Cara Mudah Tanam Pokok Hiasan Money Plant Daripada Keratan Dahan Single Leaf
As Salam,Cara Mudah Tanam Pokok Hiasan Money Plant Daripada Keratan Dahan @ Single Leaf-Haih.Sungguh saya sedang sibuk sekarang.Sibuk tak tentu hala dengan hobi yang baru berputik dalam diri saya.Wahh gitu!Semuanya kembali bermula apabila depan bilik khas saya di sekolah ada sepohon pokok money plant yang sangat rimbun dan subur.
Ini pokok yang saya ambil dari keratan dahan dan masukkan dalam air. Masa gambar ini diambil baru dua minggu saya tanam pokok money plant dalam air.
Sebelum ni saya buat tak nampak je.Asal lalu nak masuk pintu bilik saya, mata saya akan terpandang pokok ni.Daunnya yang lebar dan menjalar buat hati kecik saya terusik.Lawanya pokok ni.Panas ke hujan ke, ko steady je elok membesar kat situ ya.Padahal saya siram pun jarang-jarang.Dasar tak boleh harap kann.Yelah, benda bukan fokus kita,jadi kita tak ambik portlah
Sehinggalah one fine day, saya tak cukup hiasan bunga untuk meja kaunter saya.Saya ada juga tahu sikit-sikit yang pokok money plant ni boleh hidup dalam air.Maka bermulalah episod saya jadi pekebun berjaya.Saya potong dahan pokok money plant yang menjalar kat lantai tu, then saya masukkan dalam bekas botol mineral yang saya potong kepada dua bahagian. Masa tu fikir nak semai dulu, then baru saya pindah dalam bekas yang lawa sikit
saya masukkan batu-batu kecik warna putih nak bagi lawa sikit deko botol kaca tu
Orait, bila saya tertengok kat youtube cara biakkan pokok money plant dengan keratan dahan ni, barulah saya rasa berkembang sikit kepala otak saya tentang cara penanaman pokok indoor khasnya money plant ni. Teruja betul jadinya.Terus bersemangat nak hias bilik saya dengan indoor plant ni.Senang sangat kot nak menjaganya.Syukur Allah lorongkan saya ke jalan ini.Dapat Ilmu dan info baru.
Caranya macam ni lah.Ko potong atau gunting, kerat pun boleh dahan pokok money plant yang menjalar tu.Ambik sekitar satu atau dua inci yang kita nampak dia akan tumbuh akar nanti.Memandangkan saya buat kerja ni kat bilik saya, maka nak tak nak meja kaunter buku saya guna jadi eksperimen saya.haha.Harap-harap takde Guru Besar atau pegawai PPD yang jumpa blog saya ni.haha.Karang depa ingat saya takdak kerja lain nak buat kat sekolah.kiki.
Video cara tanam atau biak pokok money plant dengan cara single leaf
lepas dah kerat tadi, ko susun lawa-lawa keratan daun tadi, masukkan dalam botol kaca tu.Jadilah macam kat atas tu.Geram kan tengok daun yang subur dan sangat hijau tu.Betullah depa yang suka berkebun ni bagitahu, bila tengok pokok-pokok hijau ni, akan datangkan rasa tenang dan lapang dalam diri kita.Syukur Ya Allah.Beri saya nikmat ini hanya dari sepohon pokok yang hijau.Alhamdulillah:)
Antara tips penjagaan pokok money plant yang sempat saya Google ialah pokok ni tak payah jaga sangat.Kalau tanam atas tanah, siram setiap dua hari sekali.Kalau dalam air, tukar air sekitar 3 hari sekali.Pokok ni jugak tak perlu cahaya matahari direct,cukuplah ada Cik Matahariku yang sudi menjaganya dan berbual-bual dengannya.haha
Tips yang last tu nampak macam fake, tapi betul ya.Pokok cepat membesar dan subur bila tuan tanah rajin bercakap dengan dia.Ada juga yang share, kalau nak daun yang subur dan lebar, letak pokok ni dekat dengan lampu.Tak payah letak dalam air, sekadar basahkan sahaja akarnya sedikit, pun boleh hidup pokok ni.
Selebihnya, wallahualam.Saya pun baru nak mencuba dan baru bermula.Kalau korang yang memang dah advance bab tanam pokok indoor ni,boleh share kat ruangan komen ya:)
Thanks reading this entry, hope to see again in soon time:)InshaAllah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikmatahariku.blogspot.com/2020/03/cara-mudah-tanam-pokok-hiasan-money.html