Pokok Hiasan Dalam Dan Luar Rumah
Selamat pagi! Hari ke-4 Perintah Kawalan Pergerakan masih aktiviti yang sama dirumah. Yang susah nak kawal adalah pergerakan ke dapur. Pelik dan hairan sebab perut memanjang minta makanan je. Padahal selama ni memang duduk kerja kat rumah tak ada pula kerap makan. Almaklumlah partner ada kat rumah, selera makan tu menjadi-jadi. Selera makan berdua lain dengan selera makan sorang
Sepanjang tempoh perintah kawalan berlansung ni bolehlah throwback cerita yang tak sempat update kat blog sebelum ni dek kerana sibuk. Jangan mengeluh duduk di rumah. Nikmat sebenarnya berada di rumah bersama orang orang yang tersayang. Mari membahagiakan diri dan buat orang lain bahagia juga ye. Ini cerita 2 minggu lepas kalau tak silap. Pergi nursery sebab tujuan utamanya nak beli pasu kecil untuk propagate pokok-pokok yang ada.
Tapi mana boleh nak beli tu je kan. Kalau pergi nursery ni dah tentu tentu tergoda dengan benda lain. Contohnya bunga-bunga lawa yang susah nak lepas pandang tu. Mujur bajet untuk beli hiasan ni kurang, kalau tak dah berangkut berpasu-pasu dah. Sementara ada di nursery tu sempatlah ambil gambar beberapa pokok cantik dan unik.
1. Fittonia (Nerve Plant)Fittonia sejenis pokok bonsai hiasan daripada beberapa spesis yang mempunyai corak daun yang cantik. Antara jenis fittonia adalah Fittonia Fortissimo, Fittonia Frankie, Josan fittonia , Fittonium Red , Fittonia Red Vein, Fittonia Pink Vein, Fittonia White Vein, Fittonia White Anne, Fittonia Skeleton, Dwarf fittonia Perseus dan Fittonia Mosaic Kings Cross
2. Peperomia Caperata RossoPeperomia sejenis tumbuhan tropika yang kurang suka pada cahaya. So, sangat sesuai untuk dijadikan hiasan tanaman dalam rumah. Peperomia pun ada banyak jenisscandens, glabella, argyreia, caperata, magnoliifolia dan fraseri. Yang menarik dan unik sikit adalah peperomia caperata rosso ni. Nice sangat letak atas meja study/kerja kan
3. Curly Lipstick PlantMula-mula macam pelik kenapa nama dia ada lipstick. Yang curly tu faham lah bergulung maksud dia. Ohh rupanya kudup bunga dia akan berkembang membentuk silinder panjang macam lipstick. Patutlah ada terselit nama lipstick pada nama pokok ni. First time Fiza tengok dan terus ambil gambar. Unik dan menarik lah untuk buat hiasan luar rumah digantung macam ni
4. Acalypha HispidaPokok acalypha hispida ni dikenali juga dengan nama pokok ekor kucing sebab bunga dia berbulu macam ekor kucing. Beza dia ekor kucing tak berwarna merah ye. Sangat cantik buat hiasan pokok gantung di luar rumah. Warna dia menyerlah sangat.
Itu je antara pokok-pokok unik, rare dan cantik untuk hiasan rumah yang sempat Fiza snap. Tak boleh berlama-lamaan di nursery ni, nanti itu nak ini nak. Tapi terrrbeli juga pokok bunga. Itu pun sebab pasu comel yang nak dibeli tak ada. Kena pergi IKEA jugalah nanti. Apa yang Fiza beli anthurium dengan fittonia. Anthurium beli pasu kecil je, RM18 dan Fittonia tu 3 pasu RM20
Anthurium ada 3 jenis warna bunga iaitu merah, pink dan putih. Fiza beli yang warna pink api dalam gambar nampak warna merah pulak. Fittonia tu Fiza beli lain-lain corak daun. Rambang mata nak pilih sebab semua daun jenis lain-lain coraknya. So untuk kau orang yang nak beli pokok hiasan dalam dan luar rumah bolehlah beli pokok-pokok hiasan yang Fiza kongsikan ni.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2020/03/pokok-hiasan-dalam-dan-luar-rumah.html