Masak Siakap Stim Limau Sotong Baby Kailan


 Assalamualaikum WBT 


INGAT tak, cuti Hari Malaysia bulan September lepas yang bertindih dengan cuti Maulidur Rasul SAW? Tempat Sk dapat cuti ganti tau dan kami diberi kebebasan untuk memilih mana-mana tarikh untuk bercuti tanpa rekod yang akan luput tarikh pada 31 Disember ni. Sk pilih untuk ambil cuti tu esok, lepas tu sambung cuti Jumaat, Sabtu pulak. Oh, seronoknya tidak terkata, hehehehe.




Ahad lepas, tengah buat kerja dekat office, dapat whatsapp bergambar dari Pak Inche. PI hantar gambar sayur, ikan dan jus limau nipis dalam mangkuk. Aaaa.. nak kena masak la kita nampaknya. Tengok dari bahan, menunya, Siakap Stim. 



Ah, malas betul nak keluarkan periuk kukus Sk tu. Benda lama tak pakai, nak kena cuci dan bilas dulu, kot kot, manalah tahu kalau ada cicak tumpang lalu. Periuk kukus pulak, bukannya satu dua bahagian dia, ada bahagian bawah untuk letak air, bahagian atas untuk letak ikan dan yang ketiga, penutup. Ikan pulak nak kena letak atas pinggan dulu




Lepas tu teringat trend orang sekarang, dia guna kaedah rebus ikan, tapi nanti macam masak singgang lah pulak, haha. Tu tak pa, kalau PI tahu Sk rebus ikan, bukan kukus, mesti dia merajuk. Jadi, Sk guna kaedah stim dalam periuk leper ni. Periuk ni pun lama giler tak pakai, hahaha. Tapi, tak lah leceh sangat nak cuci sebab dia ada dua bahagian aje


Sk letak tiga batang serai di dasar periuk, kemudian letakkan air separas serai, kemudian letak ikan  atas serai supaya tak cecah air. Kenalah sikit-sikit tapi taklah sampai tenggelam ikan. Selain serai, ada juga sebatang pokok ketumbar bersama akarnya, stim-kan sekali. Tutup periuk dan stim lebih kurang 10 minit, Sementara tu, Sk masak sos limau guna sos limau readymade dalam botol aje, kebetulan sosnya ada baki setengah botol lagi, Sk tambah air lagi secawan dan didihkan atas api. Masukkan jugak jus limau yang PI dah perah tu dan sedikit garam serta sesudu gula pasir, cili padi potong dan hirisan serai yang semua PI dah sediakan awal-awal


Kemudian, lepas 10 minit, buka periuk tadi, tengok mata ikan dah hampir putih, maknanya dah nak masaklah ikannya, baru Sk tuangkan sos limau, taburkan daun ketumbar dan hirisan cili merah, kemudian Sk tutup periuk lagi sekejap, biar lagi 5 minit dan kuahnya merenih. Siap, tabur lagi daun ketumbar. PI beli tiga pokok, Sk habiskan ajelah semua, kalau simpan pun nanti lebam. Daun ketumbar ni tak sama macam daun sup atau daun bawang, kalau frozen masukkan dalam nasi goreng masih cantik lagi, tapi daun ketumbar kalau kita nak buat tabur (hiasan) dia macam lebam dan berair




PI kata, banyaknya buat kuah, hahaha. Biar banyak, baru puas nak hirup kuahnya tu. Kalau dekat kedai, sikit jer kuah, nak hirup pun segan, hehe. Sedap betul la, tak boleh stop menyudu sesudu-sesudu kuahnya tu. Masam-masam manis. PI kata, ikan beli kat pasar tani, RM12. Terus teringat ikan siakap makan kat The Grand by Adam's Kitchen, RM53, hahahaha. Sekarang ni kebanyakan restoran jual masakan ikan siakap ni tak kurang RM40, padahal orang meniaga lagi mudah dapatkan stok bahan mentah dengan harga murah sebab mereka dah ada pembekal dan dapat pulak harga borong. Pun masih nak cakap, meniaga sekarang rugi


Hurmm.. kau apa tahu, Sk? Dorang bukan sahaja keluar modal bahan mentah tapi nak bayar utiliti, sewa premis dan gaji pekerja lagi, sebab tu kena gandakan modal berganda-ganda-ganda untuk letak harga jualan




Sotong Baby Kailan ni, PI yang masak. Bersepah, kan dalam mangkuk tu, tahulah kalau orang lelaki yang masak, ada dia kisah plating? Banyak sotong bukan rencah lagi tapi dah kira lauk 2 in 1 la, terus, sotong dan sayur. Baru beli jugak tu sotong sebab setahu Sk, stok sotong dah habis. Sayur Baby Kailan beli kat kedai Her Fatt. Dulu-dulu, masa baru pindah rumah sekarang, Kedai Runcit Her Fatt la tempat beli barang-barang runcit kalau tak ke Giant. PI kata, dah tak nampak Her Fatt (kami agak nama taukenya Her Fatt). Ialah, memang dah lama tak nampak, agaknya dah meninggal, kata PI. Eh, suka hati aje serkap jarang, hahaha




