitu pengambilan ubat-ubatan dan sebagainya.


Anda juga boleh baca tentang khasiat pokok kelulut dan petua guna pokok dukung anak.


Rujukan
Pokok Susu Kambing (link) https://www.psherbs.com/pokok-susu-kambing/


Ubat Gout / Sakit SendiSakit sendi dan gout antara sebahagian sakit yang sering dialami oleh orang lelaki dibandingkan dengan orang perempuan.  Ia berlaku disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan. Asid urik adalah merupakan bahan kumuh berasal daripada sejenis protein yang dipanggil purin.


Asid urik yang berlebihan tidak dibuang akan berkumpul dalam sendi. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.


Hati isteri mana yang tahan kan setiap kali suami menahan sakit. Selain pengambilan ubat yang dibekalkan, ada baiknya anda mencuba petua ini untuk encik suami.


Sesiapa yang ada GOUT, mencari penawar paling mujarab, bolehlah mencuba



Cari pokok ni, cabut sepokok, basuh cuci dengan akar, batang, daun dan buah sekali.Rebus dengan tiga gelas air sampai tinggal satu gelas.Amalkan minum pagi dan petang selama tiga hari…


Insha allah, stroke (lumpuh) dan gout akan pulih. Ikhtiar kita, Allah jua yang menyembuhkan.


Moga bermanfaat…
Petua ini dikongsikan oleh ‎Che Aween‎ menerusi laman facebooknya.




Sumber : 
https://www.facebook.com/yatisygku.green
https://www.facebook.com/search/top?q=daun%20susu%20nabi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://gerobokpetua.blogspot.com/2025/07/pokok-susu-nabi-atau-ara-tanah-banyak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terbukti Manfaat Pokok Ara Tanah Untuk Ketuat Dan Cagu

Terbukti Manfaat Pokok Ara Tanah Untuk Ketuat Dan Cagu

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 121 hits
Masalahh ketuat kat tapak tangan habibi ni memang merisaukan nampak tersembul dan kalau berdarah tu memang mengalir darah Rawatan AlternatifSama seperti penyakit limfoma yang dialami dia dulu habibi memang rajin cari rawatan alternatif Sebe...
Apakah Hidup Kita Selama Ini Banyak Memberi Manfaat Atau Menyusahkan Orang Lain

Apakah Hidup Kita Selama Ini Banyak Memberi Manfaat Atau Menyusahkan Orang Lain

papar berkaitan - pada 26/6/2025 - jumlah : 102 hits
Assalamualaikum AllahummaSolliAlaSayyidinaMuhammadBismillahirrahmanirrahimKITA hidup di dunia ini hanya sementara sahaja dan yang kekal adalah di alam akhirat nanti Dalam hidup kita yang singkat ini cuba renungkan kembali apakah hidup kita ...
Ziarah Dr Dzul Menteri Kesihatan Kepada Hj Hadi Akhlak Islam Atau Politik Dalaman Pas Yang Resah

Ziarah Dr Dzul Menteri Kesihatan Kepada Hj Hadi Akhlak Islam Atau Politik Dalaman Pas Yang Resah

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 103 hits
Oleh Syam GhazDalam Islam ziarah orang sakit adalah sunnah yang dituntut bukan sahaja kerana nilai kemanusiaan tetapi kerana ia disokong oleh hadis sahih bahkan disebut sebagai hak sesama Muslim Maka apabila Dato Dr Dr Dzulkefly Ahmad Mente...
Manfaat Bawang Putih Untuk Kesihatan Tubuh

Manfaat Bawang Putih Untuk Kesihatan Tubuh

papar berkaitan - pada 24/6/2025 - jumlah : 193 hits
Bawang putih sangat banyak manfaatnya sama ada untuk kesihatan tubuh secara umum atau dalam rawatan tradisional Berikut ialah antara manfaat utama bawang putih 1 Menurunkan Tekanan DarahBawang putih membantu meluaskan saluran darah dan mela...
Wanita Mengamuk Lelaki Gatal Didakwa Ambil Gambar Secara Curi Banyak Gambar Perempuan Dia Tangkap

Wanita Mengamuk Lelaki Gatal Didakwa Ambil Gambar Secara Curi Banyak Gambar Perempuan Dia Tangkap

papar berkaitan - pada 28/6/2025 - jumlah : 122 hits
Baru baru ini tular satu video mengenai seorang lelaki yang didakwa merakam gambar seorang wanita tanpa kebenaran di Klang Selangor Menerusi video yang tular di TikTok itu ia memaparkan wanita berkenaan merakam lelaki terbabit sambil memara...
Evakuasi Juliana Marins Di Rinjani Dan Tantangan Nyata Operasi Sar Yang Tak Banyak Dipahami Publik

Evakuasi Juliana Marins Di Rinjani Dan Tantangan Nyata Operasi Sar Yang Tak Banyak Dipahami Publik

papar berkaitan - pada 26/6/2025 - jumlah : 128 hits
BloggerBorneo com Proses evakuasi jenazah pendaki asal Brasil Juliana Marins yang jatuh ke jurang sedalam 600 meter di Gunung Rinjani Lombok menyita perhatian publik Setelah lima hari pencarian intensif sejak Sabtu tim SAR akhirnya berhasil...
Adakah Harga Minyak Gencatan Senjata Akan Menyebabkan Usd Jpy Tertekan Selasa 01 Julai 2025

Hishammuddin S Suspension Not Discussed At Supreme Council Meeting Says Zahid

Cream O Strawberry Is The Berry Snack You Need Rn

Rafizi Bakar Balik Jangan Jadi Tua Yang Sibuk Jaga Politik Orang

Lumpuh Lepas Bersalin Suami Tinggal Isteri Derita Atas Katil

Sambal Sotong Kurita Dan Gelagat Orang British

Pihak Polis Ecrl Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bendung Kes Curi Kabel Sepanjang Laluan Di Pahang

222 Pelajar Ipt Positif Hiv Tahun Lalu Paling Ramai Berusia 18 19 Tahun


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saya Cemburu Tengok Orang Masih Ada Ayah Azhan Rani Dedah Kesedihan Syawal Tanpa Bapa

Usahawan Tudung Belanja Hadiah Hampir Rm1 Juta Demi Kucing Kesayangan Siap Beli Kereta Bmw Rantai Emas

Wanita Yang Menjaga Diri Allah Akan Peliharanya Dengan Cara Yang Paling Indah

Belimbing Besi Bintang Tropika Dengan Potensi Besar

Asam Pedas Ikan Merah

This Wrap Isn T Just Low Carb It S A Whole New Meal Experience