Pokok Limau Bali Sunkist Berbuah Lebat


HUJAN TANPA HENTISejak semalam 26 November - hari Selasa pagi, di tempat saya hujan turun tanpa henti. Ada kala lebat, ada kala gerimis. Ketika ini suhu 24℃, suasana nyaman dan sejuk. Air paip pun terasa sungguh sejuk

Ada beberapa kawasan di Perlis sudah pun dinaiki air. Situasi yang sama juga berlaku di beberapa negeri lain, terutamanya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Semoga semua pihak yang terjejas dengan situasi hujan tanpa henti ini berada dalam keadaan selamat

اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًاYa Allah, jadikanlah hujan ini bermanfaat.

POKOK LIMAU BALI SUNKIST BERBUAH LEBATRezeki berpindah ke rumah Perlis, di sekeliling rumah kami sudah ada tanaman pelbagai jenis pokok. Penghuni terdahulu minat menanam pokok, antaranya pokok limau bali sunkist yang di tanam di bahagian hadapan rumah

Pokok limau bali sunkist sentiasa berbuah kerana ia bukan jenis buah bermusim. Tetapi kali ini, pokoknya berbuah lebat - ini berdasarkan pemerhatian saya sejak berpindah ke sini setahun lalu

Bergantungan buah limau bali sunkist yang menanti untuk dipetik

Ini antara buah limau bali sunkist yang bersaiz besar. Buah matang dan sesuai dipetik apabila kulitnya yang berwarna hijau tua bertukar ke hijau muda dengan sedikit warna kekuningan

Encik Suami buat kerja-kerja memetik buah, saya pula jadi tukang merakam foto untuk kenangan akan datang. Sesekali saya membantu juga bila Encik Suami perlu memanjat tangga untuk petik buah yang berada pada kedudukan tinggi

Eh…baru saya perasan ada sarang burung

Hasil tuaian 13 November lalu. Penuh satu baldi dan satu besen besar. Masih banyak lagi buah di pokok, sambung hari lain pula

Hasil tuaian 16 November lalu. Juga penuh satu baldi dan satu besen besar. Dalam foto di atas, nampak isi baldi tak penuh sebab sebahagian buah dialih ke besen sebelahnya

Saya poskan juga sedikit untuk Mak di Johor dan keluarga kakak di Melaka. Mak dan kakak teringin nak merasa bila saya WhatsApp tunjuk hasil tuaian yang banyak tu 😀. Untuk rekod - satu kotak berisi 6 biji buah dengan berat 1.55 kg dan satu kotak lagi berisi 10 biji buah dengan berat 2.8 kg. Alhamdulillah penghantaran pantas oleh PosLaju - pos hari ini, lusa sampai ke Johor dan Melaka

Hasil tuaian 24 November lalu. Dapatlah penuh satu baldi ni - semuanya 36 biji. Tinggal sedikit saja lagi buahnya di pokok, tak dapat nak petik sebab berada pada kedudukan tinggi dan mengarah ke lereng bukit

Isi buah limau bali sunkist seakan-akan isi buah limau bali, rasanya juga hampir serupa. Bezanya, saiz buah lebih kecil seperti buah limau sunkist. Mungkin sebab itulah nama buah limau ini - limau bali sunkist

Rasanya manis - cuma tahap manis tu berbeza antara buah. Yang pasti setakat ini, belum ada yang rasa masam atau tawar. Selain dimakan terus, boleh juga diperah untuk minum jusnya. Encik Suami rajin memerah buah limau guna alat pemerah tangan, sebiji buah ni dapatlah anggaran 120 ml jus limau. Sekali perah guna dua biji limau barulah puas minum

Alhamdulillah, hasil tuaian kali ni ramai yang dapat merasa - jiran-jiran, kawan-kawan kerja Encik Suami dan keluarga. Ada juga yang bertanya lagi sebab sedap katanya. 








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2024/11/pokok-limau-bali-sunkist-berbuah-lebat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gempar Pokok Berbuah Menyerupai Wanita

Gempar Pokok Berbuah Menyerupai Wanita

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 142 hits
Ada ada saja kreativiti manusia di internet dengan begitu banyak HOAX yang disebar kali ini sebuah pohon di Thailand menjadi objek tangan kreativiti manusia Lihat saja gambar gambar di bawah Makin hari semakin banyak keanehan yang terjadi d...
8 Pantai Sunset Di Bali Yang Cocok Untuk Menikmati Senja Suasananya Romantis Banget