Nanti kalau Iman balik, nak masak lagi la macam ni. Tapi kena beli sos stim limau tu dulu, kurang sikit bahan kalau dah ada sos stim limau tu, hehehe. Burppp... kenyang.. Alhamdulillah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/12/masak-siakap-stim-limau-sotong-baby.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asyik Masak Sambal Saja Cuba Buat Sotong Masak Lemak Padang Memang Menambah Nasi

Asyik Masak Sambal Saja Cuba Buat Sotong Masak Lemak Padang Memang Menambah Nasi

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 235 hits
Selain sedap dibuat sambal goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang Bahan bahannya lebih daripada masak lemak biasa tapi inilah y...
Masak Kari Sotong

Masak Kari Sotong

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 149 hits
Assalamualaikum WBT HARI ini merupakan hari Sabtu terakhir bulan November Pagi ni tak masak sarapan baru lepas sarapan puri di Restoran Thoufeeq Bistro ni ha Pak Inche macam biasalah pekena tosei sekeping dengan telur separuh masak Lepas ma...
Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

papar berkaitan - pada 23/11/2024 - jumlah : 316 hits
Asalnya teracun beli rempah nasi arab di tiktok CikSue ni sejenis yang universal semua menu pun nak cuba tapi sememangnya nasi arab ni kegemaran dulu masa kerja suka makan kat Mr Kabab Beriyani Putrajaya tu Kononnya nak cuba masak sendiri p...
Certot Minyak Masak Peket

Certot Minyak Masak Peket

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 233 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Berlarian kami berdua masuk ke sebuah kedai serbaneka apabila ternampak beberapa pembeli keluar dari situ sambil membimbit plastik jernih yang berisi minyak masak peket Sayangnya apabila menuju ke rak yan...
Tip Masak Ubi Jepun Supaya Cepat Empuk Tak Perlu Rebus Pun

Tip Masak Ubi Jepun Supaya Cepat Empuk Tak Perlu Rebus Pun

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 119 hits
Ubi Jepun kalau direbus memang enak kerana rasanya yang manis Berbaloi menunggu walau ambil masa yang agak lama untuk merebusnya Tapi jika tak sabar untuk menikmati ubi Jepun ini ada lagi kaedah lain untuk menyediakannya Salah satunya masak...
Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

papar berkaitan - pada 26/11/2024 - jumlah : 290 hits
Wow Sedapnya Sambal Goreng Jawa ni Dimasak dengan campuran pelbagai bahan menjadikan hidangan ini jadi kegemaran ramai Lengkap dengan sayur protein dan karbohidrat kalau dimakan begitu sahaja tanpa nasi pun sudah mengenyangkan Nak cuba masa...
Resipi Daging Masak Hitam Berempah Terlajak Sedap

Resipi Daging Masak Hitam Berempah Terlajak Sedap

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 285 hits
Resipi Hitam Berempah perkongsian dari saudari Nurul Aini kali ini cukup istimewa Sesuai dinikmati pada bila bila masak Bagi penggemar hidangan ini rencahnya bergantung pada jumlah daging yang hendak dimasak Bolehlah cuba sediakan untuk kel...
Masak Nasi Ayam Di Hari Jumaat

Masak Nasi Ayam Di Hari Jumaat

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 185 hits
Assalamualaikum WBT Jumaat lepas Sk marathon episod drama bersiri Andai Tiada Dia yang sedang viral sekarang Lama tau Sk tak tontonan drama bersiri melayu tiber terjebak pulak dengan ATD Pada mulanya tertengok masa awal ia ditayangkan lepas...
Kerajaan Tiada Rancangan Mansuh Subsidi Minyak Masak Paket Rafizi

Kerajaan Tiada Rancangan Mansuh Subsidi Minyak Masak Paket Rafizi

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 176 hits
21 nov 2024PUTRAJAYA Tiada sebarang cadangan berhubung pemansuhan subsidi minyak masak paket di bawa ke Kabinet setakat ini kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli Beliau menjelaskan kenyataannya sebelum ini berhubung isu terbabit diambil di luar...
Legoland Malaysia Resort Shines Bright With The Colours Of Raya

Mana Seluar Dia Foto Eksplisit Kim Soohyun Di Rumah Kim Saeron Didedahkan

Kemalangan Ngeri Lelaki Maut Digilis Lori Dilanggar Beberapa Kenderaan Ketika Hujan Lebat

Ura Pas Ancam Turun Ke Jalanan Anwar Ikrar Akan Lawan Dengan Himpunan Lebih Besar

The Evolution Of The Internet From Arpanet To The Digital Age

Potong Cake Birthday

Punca Punca Kerosakan Buah Pinggang Jika Tdiak Di Jaga

Count Me In Nurul Izzah To Go For Pkr Veep S Post


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mati Rasa

Jadikan Allah Keutamaan Di Hati

Adakah Aku Seorang Alien

Bakwan Cucur Sayur

What Every Small Business In Huntsville Should Know About Website Ownership And Control

Need A Visa Here S How To Get One Without Leaving Your Home