8 Pantai Sunset Di Bali Yang Cocok Untuk Menikmati Senja Suasananya Romantis Banget

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 287 hits
Mau menikmati senja di Bali tapi bingung harus ke mana Kalau begitu coba deh datang ke beberapa pantai sunset di Bali yang menyuguhkan pemandangan super indah dengan view lautan disertai pendaran cahaya dari matahari terbenam yang akan memb...
Limau Mandarin Buah Kegemaranku

Limau Mandarin Buah Kegemaranku

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 221 hits
Limau Mandarin Buah Kegemaranku Selain durian Musang King saya juga penggemar buah limau mandarin Selain rasanya yang sedap masam manis limau mandarin juga banyak khasiatnya Yang paling popular adalah khasiat vitamin C nya Vitamin C antara ...
Seluruh Kelantan Dalam Bahaya Jabatan Meteorologi Malaysia Beri Amaran Hujan Sangat Lebat Berterusan

Seluruh Kelantan Dalam Bahaya Jabatan Meteorologi Malaysia Beri Amaran Hujan Sangat Lebat Berterusan

papar berkaitan - pada 27/11/2024 - jumlah : 216 hits
Kelantan kini dilanda banjir yang semakin serius Banyak kawasan rendah mula dinaiki air menyebabkan penduduk terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara Jalan jalan utama turut terputus hubungan menyukarkan bantuan sampai ke kawasan te...
Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

papar berkaitan - pada 27/11/2024 - jumlah : 254 hits
KUALA LUMPUR Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di Kelantan Terengganu dan Pahang sehingga 29 November ini Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan kawasan terlibat di Tumpat Pasir Mas Kota Bharu Jeli Tanah Merah Bachok Machang ...
Dua Kakitangan Sek Keb Limau Purut Lipis Maut Kemalangan Kereta Bertembung Lori

Dua Kakitangan Sek Keb Limau Purut Lipis Maut Kemalangan Kereta Bertembung Lori

papar berkaitan - pada 20/11/2024 - jumlah : 303 hits
LIPIS Dua wanita yang merupakan kakitangan Sekolah Kebangsaan Limau Purut maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Kilometer 15 Jalan Lipis Jerantut berdekatan Kampung Jeram Bungor di sini kira kira pukul 2 30 petang se...
Masak Siakap Stim Limau Sotong Baby Kailan

Masak Siakap Stim Limau Sotong Baby Kailan

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 156 hits
Assalamualaikum WBT INGAT tak cuti Hari Malaysia bulan September lepas yang bertindih dengan cuti Maulidur Rasul SAW Tempat Sk dapat cuti ganti tau dan kami diberi kebebasan untuk memilih mana mana tarikh untuk bercuti tanpa rekod yang akan...
Terengganu Maut Motosikal Terlanggar Pokok Kelapa Tumbang

Terengganu Maut Motosikal Terlanggar Pokok Kelapa Tumbang

papar berkaitan - pada 28/11/2024 - jumlah : 251 hits
WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLIKeadaan motosikal Honda Wave yang terlanggar sebatang pokok kelapa tumbang di Kampung Apal Besut hari ini BESUT Seorang buruh maut selepas motosikal dinaikinya gagal mengelak sebatang pokok kelapa yang tumban...
Terbaik Yb Pokok Sena Kena Bagi Cukup Jommlahhh

Terbaik Yb Pokok Sena Kena Bagi Cukup Jommlahhh

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 137 hits
Desa HM Terbaik YB Pokok Sena Sapa komen dgn emoji gelak dia lawan ulamak
Mekdi Belanja Rider Mcdonald S Malaysia Celebrates 70 000 Delivery Heroes

Coitus In Melaka Disrupted Datuk Claims Hotel Staff Barged In Mid Act Sparks Online Frenzy

Kelebihan Bulan Muharram Amalan Yang Disyariatkan

Ensuring Benefits For Rakyat With Responsible Use Of Mobile Data

Ringgit Climbs As Trump Ramps Up Pressure On Fed To Cut Interest Rates

Ctos Sme Biz Day Brings Digital Gameplan To Johor

Mercedes Benz Will Continue To Offer Combustion Engines After 2030

Warga Pakistan Rasmi Program Sukan Sekolah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Man City Bergaya Bedal Juventus

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Lemak Telur Itik

Jumaat 27 Julai 2025 1 Muharam 1447

Pengkhianat Sabah Hukuman Buang Kerakyatan Mungkin Setimpal

Awal Muharram 1447h

Ronaldo Cipta Rekod Kontrak Paling Lumayan Dalam Sejarah Sukan Gaji Cecah Rm2 83 Juta Sehari Rm2 86 Bilion Dua Tahun